|
saudara yahya,
jelaslah sekrg kepada tatie tujuan sdra sebenarnya menghtr posting....nampaknya alhamdulillah kita memperjuangkan perkara yg sama..dan info sdra sgt membantu tatie menambahkan hujah dan ilmu....
muga2 kecintaan kepada ahlulbait ini membawa keredhaan Allah SWT kepada usaha sdra.....
tatie mahu bertanya satu soalan kepada sdra...
pernahkah sdra mendengar bahawa perjuangan kebenaran di akhir zaman bersama Imam Mahdi akan hanya diperjuangkan oleh keturunan ahlulbait dan keturunan sahabat2 RSAW, jika mereka bukan termasuk dalam kedua-dua golongan itu maka mereka tidak akan dapat bertahan dan mungkin akan tersaring dari perjuangan tersebut???.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 19-7-2006 04:48 PM
sembunyikan ilmu : .......
Kita pergi datang kpd guru utk belajar ataupun guru datang jumpa kita...... :hmm:
maaf, bukan tujuan aku nak menghina keturunan ahlulbait
aku hanya nak mintak pencerahan. |
|
|
|
|
|
|
|
salam kepada serihartatie,
bekas mufti selangor pernah kata dlm ucapnnya 'jika islam itu bermula dgn ahlulbait rasul, maka islam itu juga akan berakhir dgn ahlulbait rasul'.
diakhir zaman apabila munculnya al-mahdi semua mazhab akan terhapus baik sunni atau syiah kerana tujuan al-mahdi diutuskan bukannya utk memperjuangkan mazhab tetapi atas wasiat dari datuknya rasulullah dan allah swt supaya mengembalikan islam itu kepada yg asal. jadi persoalan disini adakah islam yg ada hari ini telah 'diubahsuai' oleh sunni dan syiah? sehingga keaslian al-islam dan al-sunnah itu sendiri sudah tidak terjamin. aqidah keturunan ahlulbait rasul pada zaman sebelum kemunculan al-hujjah berbeza-beza dari generasi ke generasi berikutnya. so..bagaimana nak cantumkan mereka ni semua supaya memperjuangkan benda yg sama sedangkan fahamannya berlainan antara yg lain?
soalan ini tidak akan terjawap sehingga dtgnya al-hujjah kerana hanya ahlulbait rasul shj yg tahu rahsia keluarganya sendiri. satu riwayat mengatakan bahwa, semua keturunan ahlulbait yg jahil ataupun yg alim akan bersama2 muhammad al-mahdi. mereka ini ditarik segala ilmunya yg ada kemudian diletakkan dlm dada mereka 'dzatiyyah' iaitu zat ahlulbait. maksudnya disini ialah ilmu imam ali kw yakni islam yg asal. ayat2 suci al-quran akan ditarik blk sama ada yg dihafal atau dicetak. ayat2 quran hanya dimiliki mereka2 ini shj yakni ahlulbait. seluruh ummat akan membuat rujukan pada mereka shj. al-mahdi ni memerintah tak lama, 7 thn aje. sepanjang beliau memerintah sudah dipacaknya seluruh penjuru bumi dgn keturunannya di utara, selatan, timur dan barat. bumi di pimpin oleh ahlulbaitnya shj. kemudian nabi isa as akan menyambung tugas al-mahdi iaitu menjaga ummat muhammad mengikut syariat rasulullah selama 40 thn.
cerita al-mahdi ni misteri...sahabat ana dari keturunan ni ada menyimpan naskah lama yg berusia ratusan thn dlm tulisan arab mengenai kisah al-mahdi ni. versi dari naskah tersebut hampir sama dgn versi syiah. wahllahullam..tidak ada manusia pun yg tahu secara detail kisah misteri ni. apapun...jgn turun dari kapal nabi nuh, kerana dentinasinya belum sampai lagi.
khier |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 20-7-2006 11:55 AM
salam kepada serihartatie,
bekas mufti selangor pernah kata dlm ucapnnya 'jika islam itu bermula dgn ahlulbait rasul, maka islam itu juga akan berakhir dgn ahlulbait rasul'.
diakhir zaman apa ...
