CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Struktur besi kren di tapak SUKE terjatuh, 2 maut. UPDATE #173, Operasi keluarka

  [Copy link]
Post time 22-3-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
SUKE kan ni...Mahal jadinye project suke ni...habih membayar insuran dan pampasan jer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...harap dpt lh pampasan ke apa kt family mangsa xkisah lh org apa pn.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 12:56 PM | Show all posts
Allahu..betu2 malang tak berbau..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriau pulak nak lalu jalan dalam pembaikan / pembinaan
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 12:57 PM | Show all posts
Allahuakbarr,,ni betul2 malang tak berbau
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 12:57 PM | Show all posts
aireen24 replied at 22-3-2021 11:54 AM
eh samaaaaaaaaaaa...bila lalu bawah jantungg berkencang kuat...nak2 time hujan

Kalo berenti tunggu traffic light lagi la.Sanggup pusing jauh ikut subang bestari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2021 01:09 PM | Show all posts
Selagi yang jadi mangsa itu bukan anak anak menteri dan kerabat, selagi itu lah kes begini akan berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.
SUKE punya kerja lagi ke?? Sebelum ni salahkan pemandu treler, sekarang ni nak salahkan sape pulak? Setan betul. Bukan sekali dua... Ni dah berapa kali ni? NIOSH tu hiasan je ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 22-3-2021 01:13 PM
Innalillah.
SUKE punya kerja lagi ke?? Sebelum ni salahkan pemandu treler, sekarang ni nak salahkan ...

NIOSH.....?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap famili mangsa saman setingginya....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
eragon replied at 22-3-2021 01:15 PM
NIOSH.....?

National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH)
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Trumpettt replied at 22-3-2021 01:15 PM
Harap famili mangsa saman setingginya....

Keluarga2 mangsa yang sebelum ni pun patut bersatu hati saman. Melampau dah mereka ni. Makin cuai. Sebelum ni lepas tanpa tindakan mahkamah dan hukuman berat. Buat kerja main2. Suke ni pnb punya. Hotel pnb pun servis teruk. Ini buat jalan, asyik runtuh kena orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 01:48 PM | Show all posts
Kren jatuh- Prolintas sahkan tiga maut

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... s-sahkan-tiga-maut/

Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
22 Mac 2021, 1:01 pm


Keadaan kereta yamg remuk dihempap struktur kren besi

KUALA LUMPUR -Pemaju Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. mengesahkan tiga maut manakala seorang lagi parah dalam kejadian kren jatuh di projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, Cheras di sini pagi tadi.

Katanya, kejadian itu melibatkan tiga pekerja warga asing dan seorang pengguna jalan raya.

“Siasatan awal mendapati mereka yang maut merupakan tiga pekerja warga China manakala yang cedera parah merupakan seorang pemandu kereta warga tempatan.

“Kejadian difahamkan berlaku apabila salah satu daripada komponen kren gantri terjatuh dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Susulan kejadian tersebut, pasukan ‘Emergency Response Team’ SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala bagi memberi ruang kerja-kerja menyelamat mangsa dijalankan.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang kejadian komponen kren jatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, Cheras.

Kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga maut manakala seorang pengguna jalan raya cedera selepas kereta dipandunya dihempap komponen kren yang terjatuh.- K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 22-3-2021 01:28 PM
Keluarga2 mangsa yang sebelum ni pun patut bersatu hati saman. Melampau dah mereka ni. Makin cuai. ...


PNB...teruk nye reputation..baru tau prolintas under pnb
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga China? Kualiti okay ke tak SUKE ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 22-3-2021 01:23 PM
National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH)

DOSH/ JKKP rasanya... NIOSH tak terbabit dlm penguatkuasaan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2021 02:31 PM | Show all posts
Pemaju diarah henti kerja serta merta

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... -kerja-serta-merta/

Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
22 Mac 2021, 2:13 pm



KUALA LUMPUR – Pemaju projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, Cheras di sini diarah menghentikan kerja pembinaan serta merta susulan kejadian komponen kren yang jatuh pagi tadi.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat ini kerja-kerja menstabilkan keselamatan lokasi masih dilakukan oleh pihak bomba, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia.

“Saya difahamkan bahawa kejadian berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan dan setakat ini kita telah mengarahkan agar segala kerja pembinaan oleh pihak pemaju dihentikan serta merta.

“Operasi menstabilkan lokasi kejadian sedang dilakukan dan dijangka akan mengambil masa sehingga tengah malam ini, dalam tempoh tersebut laluan di bawah tapak projek ini juga turut ditutup kepada lalu lintas,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat tinjauan di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Fadillah, pihaknya turut menghentikan operasi pembinaan sehinggalah bahagian keselamatan syarikat pemaju membentangkan langkah-langkah keselamatan yang akan diambil mereka untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Ada kawasan penempatan di lokasi ini dan kita akan minta pamaju sediakan perancangan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya agar lejadian serupa tidak berulang.

“Pembinaan ini dikesan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pembinaan dan turut menutup laluan kepada pengguna jalan raya ketika pembinaan sedang dijalankan namun kali ini kejadian berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan,” ujar beliau. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 02:31 PM | Show all posts
Kalau u ouls perasan, banyak sangat la kawasan construction projek2 mega yang dibiar terngaga je sekarang ni. nak cut cost x beragak
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kali ni nk slhkan sape? takde pulak driver lori positip dadah langgar pape kali ni. lps ni buat senyap jugak ke? brp kali dh ni jadi.

tak dgr lgsg tindakan pape kt tukg handle projek yg dh bertahun2 lamenye. nk tggu menteri kene baru terhegeh2 amek tindakan? KJ jatuh basikal berduyun bantuan dgn tindakan pantas diamek. marhein kene, lgsg senyap lps tu.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
AKAZ85 replied at 22-3-2021 12:45 PM
Mampus laa bos2 ekovest ni.. Semua projek highway semua bawak sueyyyyy

Ekovest Duke hiway.. Suke ni under MRCB kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.301515 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list