CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: CARI-MAL

Ebit Lew Dikecam 'Tukar Agama Orang Lain Melalui Bantuan Kebajikan Tindakan Hina

[Copy link]
Post time 2-2-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bajau laut rakyat malaysia ori ada ic biru ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebarangan apakah sikit2 nak up nangis sesaja?

Tak paham smp skrg, serius
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya asal Kedah, duduk di Negeri Sembilan, bekerja di Wilayah Persekutuan dan biasa ulang alik Selangor untuk jemputan ceramah dan urusan rasmi. Tambahan Nilai ni memang jiran dengan Bangi.

Saya banyak ambil tahu perkembangan Majlis Agama Islam Negeri dan agensi mengurus zakat di keempat-empat buah negeri ini. Apa yang saya dapati, kesemuanya amat aktif mencari asnaf, mengagihkan bantuan, turun ke lapangan dll.

Urusan prosedur permohonan memang tak sepantas permohonan kepada NGO kerana ia melibatkan wang zakat dan audit. Tapi sebenarnya banyak isu birokrasi tidaklah seteruk yang diuar-uarkan di media sosial.

Kena faham, duit zakat tak boleh mudah-mudah agih macam duit infaq. Sebab itu misalnya Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun siang dan malam utk tinjau. Naik turun PPR bertingkat-tingkat semata-mata nak pastikan yang memohon benar-benar layak dapat. Duit zakat tu amanah umat Islam untuk tunaikan syariat Allah.

Banyak jugak kes penipuan. Pura-pura jadi asnaf. Tular di media sosial. Rupa-rupanya cuma ambil kesempatan. Sebab itulah agihan zakat perlu ambil kira semua aspek.

Kebelakangan ni wujud fenomena seolah-olah menyalahkan majlis agama tak buat apa-apa, pusat zakat tak buat kerja, goyang kaki. Hakikatnya tak sebegitu. Malah, saya berani katakan jumlah agihan zakat jauh lebih tinggi sejak pandemik ini bermula sekitar awal 2020.

Tapi, orang awam mungkin tak nampak. Segelintirnya lebih suka drama, sedikit sentuhan emosi dan isu sensasi dalam agihan bantuan. Tanpa saya nafikan, media agensi mengurus zakat dan majlis agama perlu memainkan peranan besar.

Sebaiknya mana-mana NGO atau individu yang berhajat untuk turun mengagihkan bantuan, maklumkan juga kepada pihak berkuasa agama negeri. Libatkan bersama. Pernah sebuah majlis agama dah janjikan motosikal untuk seorang lelaki. Cuma proses untuk dapatkannya ambil masa sikit, mungkin 2-3 hari. Tapi ada individu/NGO yang datang, terus bagi. Ambik gambar, masuk media sosial. Akhirnya tular netizen kata majlis agama tak bantu. Tak ke kesian ke majlis agama tu? Takkan nak bagi 2 buah motosikal?

Selain bantuan zakat, saya lihat sendiri banyak agensi-agensi agama di bawah Menteri Agama seperti TH, YaPEIM, YADIM, JAKIM, JAWHAR dan YWM khususnya, begitu bertungkus lumus mengagihkan sumbangan setiap hari ke seluruh Malaysia menggunakan sumber dana yang pelbagai. Bukalah FB agensi-agensi ini terutamanya YaPEIM dan YADIM. Dari Perlis sampai ke Sabah.

Saya yakin, kita semua bersetuju yang orang Malaysia ramai yang baik-baik. Suka bersedekah. NGO, individu, agensi agama tak sempurna. Wajib saling melengkapi. Kita sayang UEL dan kita patut tahu yang sangat ramai mereka yang berjiwa seperti UEL dalam agensi-agensi agama baik peringkat Persekutuan, jua Negeri.

Tak semua hero itu di lapangan. Ada di majlis agama dan agensi zakat, mereka yang berhempas pulas di hadapan komputer menyemak dan menyiapkan laporan agihan bantuan sebaiknya, ada yang berpinar mata menghadap kalkulator nak kira duit keluar masuk, ada yang tertekan masalah keluarga atau kewangan tapi sedaya upaya senyum dan melayan pelanggan sebaiknya di kaunter. Semua ada peranan masing-masing.

Cuma mereka mungkin tak ada team media untuk merakam momen-momen bagi tatapan umum.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dengar Ustaz Ebit Liew dan team datang ke Sabah terutamanya ke Semporna dan "mengislamkan sekampung" group wassap kami rasa gembira. Kerana hasil sumbangan dana dari masyarakat beliau terus dan tetap agihkan kembali kepada masyarakat yang memerlukan. Kredit kepada para penyumbang dana dalam dakwah amal ini.

Kami sebenarnya tidak terkejut.