Mungkin saja boleh jadi Kitab Asrar Aali Muhammad oleh Sulaim Bin Qais al-Hilali r.a |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 20-7-2006 11:55 AM
salam kepada serihartatie,
bekas mufti selangor pernah kata dlm ucapnnya 'jika islam itu bermula dgn ahlulbait rasul, maka islam itu juga akan berakhir dgn ahlulbait rasul'.
diakhir zaman apa ...
salam juga kepada yahya...
nampaknya dalam hal ini, kita berkongsi info yang sama walaupun daripada sumber SEKUNDER yg berlainan, namun perkaitan itu berlaku kerana info itu BERASAL DARI SUMBER PRIMER YANG SAMA.
benar di zaman Imam mahdi, semua umat islam akan disatukan kembali dan tidak wujud lagi sebarang perbezaan mazhab.
benar di akhir zaman, kesemua ahlulbait akan dimuliakan kembali dan mereka yang akan menguasai seluruh penjuru dunia ini, jika tidak salah ada tujuh wilayah kesemuanya.
PERSOALAN TATIE MASIH TIDAK DIJAWAB MENGENAI KETURUNAN SAHABAT SEBAGAI KESINAMBUNGAN PEJUANG KEBENARAN AKHIR ZAMAN YANG AKAN BERSAMA-SAMA KETUTUNAN AHLULBAIT ,
MOHON PENCERAHAN DARI SDRA YAHYA
SILA RUJUK INFO DI BAWAH
Kata Sayidina Ali KMW,
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."
Golongan Ikhwan ini, jumlahnya adalah 313 orang. Mereka merupakan golongan pemimpin umat manusia semasa pemerintahan Imam Mahdi. Peranan mereka adalah sama dan setara dengan peranan Sahabat dahulu. Gelaran Ikhwan dan Sahabat itu hanyalah untuk memudahkan kita membezakan zaman mereka berada sahaja. Jika para sahabat muncul pada awal Islam, maka Ikhwan muncul pada zaman akhirnya.
------------------------
Dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
"Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali).
(Muslim)
-------------------------------------------------------------------
Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini:
"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."
Dalam hadis ini disebutkan bahawa golongan Ikhwan ini adalah suatu toifah, ertinya satu golongan kecil dari kalangan umat Islam yang sekian ramainya itu. Mereka ini muncul pada akhir zaman, bukan pada awalnya atau pada pertengahannya. Golongan Ikhwan ini adalah golongan yang sangat dirindui oleh baginda SAW, melebihi rindunya baginda SAW kepada syurga dan para Sahabat RA. Jadi, sesiapa di antara kita yang dirindui oleh baginda SAW, maka itulah tandanya dia ada harapan menjadi salah seorang daripada golongan Ikhwan yang disebutkan itu. Ada dua sifat utama yang terdapat pada setiap Ikhwan ini iaitu mempunyai akhlak seperti akhlak nabi-nabi dengan maksud, akhlak para nabi zaman dahulu terkumpul dan dapat dilihat secara realiti pada mereka, bukannya sekadar teori.
Yang keduanya ialah mereka beramal sesuai dengan amalan kesufian/kerohanian golongan siddiqin, dan tidak salah dinyatakan bahawa golongan siddiqin yang dimaksudkan di sini ialah golongan siddiqin tahap kedua yang hanya mampu dicapai oleh kalangan wali-wali besar yang telah mencapai tahap tertinggi pada masa-masa lalu, bukan siddiqin yang tahap pertama iaitu golongan salik yang baru hendak mencapai ke taraf wali. Maksud ini lebih sesuai memandangkan ketinggian akhlak mereka seperti yang disebutkan tadi. Maka padanlah kedua-dua penyataan ini jika digabungkan iaitu akhlak yang tinggi, yang menyamai akhlak nabi-nabi dengan taraf amalan mereka sebagai amalan para siddiqin.
Disebutkan juga bahawa golongan Ikhwan ini adalah amat asing, janggal, ganjil, aneh, jauh berbeza dan tersendiri daripada umat Islam umumnya. Malah mereka bukan sahaja kelihatan janggal pada pandangan masyarakat umum umat Islam, tetapi amat janggal juga pada pandangan kaum mukminin iaitu golongan yang telah baik agama mereka pada sisi Tuhan, dan baik pula penghayatan Islamnya. Kalau kaum mukminin sahaja pun sudah merasakan betapa asingnya golongan Ikhwan ini pada pandangan mereka, maka pada pandangan kita yang umum muslimin ini, lebih-lebih lagilah ganjilnya mereka itu. Hal ini rupa-rupanya sudahpun baginda SAW terangkan sejak awal-awal lagi. Hanya kita sahaja yang tidak berapa peka terhadap perkara yang pernah disebutkan oleh baginda SAW itu.
