|
kate dr mashitah,melacur kerana terdesak dimaafkan!!
[Copy link]
|
salmon This user has been deleted
|
Firman-Nya 揚ada hari itu kami kumpulkan daripada setiap umat satu kumpulan (faujan) di kalangan mereka yang mendustakan ayat ayat kami, mereka akan dikumpulkan |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Firman-Nya 揓anganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, lantas kamu akan disambar oleh api neraka. Dan tidak ada bagimu wali selain daripada Allah ,kemudian kamu tiada mendapat pertolongan |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Firman-Nya 揟idak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka,kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau, dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Firman-Nya 揃arang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by salmon at 22-6-2005 01:54 PM:
Firman-Nya 揃arang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by halimijuliana at 22-6-2005 01:20 PM:
Ini kisah benar !!!
Kalau awak pergi klinik kemudian doktor beri sejenis pil tambah darah warna merah lebih kurang seperti vitamin kapsul (saya tak ingat namanya), saya sarankan JANGAN MAK ...
banyak dah dengar kawan-kawan yg kena penyakit darah rendah ni....bahaya juga sebab mana tidaknya...tengah masakpun boleh pengsan...nasib baik tak terbalik kuali belanga....tak ke naya tu...
jadi kepada suami-suami semua, kalau isteri anda ditimpa penyakit ini, perhati-hatilah sikit dan cari lah ubat yang mujarab untuknya.
Kena jaga pemakanan, setahu saya kena makan banyak seafood seperti kerang, udang dan sebagainya. Ambillah makanan suplemen seperti vitamin ker...lagi satu, penyakit ini bukan sebab kerana pemakanan yang kurang berkhasiat sahaja tetapi juga disebabkan permasalahan saikologi iaitu disebabkan tension, depression dan sebagainya. Oleh itu, banyak-banyaklah zikrullah...
Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan tenang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intanterpilih at 22-6-2005 02:17 PM:
banyak dah dengar kawan-kawan yg kena penyakit darah rendah ni....bahaya juga sebab mana tidaknya...tengah masakpun boleh pengsan...nasib baik tak terbalik kuali belanga....tak ke naya tu.. ...
Terima kasih atas saranan.......
Maklumlah surirumah dengan dua orang anak yang sedang membesar....
Penatnya tidak terkira........ Mudah2an pengorbanannya diberkati Allah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 22-6-2005 09:13 AM:
satu idea yang bagus pak malau....saya boleh menyumbang dari segi teknikal termasuk pengurusan web hosting co., setup, web design dan web programming (php, mysql dsbgnya)...kalau tuan boleh dapatkan sponsor RM254 sudah cukup untuk dapatkan satu website dan domain name .com menggunakan satu syarikat hosting yang saya biasa gunakan (dan rekomen) utk client 2saya...
Idea ini ada saya pernah diskus dengan beberapa rakan dari UK (depa ni banyak duit dan ingin menyumbang) tapi masalah logistik adalah satu perkara yang harus diperincikan dengan teliti supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari. Isu ini perlukan seorang pengurus sendiri yang mampu memikir dan merancangkannya dan saya tak mampu melakukannya.
PakMalau pun ada masalah yg sama, lambat lagi nak balik Malaysia. Kalau ada di Malaysia, insyaallah PakMalau sanggup membantu mengerakkan hasrat murni forumers di sini setakat yg PakMalau mampu. Nak tolong nikahkan mutaah pun boleh, macam cadangan sapa tu... tapi kena tangkap JAKIM pandai2 le jawab
1. Info yang ada di website itu haruslah dari sumber yang sahih, dan wajib diverify dengan gambar2 dan "first-person" contact yang dipercayai. Baru orang percaya kredibilitinya. Ini semuanya memerlukan kos...
2. Satu cadangan adalah network of volunteers yang sanggup pergi ke lokasi-lokasi berkenaan untuk gather information, ambik gambar, dan sebagainya. - dan update the info on the website...ini kerana kita tidak boleh bagi sapa-sapa pun buat kerja ni...kena ada proper evaluation of the volunteer untuk mengelakkan penipuan...kalau dia bagi akaun bank dia instead of rumah anak yatim..kaya dia...kena berhati-hati. ..one bad case boleh hancus the whole project. Ini juga melibatkan kos terutama MASA dan TANGGUNGJAWAB para volunteers yang amat limited bagi kebanyakkan kita.
