belut This user has been deleted
|
Bukan bahasa yang menjadi penghalang kepada seseorang untuk memahami Quran. Ini telah dinyatakan oleh Allah. Lebih kurang 50 juta orang Arab adalah penganut pelbagai agama dan mazhab. Syiah (Ithna Asheri, Ismailia, Druze, Alawite, Zaidiyya) pun ada. Di Mosul, Iraq, hampir sejuta manusia yang berbahasa Arab menyembah burung merak (pengikut agama Yazidiyyah).
Ayatollah di Iraq mempunyai kepakaran bahasa Arab dan menghafal semua perkataan dalam Quran. Ulama Druze dan Alawiyah pun menghafal Quran dan bahasa mereka adalah bahasa Arab. Tetapi bagaimana kepercayaan mereka?
Yang menjadi masalah ialah ajaran extra-Quran. Imam itu bersabda, imam ni bersabda, imam itu ghaib, ma'sum, menjelma semula dan lain-lain. yang menjadi masalah ialah apabila kita menganggap Quran itu tidak lengkap. Bercakap bahasa Arab fasih dan 40 tahun berguru di Karbala atau Qum atau al-Azhar pun, kita tetap tidak akan memahami Quran kerana kita "join" extra-Quranic teaching kepada Quran.
"Quran+something" is not the same as "Quran".
[ Last edited by belut on 25-7-2005 at 09:47 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by belut at 25-7-2005 09:25 PM:
Tidak, saya tidak marah. Berhala ialah perkataan Melayu asli. "Idola" ialah perkataan yang diadaptasi dari "idol". Tak pure!
:-)
maaf, perkataan bagi bahasa melayu asli hanya ada 4 perkataan!! antaranya babi, padi dan tut tut tut.. (lupa plak)...
kena bukak buku STPM nie.. lupa plak.. hehehehehe.... dah lama tinggalkan... ada astronasea, dan lelain keluarga bahasa. bila dikaji2... asal bagi perkataan melayu hanya 4.
TAK PURE LANGSUNG!!~ hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by belut at 25-7-2005 09:35 PM:
Bukan bahasa yang menjadi penghalang kepada seseorang untuk memahami Quran. Ini telah dinyatakan oleh Allah. Lebih kurang 50 juta orang Arab adalah penganut pelbagai agama dan mazhab. Syiah (Ithna ...
Apabila mendalami al-quran sensorang tanpa rujukan, tak takut ke syaitan membisik di hati? hm.... (tanya je.. tak de kena mengena dengan bangkangan terhadap saudara/i; tak de kaitan dengan mazhab2; soalan yang pure; tak palsu;) |
|
|
|
|
|
|
belut This user has been deleted
|
Bila sorang-sorang? Kenapa takut? Allah is close to His servants. He sees everything that His servants does. Words of GOD can lead us astray? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by belut at 25-7-2005 09:59 PM:
Bila sorang-sorang? Kenapa takut? Allah is close to His servants. He sees everything that His servants does. Words of GOD can lead us astray?
bagaimana kalau tiba2 ada orang menyamar... kata yg dia tu orang alim lar... nak ajarkan sesuatu lar... ala.. macam dalam drama2 swasta yang kita tonton kat tv/mana-mana buku or komik or majalah or tabloid or apa2 lagi ntah... |
|
|
|
|
|
|
belut This user has been deleted
|
The Quran enjoins believers to use their sight, their hearing and their intelligence. GOD also says the Quran is complete and has everything that we need to know. The pre-requisite is to believe in God Alone (wahdahu) and say no to everything else. This is how Prophet Muhammad managed to unite opposing parties in Arabia (some are pagans/ummiy, Jews, Christians, planet/star worshippers etc etc). He preached the Quran...
"...O people of the Scripture, let us come to a common agreement between us and between you; that: (1) we do not serve except God, and (2) do not set up anything at all with Him, and (3) that none of us takes each other as patrons besides God...." [The Quran 3:64]
He asked people to serve God alone, like what he did. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesejahteraan kepada yang mengikut Petunjuk,
Sdr Sauber,
Jika menurut pemahaman saudara, mereka yang dipanggil ahlul bait ialah isteri-isteri nabi sahaja yang dibersihkan dalam ayat di atas.
1. Ahlul Bait - Ahli Rumah boleh membawa maksud sesiapa yang berada didalam rumah tersebut,
Akan tetapi jika saudara ingin menggunakan 33:33 sebagai hujah sdr yang ahlul bait disucikan, sdr perlu melihat konteks ayat tersebut, Siapa yang dirujuk sebagai ahlul Bait. Saya rasa tidak susah nak faham bukan sdr sauber?
Ini bermaksud kriteria ahlul bait ialah
- perempuan/isteri nabi
- janganlah hina dalam ucapan
- ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
- Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu
- janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu
- lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya
Ya, inilah kriteria yang diberikan Allah dari lidah rasulnya jika Isteri-isteri Nabi ingin menyucikan diri mereka, Jika mereka melakukannya, mereka dibersihkan, jika tidak maka tidaklah dibersihkan.Simple kan? dan jangan lupa satu lagi kriteria yang penting iaitu dalam ayat 33:34. Sila baca dalam konteks.
Jadi ayat seterusnya, 'Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya.' nampak masuk akal.
Ya, memang masuk akal, Ahlul Bait yang dirujuk 33:33 hendak dibersihkan oleh Allah, jika mereka melakukan apa yang diarahkanNya.
Jika menurut definasi diatas, Muhammad,anak menantunya dan anak angkatnya bukanlah ahlul bait? Mana mungkin nabi dan anak menantunya duduk rumah sahaja tak keluar ke mana-mana? Apa pandangan saudara lolipop?
