|
Sekadar satu pembetulan, kita masyarakat melayu/islam suka sangat menggunakan perkataan SEDEKAH. Seperti di contoh nom 2,"Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah". Ingat orang yang bukan fakir/miskin tidak berhak menerima SEDEKAH. Memakan sesuatu yang bukan hak kita adalah haram. Keluarga si mati memang dalam kesedihan tetapi bukan miskin/fakir jadi mereka tidak berhak menerima sedekah. Adalah baik perkataan sedekah itu ditukarkan pada khairat (kebajikan). Hanya satu pendapat dari saya. Wassallam. |
|
|
|
|
|
|
aristana This user has been deleted
|
Originally posted by Browneyes at 29-7-2003 08:56 AM:
Sekadar satu pembetulan, kita masyarakat melayu/islam suka sangat menggunakan perkataan SEDEKAH. Seperti di contoh nom 2,"Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sede ...
Thanks Browneyes |
|
|
|
|
|
|
aristana This user has been deleted
|
SEJARAH AYAT KURSI
Email dari kawan, saya cuma cp.
TQ
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan
kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan
dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,
akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila! berbaring
di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...." |
|
|
|
|
|
|
|
ok... t. kasih...byk info dpt kat sini ya... |
|
|
|
|
|
|
|
~aristana.... you're welcome. Tegurlah jika terdapat kesilapan di antara kita saudara Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangnya ALLAH pada wanita..
just nak share ngan korang sumer
Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita
tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki,
diantaranya adalah seperti berikut:-
1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya.
2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !
3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN !
4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak di
bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya sepert gunung dengan semut.
Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya. Wanita
******
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi
tidak sebaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada
pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah
bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap). Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan? |
|
|
|
|
|
|
aristana This user has been deleted
|
Originally posted by AkuPerempuanItu at 28-7-2003 12:36 PM:
very informative. semoga kita dapat sentiasa membaca dan menghayati surah Yassin ni.
boleh saya tahu, Dr Fatma Elzahra tu siapa?
Rase2nya dia nie penceramah bebas
Berketurunan Arab (kalu tak silap), dan dia punya slang ade bunyi kelantan
Alaa!!!!! yg slalu kuar kat (kalu tak silap waktu pagi2 TV3, tu dulu lah, skarang nie tak tau la pulak) |
|
|
|
|
|
|
aristana This user has been deleted
|
Originally posted by kawaii_gal at 27-7-2003 01:11 PM:
bersyukur la kita sebab Al-Quran diturunkan kepada umat Muhammad, dan di dalamnya mengandungi surah Yassin yang mempunyai 1001 macam hikmah... Syukran jazillah..
Aminn!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tambah lagi ....
1. Kalau orang tengah mesyuarat dengar azan. Mesyuarat pun dihentikan untuk menghormati azan. Bukan berhenti mesyuarat untuk bersolat.
2. Bila hari Jumaat, orang pencen sedekah RM1, orang kerja pun sedekah RM1.
3. Orang solat jenazah dapat RM1. Keluarga aruah kena bagi sedekah. |
|
|
|
|
|
|
|
~ibnur... betul kata kau, aku pernah nampak keluarga si mati tu masukkan duit dlm kocek org yang sedang bersolat jenazah. Dah lah tak solat bersama dia jalan depan jemaah-jemaah tu pulak.Tak tahu hukum langsung. |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Originally posted by aristana at 2003-7-26 03:39:
10 AMALAN YANG TERBALIK
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua,ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di
mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk
keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan
dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka
yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan
harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan
simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?..
Memang benar Rasulullah ada menganjurkan supaya 'jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati'.