3. Volunteers juga perlulah ada yang lelaki dan perempuan dan pandai berkomunikasi dengan orang. Banyak individu yg aktif kat internet ni tak begitu pandai atau kurang experience bergaul dengan orang secara berdepan..jadi boleh berlaku salah faham terutama bila berdepan dengan individu yg dihimpit masalah. Ini kena buat persediaan (Malah volunteers juga boleh tertipu!).
4. Perlu ada methodologi untuk "rank" setiap request dan prioritize. Juga perlu penilaian keperluan-keperluan sebenar setiap establishment atau individu. Sebagai contoh, ada anak yatim yang sudah cukup wang (dari derma orang ramai) tapi kurang kaunseling dari segi nasihat dan kurang role models atau kurang bahan bacaan tambahan. Ada ibu tunggal yang sebenarnya memerlukan bantuan dari sudut yang kita tak pernah terfikir.
Bagus idea yg tuan kasi. Rasanya possible dilakukan.
Mungkin buat sementara waktu dgn means yg kita ada sekarang, forumers CARI dapat dimaklumkan details (Nama Persatuan, alamat, contacts, Bank Details (bayar secara cheque), Etc.) rumah kebajikan dan persatuan2 yg menguruskan masalah ibu tunggal dan anak yatim supaya senang nak berhubung dan menghulur bantuan.
Kalau boleh dapatkan LIST yg lengkap ttg rumah kebajikan dan persatuan di Malaysia mengikut negeri dan keperluan setiap rumah kebajikan atau persatuan tersebut. Spt kata tuan, keperluan mungkin berbeza (duit, beras, kain baju, seluar sekolah, katil, kaunseling, etc). Maklumat boleh diperolehi melalui directori, etc. yg dah established (confirm keshahihan), tak risau penipuan.
Kalau kita ada maklumat sebegitu, at least, (contoh je) kawan kita yg kat Rawang tahu ada rumah kebajikan anak yatim sebelah rumah, anak-anak yatim kat situ perlukan derma utk bayar bil elektrik bulan2. Kalau tergerak hati sebab banyak belajar ilmu hati, boleh tolong bayarkan sebab duduk sebelah rumah je... mcm tu le.. atau yg ada lebih VITAMIN B compleks, boleh kasi kat diorang utk kesejahteraan minda anak2 yatim, bila besar boleh guna akal yg sihat.
Bila itu dah establish, kita boleh pergi kepada lebih personal (detail anak2 yatim dan ibu tunggal) seperti yg tuan maklumkan (lebih berskala besar). Cari sponsor, etc supaya ada personal touch. Selalunya bila ada personal touch (hubungan org yg sponsor dan anak yatim) ianya akan lebih berjaya dan bertahan lama.
Orang barat banyak yg dah lakukan, iaitu cari satu keluarga miskin di Afrika ke, pastu sponsor bulan-bulan setakat yg termampu (mungkin RM50 ke) dan berhubung dgn surat menyurat tanya khabar. Rasa mcm keluarga sendiri, tahu perkembangan. Mat salleh di negara barat yg kaki pompuan pun banyak yg buat gitu utk bela awek siam mereka di Thailand, sebab ada personal touch gak.. tapi itu contoh notorius lah |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan jadi burung kakak tua dah le |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zy at 2005-6-23 12:41 AM:
Jangan jadi burung kakak tua dah le
semasa diskusi sebegini dengan rakan2 saya dahulu, seorang kawan yang bekerja bank (pangkat tinggi jugak laa) mencelah...
"eleh bank kami tiap-tiap tahun buat dinner dan sumbangan utk anak-anak yatim...aku ada direct contact dengan depa....ko tahu anak2 yatim terutama yang pompuan bukannya rajin study sangat...masing-masing cuma nak melawa mencuba make-up itu ini, krim pemutih itu ini ini... berangan nak jadi cantik kahwin orang kaya..."
