CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CD-RW

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia

[Copy link]
Post time 24-5-2006 07:44 AM | Show all posts
Nak menolong sesama saudara islam adalah perbuatan yang bagus, tetapi apakah kita  memahami perjuangan HAMAS  macam mana? Apakah kemampuan HAMAS utk berdepan dengan Israel?  Amat terhadkan? Israel mempunyai 50 biji senjata nuklear ? Sedangkan  Palestin apa yg ada? Jika  berfikir dgn  akal  mampukah  HAMAS  memenangi  peperangan tersebut ...  jika mampu  sudah tentu 3/4 rakyat hilang dari bumi Palestin, pernah kah kita  semua  mendengar 'bom masa" , seorg syeikh Al-Azhar pernah menyuruh rakyat Palestin menggunakan jihad "bom Masa"  ni  iaitu rakyat Palestin menambahkan bilangan penduduk  melalui kadar kelahiran ...  menguasai Palestin majoriti penduduknya ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2006 09:36 AM | Show all posts

Bahasa damai HAMAS

Oleh: Maszlee Malik

Melihat kpd artikel2 yg dihasilkan oleh para penulis Malaysia mengenai HAMAS di dlm media berbahasa Inggeris amat membosankan. Ianya adlh umpama ulangan terhadap apa yg telah dimuntahkan oleh pihak barat, dan kemudian diserikan dgn citarasa Malaysia. Spt kata Khaled Hroub di dlm bukunya, HAMAS: Political Thought and Practice, kebanyakan mereka yg menuluis tentang HAMAS tidak bersifat adil. Teorinya, kebanyakan penulis2 tersebut tidak dpt mengakses kpd rujukan Bahasa Arab yg menjadi sumber utama segala maklumat mengenai HAMAS. Kebanyakan mereka hanya bergantung kpd apa yg diperkatakan oleh pihak barat yg rata-ratanya bersifat pro-Zionis, ataupun anti-Islamis. Hasilnya, kebanyakan analisis mereka menzalimi HAMAS dan perjuangan mereka.

Kebanyakan tuduhan yg dilemparkan kpd HAMAS adlh semata-mata berdasarkan apa yg diperkatakan oleh org lain mengenai HAMAS tanpa melihat dan mengikuti sendiri perkembangan HAMAS. Apabila barat curiga terhadap HAMAS, maka para penulis "wannabe" kita juga menterjemahkannya di dlm media tempatan. Apabila barat mengatakan HAMAS sbg militan, mereka turut mengulanginya, begitulah sehingga isu yg sebenar mereka lupakan. Jika pasca Intifadah 2000, dunia mula tersedar tentang kejahatan Israel, kini semuanya telah dikaburi oleh kemenangan HAMAS. Tiada lagi suara yg mengungkit kekejaman rejim Zionis dlm Nakbah 48, Deir Yassin, Sabra dan Shatilla, Jenin, Refah dan lain2 kekejaman mereka. Dunia juga terus melupakan "tembok Apartheid" yg telah dibina oleh Israel yg telah dibantah oleh ICJ pada 9 Julai 2004. Kini semuanya tertumpu pada HAMAS, dan semuanya mengulangi laungan AS, HAMAS mesti mengiktiraf Israel dan melucutkan senjata mereka!
HAMAS diletakkan di kandang pesalah kini. Ke manakah perginya dosa2 Israel? Ke manakah seruan untuk merobohkan tembok pemisah ?, kemakah juga kutukan2 yg dilemparkan kpd jenayah2 rejim Zionis itu?, begitulah berjayanya pihak media yg dipengaruhi oleh lobi Zionis untuk mengaburi mata dunia. Sejarah asal pertelingkahan Israel-Arab itu segera dilupakan, yg tinggal hanyalah jari2 yg memandang sinis terhadap kemenangan HAMAS. Ada yg menyamakan HAMAS dgn Hitler yg telah dipilih secara demokrasi dan kemudiannya mengganas. Mengapa sewaktu Sharon memenangi pilihanraya presiden pada Februari 2001, ungkapan sedemikian tidak dikatakan?, pastinya kerana pihak Zionis telah dipagari dengan kekebalan undang2 "Anti-Semitik" di negara2 Eropah dan juga AS.