--------------------------------------
Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,
"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." Muslim
Rasulullah SAW menyatakan bahawa agama Islam itu pada zaman dahulu, iaitu pada awal perkembangan oleh Rasulullah SAW, dipandang asing oleh orang-orang kafir Makkah. Maka sangatlah beruntung para Sahabat RA yang termasuk ke dalam golongan yang amat asing itu.
Pada akhir zaman nanti, agama Islam akan kembali asing seperti masa awalnya, tapi kali ini asing pada pandangan umat Islam itu sendiri. Ikhwanlah golongan ghurabak yang dimaksudkan oleh hadis itu. Dan golongan ghurabak ini jugalah yang menjadi golongan yang sangat beruntung seperti yang dikatakan itu. Itulah sebabnya Nabi SAW menyebutkan golongan Ikhwan ini beruntung sehingga tiga kali.
Hati manakah yang tidak menangis bersama RSAW apabila membaca sabda beliau mengenai nasib ahlulbait ini ...
Dari Abdullah RA, dia berkata,
"Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan Putera dari Bani Hasyim. Apabila baginda melihat mereka, tiba-tiba air matanya berlinang dan wajahnya berubah. Abdullah berkata, aku bertanya, "Kami melihat sesuatu yang tidak kami senangi pada wajahmu?" Maka baginda menjawab, "Kami adalah Ahlulbait yang Allah telah memilih bagi kami kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku, sepeninggalanku nanti, akan menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan, sehingga datanglah suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehingga mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah seorang lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat adil, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman. Barang siapa di antara kamu semua yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji." (Al-Hakim & Ibnu Majah)
Jika kita memahami hadis ini, kita akan faham bahawa :
1. sebelum Imam Mahdi muncul kembali, ada satu kaum dari Timur yang akan memperjuangkan kembali pemerintahan dan kemuliaan ahlulbait ini, inilah yang dipanggil sebagai golongan IKHWAN, golongan ghurabak walaupun dikalangan org mukmin, golongan yg sangat dicintai RSAW..
2. Islam akan kembali murni ditangan kepimpinan ahlulbait kerana pemimpin golongan IKHWAN ini yg dipanggil sebagai Pemuda Bani Tamim akan menyerahkan kekuasaan kepada Imam Mahdi setelah mereka memperoleh satu daulah yang sistem di dalamnya secara TOTAL menurut Al Quran dan Sunnah seperti yg pernah dibawa oleh RSAW dizamannya.
sekian wallahualam..
[ Last edited by serihartatie at 20-7-2006 01:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua.
jawapan kepada ibnur dan serihartatie akan yahya karang nanti..sebab skrg ana tgh kumpulkan transkrip dialog antara keluarga alawiyyin(ahlulbait yg bernasab kepada anak jafar shodiq iaitu ali al-uraidhi) di indonesia. disana ade dua kelompok alawiyyin, satu syiah dan satu lagi sunni. mereka berdebat tak henti2 sejak dulu lagi sedangkan mereka semua ahlulbait nabi.
semua persoalan akan terjawap nanti kerana dialog mereka panjang tapi mencakupi kesemua bab dan ianya saling menyempurnakan 1001 jawapan, dari sejarah hadis, ahlulbait, hijrah, perang teluk, thariqoh, mahdi, imamiah, bukhari, sejarah saudi, ad-din dan bermacam lagi. debat mereka ni serius bukan macam kat sini. hujah2 mereka tajam, luas, jelas, menggunakan dalil naqli dan aqli, mudah difahami dan byk lagilah.
kheir |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 21-7-2006 11:46 AM
salam semua.
jawapan kepada ibnur dan serihartatie akan yahya karang nanti..sebab skrg ana tgh kumpulkan transkrip dialog antara keluarga alawiyyin(ahlulbait yg bernasab kepada anak jafar shodiq ...
Betul tu... tapi ada ramai yang tidak puas hati...
ramai yang menjadi korban. hal ni bukan baru. di Acheh pun berlaku dah lama... sebelum-sebelum tu pun dah berlaku.
cuma...baru-baru ni....ramai Ulama' Syiah berketurunan AhlulBait Nabi s.a.a.w mati dibunuh ala-ala samurai. :pray: |
|
|
|
|
|
|
|
terlanjur bercerita tentang Acheh dan Indonesia......
ramai di kalangan mereka tak ada langsung ciri-ciri muka ARABIC....
