|
huhuuh..geografi adalah salah satu subjek kegemaran...
cerita ni bukan hari ni tapi lewat 5 hari, berlaku hari khamis lepas. tapi kurang la mencabar. cuma mencabar sikit jer. lokasi dalam makmal komputer. saya tolong cikgu sorang ni. dia minta murid dia tahun 6 buka satu laman net yang ada soalan matematik. kira nak buat pembelajaran kendiri la. ada yang nak tunjuk hebat (tapi kurang hebat sebenarnya) guna kalkulator dalam komputer. ada lagi yang lain cuba-cuba buat benda yang cikgu dia tak suruh buat macam buka YM ataupun laman web lain. so counter measurenya saya blok komputer pelajar ini. ada yang marah-marah. habis, dan yang saya buat panas hati dengan seorang murid perempuan. siap hentak meja sebab saya blok komputer dia kerana cuba nak berYM. Saya tau murid ni marahkan saya kerana tak dapat buat apa yang dia hendak (dari ekspresi muka serta membebel dalam bahasa ibundanya) tapi apa saya kisah,dia nak ngamuk ker, histeria ke, maki ke ( saya tak paham apa yang dimaki, tak apa) dah buat benda yang tak diminta. janganlah pula nak tunjuk keras kepala.
oleh sebab itu, para cikgu-cikgu yang lain. silalah membestarikan diri agar tidak ketinggalan. |
|
|
|
|
|
|
|
syabas cikgu2....teruskan usaha mendidik anak2.....mencabar jugak jadik cikgu ni....
SELAMAT HARI GURU....! |
|
|
|
|
|
|
pakcik_d7668 This user has been deleted
|
peristiwa yang amat jarang berlaku....
semalam sorang budak kena penampar ngan pakcik pasal mencarut kat pakcik.
bukan kelas pakcik tapi sebelah kelas pakcik. waktu akhir dekat2 nak balik pegi dah keluar kelas dan bising2 kat depan kelas pakcik. mula tu pakcik tegur suruh masuk kelas. tak masuk jugak. pegi lepak belakang kelas dia lak. pakcik bangun dan pergi suruh masuk kelas. ada le 2-3 orang buat2 bodoh je. pakcik pun pasal dah lama tak bawak rotan, pakcik tepuk le punggung diorang sambil marah2 suruh masuk kelas...bila pakci paling belakang je, dengar budak ni cakap cib*i....tu yang kena tu.
ok la, nak kena g sekolah dah ni.....
SELAMAT HARI GURU cikgu-cikgu
[ Last edited by pakcik_d7668 at 16-5-2006 06:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU.
TERUSKAN BAKTI ANDA KEPADA ANAK WATAN |
|
|
|
|
|
|
|
Terima Kasih guru kerana mendidik ku menjadi insan berguna...Akan ku kenang sampai ble2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pakcik_d7668 at 16-5-2006 06:50 AM
peristiwa yang amat jarang berlaku....
semalam sorang budak kena penampar ngan pakcik pasal mencarut kat pakcik.
bukan kelas pakcik tapi sebelah kelas pakcik. waktu akhir dekat2 nak balik pegi ...
Wahhhh pakcik.....6.50 AM..sempat update cerita lagi......:tq::tq: |
|
|
|
|
|
|
|
charlie,
kalau ikut pengalaman sherrina, jaga lab komputer ni lain sket cara ketegasannya. kene mula semenjak sebelum masuk ke makmal. mulakan dr pintu. dr situ tunjuk yg kita serius dengan mereka. kendian, kumpulkan dan beri arahan/penerangan dulu. lepaskan ke komputer sorang-sorang atau dua-dua. partner kan jangan yg geng sekepala. bagi sherrina time nie le sherrina suka nak match kan student2 yg musuh dengan musuh supaya dorang blaja kerja sama dan berbaik2...