Cont......
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 09:38 AM | Show all posts

Lebih pelik lagi ialah apabila mereka yg tolol dan bahlol ini tidak membaca dan tidak mengikuti perkembangan sebenar isu Palestin dan HAMAS cuba utk memberikan komen. Bermula dari Eropah, ke AS, ke Singapura sehinggalah ke Malaysia, seakan ijmak mereka menuduh HAMAS menolak perdamaian. Kebanyakan meramalkan kemenangan HAMAS bererti berakhirnya perdamaian di rantau tersebut. Ini adalah pendapat yg paling naif dan dungu untuk dibicarakan. Mengapa tidak katakan bahawa rejim Zionislah yg paling membenci kedamaian?, kerana segala usaha damai yg diusahakan, sering dihancurkan oleh Israel, samada dgn siri pembunuhan di Refah, Jenin, Jabaliya dan mana2 kawasan lagi. Ianya juga dihancurkan dgn terbinanya tembok Apartheid yg semakin hari semakin menjalar. Kedamaian juga telah dimusnahkan melalui pembinaan perumahan haram mereka di Tebing Barat. Kedamaian juga telah lama hancur di atas kertas perjanjian damai itu sendiri, apabila syarat2 perjanjian tersebut menafikan hak2 rakyat Palestin dan menindas mereka. Tidak kiralah samada kedamaian itu Madrid 1991, Oslo 1993, Road Map, mahupun apa sahaja nama kedamaian yg dicadangkan. Ini spt yg telah dikatakan oleh mendiang Edward Said di dalam bukunya The End Of The Peace Process (1994), tentang gagalnya Oslo 1993 yg berat sebelah. Spt kata Allahyarham Dr Abdul Aziz al-Rantisi, "Mereka (Zionis) hanya mengenali bahasa perang!".

Lihatlah pembunuhan "extra judicial" ke atas para pemimpin perjuangan Palestin. Ibrahim Maqadmah, Yahaya Shaqaqi, Dr Solah Shahadah, Ismail Abu Syanab, Syeikh Ahmad Yassin, Dr Abdul Aziz al-Rantisi dan ratusan lagi. Lihat juga kpd lebih 7,000 para tahanan perang di penjara2 Israel, yg mana lebih 800 org daripada mereka terdiri daripada wanita dan kanak2. Lihat juga nasib lebih 4 juta pelarian Palestin yg menderita di kem2 pelarian di Gaza, Tebing Barat, Lubnan, syria dan Jordan. Sehingga kini, ramai di antara mereka yg masih memegang kunci rumah masing2 yg telah dirampas dan dirobohkan oleh pihak Zionis di tanah Palestin 1948 (Israel). Apakah dgn golongan Zionis yg kejam seperti itu kita berhak utk berdamai?

HAMAS, walau bagaimanapun telah sanggup untuk mengutamakan jalan kedamaian. Seawal 1988 lagi, Syeikh Ahmad Yassin pernah menawarkan perdamaian yg sebenar dengan menawarkan "Hudna" atau gencatan senjata jangka masa panjang dgn rejim Zionis (al-Mujtama' magazine, 17 February 1990). Mahmoud Zahar sendiri pun, pada tahun 1988 telah membawa usul "hudna" tersebut ke Shimon Perez yg pd ketika itu menjadi menteri pertahanan Israel (Hroub, HAMAS (2000)) . Pd 1993 pula, Muhammas Nazzal, pemimpin HAMAS di Jordan juga mengulangi kesediaan HAMAS utk melakukan "hudna" ketika ditemuramah oleh akbhar "al-Ra'iy", Jordan. Pd 1994, usai perjanjian damai PA-Israel, HAMAS sekali lagi membawa usul "hudna" mereka. Tawaran2 HAMAS itu bukanlah yg sebarangan. Ianya menjamin hak rakyat Palestin agar tidak diperhinakan oleh Zionis sepertimana pihak PA di zaman Arafat dihinakan melalui Oslo 1993. Pada tahun 2003 sekali lagi HAMAS melalui Syeikh Ahmad Yassin menawarkan gencatan senjata, saygnya tidak sampai sebulan, pihak tentera Zionis telah membunuh pimpinan HAMAS, Ismail Abu Syannab. Setahun selepas itu, Syeikh Ahmad Yassin pula dibunuh. Sekarang, sekali lagi HAMAS menawarkan kpd Zionis untuk melakukan gencatan senjata yg dinamakan sebagai "Long-term truce". Apakah tawaran perdamaian HAMAS tersebut?