Mereka boleh dirujuk sebagai ahlul Bait,dari segi bahasa, tetapi mereka bukanlah sebahagian daripada ahlul Bait yang dirujuk dalam 33:33.
Tafsiran saudara bahawa segala hukum/syariat selain dari Alquran yang dilaksanakan oleh co-author syiah&aswj adalah satu 'conjecture juga' dan kurang tepat. Jika saudara menganggap mereka yang mencipta hukum/law selain Alquran adalah sekutu-sekutu, maka semua ahli parlimen/pembuat hukum diseluruh negara Islam adalah sekutu Allah. Hukuman penjara, saman dan segala law yang tidak termaktub dalam Alquran adalah tidak sah. Atau syariat/law baru tersebut tiada kaitan dengan agama dan termasuk dalam kategori sekular? Apa pandangan saudara? Adakah kita perlu bubarkan saja parlimen Malaysia kerana mereka itu sekutu Allah?
Sdr sauber, saya minta sdr minta baca kembali ayat tersebut, saya paste.
42:21. Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih
Saya nak tanya sdr sauber, adakah parlimen ataupun undang2 sekular lain itu mereka syariatkan sebagai agama?
Dan adakah mereka yang membuat undang-undang dalam aswj & shiah juga disyariatkan sebagai agama? Adakah Allah mengizinkan mereka berbuat demikian? sedangkan Nabi hanya dibenarkan untuk mengikut syariat yang diturunkan Allah?
45:18. Kemudian Kami membuat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia, dan janganlah mengikuti keinginan orang-orang yang tidak mengetahui.
Jika saudara bersetuju, apakah hukum pengklonan bagi manusia, haiwan dan tumbuhan? Bolehkah umat melakukannya? Ayat manakah yang menjelaskan apa definisi ....
Mengenai isu ini, mungkin ia akan jagi sebuah topic dengan sendirinya, Saya perlu study dan mungkin lain kali kita akan bincangkannya.
Hanya nabi sahaja yang mempunyai autoriti mentafsir dan menjawab segala persoalan-persoalan manusia pada zamannya.
Mentafsir? Ayat-ayat muhkamat telah jelas dan tidak perlu ditafsir, hence kita dapat membaca banyak ayat yang menyatakan Al-Quran adalah kitab yang Jelas(6:114)
ayat-ayat mutashabihat(yang serupa) pula, hanya Allah mengetahui maksudnya, Saya mengambil pengajaran dari 3:7 supaya tidak menggunakan ayat-ayat ini untuk menimbulkan pertikaiian kerana meninginkan intretasi/tafsirannya/takwilnya.
Menjawab soalan?
Perlu diingatkan semua soalan yang ditanya kepada Nabi telah pun dijawab oleh Nabi dengan wahyu Allah, Al-Quran, Oleh itu terdapat ayat-ayat Quran yang bermula dengan " Jika mereka menanyakan kamu mengenai...."
Dan saya selalu ingat akan ayat ini.
5:101. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah menanyai sesuatu yang, jika ia dinampakkan kepada kamu, akan menyakitkan hati kamu; namun begitu, jika kamu menanyai mengenainya ketika al-Qur'an sedang diturunkan, akan dinampakkan kepada kamu. Allah memaafkannya; dan Allah Pengampun, Penyantun.
Namun, apabila beliau wafat, segala tafsiran baru untuk masalah baru pada zaman selepasnya adalah satu 'conjecture' dan kita disuruh memilih 'conjecture' yang paling rendah tahapnya iaitu pendapat yang paling baik.
conjecture=sangkaan
10:35. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang memberi petunjuk pada yang benar?" Katakanlah, "Allah, Dia memberi petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk diikuti - orang yang memberi petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak memberi petunjuk kecuali dia mendapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?"
10:36. Dan kebanyakan mereka hanya mengikuti sangkaan, dan sangkaan tidaklah berguna sedikit pun terhadap yang benar. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka buat.
Dan apa yang menyebabkan sdr yakin yang mengikut hadis-hadis itu adalah conjecture yang paling rendah?
Atau mengikut aswj @ shia?
Bagaimana hendak memperolehi pendapat terbaik kalau setakat duduk dalam bilik dan tidak bercampur dengan masyarakat dan menuduh majoriti umat Islam hari ini mengikut sekutu-sekutu Allah?
Saya rasa biar ayat-ayat Allah sendiri menjawab soalan sdr.
12:103. Walaupun kamu sangat menginginkan, tetapi kebanyakan manusia tidak mukmin (mempercayai).
12:104. Kamu tidak meminta upah untuknya; ia tidak lain hanyalah peringatan bagi semua alam.
12:105. Berapa banyaknya ayat yang ada di langit dan di bumi yang mereka melalui, dengan berpaling daripadanya!
12:106. Dan kebanyakan mereka tidak mempercayai Allah, melainkan mereka menyekutukan-Nya.
Jika dicadangkan membuat kajian terhadap sumber-sumber syiah&aswj bagi memperolehi pendapat terbaik, jawapan ini pula yang diberikan ' apa perlunya mengkaji beribu-ribu kitab hadis?' Apa pandangan lolipop?
Baiklah beritahu saya apalah sumber-sumber syiah dan aswj? Bukankah mereka hadis selain dari Al-Quran?Jika mentaati sumber-sumber shiah dan aswj ini penting untuk menyelamatkan kita dari Api, mengapakah amaran untuk mentaati sumber-sumber hadis selain dari Al-Quran tidak pernah disebut dalam Al-Quran.