(maaf ya) kebanyakannya muka-muka JAWA, muka MINANG, muka ACHEH gelap2.... hidung kemek... 
di Thailand pula, muka sebijik orang Thai... ada juga dari Afrika... yang ni... :lol
Pendek kata.... AhlulBait Nabi s.a.a.w nie.. mcm iguana... boleh tukar-tukar warna... tapi tak taulah bentuk pun boleh berubah.. tinggi, pendek, gemuk, kurus... Agaknya DNA bapak tak kuat kot.. :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 21-7-2006 11:46 AM
salam semua.
jawapan kepada ibnur dan serihartatie akan yahya karang nanti..sebab skrg ana tgh kumpulkan transkrip dialog antara keluarga alawiyyin(ahlulbait yg bernasab kepada anak jafar shodiq ...
syukran...ana menanti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 16-7-2006 07:41 PM
salam
sebenarnya takde mazhab ahlulbait ni..ianya hanyalah nama samaran yg digunakan oleh kaum syiah. Mereka sgt berani menisbatkan fahaman mereka pada ahlulbait dan mengaku 'inilah mazhab ahlul ...
benar spt apa yg dikatakan oleh saudara yahya ini krn itu kita akan lihat apa kata imam2 ahlil bait terhadap org2 yg membawa ajaran yg diatasnamakan ahlul bait ini
apakah benar ajaran syiah ajaran ahlulbait
kita lihat dlm ajaran syiah byk ajaran karut marut
spt taqiyyah,mut'ah dll
kerana itu kita aswj menyatakan bhw ajaran syiah bukanlah ajaran imam2 ahlilbait tapi ajaran yg direka atas nama imam2 ahllil bait.........
apakah imam2 ahlilbait akan mengajar berbohong atas nama agama iaitu taqiyyah
apakah imam2 ahlilbait akan mengajar seks bebas spt agama majusi atas nama agama iaitu mut'ah
yg sebenarnya ajaran syiah tidak ada kena mengena langsung dgn imam2 ahlil bait tapi syiah nak melakukan ajaran mereka maka mereka meletakkan ajaran mereka atas nama ahlulbait
kalau mereka tak letak atas nama ahlulbait nescaya ajaran mereka tak akan laku...................
kerana itu kita llihat dlm kitab2 aswj hadis2 yg diriwayatkan melalui jalan ahlulbait tidak adapun ajaran yg spt ajaran syiah ini....
dan kita lihat ulamak2 aswj yg merupakan murid kpd imam jaafar as-sadiq tidak pun membawa ajaran spt ajaran syiah ini
dan kerana itu kita lihat begitu byk sekali percanggahan dlm kitab syiah spt ajaran mut'ah ini
LIHAT BAGAIMANA KATA2 AHLULBAIT DLM KITAB MEREKA SENDIRI::::::
Pertama sekali kita perlu tahu ajaran syiah dibawa melalui perawi2 utama disisi syiah yg merupakan sahabat imam2 mengikut dakwaan merka..
Jaafar as-sadiq berkata tidak ku temui orang yg tlh menghidupkan nama kami dan hadis2 bapaku selain zurarah, abu basir laits al muradi, muhammad bin muslim dan buraid b. mu抋wiyah al-慽jli. Sekiranya tidak ada mereka ini tentulah tidak ada seorang pun ygn mampu menyimpulkan ajaran ini (syiah imamiah) mereka adalah pemelihara agama dan org2 kepercayaan bapaku tentang halal dan haram disisi allah. Mereka adalah org yg bersegera kpd kami di dunia dan di akhirat nanti (rijal kasyi-syeikh thusi ms 124,125)
Ditempat yg lain pula imam jaafar berkata kpd perawi2 yg merupakan perawi utama dlm syiah spt kata imam jaafar berkenaan zurarah:
ZURARAH TELAH MEREKA AJARAN ATAS NAMA AKU DAN NAMA NENEK MOYANGKU, DIA TIDAK AKAN MATI KECUALI DLM KEADAAN SESAT,LIHAT RIJAL AL KASYI MS.134 DAN 142.
LIHAT JG KATA2 DEMIKIAN KPD ABU BASIR MS. 116.