Cont....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 09:39 AM | Show all posts

"Long-term truce" menawarkan agar kedua-dua belah pihak (Zionis dan Palestin) melakukan gencatan senjata utk tempoh yg panjang. Tidak kiralah, 20, 30, 40 tahun, hatta sehingga hari kiamat. "Truce" tersebut juga menggesa agar kedua-dua belah pihak mengetepikan orang awam di dlm setiap pertempuran mereka. "Truce" itu juga meminta agar pihak Zionis berundur dari sempadan 1967 (termasuk dari Baitul Maqdis) dan meninggalkan perumahan haram mereka seperti yg telah mereka lakukan di Gaza. "Truce" itu juga menyerahkan isu pelarian Palestin sebanyak lebih 4 juta orang kpd masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikannya, kerana mereka mempunyai hak utk pulang ke Palestin 1948 berdasarkan resolusi PBB 194. Bukankah ini sudah cukup adil bagi kedua-dua belah pihak?

Saygnya pihak Israel enggan menerimanya. Pemangku PM Israel, Ehud Olmert dgn sombong menolaknya. Mengapa? Kerana ianya memberikan sedikit hak kpd orang Palestin dan tidak langsung menguntungkan Israel. Apakah yg mereka mahukan?, mereka mahukan perdamaian mengikut acuan mereka. Mereka mahukan perdamaian yg akan merugikan Palestin dan hanya menguntungkan mereka sahaja. Mereka juga mahukan perdamaian di atas syarat2 Zionis dan pihak Palestin tidak berhak menentukan apa-apa!

Kini tawaran HAMAS masih diletakkan di atas meja utk Israel menerimanya. Sayg seribu kali sayg, pihak AS dan EU tidak pula bersikap meminta Israel untuk menerima gencatan senjata tersebut. Mereka lebih sibuk menuruti perintah Israel agar memaksa HAMAS melucutkan senjata dan mengiktiraf Israel. Ini adlh melampau dan tidak logik.

Jika HAMAS bersetuju utk melucutkan senjata tanpa komitmen yg sama dikenakan ke atas Israel, ianya adalah spt menyuruh seorang perempuan menyelakkan kainnya di hadapan perogol bersiri, dan kemudian meminta wanita tersebut mencium perogol berkenaan. Memaksa HAMAS mengiktiraf Israel spt kata ketua biro politik HAMAS, Khaled Meshaal, adalah umpama menyuruh seseorang mengiktiraf hak penyamun utk masuk ke rumah dan menyamun rumah mereka. Ini tidak logik!

Mengapakah perkara ini sukar difahami oleh ramai pihak? Atau mereka sengaja ingin tidak memahaminya?