Pada masa kini, adakah jiran tetangga 'care' apakah musibah yang terjadi kepada jiran-jirannya. Adakah ini juga terjadi dikampung2 sekarang ini?nf:
Memang diakui, pada zaman Rasulullah SAW (1,400 tahun yang lalu), keadaan dan cara hidup amat berbeza jadi amatlah sukar untuk keluarga yang ditimpa musibah untuk menyiapkan sesuatu saperti makanan TETAPI dizaman ini, cara dan taraf hidup sudah berbeza, kebanyakan umat sudah mempunyai harta / serta anak-anak yang berkemampuan,, JADI kenapa harta dan anak-anak/saudara yang berkemampuan menyiapkan semua itu.. bukankah itu SEDEKAH.. bila lagi nak bersedekah:stp:
Inilah ketika keluarga simati nak 'bersedekah' maka ingatkanlah yang baik-baik.. jangan syak wasangka.... kalau terlalu 'alim' jangan makan makanan yang dihidang.. senang aje!!
Sedekah bacaan fatihah dan Yassin hendaklah iklas juga kan?
Originally posted by aristana at 2003-7-26 03:39:
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan
rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan...
Ini sikap peribadi individu.. yang cetek pengetahuan IslaMnya.. nak SEDEKAH atai tak nak SEDEKAH... gunakanlah :stp::stp::stp: dan jangan buat :re::re::re: don't know aje..
Umat sekarang semua berpengetahuan.. semua sudah baca punya orang.. jadi TEPUK DADA TANYA IMAN!!!:stp:
ORANG BACA KITAB-KITAB AGAMA TAPI DIA BACA 'PLAYBOY, HUSTLER, PENTHOUSE'.. NAK BUAT CAMNA?
Originally posted by aristana at 2003-7-26 03:39:
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.....
Ini sikap peribadi individu.. yang cetek pengetahuan IslaMnya.. nak BERGAYA atau tak nak BERGAYA... gunakanlah :stp::stp::stp: dan jangan buat :re::re::re: don't know aje..
Umat sekarang semua berpengetahuan.. semua sudah baca punya orang.. jadi TEPUK DADA TANYA IMAN!!!:stp:
..MUNKIN JUGA DIA NAK TUNJUK BETAPA 'MISKINNYA KEDUNIAN DIA'
Originally posted by aristana at 2003-7-26 03:39:
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa Segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir..... .
Ini sikap peribadi individu.. yang cetek pengetahuan IslaMnya.. nak MAKAN atau tak nak MAKAN aje... gunakanlah :stp::stp::stp: dan jangan buat :re::re::re: don't know aje..
Umat sekarang semua berpengetahuan.. semua sudah baca punya orang.. jadi TEPUK DADA TANYA IMAN!!!:stp:
Biasa ler.... SAJA NAK TUNJUK BAHAWA DIA TAK GELOJOH.. SEBENARNYA KAT RUMAH DIA SUSAH NAK DAPAT MAKANAN SAPERTI ITU'
Originally posted by aristana at 2003-7-26 03:39:
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak..... .
Ini sikap peribadi individu.. yang cetek pengetahuan IslaMnya.. :stp:
Biasa ler.... SAJA NAK TUNJUK KAT JEMAAH SEBELAH BETAPA ALIMNYA DIA.. KALAU KAT RUMAH GANGGUAN.. TV DRAMA BEST TU.. BOLA SEPAK LIVE LAGI.. '
Originally posted by aristana at 2003-7-26 03:39:
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.
Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? ..... .
Ini sikap peribadi individu.. yang cetek pengetahuan IslaMnya.. :stp: ..BUKANKAH berperang melawan HAWA NAFSU adalah peperangan yang paling BESAQ!!!
Biasa ler.... INILAH MASA NAK LAYAN NAFSU MAKAN YANG MEMBUAK-BUAK TU... MAKAN MESTILAH SEDAP BILA PERUT KOSONG.. LAGIPUN KESIAN SAMA PENJAJA-PENJAJA YANG BANYAK MENJUAL BERBAGAI HDANGAN.. KALAU TAK 'BERSEDEKAH' SAMBIL MEMBELI.. KESIAN KAN.. KAN.... '
Originally posted by aristana at 2003-7-26 03:39:
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir,maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain...... .