KPD MUHAMMAD B. MUSLIM MS.155
KEPADA BURAID B. MU扐WIYAH IMAM JAA扚AR BERKATA SEMOGA ALLAH MELAKNAT BURAID B. MUAWIYAH SEMOGA ALLAH MELAKNAT ZURARAH (RIJAL AL-KASYI MS 148)
kalau kita nak kata imam jaafar bertaqiyyah yg mana satu dia bertaqiyyah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 19-7-2006 12:03 PM
salam kepada saudara ahmad.
mengikut sejarah..albukhari mula mendata hadis bermula 300 thn selepas wafatnya rasulullah saw. beliau berjaya mengumpulkan 600 ribu hadis tapi hampir 95% hadis2 tersebut dibuang kerana dipercayai maudhu(palsu). beliau hanya mengambil 7925 hadis yg dianggap paling benar atau shoheh jika mengikut syarat2nya. satu pembetulan fakta disni bahwa tidak kesemua hadis yg telah difilter oleh bukhari ni hadis shoheh, byk juga hadis dhaif tetapi asalkan bukan maudhu dan tidak bertentangan dgn quran maka tidak mengapa hadis ini diamalkan. status hadis ini dipanggil hadis hasan(baik).
saya tak sempat lg membaca keseluruhan tulisan saudara yahya ini...namun sebahagian yg saya baca mmg tepat sebagaimana yg ketahui tapi sebahagiannya sgt mengejutkan saya
umpamanya spt fakta ini...
saudara mengatakan imam bukhari mula mendata hadis slps wafatnya rasululullah s.a.w. 300 thn....
pelik sekali apakah imam bukhari mula mengarang kitabnya slps ia sendiri meninggal dunia lebih kurang 50 tahun....
imam bukhari lahir pd tahun 194h dan wafat pd tahun 256h....
tolong berikan fakta yg boleh dipertanggungjawabkan dlm penulisan saudara!!!
berkenaan dgn method penulisan imam bukhari dlm sahihnya pertama sekali saudara mestilah mengetahui imam bukhari membahagikan hadis2 yg terdapat dlmnya kpd 3 bahagian hadis
1:hadis musnadat iaitu hadis2 yg dikemukakan oleh imam bukhari dgn sanad yg lengkap dan inilah yg dikatakan hadis yg paling sahih yg dihimpunkan oleh bukhari...dan mengandungi sbyk 7397 hadis berulang
2:hadis mu'allaqat iaitu hadis yg dikemukakan oleh imam bukhari dlm tarjamatul bab serta sbgi sokongan kpd mazhabnya shj...walaupun kedudukakannya tidaklah setaraf dgn hadis musnad dlm bukhari namun kedudukakannya ttp tinggi dan sahih bilamana dinilai oleh imam2 hadis slpsnya dan ia mengandungi sebanyak 1341 hadis
3:hadis mutaba'aat iaitu hadis yg dikemukakan sebagai menyokong sanad dlm hadis musnad dan kedudukaklannya jg tinggi disisi ulamak hadis sbyk 341 hadis |
|
|
|
|
|
|
|
disinkatkan ceritanya..maka bukhari berjaya mengumpulkan hadis2 shoheh ini kemudian dibukukan menjadi 'hadis sahih al-bukhary'. tetapi pemerintah arab saudi pada masa itu berbeza pendapat mengenai status hadis bukhary yg dianggap shahih oleh imam bukhary. sehingga selepas wafatnya imam bukhary, pemerintah saudi arabia mengubah, memperbaiki malah menggantii hadis2 yang dikumpulkan oleh imam bukhari. sebab itulah kitab bukhari yang sekarang belum tentu 100% sama dengan kitab bukhari yang asli. soalan saudara, adakah saya menerima atau meragui hadis2 yg terdapat dlm kitab bukhari? pada pendapat ana, bukhari dan muslim lebih mementingkan sanad dan matan dari perawi, cth seperti hadis ini dari abu hurairah atau anas bin malik seterusnya dari rasulullah tetapi tidak semestinya hadis itu shahih dtgnya dari nabi,mungkin ade ditgh2 sanad perawi yg berbohong. tapi bukhary dan muslim telah sedaya upaya menapis kesmua hadis yg dikumpulkan oleh para sahabat. bagi ana, yg mana tidak bertentangan kita boleh amalkan dan begitulah sebaliknya. byk jugak hadis2 yg karut marut dlm kitab bukhary seperti hadis2 yg seolah2 menjatuhkan maruah dan 'menghina' para nabi allah swt. seperti yg ana terangkan tadi, kitab bukhary muslim telah byk 'diubah suai' mengikut selera pemerintah arab saudi. jadi skrg bagaimana?...tepuk dada tanya iman..wallahualam.
