|
[Jenayah]
Anak Angkat OKU Teruk Didera. Suspek Kluster Kayangan & Teman Seperjuangan S
[Copy link]
|
|
Jiddin replied at 6-7-2021 04:33 PM
JKM dah selamatkan.
Netizen marah sbb suspek walau bagaimanapun masih belum ditahan reman.
Alhamdulillah. luka dan parut kita nampak. tp trauma dia, Allah je yg tau.
tkde fb tp tk nk tgk pun. takut
moga cepat jkm bertindak. |
|
|
|
|
|
|
|
PinkyPie replied at 6-7-2021 01:39 PM
Rumah Bonda ada jaga budak ke? Rumah bonda bukan transit mengandung luar nikah ke?
edited: Opps s ...
rumah bonda pun sama rasanya.. transit untuk remaja hamil.. bella punya adoption tu under nama rumah bonda, bukan nama individu tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 6-7-2021 02:02 PM
Acik kenal bainun, not a friend but biasa sembang2 during early days of rumah bonda
Nampak dia la ...
kantoi jumpa bella ni pun sebab kkm serbu rumah nak buat swab test katanya.. kalau dorang tak positive, sampai bebila tak tau keadaan dia macam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 6-7-2021 03:24 PM
Laaaa deknon bubbles ke? Kakak dia orang kuat umno.
siapa kakak dia tu? patut la puan mona tu cakap that lady ada kabel besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
emera replied at 6-7-2021 05:22 PM
Pompuan tu gemuk kot. Apa je kuderat budak tu nak melawan?
budak oku pula tu.. entah la.. pada i, kalau tak mampu jaga, pulangkan je balik elok2.. kenapa nak dera sampai macam tu.. dah macam punching bag pun iya juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-7-2021 06:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Agaknya nape Bainun tu bawak Bella balik dok umah dgn dia sedangkan dia tak officially n legally adopt Bella? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak istimewa disyaki didera di rumah kebajikan
NUR IFTITAH ROZLAN | | 06 Julai 2021
Remaja berusia 13 tahun yang menghidap sindrom down itu juga disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seorang anak istimewa yang menghidap sindrom down disyaki didera di sebuah rumah kebajikan didiaminya sejak setahun lalu.
Seorang pengguna Facebook yang mendedahkan perkara itu mendakwa, remaja perempuan berusia 13 tahun itu dijadikan sebagai anak angkat oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.
“Baru-baru ini, saya dimaklumkan pemilik, petugas dan beberapa penghuni rumah kebajikan tersebut telah dijangkiti wabak Covid-19.
“Senarai nama penghuni telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut, namun namanya tidak dimasukkan ke dalam senarai,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, perkara tersebut menimbulkan kebimbangan dan menyebabkan seorang individu yang tidak ingin dikenali mencari peluang untuk masuk ke dalam rumah dan melihat sendiri keadaan.
“Bila tengok namanya tiada dalam senarai, dia rasa pelik kerana mereka seperti ingin menyembunyikan sesuatu.
“Jadi sumber tersebut bawa makanan ke rumah kebajikan dan dapat jumpa kanak-kanak itu.
Dia terkam lalu menangis, seolah-olah dalam keadaan trauma,” katanya.
Wanita itu memaklumkan, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati remaja berusia 13 tahun tersebut tidak dimasukkan dalam senarai kerana dia telah didera dan mereka cuba untuk melindungi perbuatan keji itu.
“Dia didapati positif Covid-19 apabila dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima rawatan selama 10 hari sebelum dihantar pulang ke rumah kebajikan yang menjaganya sebelum ini.
“Kecederaan dia sangat serius.
Apabila pihak hospital tanya siapa yang buat, dia akan sebut ‘bonda’ dan ‘mama’ serta beritahu dia telah diikat serta disiram air panas.
“Saya mohon media, masyarakat dan pihak polis untuk siasat kes ini secara lebih terperinci dan bawa pelaku kejam ini ke muka pengadilan segera,” tegasnya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran di akaun media sosial itu, pemilik Facebook berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan keadaan remaja tersebut.
Sementara itu, pemilik sebuah rumah kebajikan di ibu kota menafikan dakwaan penderaan yang dibuat ke atas seorang anak istimewa.
Menurut pemilik rumah kebajikan tersebut, dakwaan yang tular mengatakan pihaknya mendera kanak-kanak berusia 13 tahun itu adalah tidak benar sama sekali.
“Saya baru sahaja ambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat lebih kurang setahun lalu.
