Post time 25-3-2021 06:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dess402 replied at 25-3-2021 04:04 PM
Okay .. tapi 10 perintah ni rujukan dari mana. ??
And We wrote for him on the tablets [something] of all things - instruction and explanation for all things, [saying], "Take them with determination and order your people to take the best of it. I will show you the home of the defiantly disobedient."" (Quran 7:145)
Tangan di terikat di atas kehendak undang undang yang di cipta oleh pihak lain. Kuat mana pun hati dia tidak mahu, sekiranya didalam buku undang undang sudah tertulis sebegitu, nak buat macam mana....
Kenapa tak salah kan ahli parlimen yang ada kuasa untuk membentang, membahas, membuat dan mengubah undang undang tersebut?
Yang awak faham, sama lah macam apa yang saya faham
Post time 25-3-2021 11:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa kata 'ore tertinggi' agama isle jumpa 'ore tertinggi' agama nasrani@kristian untuk bincangkan isu ini...drp biarkan terlalu banyak 'perbincangan' di media sosial oleh 'pakar2' yg tidak diketahui@bertauliah???
Post time 26-3-2021 07:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
melayu kat malaysia kne pahamla, org bangsa lain pakai kalimat Allah jugak, spt agama bahai punjabi tu, arab kristen kat palestin, kristen indon sbh srwk da beratus thn. Dieorg ade pemahaman dieorg, kite ade pahaman kite, kite stick yg kite punye la, .. bende xyah jd isu
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan bahawa penganut Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.
Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat.
Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.
Dalam permohonannya, Jill Ireland antara lain memohon perisytiharan bahawa adalah hak perlembagaannya untuk mengakses penerbitan Kristian dalam menjalankan haknya untuk mengamalkan agama dan hak untuk pendidikan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang kalimah 'Allah' dalam penerbitan Kristian sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah di sisi undang-undang.
Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata, arahan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional.
"Penggunaan perkataan itu tidak akan mengganggu ketenteraman awam," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 4:35 PM
Isunya, kalau nak translate kepada bahasa yang berkaitan, ikut lah apa yang sebenarnya. Kalau Father / Lord tu refer pada God, translate lah pada Tuhan. Bukan Allah. Allah tu satu nama khas.
Dalam Bible lama tak disebut langsung pasal Allah. Yang ada Yahweh, Lord, God, Father, dan lain2. Kenapa nak guna nama Allah? Betulkan apa yang salah. Mudah je. Tak keliru pun kalau guna perkataan Tuhan atau Tuhan Bapa.
Dalam Al Quran, Allah dah terang2 guna nama Allah. Simple je. Dalam perkataan Bismillah. Dengan nama Allah. Tapi dalam Bible, takde satu verse pun God punya nama khas. Jadi lagi sekali, guna translate umum, God => Tuhan.
Post time 26-3-2021 02:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku heran betul dalam kes ni. Seluruh dunia, cuma di Malaysia sahaja lah yang beriya nak guna nama Allah. Macam golongan racist yang kata nak equal rights kat sini. Boleh ke depa share kekayaan depa dengan kita tanpa beri rasuah. Uitm yang depa dengkikan. Dan banyak contoh lain yang depa ni nak concur semuanya.
Pada aku bagi jer lah sebab Allah ada 99 nama yang lain. Kalau tak bagi guna pun kemain ramai melayu masuk kristian senyap2.
Mungkin depa pulak berbondong2 akan masuk Islam.
Pokoknya, kitab sendiri pon ummah malas baca. Tiba2 rajin pulak mereka nk baca kitab injil berbahasa malaysia yg telah dicop KDN untuk bacaan bukan islam pulak. Dodol sambung senyum sinis
Post time 26-3-2021 06:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bedahcyber replied at 26-3-2021 01:18 PM
Isunya, kalau nak translate kepada bahasa yang berkaitan, ikut lah apa yang sebenarnya. Kalau Fath ...
Dalam kitab perjanjian lama/old testament/Taurat, iaitu separuh Bible, ada satu kisah Nabi Moses/Musa A.S. bertanya kepada Allah di atas Mount Sinai/Tur Sina, apa nama sebenar-Mu supaya aku boleh seru lalu Allah menjawab, nama aku ialah YHWH (sebut Yahweh) daripada hebrew Ahyer Esher Ahyer yang membawa maksud I Am Who I Am (Aku adalah Aku, kau tak perlu tahu namaku)