"Ko nak himpun bagi buku kat dia orang? Ko ingat dia orang tu rajin sangatkah membaca? Yang mereka mahu duit-duit-duit. Tak main laaa buku-buku ni...ko buat library kat rumah anak yatim, berhabukla buku tu tak da sapa yang nak membacanya..Kalau ada penyanyi atau celebrity datang ke dinner, itulah yang diutamakan.."
"Bagi komputer yang dia orang tahu main game, main game, main game...kalau ada sambungan internet..biasaklah masalah porn. Budak-budak macam tu apa yang tak pandai di cari mereka, tambah tak dak mak bapak yang mengawasi...."
Walaupun lepas tu walaupun ramai yang kutuk dia dan ramai yang sedar apa yang dikatakannya tidak tepat, perbincangan kami tentang topik asal itu terhenti, semangat yang berkobar-kobar merasa seolah-olah dijirus air ais...padam terus...
Kadang-kadang kerana kelemahan kita, keadaan realiti yang berlaku amat berbeza keadaan yang kita bayangkan dalam minda kita sebagai "armchair theorist" ...malah ramai yang bercakap berdegar-degar kat sini, anak yatim atau ibu tunggal atau orang miskin di k'san perumahannya sendiri pun dia tak pernah jumpa, beri makanan atau bantuan...
Semoga saya insaf dan sedar dengan kelemahan diri dan diberi Allah kekuatan untuk berusaha mengatasinya...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
[2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
[3] Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
[4] (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang;
[5] (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
[6] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
[7] Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
Al Quran - Surah 107 |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo hendak seribu daya...
Actually, setakat nak buat website no problem. Member I boleh bantu sediakan server (kan Remy...)
Bagaimana pun komitmen sepenuh masa tu yg sukar.
Contohnya.. Mcm I yg tgh belajar perlu beri tumpuan pd pelajaran.
Bagaimana pun kita boleh buat sekadar yg termampu, tika dan saat ini.
I dah cadangkan kpd admin utk satu board khas di dalam forum cari ni. I lihat terdpt forumners board lain yg mempunyai niat yg sama spt we all. Diorg pun berminat utk bantu.
Apabila board tersebut telah wujud, forumners boleh sumbangkan informasi. Badan2 yg memerlukan bantuan, individu yg memerlukan bantuan, bagaimana nak menghulurkan bantuan dll
Apabila informasi dah ader... ia boleh disebarkan kepada kenalan2 di Malaysia atau luar negara. Itu pun dah kira membantu mereka.
Kalo ada rezeki lebih nak menderma... hubungi terus ke alamat atau no contact yg disediakan.
Kalo kediaman kita berdekatan dgn kediaman mereka (contohnya ibu tunggal) boleh melawat terus utk beri bantuan.
Pak Malau weh....
Moderator board tu sedang dicari.. Pak Malau berminat ke?
Nak citer pengalaman sikit,
I dulu pernah menguruskan kelas kanak2 Istimewa. I nak minta sponsor dah naik segan sebab nak minta pun kat org yg sama je.. diorg je yg berwang.
So I buat jualan buah2 potong, kad2 ucapan, penanda buku dll. Yg jual budak2 istimewa yg ok sikit dan budak2 setempat yg sukarela nak bantu. Tak sangka sebulan hampir seribu juga dpt.
Moral: Rezeki ada di mana2 sekiranya ikhlas utk membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal website anggap ajer sudah selesai, korang bincang saja apa yang korang nak buat. Apa apa hal korang refer pada za tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu, aku nak menda nie diuruskan secara serious dan mengikut undang undang yg telah ditetapkan oleh kerajaan jika ada. Aku tak nak ianya cuma bertahan beberapa hari ajer, sebab tu akan menjejaskan nama baik orang orang yg terlibat secara langsung dan tidak langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Remy_3D at 2005-6-23 11:26 AM:
Pasal website anggap ajer sudah selesai, korang bincang saja apa yang korang nak buat. Apa apa hal korang refer pada za tu.
good. Kalau nak start develop sistem ini from scratch, some more suggestions from me.
1) Nak post kena register sebagai user. Nak view pun kena register as user supaya privacy terjamin.