Saudara sauber sila berikan ayat menyuruh kita mentaati apa yang kononya dikumpulkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Maja, Tirmidhi dan al-Nasa`i
atau pun bg shia al -Kulaini, Ibn Babuwayh, al-Murtada dan Ja`afar Muhammad al-Tusi.
Memandangkan saudara sauber condong kepada perbincangan shia, Sdr boleh menjawab soalan saya bg pihak Billionair,
Mengenai orang orang yang mengkhendaki untuk menyucikan/membersihkan diri mereka.
9:107. Dan orang-orang yang mengambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak menghendaki sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah mempersaksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta.
9:108. Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang ingin membersihkan diri mereka;dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.
Difahamkan dari ayat ini terdapat Lelaki-lelaki yang ingin menyucikan/membersihkan berdiri didalam masjid yang didirikan atas takwa pada hari pertama. Dan Allah juga menyukai orang yang menyucikan/membersihkan diri.
Jadi Soalan saya, bolehkah orang-orang macam saya ini yang bukan dari keturunan ahlul Bait Nabi boleh menyucikan/membersihkan diri saya? Untuk mendapat Kepuasan hati Allah? Atau hanya orang daripada keturunan Nabi sahaja boleh menyucikan diri?
Terima Kasih
Salam
[ Last edited by lolipop9 on 26-7-2005 at 12:41 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Mereka boleh dirujuk sebagai ahlul Bait,dari segi bahasa, tetapi mereka bukanlah sebahagian daripada ahlul Bait yang dirujuk dalam 33:33.
Ada satu lagi ayat yang mempunyai perkataan ahlul Bait
11:73. Mereka berkata, "Apa, adakah kamu berasa hairan pada perintah Allah? Pengasihan Allah dan keberkatan-Nya ke atas kamu, wahai ahli Rumah! Sesungguhnya Dia Terpuji, Indah."
Ahlul Bait disini ialah Ibrahim dan isterinya.
Berdasarkan penggunaan ahlul bait dalam dua ayat di atas dalam Alquran, ahli rumah adalah mereka yang dimaksudkan dalam konteks ayat. Jika ada hadis yang merekodkan ada orang lain maka itu adalah satu 'conjecture'. Oleh kerana kitab hadis dikumpul oleh manusia maka kepentingan diri dan umum tidak dapat tidak, mempengaruhi pemilihan hadis yang berkaitan. Mungkin pengikut syiah ada pendapat lain yang lebih logik.
Sdr sauber, saya minta sdr minta baca kembali ayat tersebut, saya paste.
42:21. Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih
Saya nak tanya sdr sauber, adakah parlimen ataupun undang2 sekular lain itu mereka
syariatkan sebagai agama?
Mungkin saudara ingin maksudkan Imam-imam mazhab telah mensyariatkan agama dengan memasukkan amalan-amalan yang tidak dinyatakan secara jelas dalam Alquran sebagai contoh, solat jenazah, solat Jumaat dan solat hari raya. Sebab itulah saudara pertikaikan parlimen sebagai tempat pengeluaran syariat. Harap perbetulkan.
Namun begitu, jika ulil amri zaman 4 khalifah utama tersebut beritjihad bahawa amalan-amalan tersebut adalah baik untuk meningkatkan silaturrahim, kasih sayang antara umat Islam dan ia tidak dinyatakan secara jelas dilarang dalam Alquran. Dan ia diteruskan oleh ulil amri zaman sekarang, saudara ikut atau tidak?
10:35. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang memberi petunjuk pada yang benar?" Katakanlah, "Allah, Dia memberi petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk diikuti - orang yang memberi petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak memberi petunjuk kecuali dia mendapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?"
10:36. Dan kebanyakan mereka hanya mengikuti sangkaan, dan sangkaan tidaklah berguna sedikit pun terhadap yang benar. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka buat.
Ayat ini merupakan dialog nabi dengan kaumnya (menyembah banyak tuhan termasuk Allah) yang bukan sahaja menolak kerasulan nabi bahkan memperolok-olokkannya. Adakah saudara hendak menyampaikan ayat ini kepada umat Islam sekarang yang hanya menyembah Allah yang Esa? Umat yang digelar umat terbaik
3:110. Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.
Umat yang bertuhankan Allah yang Esa (monotheism) seperti Ibrahim yang menggunakan akal dalam melihat konsep ketuhanan
3:68. Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan Ibrahim ialah mereka yang mengikutinya, dan Nabi ini, dan orang-orang yang percaya; dan Allah Wali (Pelindung) orang-orang mukmin.
Umat yang kitabnya dipelihara
15:9. Kamilah yang menurunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.
yang diwarisi oleh hamba-hamba yang terpilih
35:31. Dan apa yang Kami mewahyukan kamu daripada Kitab adalah yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya; sesungguhnya Allah menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.
35:32. Kemudian Kami mewariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar.
Maka bagaimana saudara sanggup memetik ayat-ayat yang menjadi satu pengajaran kepada kita kisah perjuangan nabi dalam menyampaikan wahyu Allah kepada kaumnya dan menggunakannya sebagai hujah mempertahankan tuduhan saudara? Adakah saudara sudah menyangka bahawa saudara adalah rasul yang mendapat autoriti dari Allah setelah ayat-ayat 10:35 dan 10:36 disangka begitu sinonim dengan situasi umat Islam sekarang?
Saya rasa biar ayat-ayat Allah sendiri menjawab soalan sdr.
12:103. Walaupun kamu sangat menginginkan, tetapi kebanyakan manusia tidak mukmin (mempercayai).