Sumber : Ummahonline
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 09:41 AM | Show all posts

1. Akaun Khas Tabung Palestine
  Nama Akaun : PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
  BANK  ISLAM (M) BHD TMN MELAWATI
  NO AKAUN : 1211 3010 005797
   
  2. Akaun Ibu Pejabat JIM
  NAMA AKAUN : PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
  BANK : MAYBANK TMN MELAWATI
  NO AKAUN : 5622 0960 8847
   
  Nota : Sila maklumkan sumbangan yg dimasukkan utk rekod
perakaunan. Harap tidak menyusahkan. Boleh fakskan bank in slip
kpd : 03 41071754 atau  hubungi  Ibu Pejabat JIM di talian 03 4108
9669 atau SMS terus kepada Bendahari JIM Pusat i.e. Tuan Yaakob Tuan
Sof di  019
Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 24-5-2006 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by BeanDiesel at 23-5-2006 07:24 PM
just to add to my point regarding brotherhood. Like us, even though we're brothers in Islam, I do not have to agree with your ideas, and you dont have to agree with mine to prove that we value our  ...


seperti yang saya dah cakap, kita tak tahu betapa susah keadaan mereka, jadi kita perlu  menyokong saudara kita. adakah pihak musuh pernah menyesal dengan pebuatan mereka menyerang orang awam palestin. saya tau bean mesti cakap, tak semestinya yahudi bunuh kita kena bunuh gak, tetapi...dalam keadaan mereka yang serba daif sekarang dapatkah mereka bertindak tidak menyerang pihak awam.

terlalu ramai orang awam palestin telah dibunuh, ini ada orang2 tertentu pallestin "(bukan semua) yang ingin membalas dendam bagi adik beradik atau mak ayah yang telah dibunuh oleh pihak yahudi pasti tak dapat berfikir dengan rasional. inilah penyebabnya...pernah kah kita terfikir betapa kasihannya orang yang mengebom diri tersebut?

seperti yang saya maklum, kita tak tahu betapa susah mereka, kita boleh cakap apa sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2006 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 24-5-2006 10:46 AM


seperti yang saya dah cakap, kita tak tahu betapa susah keadaan mereka, jadi kita perlu  menyokong saudara kita. adakah pihak musuh pernah menyesal dengan pebuatan mereka menyerang orang awam p ...


  

ini susah cari sendiri .

bukan takde orang nak tokong ..  tapi depa

lebih suka berperang .  jangan awatt sekarang

baru nak kalut  ??
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 09:12 PM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 24-5-2006 09:46 AM


seperti yang saya dah cakap, kita tak tahu betapa susah keadaan mereka, jadi kita perlu  menyokong saudara kita. adakah pihak musuh pernah menyesal dengan pebuatan mereka menyerang orang awam p ...

keadaan   lebih rumit dan susah apabila membunuh sesama sendiri  .....  sekarang   Palestin di ambang perang saudara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2006 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 24-5-2006 05:59 PM


  

ini susah cari sendiri .

bukan takde orang nak tokong ..  tapi depa

lebih suka berperang .  jangan awatt sekarang

baru nak kalut  ??



pala hotak mak ko.cakap senang la.tak patut la.tak baik la kalau nak perang.
kalaulah org melayu yg kena macam tu dgn israel..sama jugak.sure mau perang.mana bleh tahan.
dalam media..asik citer je pasal org palestine bom diri sendiri.Tapi ada citer tak pasal askar israel tangkap budak2 kecik..diikat tarik pakai 2 jeep berlainan arah?sampai terkoyak la badan budak2 kecik tuh.tiap2 hari wey.

lain kali kalau tak tau pegi la palestine or israel.duk situ setahun.

-Yitzhak Rabin-
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 24-5-2006 09:12 PM

keadaan   lebih rumit dan susah apabila membunuh sesama sendiri  .....  sekarang   Palestin di ambang perang saudara



maknanya mission zionis dah berjaya.
berjaya jugak yahudi kasi pecah 2 puak kat palestine.

-Bush-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2006 12:22 PM | Show all posts

Salah faham terhadap HAMAS

Macam yang ditulis oleh mazlee malik la, ramai yang telah di'buta'kan oleh media barat. Apa sahaja berita, malah pendapat/pandangan yang dicipta oleh barat diterima bulat2. Yang menyerang orang awam siapa sebenarnya?
siapa sebenarnya yang  ingin menganjurkan perjanjian agar mengetepikan orang awam di dlm setiap pertempuran?
Yang pengganas tu sapa? Boleh terima ke penjajahan/keganasan yg dilakukan ke atas penduduk palestin?