pasal YM tu, uninstall aje atau ada software yg kita leh install utk block apa shj yg student cuba install tanpa pengetahuan administrator. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Sherina, anyway saya akan cuba ajukan kepada guru yang jaga lab comp ni. mungkin dia terlepas pandang. lagipun hari tu saya kebetulan je nak tolong cikgu tu. cikgu old school cikgu kontrak so dia kurang la arif bab penggunaan komputer. tu pun dia saja nak cuba-cuba bawa murid ke makmal komputer. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pakcik_d7668 at 16-5-2006 06:50 AM
peristiwa yang amat jarang berlaku....
semalam sorang budak kena penampar ngan pakcik pasal mencarut kat pakcik.
bukan kelas pakcik tapi sebelah kelas pakcik. waktu akhir dekat2 nak balik pegi ...
Bawa2 bersabar ye pakcik...Selamat Hari Guru! |
|
|
|
|
|
|
pakcik_d7668 This user has been deleted
|
Mama...
kalau jenis 'kwongsai' (chinese - maksud jenis yang tak tau takut/ tak makan saman) biasanya tu aja caranya. pakcik pun sebenarnya tak suka buat macam tu. kira sepanjang jadi cikgu ni, budak tu adalah mangsa ke empat pakcik...sebab tu pakcik kata amat jarang berlaku.
pagi tadi bila selisih ngan budak tu, dia tegur pakcik dulu....'hai cikgu...ini hali hensem aaa' sambil angkat tangan. pakcik pun jawab le...'hai...tq' sambil senyum dan tepuk bahu dia. Rasanya dia dah dapat pengajaran semalam....
[ Last edited by pakcik_d7668 at 16-5-2006 07:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tadi sambutan hari guru.. rasa meriah sangat kali ni kerana semua guru melibatkan diri dalam setiap acara yang dirancangkan..
Acara dimulakan dengan bacaan perutusan menteri pelajaran dan pengarah pelajaran. diikuti ucapan ketua murid..
tp yg nak bestnya plak.. tiba2 masa guru besar duk best baca perutusan.. ada sorang cikgu yang incharge bahagian persembahan guru datang kat aku mintak tolong cari lirik lagu ... kelam kabut aku gi buka makmal n cari dalam internet... alhamdulillah dapat cari gak bbrapa buah lagu yang aku rasa cam best dan kelakar.. dpt tu terus print..
Lepas tu keluar dari makmal cepat2 sbb nak tgk sroag budak tu aku lantik tolong aku ambik gamabr.. hehe.. hari guru kali ni. dari awal sampai akhir. aku serah kamera ke dia.s ruuh dia tolong ambik.. tp sebelum tu.. aku ajar dia dulu apa yang hendak diambil.. camne nak handle kamera.. walaupun tak semuanya menjadi.. kira ok la gak.. sbb kamera digital.. leh buang je yg tak jadi..
kemudian program sukaneka antara guru.. best sangat.. main bersemangat utk menang.. bukan nak hadiah sanagt. saje je lepas tension main. penagwas sekolah lak jadi pengadil..
abih tu.. rehat jap dan teruskan dengan program persembahan guru.. yang bestnya.. tak sangka. masa nak mula tu. aku pakai pilih je beberapa org guru bagi lirik n suruh diorg nyanyi spontan.. haha.. nasib baik semua sporting. nyanyi jugak walaupun sumbang.. haha..
dan salah sorang aku pilih guru besar. bagi lirik madu 3.. nasib baik dia sanggup nyanyi.. aku bagi lirik dan bagitau. " cikgu. ni lirik lagu. cikgu kena nyanyi. permintaan ramai". haha.. terhibur gak budak2.. sbb ada beberapa org guru yg leh dikatakan berbakat jugak..
kemudian. lasat acara pertukaran hadiah antara guru dan kakitanagn sekolah serta cabutan.. lepas tu balik.. hehe.. letih lagi rasa.. kalu ada masa. aku edit gamabr hari guru tadi n letak kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
tp satu je tak best. inagtk tak budak thn 3 yang aku kata bawak byk masalah tu..