12:104. Kamu tidak meminta upah untuknya; ia tidak lain hanyalah peringatan bagi semua alam.
12:105. Berapa banyaknya ayat yang ada di langit dan di bumi yang mereka melalui, dengan berpaling daripadanya!
12:106. Dan kebanyakan mereka tidak mempercayai Allah, melainkan mereka menyekutukan-Nya.
Sekali lagi saudara memetik ayat-ayat yang menjadi satu pengajaran kepada kita kisah
perjuangan rasul dalam menyampaikan wahyu Allah kepada kaumnya dan menggunakannya sebagai hujah mempertahankan tuduhan saudara.
24:34. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan, dan satu contoh orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.
Kaum Muhammad ialah satu contoh kaum yang menentang Allah dan rasulnya. Adakah saudara pula merasakan umat Islam hari ini menentang saudara sebagai seorang rasul? Adakah saudara membawa bukti-bukti yang jelas? Bolehkah terjemahan Alquran menjadi bukti-bukti yang jelas yang boleh ditafsir oleh semua orang mengikut kepentingan mereka sendiri?
Baiklah beritahu saya apalah sumber-sumber syiah dan aswj? Bukankah mereka hadis selain dari Al-Quran?Jika mentaati sumber-sumber shiah dan aswj ini penting untuk menyelamatkan kita dari Api, mengapakah amaran untuk mentaati sumber-sumber hadis selain dari Al-Quran tidak pernah disebut dalam Al-Quran.
Saudara sauber sila berikan ayat menyuruh kita mentaati apa yang kononya dikumpulkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Maja, Tirmidhi dan al-Nasa`i
atau pun bg shia al -Kulaini, Ibn Babuwayh, al-Murtada dan Ja`afar Muhammad al-Tusi.
Saya bukanlah seorang ahli hadis. Maka saya tidak layak untuk memberikan hujah secara ilmiah, setakat 'conjecture' tu bolehlah berdasarkan pemahaman pembacaaan. Kitab hadis adalah himpunan hadis yang dikumpul oleh manusia. Kekuatan hadis-hadis tersebut bergantung kepada sanad. Tapi saya lebih bersetuju dengan cara Kassim Ahmad iaitu membahagikan 600,000 hadis kepada
- selari Alquran
- bercanggah
- neutral
dan kemudian baru melihat kepada sanad. Ini selari dengan
39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.
Saya tidak pasti mengapa cara Kassim Ahmad tidak dilakukan pada zaman tersebut mungkin disebabkan pengaruh politik semasa sebagaimana yang berlaku juga pada hari ini antara UMNO dan PAS iaitu memilih kroni.
Ayat secara khusus takder tapi ayat secara am ada iaitu ayat 39:18. Selain sumber syiah&aswj ada lagi sumber lain seperti arkeologi, catatan non-muslim dan alkitab.
Apabila saudara bertanya, haruskah kita mengikuti Bukhari etc. Bergantung kepada siapa ulil amri pada zaman saudara hidup? Jika ayat Alquran tidak melarang dan ulil amri merasakan perkara itu baik untuk umat, adakah saudara hendak menentang?
Alquran mengajar kita, patuh kepada perintah Allah dan rasulnya dan ulil amri. Ulil amri
tidak layak dipatuhi jika perintah mereka bercanggah dengan Alquran. Kita tidak hidup
dizaman 4 khalifah utama, umayyah dan abbasiyah maka jika hanya menggunakan logik akal mengkaji Alquran tanpa melihat bagaimana syariat berkembang dari satu khalifah ke satu khalifah yang lain maka tentulah banyak yang takder dalam Alquran tapi diamalkan oleh umat Islam hari ini.
Justeru itu, sebelum membuat tuduhan melulu sila kaji dulu hubungan hadis dan Alquran sejak awal perkembangan Islam sehingga hari ini.
Memandangkan saudara sauber condong kepada perbincangan shia, Sdr boleh menjawab soalan saya bg pihak Billionair,
Biarlah saudara Billionair menjawabnya, lagipun saya bukannya ahli dalam fahaman syiah.
Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan mengurniakan Syurga kepada kita.
Salam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by belut at 2005-7-25 09:35 PM:
Bukan bahasa yang menjadi penghalang kepada seseorang untuk memahami Quran. Ini telah dinyatakan oleh Allah.
Di manakah kenyataan Allah ini? Tolong ajarkan saya. Dari mana tuan memetiknya. Thanks.
Jadi berdasarkan dalil tuan itu, tuan mengatakan tidak perlu belajar bahasa 'Arab untuk memahami Al Quran?
Saya melihat ayat-ayat Allah pada tujuh tempat berikut:
16:103, 26:195, 39:27-28, 41:3, 42:7, 43:3, 46:12
Berdasarkan pembacaan ayat-ayat di atas, pemikiran saya dan merujuk kepada tafsir2 muktabar, saya membuat kesimpulan bahawa saya perlu mempelajari Al Quran melalui Bahasa 'Arab untuk benar-benar memahami Al Quran kerana itulah bahasa Al Quran diturunkan. Semoga Allah memberi saya hidayah dan petunjukNya.
Jadi, kalau kerana kelemahan tertentu saya tak mampu membuat begitu (fasih Arab), wajar bagi saya sekurang2nya mempelajari dari panduan2 dari orang2 yang terbukti keahliannya dalam bahasa 'Arab (dan ilmu2 lain yg berkaitan) dan yang saya percayai kejujurannya untuk membantu saya memahaminya.