ini satu lagi penyelewengan fakta!!!
perlu sekalli saudara mengetahui.................
murid2 yg mendengar sahih bukhari dr imam bukhari tidak dapat dihinggakan byknya terutama sekali perawi2 yg meriwayatkan dr imam bukhari adalah lebih dr 90 ribu org..dan nama2 mereka bertebaran dlm beratus2 kitab hadis karangan ulamak2 aswj
dan naskhah yg merupakan catatan murid2nya adalah melebihi ratusan naskhah dan yg paling mashyur adalah 4 naskhah iaitu
1:naskhah melalui riwayat abi talhah mansur bin muhammad b ali b qaribah al-bazdawi mati 329h
2:riwayat ibrahim b. ma'qil annasafi mati 294h
3:riwayat hammad b. syakir an-nasafi atau an-nasawi mati 290H
4:naskhah yg paling luas tersebar dan paling masyhur riwayat muhammad b. yusof b. mathar b. salih b. bisy al-firabri yg lebih dikenali dgn naskhah al-firabri mati 320H
berkenaan dgn pemerintah arab saudi mengubah isi dlm kitab bukhari adalah satu fitnah yg sgt besar(bukan saya bermaksud membela pemerintah arab saudi)
krn begitu byk kitab bukhari tersebar keseluruh dunia dgn tulisan tgn sehingga kini saudara boleh mendapatinya dgn byk sekali naskhah yg diterima secara warisan dan bertulis tgn sehingga kini spt yg terdapat di pakistan serta india.....serta isinya sama sj spt yg dicetak ditempat lain
bila pula ianya diselewengkan oleh pemerintah saudi?????
dan dimanakah hadis yg diselewengkan tersebut???mgkn kita dpt sama2 membincangkannya
berkenaan hadis yg dikatakan menghina paara nabi tu tolg sebutkan yg mana walaupun saya tlh dapat mengagak hadis yg mana satu
sama2 kita bincangkan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 19-7-2006 12:12 PM
salam
sambungannya.....
demekianlah nasib anak2 imam jafar yg tidak putus2 dizalimi baik pihak kerajaan mahupun ummah muslim...mereka ni bukan apa, cuma rasa dengki dgn anugerah yg allah bagi pada Aal muhammad(ahlulbait) ni sehinggakan allah menurunkan ayat-Nya; "adakah kamu dengki dgn nikmat yg allah kurniakan pada mereka(org2 yg allah pilih)..... ".
blh berikan fakta kezalliman yg dilakukan pemerintah mahupun ummah muslim
dan jg ayat yg disebutkan tersebut
byk lg tulisan saudara yahya yg tak sempat saya baca
insyaallah kita bersua lg |
|
|
|
|
|
|
|
berkenaan dgn pemerintah arab saudi mengubah isi dlm kitab bukhari adalah satu fitnah yg sgt besar
interesting juga... sebab saya telah bertanya yahya... siapa pula proxy al-saud lebih 1000 tahun dahulu?
atau al-saud ni proxy umayah ke, abasiyah ke, fatimiah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua,
jgn 'menodai' hujah ana wahai sheir ali. siapa yg kata kerajaan arab saudi 'menyeleweng' hadis bukhari. sudahkan ante buat kajian dan tahu sejarah pendataan hadis2 bukhari?
mengapa ada percanggahan dlm jumlah sebenar hadis shoheh yg dicatat beliau? ada yg mengatakan 7925 dan ada juga mengatakan 7275 hadis yg dianggap shoheh oleh beliau. selain jaamiush shahih beliau juga ada mengarang kitab tsulaatsiyyatul bukhari yakni hanya terdapat 3 org perawi shj, kitab ini masih asli hingga skrg. kalau tak silap, kitab bukhary cetakan al halabiy mesir yg telah byk mengubah suai pada kurun ke 11 hijrah, maknanya bukan hadis itu tetapi mencantumkan hadis2 yg dipinggirkan bukhari ke dlm al jaamiush shoheh. kemudian kerajaan arab saudi telah mengedit semula beberapa kali. sebab itu jumlah sebenar hadis shoheh beliau masih ada yg diperdebatkan.