Anda macam tak tau pulak: MASA NI LER NAK KASI TAHU BAHAWA BELIAU AKAN MENDAPAT TITLE 'HAJI'.. sambil menyelam minum air DAPAT SALAM BERISI.. LAGIPU INILAH MASA NAK MINTA MA'AF BANYAK-BANYAK SEBELUM PERGI KETANAH SUCI.:stp:
BILA BALIK TAK PAYAH BAGITAU LER.. SEBAB SEMUA AKAN DATANG.. SEMUA NAK RASA MINUM AIR ZAM-ZAM.. jangan buruk sangka beb nf:
Originally posted by aristana at 2003-7-26 03:39:
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? ...... .
MACAMANA PULAK YANG SANGGUP BERGOLOK BERGADAI NAK LASI DERMA SEMASA CERAMAH POLITIK PARTI PEMBANGKANG??:stp:
BUAT ROMBONGAN LAGI!!!:nana:
Originally posted by aristana at 2003-7-26 03:39:
Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa....... .
kENALAH SEIMBANG.. DUNIA NAK DAN AKHIRAT PUN NAK.. anDa NAK nak kasi dia makan FREE ke selama kehidupannya?
MESTI LER ADA PERBEZAAN ANTARA BACA KITAB-KITAB AGAMA.. faedah dia lambat nampak TAPI kalau kalau berjaya dalan kehidupan bolih nampak.. menjalar aje kereta Perodua KANCIL..
Originally posted by aristana at 2003-7-26 03:39:
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas........ .
BERIBADATLAH SAPERTI ANDA NAK MATI ESOK HARI... ADAKAH SALAH KALAU ANDA BEKERJA SAPERTI ANDA NAK HIDUP SERIBU TAHUN LAGI... MACAMANA NAK BUAT AMAL JARIAH KALAU KEHIDUPAN ANDA SENDIRI DIDALAM KEMISKINAN...
KEMISKINAN JUGA MENDEKATKAN ANDA KEPADA KEKUFURAN.. MARUAH SERTA KEHORMATAN BOLIH HILANG KERANA KEMISKINAN..
ADAKAH ISLAM MENENTANG KEKAYAAN???
Originally posted by aristana at 2003-7-26 03:39:
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah,masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan
rumah tangga kurang bahagia....
KALAU BERSOLEK GILER PUN TAPI SISUAMI NAK KAHWIN LEBIH DARI SATU JUGAK.. KAN LELAKI CEPAT 'CEMUS' DENGAN SATU HIDANGAN???
MESTI LER SIISTERI NAK NAMPAK CANTIK DENGAN BERSOLEK.. SEBAB KAT LUAR RAMAI MAKWE CUN MELENCUN AKAN TERBUKA HATINYA UNTUK MEMIKAT SUAMINYA JIKA SIISTERI SEMBRONO AJE.. SEDANGKAN SUAMINYA HENSEM GILER...
USAHLAH BERTANYA APAKAH SUMBANGAN MASYARAKAT KEPADA aristana TETAPI TANYALAH DIRI aristana APAKAH SUMBANGAN ANDA PADA NEGARA, AGAMA DAN MASYARAKAT... anda akan mendapa jawapannya jika kita banyak MENCERMINKAN DIRI SENDIRI... sebab manusia adalah sebaik-baik makluk kerana diberi :stp::stp::stp:
[ Last edited by Terong Pipit on 1-8-2003 at 02:02 AM ] |
|
|
|
|
|
|
aristana This user has been deleted
|
Secara Umumnya
Originally posted by Terong Pipit at 1-8-2003 09:40 AM:
Memang benar Rasulullah ada menganjurkan supaya 'jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati'.
Pada masa kini, adakah jiran tetangga 'care' apakah musibah yang terjadi kepada jiran-jir ...
Salam Terong Pipit
Ko punya pandangan memang bagus jugak, tapi di sini mungkin ada dua pandangan dari sudut yg berbeza, Pertama, aku punya pandangan dari golong miskin/sederhana. Kedua, ko punya pandangan dari sudut orang kaya/berada. Hasilnya dua-dua adalah betul.