Of course yang lebih baik saya juga perlu berusaha belajar bahasa tersebut setakat mana saya termampu, sekurang2nya utk memberi sedikit kebolehan utk saya memilih mana satu ahli yang benar dan mana yang dusta dalam mengajar Al Quran itu kepada saya (verification)! Allah beri saya Af-Idah untuk melakukan semua itu, kenapa saya tak mahu melakukannya?
Saya maklum sangat kenyataan bahawa orang fasih bahasa Arab tak semestinya garenti boleh faham dan mengamalkan Al Quran, Abu Lahab dan Abu Jahal dua contoh jelas di samping contoh2 yang tuan beri. Tapi golongan yang fasih Arab dan memahami Al Quran juga ramai. Kalau saya sengaja bodoh sombong tak mahu belajar 'Arab langsung kerana contoh2 yang sesat tersebut sahaja, dan enggan belajar dari contoh-contoh yang baik, saya takut saya akan tergolong di antara orang2 yang rugi di akhirat nanti.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
belut This user has been deleted
|
kaedah belajar bahasa Arab yang baik ialah dengan mempelajari makna Quran. Kamus merata-rata (online dan manual). Kesesatan seseorang bukan disebabkan oleh kurang fasih bahasa Arab. Tetapi kesukaran untuk memeluk (embrace) sistem yang bersandar kepada Allah Wahdahu (God Alone). |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Sdr sauber,
Ada satu lagi ayat yang mempunyai perkataan ahlul Bait
11:73. Mereka berkata, "Apa, adakah kamu berasa hairan pada perintah Allah? Pengasihan Allah dan keberkatan-Nya ke atas kamu, wahai ahli Rumah! Sesungguhnya Dia Terpuji, Indah."
Ahlul Bait disini ialah Ibrahim dan isterinya.
Setuju
Berdasarkan penggunaan ahlul bait dalam dua ayat di atas dalam Alquran, ahli rumah adalah mereka yang dimaksudkan dalam konteks ayat. Jika ada hadis yang merekodkan ada orang lain maka itu adalah satu 'conjecture'. Oleh kerana kitab hadis dikumpul oleh manusia maka kepentingan diri dan umum tidak dapat tidak, mempengaruhi pemilihan hadis yang berkaitan. Mungkin pengikut syiah ada pendapat lain yang lebih logik.
Kita tunggu.
Mungkin saudara ingin maksudkan Imam-imam mazhab telah mensyariatkan agama dengan memasukkan amalan-amalan yang tidak dinyatakan secara jelas dalam Alquran sebagai contoh, solat jenazah, solat Jumaat dan solat hari raya. Sebab itulah saudara pertikaikan parlimen sebagai tempat pengeluaran syariat. Harap perbetulkan.
Saya rasa sdr dapat apa yang sy cuba sampaikan..
Namun begitu, jika ulil amri zaman 4 khalifah utama tersebut beritjihad bahawa amalan-amalan tersebut adalah baik untuk meningkatkan silaturrahim, kasih sayang antara umat Islam dan ia tidak dinyatakan secara jelas dilarang dalam Alquran. Dan ia diteruskan oleh ulil amri zaman sekarang, saudara ikut atau tidak?
Ulil Amri = orang dalam urusan
Adakah mereka claim yang amalan2 tersrbut dari Allah?
Adakah mereka mengsyariatkannya sbagai agama?
Jika seseorang tidak melakukan "amalan" tersebut mereka beranggapan ianya menyalahi agama?
Ayat ini merupakan dialog nabi dengan kaumnya (menyembah banyak tuhan termasuk Allah) yang bukan sahaja menolak kerasulan nabi bahkan memperolok-olokkannya
Saya rasa sdr faham apa maksud ayat itu,
Adakah saudara hendak menyampaikan ayat ini kepada umat Islam sekarang yang hanya menyembah Allah yang Esa? Umat yang digelar umat terbaik
3:110. Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.
Kamu? Kamu merujuk kepada orang-orang yang percaya; 3:102
Umat yang bertuhankan Allah yang Esa (monotheism) seperti Ibrahim yang menggunakan akal dalam melihat konsep ketuhanan
3:68. Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan Ibrahim ialah mereka yang mengikutinya, dan Nabi ini, dan orang-orang yang percaya; dan Allah Wali (Pelindung) orang-orang mukmin.
Bukan menggunakan akal sahaja, malah menggunakan Kitab yang diwahyukan kepada Nabi-nabi, yang disahkan al-Quran. Agak bahaya untuk memggunakan akal sahaja kerana:
25:43-44. Sudahkah kamu melihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya? Adakah kamu menjadi wakil kepada mereka? Atau, kamu menyangka bahawa kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan.
Umat yang kitabnya dipelihara
15:9. Kamilah yang menurunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.
yang diwarisi oleh hamba-hamba yang terpilih
35:31. Dan apa yang Kami mewahyukan kamu daripada Kitab adalah yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya; sesungguhnya Allah menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.
35:32. Kemudian Kami mewariskan Kitab kepada mereka antara hamba-hamba Kami yang Kami pilih; tetapi antara mereka, ada yang menzalimi dirinya sendiri, dan antara mereka tidak bersungguh-sungguh, dan antara mereka ada yang mendahului dalam kebajikan dengan izin Allah; itulah pemberian yang besar.
setuju
Maka bagaimana saudara sanggup memetik ayat-ayat yang menjadi satu pengajaran kepada kita kisah perjuangan nabi dalam menyampaikan wahyu Allah kepada kaumnya dan menggunakannya sebagai hujah mempertahankan tuduhan saudara?
17:89. Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan tetapi kebanyakan manusia menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.