Apa yang ingin ditonjolkan oleh mereka sebenarnya, Islam itu ganas. Akibatnya, ramai umat Islam sendiri (yang kurang sumber sahih dalam menimba ilmu Islam) yang menjauhi Islam, kerana takut dilabel 'pengganas'. Mengamalkan Islam hanya dalam beberapa perkara. Maksiat yang berleluasa tak terasa pulak akan kejijikannya. Jadilah apa yang dikatakan 'Islam dipandang sebagai asing', padahal sebenarnya satu sistem hidup yang syumul dan agung. Ini hakikat yang saya nmpak sekarang.
Takpe, Tuhan dah menyatakan: akan sentiasa ada golongan dari hambaNya yang konsisten berjuang menegakkan deen tanpa mengingkari janjinya walau sedikit. Mereka ni mempunyai 'saham  yang tinggi' di sisi Allah d akhirat kelak



Kepada yg bukan Islam: ada apa2 kemusykilan, tanya pada ustaz. Jangan biarkan tahap pemahaman anda 'setakat tu' je. Rugi. otherwise, "lakum deenukum waliyadeen"(untukmu agamamu dan untukku agamaku)
Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 25-5-2006 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 24-5-2006 05:59 PM


  

ini susah cari sendiri .

bukan takde orang nak tokong ..  tapi depa

lebih suka berperang .  jangan awatt sekarang

baru nak kalut  ??


kita tak perang ni bertelagah sesama sendiri (melayu). depa perang lagi le...

apa pun, kita kena sokong mereka dan berdoa kepada mereka.  derma lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 5/23/06 06:46 PM
seperti yang saya dah cakap, kita tak tahu betapa susah keadaan mereka, jadi kita perlu  menyokong saudara kita.


well, boleh ke kite kire tu sebagai darurat? :hmm:

biasanya kalau darurat kite boleh buat benda yang biasanya haram. boleh makan babi kalau takde sumber makanan lain, organ donation, etc. But aku tak penah denga specifically kite dibenarkan bunuh orang mase darurat, unless for self-defense.

let's see what Qaradawi said,

"Al-Qaradawi said, "We Arab Muslims are the most affected by the grave consequences of hostile attack on man and life. We share the suffering experienced by innocent Palestinians at the hands of the tyrannical Jewish entity who raze Palestinian homes to the ground, set fire to their tilth, kill them cold-bloodedly, and leave innocent orphans wailing behind.

"With this in mind, the daily life in Palestine has become a permanent memorial gathering. When Palestinians face such unjust aggression, they tend to stem bloodletting and destruction and not to claim the lives of innocent civilians."

"I categorically go against a committed Muslim's embarking on such attacks. Islam never allows a Muslim to kill the innocent and the helpless. "
http://archive.muslimuzbekistan. ... news18092001_1.html

adakah pihak musuh pernah menyesal dengan pebuatan mereka menyerang orang awam palestin. saya tau bean mesti cakap, tak semestinya yahudi bunuh kita kena bunuh gak, tetapi...dalam keadaan mereka yang serba daif sekarang dapatkah mereka bertindak tidak menyerang pihak awam.  


yup, that's a separate case.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2006 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 5/24/06 09:26 PM


kita tak perang ni bertelagah sesama sendiri (melayu). depa perang lagi le...


let's not look at debates from a negative perspective. as long as we want the best for the religion, it's good.
Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 25-5-2006 03:19 PM | Show all posts
terlalu ramai orang awam palestin telah dibunuh, ini ada orang2 tertentu pallestin "(bukan semua) yang ingin membalas dendam bagi adik beradik atau mak ayah yang telah dibunuh oleh pihak yahudi pasti tak dapat berfikir dengan rasional. inilah penyebabnya...pernah kah kita terfikir betapa kasihannya orang yang mengebom diri tersebut?

seperti yang saya maklum, kita tak tahu betapa susah mereka, kita boleh cakap apa sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2006 02:30 AM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 25-5-2006 03:19 PM
terlalu ramai orang awam palestin telah dibunuh, ini ada orang2 tertentu pallestin "(bukan semua) yang ingin membalas dendam bagi adik beradik atau mak ayah yang telah dibunuh oleh pihak yahud ...



