|
Berpaut Pada Sayap Kapal Terbang Tak Sanggup Duduk Di Afghanistan
[Copy link]
|
|
ninja9 replied at 17-8-2021 01:29 AM
20 tahun us bina kerajaan di afghan, lepas us berundur perdana menteri lari menggunakan sebuah helik ...
Betul tu.ada baca camni gak.. Jadi macam diburu la kan bila taliban dah conqure banyak tempat.. Dari bertempur ngan gaji tak ada, senjata ntah ada ke tak baik lari. Lagi pun dengar cerita taliban sekarang dah kamcheng dengan iran.. Itu makin kuat |
|
|
|
|
|
|
|
Wonderput replied at 17-8-2021 01:30 AM
Kita tak faham lg geopolitik kt sana mcm mana. Ada yg pro taliban ada yg pro us.
Alah..mcm kt mal ...
Ya lebih kurang kot tapi bezanya kat sana bertahun2 perang betul bkn perang politik. Jadi bila pro Us.. Us dah lari memang kena buru la talibarut Us tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg pastinya Us keluar mcm hero yg hapuskan pggns lepas bertahun2 porak perandakan afganistan. Sekarang dgr cite sana makin teruk masalah dadah siap ada ladang popi terbesar. Last taliban nampak kejam bila ada adegan lari macam ni.. Baik siasat dulu apa yg media lapor. Mmg payah nak caya akhir zaman bnyk false flag. Sdgkan osama pun ntah wujud ke tak siap buang ke laut.. Yg pasti islam dah nampak ganas sjk kes 911 yg tak msk akal lgsg |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas 20 tahun, Taliban kembali menguasai Afghanistan dengan menawan Kabul. Presiden Ashraf Ghani meletak jawatan dan melarikan diri.
Benda ini dah dijangka apabila Joe Biden mengumumkan pengunduran tentera US pada Mei lepas.
Persoalannya, kenapa Taliban ini kental sangat?
Sebabnya, Taliban tak pernah dihapuskan daripada Afghanistan. Malah ia disokong sebahagian besar masyarakat Afghanistan.
Nak faham fenomena Taliban, kena faham demografi Afghanistan.
Afghanistan adalah negara berbilang kaum. Kaum terbesar iaitu Pashtun mewakili 42% populasi, diikuti oleh Tajik (27%), Hazara (9%), Uzbek (9%), Turkmen (3%) dan lain-lain.
Di Pakistan pun ada ramai Pashtun (15% populasi). Macam Malala Yousafzai tu adalah Pashtun. PM Pakistan sekarang, Imran Khan juga seorang Pashtun.
Pashtun boleh dibahagikan kepada 5 kabilah ("tribal confederation") utama iaitu Ghilzai, Durrani, Karlanri, Sarbani dan Gharghashti. Di bawah setiap kabilah ni ada banyak suku. Macam Ashraf Ghani tu dari suku Ahmadzai bawah Ghilzai. Pemimpin Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar dari suku Popalzai bawah Durrani.
Pashtun memegang tampuk politik sejak penubuhan negara Afghanistan. Suku Abdali (nama lama Durrani) mengasaskan Dinasti Durrani, kemudian digantikan oleh Dinasti Barakzai. Raja Barakzai terakhir, Zahir Shah digulingkan oleh sepupunya Daoud Khan pada tahun 1973.
Daoud Khan mendirikan Republik Afghanistan. Tak lama kemudian, dia digulingkan dan dibunuh oleh komunis pada 1978. Komunis kemudian bergaduh sesama sendiri, memberi Soviet (Rusia) peluang untuk memasuki Afghanistan pada tahun 1979.
Kaum-kaum di Afghanistan masing-masing menubuhkan militia dan melancarkan jihad menentang Soviet. Kebanyakan Pashtun berjuang di bawah kumpulan bernama Hezb-i Islami, Tajik bawah Jamiat-e Islami. Hazara, Uzbek, Turkmen pun masing-masing ada kumpulan sendiri. Walaupun semua dikenali sebagai "mujahideen", bukan semua sehaluan.
Selepas Soviet berundur daripada Afghanistan pada 1989, golongan mujahideen ini meneruskan perang terhadap kerajaan komunis. Kerajaan komunis tumbang pada 1992, digantikan dengan Negara Islam Afghanistan. Burhanuddin Rabbani (seorang Tajik) daripada Jamiat-e Islami menjadi presiden, menimbulkan ketidakpuashatian Pashtun terutamanya Gulbuddin Hekmatyar dari Hezb-i Islami. Perang saudara meletus.