USAHLAH BERTANYA APAKAH SUMBANGAN MASYARAKAT KEPADA aristana TETAPI TANYALAH DIRI aristana APAKAH SUMBANGAN ANDA PADA NEGARA, AGAMA DAN MASYARAKAT... anda akan mendapa jawapannya jika kita banyak MENCERMINKAN DIRI SENDIRI... sebab manusia adalah sebaik-baik makluk kerana diberi
TP, ko tak payah perli-perlilah apa sumbangan aku pada masyarakat.
Aku tak nafikan masyarakat lebih banyak menyumbang kepada individu daripada individu kepada masyarakat
Kalupun aku tukang sapu, aku tetap menyumbang sesuatu pada masyarakat walaupun tak banyak dan kalo ko CEO/M1/JUSA atau seangkatan dgnnya ko tak boleh nafikan yg masyarakat lebih banyak sumbangan kpd ko drpd sumbangan ko pada masyarakat. (kerana masyarakat lebih ramai dari individu)
Dan satu lagi kalu individu dok tinggi mana pun kalu asyik rasuah nak buat hape, ianya lagi hina dari tukang sapu (bukan nak hina tukang sapu, contoh saje:bg
Cara ko berhujah nie macam kat LP. Adakah ko tak mampu berhujah dgn pembangkang dan utk lepaskan emosi geram nf:ko tue, ko lepaskan kat sini?????
Aku minta maaf kalu aku berkasar:bg::bg::bg: |
|
|
|
|
|
|
Terong Pipit This user has been deleted
|
Originally posted by aristana at 2003-8-8 04:03:
Salam Terong Pipit
Waalaikumsalam aristana, semoga anda dan keluarga selalu didalam iman dan perlindungan Allah swt.
Ko punya pandangan memang bagus jugak, tapi di sini mungkin ada dua pandangan dari sudut yg berbeza, Pertama, aku punya pandangan dari golong miskin/sederhana. Kedua, ko punya pandangan dari sudut orang kaya/berada. Hasilnya dua-dua adalah betul.
Salah tu!!.. TP pun berasal dari kampong, miskin, belajar dibawah lampu minyak tanah dan ibu jari kaki yang 'busuk' sebab lama berada didalam air semasa bersawah sampai la ni masih terasa lagi.. jadi tak payah nak cerita pasai miskin atau kaya.. ianya hanya insan itu sendiri samada mahu atau tidak, pesarana sudah disediakan gomen TAPI adakah kita sanggup untuk mengubah cara hidup kita apabila kita bekerja keras untuk itu dan berserah kepada ilahi semoga kerja keras kita diberkatiNya.. jika ada iman yang solih, insan tersebut akan berbuat sesuatu kerana Allah, apa yang hendak dilakukannya biarpun kenduri aruah tetapi beliau akan memberikan yang terbaik yang termampu olihnya kerana keredhaan dari Allah yang dipohon. Olih itu, miskin atau kaya bukanlah berkekalan ainya hanya bersifat sementara TETAPI ianya bergantung pada hasil dari usaha diri sendiri samada untuk ditakuk lama atau baru - tepuk dada tanya IMAN!!
TP, ko tak payah perli-perlilah apa sumbangan aku pada masyarakat.
Aku tak nafikan masyarakat lebih banyak menyumbang kepada individu daripada individu kepada masyarakat.
Inilah jenis ko.. bila kasi nasihat secara 'kronik' sikit kata perli pulak.. merajuk konon.. itu melayu lama ler kalau dok merajuk.. kita melayu baru tidak akan bertanya 'lihatlah betapa banyak jasa aku pada masyarakat' TETAPi patut berkata "Terimakasih pada gomen dan masyarakat kerana telah memberi laluan yang kepada aku umtuk membaiki diri aku dan insya'allah akan aku cuba untuk berjasa kembali kepada masyarakat"... ada makna tu..
Kalupun aku tukang sapu, aku tetap menyumbang sesuatu pada masyarakat walaupun tak banyak dan kalo ko CEO/M1/JUSA atau seangkatan dgnnya ko tak boleh nafikan yg masyarakat lebih banyak sumbangan kpd ko drpd sumbangan ko pada masyarakat. (kerana masyarakat lebih ramai dari individu).