2) Users boleh refer kes-kes yang dia jumpa. Tak kiralah yang dari di surat khabar ataupun TV ataupun dari kes yang dia jumpa sendiri di kawasan berdekatan dirinya. Ini kerana surat khabar dan TV retention period agak pendek jadi info seperti Akaun No, Nama, Alamat dan sebagainya termasuk gambar atau keratan akhbar boleh dimuat di website yang secara umum lebih panjang retention periodnya.
3) Bagi kes yang dia jumpa di kawasan berdekatan, digalakkan ada user lain yang verify kesahihan info. Ini harus dihighlight sebagai "verified" case dan yang belum ada verification dilabel terang sebagai "Belum Verify".
Mcm mana nak elak newbies buat fraud case (sendiri refer dan sendiri verify, nick lain-lain) saya tak da idea..Kalau info dari paper atau TV mungkin tak yah ada verification kalau keratan/gambar yg cukup disertakan.
4) Privacy issue - Tak sure samada ini relevan ataupun tidak. Ini termasuk personal info, gambar, result periksa, dsbgnya bagi orang yang meminta bantuan tersebut. kena ada beberapa cara utk menjamin privacy in some ways.
Mungkin hanya summary info diberi kepada semua users, detailed info mcm result periksa, gambar yang dianggap lebih private, dan sebagainya available only to users yang dah contribute kepada kes tersebut. Mcm mana nak determine user dah contribute? User kena key-in apa yang dia contribute, dan mungkin boleh guna referrer atau verifyer yang asal untuk check balik dengan individu dari kes, dan confirm samada betul atau tidak barangan/wang telah diperolehi.
Ini dah jadi macam tak ikhlas pulak (sbb contributers kena tulis apa yang dia contribute) tapi adalah penting untuk record keeping dan juga feedback bahawa the program is working. Tak payahlah info pasal barangan yang dicontribute ini dipaparkan kepada semua users, cuma kepada referrer dan verifiers sahaja. Bagi users yang dah menyumbang itu mungkin sistem boleh bagi rank (macam Conqueror, Lord dll) berdasarkan jumlah nilai sumbangannya bukan saja utk kes itu tapi kes2 lain juga..
Of course kalau susah sangat feature ni tak yah buat pun tak apa..
5) Localities - kes-kes harus boleh cari according to locations , at least negeri.
Saya cadangkan start dengan info yang telah ada dalam akhbar/media dimuatkan sebagai permulaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 23-6-2005 11:06 AM:
Pak Malau weh....
Moderator board tu sedang dicari.. Pak Malau berminat ke?
Kalau dirasakan layak, PakMalau tak kisah utk buat amalan baik tapi sebaiknya ada senior MODs yg bantu atau pantaukan juga... kadang2 PakMalau ni mental block dan ada komitment yg urgent. Terpaksa OFF beberapa hari..
Kalau ada yg lebih sesuai dan senior, elok diberi peluang kpd mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 23-6-2005 06:22 PM:
Kalau dirasakan layak, PakMalau tak kisah utk buat amalan baik tapi sebaiknya ada senior MODs yg bantu atau pantaukan juga... kadang2 PakMalau ni mental block dan ada komitment yg urgent. T ...
Okay :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 23-6-2005 06:25 PM:
Okay :bgrin:
Ini macam citer kawan PakMalau dalam bilik meeting jer, yg ada idea tapi tak nak suggest anything (dlm mesyuarat).. bila PakMalau tanya apasal tak suggest biar semua tahu.. diakata tak boleh, sebab USUS... heran Pakmalau, apa itu USUS... diakata "U Suggest U Suffer".
Patutlah dia pun selalu USUS gak "U Sleep U Save" (tak komen banyak dlm mesyuarat) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 23-6-2005 06:37 PM:
Ini macam citer kawan PakMalau dalam bilik meeting jer, yg ada idea tapi tak nak suggest anything (dlm mesyuarat).. bila PakMalau tanya apasal tak suggest biar semua tahu.. diakata tak boleh, seb ...
Kat forum ni lain Pak Malau...
Di sini kebebasan bersuara adalah sesuatu yg diutamakan.
Kalo PakMalau rasa tak mampu atau tak berminat utk menjadi moderator tak mengapa.
Tugas moderator di sini ikhlas dan tak bergaji.
:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 23-6-2005 06:54 PM:
Kat forum ni lain Pak Malau...
Di sini kebebasan bersuara adalah sesuatu yg diutamakan.
Kalo PakMalau rasa tak mampu atau tak berminat utk menjadi moderator tak mengapa.
Tugas modera ...
PakMalau cuma bagi renungan bersama aje.
Ttg mampu dan berminat tu seperti apa yg Pakmalau sebut sebelumnya. PakMalau bersedia jika itu yg terbaik pada pandangan Cik MOD dan kalau ada persetujuan yg lain termasuk mengambil kira org yg lebih layak.
PakMalau pun bukannya org lama di sini, baru nak belajar asam garam berforum di CARI, takut ada yg takpuas hati lak. Rasanya TATIE lebih SENIOR walaupun budak kecik, camana TATIE??
(Sbg MOD, kalau ada lebih Vitamin B kompleks tu, Tatie boleh dermakan terus kpd anak yatim.. sihat akal diorang) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajinomotonosuga at 22-6-2005 08:24 AM:
saya yakin agama yang bawak kesejahteraan ini tak menganjurkan nikah mutaah. takdak dalam agama sejahtera ini duk membolehkan even memberi hukum harus sekali pun duk nikah untuk TEMPOH YANG DIJANJIKAN.
nikah dalam islam pada saya setelah akad nikah tu , tempoh tu tuhan yang tentukan bersama usaha suami isteri tu dalam rukun rumahtangga.
saya percaya nabi saya, yang di puji kerajaan langit dek AKHLAK BAGINDA, TIDAK MENGAMALKAN nikah mutaah.
seme 'fitnah' ke atas sejarah baginda, dan sejarah isam bab nikah mutaah (bukan mutaah dalam nikah, bab lagi satu tuh) ini adalah anjuran pengikut iblis.
pada yang bawak contoh imam kat mekah nikah mutaah berpoloh perempuan tuh..suka saya ingatkan kes ini adalah fitnah pengikut iblis..bahkan IBLIS PUN PERNAH MASUK SURGA ( dengan izinNYA) mengoda adam a.s.!
pada saya tadak nikah mutaah dalam ISLAM yang membawa SEJAHTERAA ke alam ini. wsalam.
Ikut suka ajinomotolah, PakMalau hormati pendapat aji kalau aji nie sorang anti-hadis. Ada logiknya untuk menolak hadis2 sebab ada percanggahan dan tidak masuk akal sesetengah hadis. Iyalah hadis2 dikumpul lebih 250 tahun selepas zaman Rasulallah saw, tentulah boleh dipersoalkan kredibilti hadis2. Ada logiknya. Dan PakMalau hormati perbezaan pendapat sebegini.
Tapi kalau aji dalam camp ASWJ, PakMalau rasa aji ni mungkin terlebih makan ajinomoto sebab hadis2 tentang Nikah Mutaah berlambak-lambak dalam koleksi Shahih Bukhari, Muslim dan lain-lain. Semua ASWJ mempercayai ttg keshahihan kitab utama itu, Bukhari dan Muslim. Shafie juga mengakui ttg ujudnya Nikah mutaah.
Sedikit info ttg Nikah Mutaah esp. ttg ulama Mekah tu. Nak percaya atau tidak terpulanglah, ini dari website syiah.
====================
cut & paste: http://free.hostdepartment.com/a/almawaddah/shiah_sunnah.html
Semua pihak bersetuju bahawa nikah mut'ah diharuskan pada zaman Nabi SAWA tetapi mereka tidak sependapat tentang pembatalannya atau pemansuhannya selepas kewafatan Nabi SAWA. Imam Malik mengatakan ia adalah harus kerana firman Tuhan dalam Surah an-Nisa: 24, yang bermaksud:"Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati antara mereka, maka berilah kepada mereka maharnya dengan sempurna, sebagai suatu kewajipan" sehingga terbukti pembatalannya.
Imam Zulfar,anak murid Imam Abu Hanifah berpendapat ia harus kerana 'menghadkan waktu' dalam akad nikah itu tidak membatalkan akad. Beliau menamakan Nikah Mu'aqqat.