Kegagalan Hekmatyar untuk merampas kuasa menyebabkan Pashtun mengalih sokongan kepada kumpulan Taliban yang diasaskan oleh Mullah Omar. Ahli kumpulan Taliban kebanyakannya adalah lepasan sekolah Darul Uloom Haqqania di Pakistan yang mengikut aliran Deobandi ("Taliban" bermaksud murid) yang sangat strict dalam tafsiran dan amalan agama (Barat panggil "fundamentalist").
Orang Pashtun luar bandar yang lebih konservatif tertarik dengan Taliban, terutamanya Ghilzai yang merupakan kabilah terbesar. Antara "sumbangan" Taliban ialah pembersihan amalan "bacha bazi" (budak lelaki dijadikan penari dan hamba nafsu golongan warlord).
Dengan itu, Taliban dengan pantas menawan 90% wilayah Afghanistan dan menawan Kabul pada 1996. Ada juga yang melihat sokongan Pakistan sebagai faktor kejayaan Taliban.
Cuma bagi kaum bukan Pashtun, Taliban terlampau konservatif. Wanita dilarang bersekolah dan bersosial. Muzik dan hiburan juga diharamkan. Taliban juga memusuhi Hazara yang berhaluan Syiah dan melakukan pembantaian besar-besaran ke atas Hazara.
Jadi Tajik, Hazara dan Uzbek menubuhkan kerajaan "Northern Alliance" di utara, disokong oleh Pashtun bandar yang lebih liberal dan progresif (kebanyakannya dari kabilah Durrani, macam Hamid Karzai). Kerajaan Northern Alliance ini diiktiraf oleh majoriti negara. Taliban hanya diiktiraf 3 negara iaitu Pakistan, Saudi dan UAE.
Pada 2001, US menyerang Taliban atas alasan melindungi Al-Qaeda (Osama kenal Mullah Omar semasa jihad melawan Soviet). Selepas Taliban jatuh, Northern Alliance mendirikan kerajaan di Kabul. Hamid Karzai menjadi presiden pertama "Afghanistan Baharu". Mullah Omar dan saki-baki Taliban melarikan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka joe bidin..iols suka je |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin apa yang berlaku saat ini menjadi berita buruk buat Amerika Syarikat dan sekutu - sekutunya namun ia tidak buat Rusia, Iran dan China. Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejak beberapa bulan lalu selain daripada Iran yang sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan Taliban, Rusia dan China secara belakang tabir sebenarnya telah mula memainkan peranan untuk menolak Amerika Syarikat dan sekutunya keluar dari Afghanistan untuk muncul sebagai kuasa geopolitik terbesar di Asia Tengah.
Rusia dan China sememangnya ingin Amerika Syarikat dan sekutunya keluar dari bumi Afghanistan sebagaimana yang dilakukan oleh Rusia di beberapa negara di Asia Barat bagi menghapuskan dominasi dan kuasa imperialis Amerika Syarikat di serata dunia.
Mungkin Afghanistan adalah tali hayat terakhir untuk Amerika Syarikat meneruskan legasinya sebagai kuasa “ Superior “ dunia.
Apakah Amerika Syarikat bakal berkubur sebagai kuasa besar dan kuasa utama geopolitik dunia ? Hanya masa, keadaan dan ketentuan Allah SWT yang mampu merencanakannya. Sama - sama kita doakan yang terbaik buat Afghanistan dan rakyatnya agar berjaya mencapai keamanan dan kestabilan yang berpanjangan. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih ya tgk vid ni semalam. mati mcm tu jer masa kat udara. ya Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
lari pegi luar negara lepas tu gaduh nak laksanakan undang2 syariah kat negara baru yang diaorang tinggal. dah la extreme pula tu undang2 syariah jenama Afghanistan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
China dah janji nak bangunkan Afghanistan ... |
|
|
|
|
|
|
|
belah2 sana keamanan tu macam tak pernah wujud |
|
|
|
|
|
|
|
ramai lelaki yang dok kejar plane ni
mau lari manaaa...anak minik acanerrr?
tinggal jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
Scary tgk.. belum lagi kiamat. Macam mana manusia2 akan panik. |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 16-8-2021 11:29 PM
Mine 19 ekor, paling tua dah 18 tahun and gigi taring xde satu batang.
Sedih kan fikir.
Mase cov ...
Ya Allah... Semoga Allah menjaga kamuuuu. Aaminnnn Aaminnnn Aaminnnn! Jadi terbela lah nasib kucing2 kamu yach.
Me'ols kalau bab2 pet ni, mmg agak touching gitu. Huhuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 16-8-2021 11:22 PM
sama..i pun tbyg kalau ditakdirkn kena lari mcm org afghanistan ni..xsampai ht nk tgl kucing..
Ya ampun chuols. Sama lah.
Sbb kita boleh lari2 nwk anak, laki. Abis kucen2 cemanaaaa. Huhuuuu.