Kisah-kisah dalam al-Quran sepatutnya dijadikan pengajaran. Itulah yang saya cuba lakukan, betulkan saya jika saya salah
Adakah saudara sudah menyangka bahawa saudara adalah rasul yang mendapat autoriti dari Allah setelah ayat-ayat 10:35 dan 10:36 disangka begitu sinonim dengan situasi umat Islam sekarang?
Sebenarnya dengan mengambil kitab lain sebgai sumber agama juga sdr telah menyekutukan Allah. Ambillah pengajaran daripada jin.
72:2. Ia(Al-Quran) memberi petunjuk pada jalan yang benar. Kami percaya kepadanya, dan kami tidak akan menyekutukan Pemelihara kami dengan sesiapa.
Dan jangan pula mengaggap saya ini rasul yang mendapat authority Allah, Saya juga memerlukan petunjuk, Oleh itu saya juga prone untuk membuat salah, hence 10:35. Oleh itu kembalilah kepada sumber petunjuk tersebut. Itulah tujuan saya, untuk menggalakkan pembaca membaca Al-Quran dengan memahaminya.
Sekali lagi saudara memetik ayat-ayat yang menjadi satu pengajaran kepada kita kisah
perjuangan rasul dalam menyampaikan wahyu Allah kepada kaumnya dan menggunakannya sebagai hujah mempertahankan tuduhan saudara.
Salahkah saya menggunakan hujah Nabi untuk menyampaikan messeage saya iaitu
"Kebanyakan mereka tidak mempercayai Allah, melainkan mereka menyekutukan-Nya."?
24:34. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan, dan satu contoh orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.
Setuju
Kaum Muhammad ialah satu contoh kaum yang menentang Allah dan rasulnya. Adakah saudara pula merasakan umat Islam hari ini menentang saudara sebagai seorang rasul?
Did i claim to be one?
Adakah saudara membawa bukti-bukti yang jelas? Bolehkah terjemahan Alquran menjadi bukti-bukti yang jelas yang boleh ditafsir oleh semua orang mengikut kepentingan mereka sendiri?
Saudara tak perlukan saya untuk bukti2 yang jelas, sdr boleh mencarinya sendiri didalam Quran.
Al-Quran bahasa Arab tiada kebengkokkan, jika sdr ada melihat terjemahan yang bengkok, sdr boleh betulkan saya, saya boleh terima jika teguran itu valid.
Allah yang memberi tafsiran yang paling baik. Hence ayat yang turun di permulaan wahyu yang kurang jelas akan ditafsirkan/dijelaskan oleh ayat yang turun selepas itu.
25:32-33. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Mengapakah al-Qur'an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?" Begitulah, supaya Kami memperteguhkan hati kamu dengannya, dan Kami membacakannya dengan bacaan sebenar.
Mereka tidak datang kepada kamu dengan sebarang persamaan melainkan Kami mendatangkan kepada kamu yang benar, dan penjelasan (tafsir) yang lebih baik.
Saya bukanlah seorang ahli hadis. Maka saya tidak layak untuk memberikan hujah secara ilmiah, setakat 'conjecture' tu bolehlah berdasarkan pemahaman pembacaaan. Kitab hadis adalah himpunan hadis yang dikumpul oleh manusia. Kekuatan hadis-hadis tersebut bergantung kepada sanad. Tapi saya lebih bersetuju dengan cara Kassim Ahmad iaitu membahagikan 600,000 hadis kepada
- selari Alquran
- bercanggah
- neutral
Kekuatan bergantung kepada sanad? Sistem/cara penapisan hadis ini direka oleh mereka sendiri untuk meyakinkan orang yang membaca yang hadis itu betul2 dari Nabi Allah. Walaupun mereka selari dengan Al-Quran adakah merekaboleh menjadi sumber kepada Agama Allah?Siapakah yang lebih benar hadisnya daripada Allah?
dan kemudian baru melihat kepada sanad. Ini selari dengan
39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.
Adakah ianya selari dengan ayat-ayat ini?
7:185. Tidakkah mereka merenungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan mempercayai?
77:50. Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan mempercayai?
45:6. Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?
Apabila saudara bertanya, haruskah kita mengikuti Bukhari etc. Bergantung kepada siapa ulil amri pada zaman saudara hidup? Jika ayat Alquran tidak melarang dan ulil amri merasakan perkara itu baik untuk umat, adakah saudara hendak menentang?
Adakah ini bermaksud jika Ulil amri saya mengikut Bukhari dan mengarahkan saya untuk mengikut Bukhari, saya perlu ikut dia? Orang-orang dalam urusan adalah dalam urusan sekular, jika dalam urusan agama, kembalikanlah kepada Allah dan rasulnya= Al-Quran.
Alquran mengajar kita, patuh kepada perintah Allah dan rasulnya dan ulil amri. Ulil amri
tidak layak dipatuhi jika perintah mereka bercanggah dengan Alquran. Kita tidak hidup
dizaman 4 khalifah utama, umayyah dan abbasiyah maka jika hanya menggunakan logik akal mengkaji Alquran tanpa melihat bagaimana syariat berkembang dari satu khalifah ke satu khalifah yang lain maka tentulah banyak yang takder dalam Alquran tapi diamalkan oleh umat Islam hari ini.
Syariat berkembang? adakah ini bermaksud ianya bertambah dari satu kalifah ke satu kalifah? Dari mana datang "perkembangan" syariat ini?
Adakah perkara-perkara yang tidak ada dalam Al-Quran wajib diikuti sebagai agama? Adakah berdosa jika tidak mengikut khalifah2 itu? Dimana umat diperintahkan untuk taat kepada mereka?
[ Last edited by lolipop9 on 26-7-2005 at 10:05 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Justeru itu, sebelum membuat tuduhan melulu sila kaji dulu hubungan hadis dan Alquran sejak awal perkembangan Islam sehingga hari ini.