Ramai yang mungkin tidak tahu tentang pola kehidupan Bajau Laut (Palaoh) di Semporna ini. Orang Sabah terutamanya di Pantai Timur Sabah terutamanya di kawasan Kunak, Semporna, Lahad Datu tahu sangat tentang kehidupan Palaoh ini.

Sebelum kedatangan Ust. Ebit Liew dan team, sudah banyak NGO, individu yang datang ke Semporna dalam misi dakwah. Sehinggakan didirikan surau, dihantar guru agama sebagai tenaga pengajar untuk masyarakat sana. Semenjak pkp, kerja dakwah tergendala di kawasan tersebut.

Tentang pengislaman satu kampung tu, sebenarnya majoriti mereka semua memang beragama Islam. Cumanya mereka masih kurang memperaktikkan hidup beragama. Antara sebabnya mereka ini hidup di atas laut. Tidak suka di darat.

Mereka jenis mencari rezeki dari sumber laut kemudian jual kpd orang di didarat dan juga ihsan dari para pelancong yang datang ke Semporna. Siapa yang pernah pergi melancong di Semporna pasti akan merasa "dikerumuni bot" mereka oleh Palaoh ini untuk diberikan ihsan makanan.

Kembali pasal pengislaman. Masyarakat palaoh ini jenis suka guna taktik dan kaedah yang sama untuk meraih simpati dari orang ramai supaya diberikan "gula". Kedatangan UEL ni bagi masyarakat Palaoh sama sahaja dengan pendakwah yang lain datang.

Kamu bagi mereka "gula", mereka akan bersyahadah kembali. Begitu saja berulang dan berulang.

Kerajaan bukan tidak membantu mereka dari segi pendidikan, perubatan dan kebajikan, tapi masyarakat Palaoh sendiri yang memilih cara hidup seperti yang kita lihat hari ini. Hari ini mereka sudah ramai berkeliaran di jalan raya di bandar besar Sabah mengemis meminta duit di trafic light. Dengan cara menggendong anak kecil untuk simpati. Bukan hanya kanak malah orang dewasa juga terlibat sama.

Apapun, kredit kita berikan kepada UEL dan team dan juga badan NGO, individu atas usaha dakwah yang mereka lakukan di Sabah ini. Teruskan buat kerja amal.

Allah SWT,

         