Kesian le orang yg bom diri sendiri, jangan tak kesian.  Tuhan TIDAK menyuruh manusia pi bunuh diri, for whatever reason.  Ayat2 didlm Kitab hanya membenarkan manusia berperang [bergaduh] atas dasar mempertahankan diri.  Tak lebih dari itu.

Now, I challenge you gennosukesama, to come up just a single verse dari al Qur'an yg menceritakan dan membenarkan bunuh diri (sendiri kasi bunuh).  Kalu anda dapatkan surah ini, saya berjanji akan jadi orang yg berikutnya ikat bom kat badan saya dan pi bom kasi mati sapa2 yg engkar dgn perintah Tuhan.

To be fair, jika anda tidak membuktikannya, saya harap saudara boleh lah pula mengikat bom kat badan saudara.  Lepas tu minta semua orang kesiankan saudara.

So, cabaran diterima ke tidak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2006 07:03 AM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 25-5-2006 12:26 PM


kita tak perang ni bertelagah sesama sendiri (melayu). depa perang lagi le...

apa pun, kita kena sokong mereka dan berdoa kepada mereka.  derma lagi bagus.

sokong  pihak yang berperang sesama sendiri  ....bagus ker?
Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 26-5-2006 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 26-5-2006 07:03 AM

sokong  pihak yang berperang sesama sendiri  ....bagus ker?


sokong palestin. doakan mereka.
Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 26-5-2006 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 26-5-2006 02:30 AM



Kesian le orang yg bom diri sendiri, jangan tak kesian.  Tuhan TIDAK menyuruh manusia pi bunuh diri, for whatever reason.  Ayat2 didlm Kitab hanya membenarkan manusia berperang  atas dasar me ...

heran aku ko nih. bila masa aku cakap boleh. mungkin dendam kesumat dan tekanan dari yahudi jahanam yang membuatkan dia jadi kurang siuman dan dia bunuh diri tuh.
bagaiman kalau keluarga kita diseksa, dibunuh. tak ke jadi tak betul. tau tak berapa ramai ahli keluarga yagn telah dibunuh? cukup ramai untuk melahirkan pengebom berani mati.
tengok punca dulu ya. kafir dulu yang menganiaya, bukan Islam. ini macam Islam pulak puncanya.

[ Last edited by  antiQue at 28-5-2006 07:33 AM ]
Reply

Use magic Report

syawall25 This user has been deleted
Post time 27-5-2006 05:20 PM | Show all posts

Alaahaiiii.....

Macam ni ler kita rakyat malaysia......yg tu tak betul ni tak betul, Hamas mcm ni Fatah mcm ni...
so....selama kita hidup berpuluh2 tahun apa sumbangan kita pada islam? Hamas berjuang bukan kerana bangsa arab tapi kerana islam. perjuangan suci menentang yahudi laknatullah... kita ni lima kali sehari sembahyang kalau tak kata yahudi tu jahat tak sah sembahyang kita... dalam surah fatihah dua golongan yang Allah sebut "bukan jalan orang2 yang dimurkai (yahudi) dan bukan jalan org2 yang sesat (nasrani). kalau nak cakap sesuatu biarlah berilmu agar tak mati dalam keadaan fasik kerana jahil.... kalau kebenaran semua nampak kelabu tp bila yang mungkar semua clear.jgn nak kondem Hamas je...Malaysia ni ditadbir ikut quran hadis ke? tak payahlah nak cakap berkebuk pasal hamas betul ke tak.....Aku rasa malaysia ni negara yang melahirkan org 2 yang berfahaman sekular dan liberal....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062373 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list