|
Hanya yg dah daftar cucuk vaksin boleh beli di Chatime. Beli satu percuma satu
[Copy link]
|
|
green~tea replied at 24-6-2021 08:52 PM
Wow okay i should try this one...
Kalo ice cream i suka vanila kon mekdi..
Rase dia manis2 masam.xde la manis sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 beli 1 percuma 1 ni sebab nak gerakkan stok sejak2 sendu terpalit dgn jahbungkus |
|
|
|
|
|
|
|
sudah2 la promot air manis ting2. lepas minum tnya nape la susah sgt nak kurus |
|
|
|
|
|
|
|
halal ke ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Chatime manis. Iols try sekali je dulu. Lepas tu sampai ke sudah tak beli dah. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 24-6-2021 08:43 PM
Ha.. chatime je ade air ni... lain2 tak layak beli...
Kalo gong cha i suka winter melon tea wit ...
Dolu2 iols minum cha time.. jaman tua nihh ada kesedaran tak mau minum manis2.. kekadang tingin nak minum balik
Gong cha pun iols minum, tapi cha time still kesukaan dolu2 la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sayang kalori aku terbuang mcm tu jer minum air ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nk beli surat tulis tgn untuk bukak cawangan kt KL leh?
Leh aku bawak mak aku tgk cucu die.
Ke kene bayar extra untuk kenytaan di IG dan FB? |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 24-6-2021 06:19 PM
dia punya horlicks signature dgn bubble sedap... others tu mcm biasa je lah
Horlicks mana2 pun sedap |
|
|
|
|
|
|
|
hadap nau...ko order kat foodpanda je lah sis boleh guna kupon lagi tapi meols suka beli Tealive ngan Happy La Tea ke apa namanya entah tu...sekadar nak lepas gian melantak bubble tea katanya pftttt |
|
|
|
|
|
|
|
Ok boleh la beli walaupun iols tak suka SSKJP clan tu.
Tapi director chatime adalah dua perempuan melayu yang hebat. Jadi terpaksa iols sokong jugak chatime.
Cumanya jangan harap la nak beli susu pisang esen tu nyah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tealive ios mahu.
Chatime tkpe la. Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Tak minat... Thanks... |
|
|
|
|
|
|
|
No thanks..dari dulu x minat minuman berjeli bagai nie..lgpun mesti manis |
|
|
|
|
|
|
|
Eeuuwwwww
Siapa je nak beli
Geli terbayang air Lopak |
|
|
|
|
|
|
|
'Beli satu percuma satu' minuman Chatime bagi penerima vaksin yang sudah mendaft
Sumbangan minuman tanda ucapan terima kasih kepada para barisan hadapan yang berkhidmat tanpa mengenal erti penat dan lelah. - Gambar/ Chatime
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang sudah mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera layak mendapat minuman percuma Chatime melalui promosi pembelian 'beli satu percuma satu'.
Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali, berkata ia adalah sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.
Katanya, pihaknya sentiasa menyokong, mempromosi dan memberi kesedaran positif masyarakat dalam membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"Kami percaya bahawa dalam setiap perniagaan, terutama perniagaan langsung kepada pengguna seperti Chatime, tanggungjawab dan peranan kami juga ialah menyokong, mempromosi dan memberi kesedaran positif dalam membantu PICK.
"Oleh itu, kepada sesiapa yang sudah mendaftar vaksinasi di aplikasi MySejahtera akan mendapat minuman melalui beli satu percuma satu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Terdahulu, syarikat itu menyerahkan sebanyak 700 minuman untuk barisan hadapan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang sempena pelancaran inisiatif menggalakkan penyertaan vaksinasi oleh Chatime Malaysia.
Inisiatif itu sebagai tanda terima kasih kepada barisan hadapan yang berkhidmat tanpa mengenal erti penat dan lelah dalam menangani pandemik.
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif, Chatime Malaysia, Widayu Latiff berkata, inisiatif 'beli satu percuma satu' bagi orang ramai yang sudah mendaftar dalam PICK diharap dapat mendorong rakyat Malaysia untuk mendaftar.
"Apa yang anda perlu dilakukan hanya menunjukkan pendaftaran vaksinasi MySejahtera kepada kakitangan cawangan kami di seluruh negara dan secara automatik anda layak untuk menebus minuman percuma dengan setiap minuman yang dibeli.
"Kempen ini berlangsung sehingga 15 Julai 2021 di semua cawangan kami seluruh negara dan tertakluk kepada terma dan syarat," katanya.
Mengenai program sumbangan minuman untuk barisan hadapan, beliau berkata mereka memahami jenama dan produk memainkan peranan yang sangat besar dalam masyarakat.
"Kerana itu kami selalu menerapkan peranan ini dalam DNA jenama Chatime. Oleh itu,'Chatime Communi-Tea' telah diwujudkan sebagai salah satu fokus CSR yang diselaraskan di seluruh negara.
"Inisiatif terbaru 'Lindungi diri dapatkan Chatime' ini merangkumi objektif 'Communi-Tea' ini. Kami gembira kerana sekurang-kurangnya mampu membuat barisan hadapan Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang tersenyum," jelasnya.
Sumber - Astro Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Wow…! Nice one chatime. Yang dah vaccine tak dapat jugak ke ekekek… |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]hareeeesah: Wow…! Nice one chatime. Yang dah register tak dapat date lagi pun boleh dapat la kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|