rujukan ana hilang atau mungkin dipinjam org, cetakan thn 1981(pengajian ana thn 90an). pada prakata ada disebutkan tentang modification ni. tentang biografi lengkap beliau pun ana tak jumpa cari beserta debat antara ulama tentang kesahihan hadis2 beliau. kalau kitab hadis syiah seperti al-kafi, biharul anwar ade byk jugak ana simpan rujukannya. diulang sekali lagi, maksud ana ialah hadis2 bukhari telah 'dibaikpulih' oleh kerajaan arab saudi pada abad tersebut bukannya mengubah atau menambah hadis2 sesuka hati mereka.
'keras' sekali kata2 sheir ali ni ya..maklumlah org suka berdebat ni hatinya 'hitam'. tentang perawi yg berjaya dikumpul beliau itu semua org tahu bukannya ante sorang je..so takyah nak provoke lah. ana byk lagi tak puas hati dgn 'fitnah' sheir ali terhadap ana...tapi mlm ni ana ada meeting..so kita jumpa lagilah ye..nak tgk jugak hujah2 antum ni macamane.
sudah jelas dan faham penjelasan ana ni..kalau niat antum utk berdebat..ana minta undur diri sebab ana dah bagi penjelasan diawal posting yg ana masuk forum ni bukan nak berdebat sebab org yg suka membantah ni susah dapat syafaat. tapi yelah...ana masih tak puas hati dgn kata2 antum ni..keras dan bersifat 'akulah paling bagus dan betul...'. dah..ana nak pegi meeting..esok kita bersua lagi.
kheir |
|
|
|
|
|
|
|
saya harap saudara yahya bertenang. kalau keras sekali-sekala tu dah jadi kelaziman di CARI Forum. sebab ini forum bebas. bukan seperti forum-forum muslimin yang khusus atau website islam yang sangat menjaga disiplin. forum di sini dah biasa dengan maki-hamun, sindir-menyindir dan lain-lain. tak kurang juga yang berhemah. yang penting dalam mencari kebenaran adalah isi dan fakta, bukan cara penyampaian. kalau di buka hati seseorang itu maka nampaklah apa yg dikehendaki. minta yang baik dapatlah yang baik, kalau ditutup maka tak dapatlah apa-apa.
kalau sheir'ali caranya keras, saya rasa saudara yahya pun ada juga sekali-sekala kerasnya. harap dapatlah kita terus bermuzakarah dan mendapat pelajaran dari isinya bukan dari sifatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ini backup besar ni...
insya'allah semoga semua mendapat manfaat. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheir'ali: sabda nabi s.a.w. sesiapa yg melaknat sahabat2ku maka keatasnyalah laknat allah,malaikat2,manusia semuanya(termizi,thabrani,baihaqi)..
Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. adalah mereka yang tidak belot walaupun setelah Rasulullah s.a.w. wafat... kenapa pula kita perlu memuja tanpa hujung pangkal... |
|
|
|
|
|
|
carikubur This user has been deleted
|
Originally posted by yahya at 21-7-2006 08:01 PM
sudah jelas dan faham penjelasan ana ni..kalau niat antum utk berdebat..ana minta undur diri sebab ana dah bagi penjelasan diawal posting yg ana masuk forum ni bukan nak berdebat sebab org yg suka membantah ni susah dapat syafaat. tapi yelah...ana masih tak puas hati dgn kata2 antum ni..keras dan bersifat 'akulah paling bagus dan betul...'. dah..ana nak pegi meeting..esok kita bersua lagi.
...
Hai merajuk nampak..macam si grave je..
Ada Yahya ni rasa terubat pulak rindu aku kat si Gravedigger tu..he.:nerd: he. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by carikubur at 21-7-2006 11:33 PM
Hai merajuk nampak..macam si grave je..
Ada Yahya ni rasa terubat pulak rindu aku kat si Gravedigger tu..he.:nerd: he.
grave pergi bercuti lah....
si Yahya tu lain, dia memang pure... mungkin juga pipi kenal dia dan dia kenal pipi. bahaya nie... : lebih baik pipi senyap. 
kalau hang nak pipi sampaikan salam buat grave... buleh jugak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|