Sori bro.. TP bukan pandang hina kepada tukang sapu.. tetapi TP sebagai manusia yang diberi tulang 4 kerat dan akal fikiran akan berusaha lebih gigih dari menjadi tukang sapu atau tukang cuci tandas... kalau nak buat kerja macam tu juga TP akan akan jadi pengurus yang mengurus bisnis tersebut...
Dan satu lagi kalu individu dok tinggi mana pun kalu asyik rasuah nak buat hape, ianya lagi hina dari tukang sapu (bukan nak hina tukang sapu, contoh saje).
Inilah salahnya ko.. kalau orang to korja tinggi dan lebih sikit dari ko.. ianya tentu cari jalan salah!!.. memang TP akui ada orang buat korja macam tu.. sebenarnya orang macam tu hatinya kotor.. nama saja Melayu Islam tapi melakukan rasuah.. cuba kau tengok Singapura.. walaupun bukan Islam tetapi kenapa kurang sangat rasuahnya.. sebab itu kena tepuk dada tanya IMAN!!
Cara ko berhujah nie macam kat LP. Adakah ko tak mampu berhujah dgn pembangkang dan utk lepaskan emosi geram ko tue, ko lepaskan kat sini?????)
Tu ler ko.. kena cubit sikit dah nf: nf:.. kalau kau takde daya tahan :nana::nana: tak payahlah berforum.. kalau anak manja dok berkepit kat bawah ketiak mak ler.. lagi baguih..
Apa ko ingat TP tak de kat LP kerana pembangkang kuat.. pegi dah!!.. sebab TP boring.. semua forumer pembangkang dah takde idea, sama macam ko ler.. kasi isu begini kat sini.. sebab tu TP kenen kat ko.. tapi ko jenis lambat faham...
Aku minta maaf kalu aku berkasar
Untuk makluman ko.. TP tak rase apa-apa pun dngan komen kau.. sebab that what I expect from your kind... jangan nf:nf:nf: |
|
|
|
|
|
|
aristana This user has been deleted
|
Originally posted by Terong Pipit at 8-8-2003 03:21 PM:
Waalaikumsalam aristana, semoga anda dan keluarga selalu didalam iman dan perlindungan Allah swt.
Salah tu!!.. TP pun berasal dari kampong, miskin, belajar dibawah lampu minyak tanah dan ibu ...
Salam TP
kasi isu begini kat sini.. sebab tu TP kenen kat ko.. tapi ko jenis lambat faham...
Apakah ko fikir semua orang akan cepat faham dan cepat tangkap sesuatu isu
kalu semua teror macam ko, tak yah banyak soal:stp:, tak yah banyak tanya :stp:dan tak yah nak ada forum:stp:.
Bukankah kita berforum nie nak tambah pengetahuan dan berkongsi pendapat. |
|
|
|
|
|
|
hihibyebye This user has been deleted
|
10 amalan yang terbaik
10 AMALAN YANG TERBALIK
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. |
|
|
|
|
|
|
hihibyebye This user has been deleted
|
4 golongan lelaki ahli neraka
4 Golongan Lelaki Ahli Neraka
Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..." Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita. |
|
|
|
|
|
|
hihibyebye This user has been deleted
|
4 golongan lelaki ahli neraka
4 Golongan Lelaki Ahli Neraka
Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..." Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Petua dan Amalan Pindah ke Rumah Baru
Assalamualaikum.....
coco nak tanya sesapa yang ada petua dan amalan yang bagus untuk coco yang nak pindah ke rumah baru hujung bulan ni. rumah ni baru siap dan blom ada orang duduk. rumah coco sendiri. so sebab kan coco ada baby coco ingat nak *perelokkan* dulu rumah tu. yang coco dapat petua, basuh dengan garam kasar sambil baca ayat Alamnashroh, pastu azan 3x di setiap ruang dan buat majlis baca yassin. pastu malam pertama tidur ramai ramai dengan ahli keluarga untuk memberkati lagi rumah tu...
sesiapa yang ada penambahan boleh reply post coco atau pm coco. terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
TQ for then info..
Berat t/jawab lelaki ni ek.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|