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

-   

~~~

Sedikit gambar masyarakat Palaoh. Ihsan dari sahabat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:56 PM | Show all posts
makadek replied at 2-2-2021 12:01 PM
Uncle kentang tk sampaikan apa2 dakyah tp org sebuk suh masuk islam

Do U know why people suka maukan Uncle Kentang menjadi muslim.  Kerana dlm diri dia ada nilai Islam dn ada amal jariahnya miskipun dia seorang non-muslim.  Muslimin sayangkan kebaikan yg ada pada diri UK yg tak banyak ada kpd non-muslim lain. Allah sayangkan UK, ttpi Allah akan berganda2 sayangkan dia jika dia sudi mengEsakan Allah swt. Adakah nanti akan lahir seorang Mohammad Unkel Kentang? Allah jua yg memiliki hidayah-Nya. Sementara ini rakyat tetap mengakui UK seadanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 2-2-2021 01:41 PM
Izinkan saya beri pendapat dlm konteks yg tidak memihak dn seadil mungkin.

Diceritakan ada di a ...

."EL tunaikan amanah para penyumbang dana yg dialirkan mll pertubuhannya PKUM"

Terima kasih sis atas sharing ni. Selama ni saya ingatkan EL guna duit dia sendiri. Sebab dia selalu tulis dlm karangan pjg2 dia bahawasanya dia guna duit dia.
Saya.. saya.. saya.. saya.. saya..
Selama ni sy sgt kagum dgn kekayaan dia kerana byk sgt duit dia sampai boleh bayar kan sewa.. boleh bagi itu ini.. dia juga pernah berkata guna duit sendiri 1 juta...
Mungkin ada karangan pjg lebar dia yg saya ter miss yg dia ada acknowledge  penyumbang dana juga.. sy terkhilaf.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2021 02:00 PM | Show all posts
Trumpettt replied at 2-2-2021 10:52 AM
Padan muka depa tergugat...selama ni mubaligh mubaligh kristian berleluasa tukar agama org kt sana t ...

mana info u dapat ni?

u rasa pihak MUIS tu diam2 je tak buat kerja ke?

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:02 PM | Show all posts
yang aku tau Bajau Laut memang beragama Islam



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 2-2-2021 01:41 PM
Izinkan saya beri pendapat dlm konteks yg tidak memihak dn seadil mungkin.

Diceritakan ada di a ...

Tidaklah salah pendapat kaka nolya... Tapi adalah lebih bagus jika pihak/team EL tidak sewenang-wenangnya buat post sebegitu dekat FB dia... Seolah-olah jabatan agama kat sana tak buat kerja sedangkan pihak GAD memang ada berdakwah kat situ dan penduduk situ sudah sedia Muslim... Adakah salah NGO2 muslim tersebut kerana tak viralkan? Dan apabila pihak GAD buat statement, EL sepatutnya buat statement jugak, terkhilaf pandang atau apa2...
Statement beliau mengislamkan penduduk bajau tu yang disalah anggap oleh orang lain, yg mana pihak liberal berpendapat dia seperti memaksa org memerlukan untuk memeluk islam sedangkan mereka sebelum2 ini jugak memang sudah didakwah dan sedia islam..

Saya memang tak berpihak kepada EL dari segi ni...tetapi sy sangat menyokong usaha dia membantu semua orang susah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:16 PM | Show all posts
matjerk replied at 2-2-2021 01:57 PM
."EL tunaikan amanah para penyumbang dana yg dialirkan mll pertubuhannya PKUM"

Terima kasih sis ...

Manusia bebas menetapkan persepsi sendiri atas pernyataan dn cerita yg dibaca. Sekalipun kalau terlalu banyak pengakuan saya, saya, saya yg kemudian menimbulkan tanggapan salah netizen kononnya segala usaha EL itu murni usaha dn dana peribadi seorang diri, terserah. Ttpi orang ramai tentu faham akan adanya pertubuhan PKUM, ada dana luar mengalir ke situ yg membolehkan usaha bantuan berjalan lancar. Jgn kerana sepotong ayat yg mengatakan saya, saya, saya menimbulkan keraguan netizen terhadap jariah yg EL lakukan. Akhirnya tetap juga berbalik kpd penilaian ramai sama ada to acknowledge ataupun tidak. EL tetap akan teruskan misinya selagi ada dana dn terdaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:18 PM | Show all posts
makadek replied at 2-2-2021 10:04 AM
Dua hari ini kita dihangatkan dengan isu Ustaz Ebit Lew berdakwah di Pulau Tatagan yang mana khabarn ...

Ini mendatangkan fitnah. Org bajau masih tak ngaku islam ke..atau EL renew syahadah
Patut benda begini disiasat dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
baca komen kt fb kata  dorg Palauh
bkn bajau laut



Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 2-2-2021 09:58 AM
Taktau camne nak komen sebab mubaligh kristian memang buat benda ni even tak masuk news. Bila kena i ...

Ha'ah kaka, iols pun nak cerita benda sama... Bezanya mubaligh kristian tu tak upload kat social media jah... Benda ni dah lama dah pun kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah apa orang tu komen. Mubaligh Kristian will forever use this example to convert Muslims pulak. Aku memang tak gemar cara dia ni, tukar hukum untuk popularkan diri sendiri. Guna duit entah datang dari mana, bottomless pitt jumlahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:28 PM | Show all posts
Itzy replied at 2-2-2021 12:03 PM
Kontroversial ditegur oleh manusia2 sial yang dengki dengan usaha dan kerajinan ustaz ebit hanta ...

Manusia sial? Retarded bahasa dgn IQ kau ni

Ebit dah menyinggung perasaan pendakwah asal di pulau tu..yang dok mari bagi zakat sejak 2018. Bak kata ORANG MELAYU lombu punya susu, sapi dapat nama. Ntah2 yang pegi berdakwah tu pak kiyai warak..dah jadi kes tidak respect guru

Cuba dia islamkan christian clan. Dia ada kelebihan which is kekebalan undang2. Kalau EL islamkan satu church termasok paderi pun takda orang berani cuit dia. Kaya raya dan berkuasa


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:31 PM | Show all posts
nolya replied at 2-2-2021 12:51 PM
EL ada menyatakan bahawa dia akan berusaha membangun sekolah agama dn mendatangkan guru agama untu ...

Over sangat komen ko ni BN trooper. Takda selidik dulu back stories
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 2-2-2021 02:18 PM
Ini mendatangkan fitnah. Org bajau masih tak ngaku islam ke..atau EL renew syahadah
Patut benda b ...

Pada pendapat i, mereka follow the flow asalkan dapat bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 1-2-2021 07:01 PM
So, Rohingya duduk dlm bot tu patut kita karamkan aje???...sebab dah Islam....syahid.

Bajau Laut  ...

Itu yang selalu agama buat kepada manusia yang hidup dalam poverty ... Bagi bantuan supaya non kagum dengan agama... Reality nya mereka tidak cuba fixed kehidupan yang same kind seperti mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 2-2-2021 10:33 AM
Iolss tk mau jd manusia yg teruja tnpa sbb 1st day tgk viral dh tk berhusnuzon..cra dia mmg suka t ...

Setad blajo dari lopak
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak boleh bagi bantuan kan. Kalau tak boleh didenda 100k or 3 tahun penjara. Ini dibawah apa yek, nak tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.054328 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list