“Saya hanya boleh menafikan saja sebab saya sendiri tahu macam mana saya jaga mereka dan kanak-kanak tersebut bukan satu-satunya anak saya yang sindrom down,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sinar Harian dimaklumkan bahawa pemilik rumah kebajikan itu sudah pun membuat laporan polis bagi mengambil tindakan lanjut atas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
Dia yang dimaklumkan tentang dakwaan tersebut oleh kenalannya pada pagi tadi tidak mahu perkara itu menjadi tekanan buat dirinya.
“Saya memang tidak tengok telefon lepas solat Isyak semalam kerana hendak berehat dan tidak mahu sebarang tekanan.
“Saya jaga ramai orang lagi dan kalau nak kata dia didera, saya ada banyak mata dan penghuni yang tahu perangai saya.
“Saya pun tidak tahu macam mana nak klasifikasikan dera, marah dan tegur. Sampai tak boleh tegur ke?
“Buat masa ini saya memang tidak boleh beri sebarang komen kerana kes masih lagi dalam sisatan,” katanya setelah selesai membuat laporan polis.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148330/BERITA/Semasa/Anak-istimewa-disyaki-didera-di-rumah-kebajikan |
|
|
|
|
|
|
|
siannya bdk tu oku kot..i ni idok la suka bdk..pgg bdk pun kdg2 jer tp idok la tergamak nk jentik bdk xberdosa |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 6-7-2021 06:52 PM
Anak istimewa disyaki didera di rumah kebajikan
NUR IFTITAH ROZLAN | | 06 Julai 2021
Kalau tak kena dera.. Mcm mana boleh luka2 dan ada kecederaan? Takkan Bella ni ada kecenderungan utk melukakan diri sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 6-7-2021 07:01 PM
Kalau tak kena dera.. Mcm mana boleh luka2 dan ada kecederaan? Takkan Bella ni ada kecenderungan u ...
tu la.. tak logik pula alasan tu.. dah setahun budak tu tinggal dengan dia.. takkan buta kot tak nampak budak tu berparut satu badan.. gila kejam.. |
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 6-7-2021 05:44 PM
siapa kakak dia tu? patut la puan mona tu cakap that lady ada kabel besar..
Dia sendiri adalah bekas or masih entahlah ketua puteri umno ampang siap dapat award tokoh puteri entahjadah.
I lupa nama kakak dia. IG dia pulak dah private. Dan juga kalau xsilap abang dia gm tabung haji.
|
|
|
|
|
|
|
|
LoveSungmin replied at 6-7-2021 07:12 PM
tu la.. tak logik pula alasan tu.. dah setahun budak tu tinggal dengan dia.. takkan buta kot tak n ...
Pelik sungguh la alasan ni.. Ermmmmm.. Harap ada keadilan utk adik Bella. |
|
|
|
|
|
|
|
mclaren replied at 6-7-2021 05:15 PM
Selain kat fb kat mana boleh tengok pics adik syurga ni
iesya toh fb |
|
|
|
|
|
|
|
acikhan replied at 6-7-2021 07:46 PM
iesya toh fb
Ni orang yang takde fb boleh masuk ke?
Kadang tu kita klik link fb, akan ada page suruh login or register. |
|
|
|
|
|
|
|
mclaren replied at 6-7-2021 07:49 PM
Ni orang yang takde fb boleh masuk ke?
Kadang tu kita klik link fb, akan ada page suruh login o ...
haku nak share kang x sampai hati pulak, sbb ngeri |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tengok gambar luka2 Bella tu semalam. Teruk betul! Byk luka2 lama. Mmc lama Bella ni dh didera.Apa jenis manusia sanggup dera anak sampai macam tu!
Nasib baik ketahuan pasal ada yg kena covid dlm rumah tu. Kalau tak, tak tahulah nasib Bella |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
None68 replied at 6-7-2021 01:05 PM
Klu rumah bonda tu mmg SA punyalah..
Bukan dia punya, tapi dia penasihat |
|
|
|
|
|
|
|
acikhan replied at 6-7-2021 08:16 PM
adik bella
Terima kasih acikhan.... astaghfirrullah. Harap merengkok dalam penjara lah abuser.
Anak syurga dideranya... memang no way out lah kat akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana ANDARTU boleh ambik anak angkat dari pusat kebajikan under JKM? Bukan ke siapa yg nak ambik anak angkat dari pusat kebajikan kena berkahwin? |
|
|
|
|
|
|
| |
|