td buat hal lagi.. bayangkan. semua org kat padang. dia leh isap rokok dalam kelas. ada budak nampak n report ke cikgu.. teruk dah budak ni... aritu dah janji nak berhenti dah.. |
|
|
|
|
|
|
pakcik_d7668 This user has been deleted
|
tadi masa acara guru dan murid, macam biasa pakcik masuk game catur...
dah Alhamdulillah, berjaya lagi mengekalkan status juara 5 tahun berturut-turut...hehe, walaupun hampir kalah ngan budak wakil daerah tadi.
tapi sedih jugak le, pasal tak dapat pegi lunch kat hotel kat skudai tadi. pasal ada hal mustahak kat rumah nak kena uruskan.
dalam banyak2 hadiah yang pakcik dapat tadi, ada satu yang amat mengharukan pakcik....
pakcik dapat satu 'kad' yang dibuat daripada kertas buku latihan...sangat simple. dilukis dan ditulis sendiri dengan hanya menggunakan pen hitam dan pensil.dengan ucapan yang juga sangat ringkas 'terima kasih cikgu' . 'kad' ni dibuat oleh sorang murid kelas pakcik yang memang pakcik sedia maklum, dari keluarga miskin. dan 'kad' tu pakcik dah tampalkan kat notice board meja pakcik tadi....sebagai satu tanda kepuasan dan peringtan kepada pakcik. dan dibawah 'kad' tu pakcik tuliskan....
Terima kasih Sivaneswary. Cikgu amat menghargainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pakcik_d7668 at 16-5-2006 08:10 PM
tadi masa acara guru dan murid, macam biasa pakcik masuk game catur...
dah Alhamdulillah, berjaya lagi mengekalkan status juara 5 tahun berturut-turut...hehe, walaupun hampir kalah ngan budak waki ...
So touching...Send my regards to your student tu yea? |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik,
amik le gambo kad tu..share sama2 kat sini. harga tidak penting tetapi keikhlasan lebih menyentuh hati |
|
|
|
|
|
|
|
saya juga menerima beberapa kad buatan sendiri. secebis nota yang tahun lepas budak bagi pun saya tak buang. tertampal pada meja. |
|
|
|
|
|
|
pakcik_d7668 This user has been deleted
|
Mama, insyaAllah nanti pakcik sampaikan.
Sherrina,
nanti pakcik ambik ambik dan tempek kat sini.
charlie...
memang betul. hadiah apapun tak penting...yang penting sebenarnya tujuan hadiah tu diberikan...sebagai tanda ingatan dan penghargaan....secara jujur kita kena akui, kalau ada murid-murid yang mengingati kita, kita akan rasa puas sangat dan berusaha untuk memberikan yang lebih baik lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni ngantuk giler...
jaga peksa...sambil tu menanda jugak kertas sket2...
27hb ni start cuti...tapi bukannya cuti sepenuhnya puuunnn...kena lah tanda kertas plak...
IM ada 3 klas ekononi (120 scripts), 2 klas perdagangan (80 scripts), 4 PJK (160 scrpts)...pengsan wooo...dengan setribu jenis tulisan. ada macam cacing ada macam kena tiup angin puting beliung, ada terlalu cantik sampai susan nak baca..... |
|
|
|
|
|
|
|
IM, sila tambah lagi kerja yang anda lakukan dengan mengisi buku adab belajar (bukan setakat rekod markah peperiksaan sahaja yea tetapi ada kena tanda dan kira "ADAB" murid kita belajar} dah siap, kena isi pula dalam statistik.
pakcik,
tak dapat hadiah pun tak kisah, lagi best kalau murid tu berjaya kemudian dia ucapkan terima kasih. itu yang leh dibanggakan. sekurang-kurangnya ada la tanda yang ilmu yang dicurahkan bermakna. |
|
|
|
|
|
|
pakcik_d7668 This user has been deleted
|
betul tu charlie....
kepuasan sebenar seorang guru ialah apabila melihat muridnya berjaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|