Bukannya aje kucen, anjing2 pun meols kesiaaaan. Tak kisahlah haram ke apa, mereka tetap haiwan, dan ada perasaan...... |
|
|
|
|
|
|
|
wnwa05 replied at 17-8-2021 05:37 AM
Ya lebih kurang kot tapi bezanya kat sana bertahun2 perang betul bkn perang politik. Jadi bila pro ...
sama macam Vietnam dulu. Kalau terbaca2 army US yang bukak cerita kawan terkorban di medan perang Vietnam berkorban untuk negara rasa macam kelakar la pulak sebab apedehal bukan negara kau yang musnah lagi nak cerita pasal perang bagai |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 16-8-2021 11:40 PM
Pelik aku sebab taliban tu kan memperjuangkan islam.teruk sgt ke derang sampai memasing gelupur nak ...
Tue la yg aku tertanya tanya.. Kenapa ngan taliban.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mane lah dieorg boleh terfikir nk bergayut kt kapal terbang. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika sebelum ini, tiada siapa pun kisah pasal Afghanistan. Tiba-tiba T4l1ban berjaya ambil alih tampuk pemerintahan, sekaligus runtuh terus kerajaan pimpinan Ashraf Ghani.
Apa yang menarik adalah komen-komen palatao daripada rakyat Malaysia. Nak tergelak pun ada membacanya.
Sinonimnya, ramai yang label T4L1BAN sebagai pengganas nombor satu dunia, jahat, kejam, zalim. Tak kisah lah anda nak label apa pun, yang penting jaga lidah sama, risau di akhirat nanti jenuh kita merangkak cari mereka untuk minta maaf.
Mudahnya macam ini sahajalah. T4L1BAN ini memang memusuhi Am3r1ka. Jadi, kalau dah musuh dia, pastilah dia akan gunakan media dunia untuk burukkan musuhnya.
Hari ini, dunia dikejutkan dengan kemaraan T4L1BAN sekaligus berjaya menawan Kabul serta mengambil tampuk pemerintahan Afghanistan.
Hari ini juga media Barat berjaya adakan temubual pertama dengan pemimpin mereka sejurus berjaya menawan pemerintahan Afghanistan.
Nak tahu apa reaksi pertama mereka? Jawapan yang mereka bagi macam ni:
"Kami akan membawa undang-undang Islam bukan sahaja di Afghanistan sebaliknya akam membawa undang-undang Islam kepada dunia."
Gerun dengar. Tu reaksi utama mereka. Mereka tak nak duit, mereka tak nak harta, yang mereka nak adalah menegakkan undang-undang Islam.
Yang lebih kelakar adalah Presiden Afghanistan sebelum ini iaitu Ashraf Ghani. Sebaik dia dapat tahu T4L1BAN sudah mara ke Kabul, terus dia cabut pergi Tajikistan.
Jubake. Bacul betul! Dia lari seronok je tinggal rakyat dia yang berduyun-duyun panjat kapal terbang hari ini.
Pemimpin jenis apa ni? Biar rakyat mati asalkan hidup dia senang.
Satu lagi yang perlu anda tahu tentang Ashraf Ghani adalah sebelum ini ketika pendudukan Am3r1ka di Afghanistan.
Ketika rakyat mati dan berhempas pulas melawan negara itu. Di mana Ashrad Ghani? Anda nak tahu dia di mana?
Dia dok berseronok rileks je tinggalkan rakyat dia.
Dan berkaitan video tular rakyat Afghanistan yang lari panjat kapal terbang tu. Tahukah anda itu cuma 5% daripada populasi Afghanistan.
Sebab apa mereka lari? Sebab sebelum ini kebanyakan mereka menyokong pendudukan Am3r1ka dan Natoo.
Jadi, tunggu apa lagi? Lariiii lah. Hahaha. Itu baru di dunia. Dah lari panjat kapal terbang sampai macam tu. Macam manalah azab di akhirat kelak kan?
Apa pun, satu tongkat mereka dah patah. Misi seterusnya, bebaskan Yaman pula. Insya-Allah.
*ni aku baca kat fb* |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa nak bergayut kat luar ketebang... nanti airplane dah melepasi altitude 26,000 kaki di udara, ko mati takde oksigen pastu terus kecut dek. |
|
|
|
|
|
|
|
MsPercy replied at 17-8-2021 11:53 AM
Jika sebelum ini, tiada siapa pun kisah pasal Afghanistan. Tiba-tiba T4l1ban berjaya ambil alih tamp ...
Adoyai sapala penulis ni..Mohon bawak anak Bini, mak kakak Adik pempuan duduk bawah pemerintahan Taliban Sana kalau dah elok sgt.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|