Manakala Imam Muhammad Syaibani menyatakan ia makruh (lihat Zarkhasi, Kitab al-Mabsud, Cairo, 1954, Vol.5, hal.158).
Az-Zamakhshari, seorang pengikut madzhab Hanafi, menyatakan ayat itu muhkamah, iaitu jelas tidak ada ayat yang memansuhkannya (Tafsir al-Kasysyaf, Cairo, Vol.I, hal. 189)
Sementara Imam Syafie pula menyatakan ia telah dimansuhkan oleh sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh al-Juhany, bahawa Rasulullah SAWA telah melarang dari melakukan mut'ah.
Tetapi mengikut kaedah fiqiah bahawa Imam Syafie, Hanafi dn Hanbali bersepakat bahawa al-Qur'an tidak boleh dimansuhkan dengan Hadith yang mutawatir (yang diriwayatkan oleh bilangan ramai: Lawannya Hadith Ahad) kerana mereka berpegang dengan Surah al-Baqarah: 106, yang bermaksud:"Kami, tidak memansuhkan satu ayat atau melupakannya melainkan Kami gantikannya dengan ayat yang lebih baik daripadanya atau seumpamanya".
Jelas sekali bahawa Hadith Nabi tidak setanding dengan al-Qur'an. Ini bererti Hadith yang melarang dilakukan mut'ah itu adalah Hadith Ahad dan mengikut kaedah itu ia tidak sekali-kali dapat memansuhkan ayat 24, dari Surah an-Nisa' (Nota: Pada hakikatnya Nabi SAWA tidak mungkin bercanggah dengan al-Qur'an kerana apa yang dinyatakan oleh Nabi SAWA adalah dari Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah an-Najm: 4-5, bermaksud:"Dan tidak ia (Nabi SAWA) bercakap mengikut hawa nafsunya, melainkan ia adalah wahyu yang diwahyukan (dari Allah)".
Mengikut kaedah itu, Imam Syafie sepatutnya mengatakan nikah mut'ah itu harus. Lebih menghairankan, Imam Syafie yang mengatakan nikah mut'ah itu dimansuhkan masih percaya kepada Hadith-Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Jurayh (w.150H) seorang tabi'in yang menjadi Imam di Masjid Makkah pada masa itu, dan beliau telah berkahwin secara mut'ah dengan lebih sembilan puluh perempuan di Makkah. Sehingga beliau berkata kepada anak-anaknya:"Wahai anak-anakku, jangan kamu mengahwini perempuan-perempuan itu kerana mereka itu adalah ibu-ibumu".
Bukan sahaja Imam Syafie yang menerima dan mempercayai Hadith-Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Jurayh malah Imam Muslim dan Imam Bukhari menerimanya dalam Sahih-Sahih mereka.
Berdasarkan kepada bukti-bukti di atas nampaknya Imam Syafie tidak begitu yakin tentang pemansuhannya. Jikalau tidak, Ibnu Jurayh adalah penzina, dan tidak boleh menjadi Imam Masjid Makkah ketika itu dan riwayatnya mestilah ditolak.
Pihak Syiah Imamiyyah merujuk kepada beberapa Hadith Nabi SAWA, antaranya Hadith yang diriwayatkan oleh Imran bin Hasin yang berkata:"Ayat mengenai mut'ah telah diturunkan dalam al-Qur'an dan kami melakukannya di masa Rasulullah SAWA dan tidak diturunkan ayat yang memansuhkan/membatalkannya dan Nabi pula tidak melarangnya sehingga beliau wafat (Imam Hanbali, Musnad, Jilid 4,hal.363).
Mereka juga memetik Saidina Ali AS sebagai berkata:"Jikalaulah Umar tidak melarang nikah muta'ah, nescaya tidak ada orang yang berzina melainkan orang-orang yang benar-benar jahat" (Tafsir al-Tabari, Bab Nikah Mut'ah).
Mereka juga merujuk kepada sahabat Zubayr bin Awwam yang mengahwini Asma' binti Abu Bakar secara mut'ah dan mendapat dua cahaya mata yang masyhur dalam sejarah Islam iaitu Abdullah bin Zubayr dan adiknya Urwah bin Zubayr (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Bab Nikah Mut'ah)". |
|
|
|
|
|
|
| |
|