Beri saya satu "hint" atau "link" dari Al-Quran yang mengatakan kita harus taat kepada hadis yang ditulis 200 tahun selepas Nabi wafat.
salam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by belut at 26-7-2005 09:19 PM:
kaedah belajar bahasa Arab yang baik ialah dengan mempelajari makna Quran. Kamus merata-rata (online dan manual). Kesesatan seseorang bukan disebabkan oleh kurang fasih bahasa Arab. Tetapi kesukara ...
Saya setuju bahawa kesesatan seseorang bukan disebabkan oleh kurang fasih bahasa Arab; hal ini kerana berkemungkinan orang tersebut mempunyai guru/tok sheikh/apa2 je nama samaran/panggilan utk guru tersebut. Jadi, sekiranya orang tersebut kurang fasih, dia mempunyai guru sebagia rujukan. Ataupun, dia mempunyai atau membaca sebarang bentuk ilmiah dalam pelbagai bahasa yang telah dialih bahasa kepada bahasa ibundanya, ataupun bahasa pengantara yang lain.
Namun begitu, berikut adalah logik kesimpulan yang nyata :
1. kesesatan berkadar terus dengan kejahilan/salah faham terhadap sesuatu.
ataupun, kesahihan berkadar terus dengan kefahaman terhadap sesuatu.
Contohnya :
a) Dialih secara direct :
+Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam.
|+ "Dengan" dalam ayat di atas bermaksud, "Aku" bersama-sama Allah berlindung daripada Syaitan yang direjam.
b) Dialih mengikut konduksi atau aliran bahasa bagi ragam agama :
+Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang direjam.
|+ "kepada" dalam ayat di atas bermaksud, "Aku" pergi kepada Allah untuk berlindung daripada Syaitan yang direjam.
Dalam dunia ini, Allah menjadikan berpuluh-puluh ribu bahasa, berjuta-juta dialek, dan berbillion-billion bahasa rojak. Jadi, sekiranya "kita" hanya "pandai sikit-skit" dalam berbahasa, maka tidak mustahillah kita boleh tersesat. Sekiranya anda kurang faham apa yang saya sampaikan, saya akan mengambil contoh paling senang.
AMARAN!!! : Situasi ini memerlukan anda berada di persekitaran Kuala Lumpur (Khasnya), ataupun di Malaysia (AMnya).
situasa A
Suasana di sebuah kedai menjual Balang. Sipenjual, (Apek) menjalankan aktiviti perniagaan dengan seorang pembeli (minah).
Apek : Ya amoi canteekk... apa "balang" mau bili?
Minah : saya mau beli balang yang boleh letak bunga manyak2. manyak besar punya bunga.
Apek : ala, ala.... wa kasi lu tengok ini balang... manyak busat...
situasi B
bandingkan dengan suasana di kedai runcit. Sipenjual runcit, (Ahso) menjalankan aktiviti perniagaan dengan seorang pembeli (mamat).
Ahso : ya lengchai, apa balang mau bili?
Mamat : kasi saya klapa 2 kilo, beras jati 5kilo punya ada tak?
Ahso : ala, ala...
adakah "balang" dalam situasi A dan B adalah sama?. Jadi "kepelatan" ataupun ketidakpasihan seseorang individu terhadap sesuatu bahasa, BOLEH mengubah makna dan pemahan sama ada terhadap individu tersebut, mahupun kepada orang lain.
Satu contoh lagi. (18SX).
Jam menunjukkan pukul 2ptg. Paluan kompang mula kedengaran di kawasan hadapan khemah majlis perkahwinan Abu dan Ita. Pada ketika itu juga, Abu dan Ita diarak menuju ke pentas utama (pelamin lar). Di suatu sudut yang berbeza, Kak Pah senang menyuap anak lelakinya yang berumur 8 tahun. Ketika Kak Pah sedang bersedia mengumpulkan butir-butir nasi minyak yang dimasak oleh Alipan Cataring Sdn. Bhd. di dalam mangkuknya (pinggan dah abis), tiba-tiba, anaknya meminta sesuatu daripadanya.
"Mak, nak telur pengantin" dengan begitu kuat sekali, sambil diperlihatkan jari telunjuknya kepada pengantin lelaki. Kebetulan, sebelah pengantin tu berlalulah seorang gadis yang membawa sebakul telur pengantin. Hadirin di sekitar Kak Pah tergelak-gelak sinis sambil ada yang tersedak lalu termuntah.
Jadi, nada ataupun itonansi terhadap sesuatu bahasa juga amatlah penting! Bayangkan sekiranya anda tidak fasih, adakah anda yakin bahawasanya anda benar? hrmm....
p/s: sekiranya salah, sila betulkan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Untuk direnungi bersama pada yg merasakan diri sudah cukup pandai untuk memberi tafsiran menggunakan akal terhadap al Quran dan hadis...
Hadrat Wali-Allah, however, wrote in the preface of his famous work Izalat al-khafa:
"Most of the rules declared in the Qur'an are concise. They cannot be solved or understood without the explanation by the Salaf as-Salihin. Most of those hadiths reported by one person cannot be documents unless they were reported by many of the Salaf as-Salihin and unless the mujtahids derived rules from them. If those great people had not worked so hard, the hadiths that seemed to disagree with one another would not have been brought together. Likewise, unless all the branches of religious knowledge, such as 'ilm al-qira'a, 'ilm at-tafsir, 'ilm al-'aqa'id and 'ilm as-suluk, have come from those great people, they cannot be documents. In all these branches of knowledge, as-Sahaba were the source for the Salaf as-Salihin and shed light on their way. The pillar to which the Salaf as-Salihin held on is the cuffs of the Khulafa' ar-rashidin. The person who breaks this origin, this pillar, will be demolishing the whole religious knowledge."
Shah Wali-Allah further wrote: "For being a mujtahid, it is necessary to know the majority of the detailed documentation from the Qur'an, Hadith, ijma' and from qiyas of the knowledge of fiqh.
He must know the document of every rule and form a firm opinion about the documents. Being a mujtahid in this time requires being specialized in the following five branches of knowledge:
'ilm-i kitab qira'atan wa tafsiran;
'ilm al-hadith, that is, to know each hadith together with its documents and to recognize the daif hadith and the sahih hadith immediately;
the third one is 'ilm al-aqawil as-Salaf, that is, to know what the Salaf as-Salihin said about each matter so that one will not go out of ijma', so that one will not swerve to the third way if there were two different decisions on a matter;
the fourth one is 'ilm al-'arabiyya, i.e., Arabic with branches of lughat, nahw, [mantiq, bayan, ma'ani, balagha,] etc;
the fifth one is 'ilm at-turuq al-istinbat wa wujuh at-tatbiq bain al-mukhtalifain.
Such a profoundly learned scholar is called a mujtahid. Such a scholar ponders very hard on every small matter and observes each rule similar to it together with its documents. It should be known certainly that interpreting the Qur'an also requires being deeply specialized in these five branches. In addition, it is necessary to know the hadiths telling the reason for the descent of the ayats. He should know what the Salaf as-Salihin said about interpreting the Qur'an. His memory and comprehension should be very strong. He should understand the siyaq, sibaq and tawjih of ayats and the like." [Izalat al-khafa, p.21.]
Those people who attempt to do ijtihad and to write Qur'an commentaries, such as Mawdudi, Sayyid Qutb and Hamidullah, should read these lines and realize the greatness and exaltedness of Islamic scholars. However, this realization is a great virtue. Hence arises the fact that those who do not realize this or do not want this to be realized either by themselves or by others are trying to demolish Islam from the inside under the mask of Muslim scholars. May Allahu ta'ala protect Muslims against believing such insidious enemies of Islam! Lest my dear readers should be taken in by wrong, very dangerous articles of anti-madhhabite people, I deem it proper to give additional information on ijtihad in the following.
http://www.geocities.com/~abdulwahid/muslimarticles/mawdudi2.html
[ Last edited by serihartatie on 26-7-2005 at 10:46 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Ulil Amri = orang dalam urusan
Othman Ali dalam artikelnya menyebut
http://www.e-bacaan.com/artikel_ulilamri.htm
Bacaan menterjemahkan ulil amri kepada "orang-orang yang dalam urusan" bukan orang-orang yang memerintah (ketua atau pembesar negara). Orang-orang yang dalam urusan itu pula bermaksud mereka yang menyelidiki, atau yang pakar, lagi yang mengetuai, dalam sesuatu bidang.
..................
Bagaimana pula tafsir ulil amri berikut;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Khilafah_Islam
Di dalam al-Quran memang tidak terdapat istilah Daulah yang bererti negara. Tetapi di dalam al-Quran terdapat ayat yang menunjukkan wajibnya umat memiliki pemerintahan/negara (ulil amri) dan wajibnya menerapkan hukum dengan hukum-hukum yang diturunkan Allah SWT. Allah SWT berfirman:
揥ahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul-Nya dan ulil amri di antara kalian. |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok pula membaca perdebatan tiga penjuru ni.
Teruskanlah!
:clap::clap::clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 27-7-2005 09:26 PM:
Seronok pula membaca perdebatan tiga penjuru ni.
Teruskanlah!
:clap::clap::clap:
hrmm... seronok ke.. hrmm.. sambil baca tu, sambil mamam popcorn? hmm.. bak skit leh? :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 27-7-2005 09:29 PM:
hrmm... seronok ke.. hrmm.. sambil baca tu, sambil mamam popcorn? hmm.. bak skit leh? :cak:
Tak Bleh....nanti marah pulak puak-puak anti-hadis ni sebab tidak ada dalam Al-Kitab terjemahan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
salam sdr sauber
Bacaan menterjemahkan ulil amri kepada "orang-orang yang dalam urusan" bukan orang-orang yang memerintah (ketua atau pembesar negara). Orang-orang yang dalam urusan itu pula bermaksud mereka yang menyelidiki, atau yang pakar, lagi yang mengetuai, dalam sesuatu bidang.
..................
saya lebih setuju dengan tafsiran(tak semestinya betul)
Ulil Amri = orang yang "memerintah" dalam sesuatu urusan seperti contoh yang diberikan dalam 4:83
Di dalam al-Quran memang tidak terdapat istilah Daulah yang bererti negara. Tetapi di dalam al-Quran terdapat ayat yang menunjukkan wajibnya umat memiliki pemerintahan/negara (ulil amri) dan wajibnya menerapkan hukum dengan hukum-hukum yang diturunkan Allah SWT.
Ulil amri didefinisikan dalam ayat ini sebagai pemerintahan negara, ianya boleh menjadi benar sekiranya dia ditugaskan untuk menyelidik untuk membuat keputusan terbaik.
4:83. Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka menyiarkannya; dan jika mereka mengembalikannya kepada rasul, dan kepada orang-orang yang dalam urusan(Ulil Amri) mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk menyelidikinya, tentu akan mengetahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sedikit.
[quote] Allah SWT berfirman:
揥ahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul-Nya dan ulil amri di antara kalian. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|