|
[Tempatan]
Harga roti Gardenia naik 5 sen - 20 sen mulai 1 Disember
[Copy link]
|
|
Edited by kakikuDibibirmu at 1-12-2020 02:59 AM
Terima kasih Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary #BMF |
|
|
|
|
|
|
|
matchstick replied at 30-11-2020 07:15 PM
Lately aku suka beli roti Massimo 100% whole wheat loaf tu. Masuk toaster mkn panas2 sedap dan kenya ...
Massimo whole wheat actually better than gardenia whole wheat... Tapi Massimo whole-wheat susah nak jumpa sekarang... gardenia multigrain je available option.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai rm1.10 ???? Mighty White punya single bun baru 90sen. lagi sedap. 

https://cf.shopee.com.my/file/388bb0ad645cf90e4089ed83cef0970a
|
|
|
|
|
|
|
|
matchstick replied at 30-11-2020 07:15 PM
Lately aku suka beli roti Massimo 100% whole wheat loaf tu. Masuk toaster mkn panas2 sedap dan kenya ...
Dah cuba roti wholewheat Mighty White?.wheat nya lagi padat, cheaper than Masimo.  |
|
|
|
|
|
|
|
getarsukma replied at 1-12-2020 01:18 AM
Massimo whole wheat actually better than gardenia whole wheat... Tapi Massimo whole-wheat susah na ...
Dailys Bread punya wholewheat pun ok gak, cheaper than.Masimo. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jari10 at 1-12-2020 02:54 AM
pyropura replied at 1-12-2020 02:27 AM
Sampai rm1.10 ???? Mighty White punya single bun baru 90sen. lagi sedap.
Then, apa masalahnya? Ada substitute kan. Ko beli la yg lebih murah or lebih sedap pada tekak ko |
|
|
|
|
|
|
|
Lupa, lagi satu Rotisedap pun lagi best dari Gardenia  |
|
|
|
|
|
|
|
jari10 replied at 1-12-2020 02:53 AM
Then, apa masalahnya? Ada substitute kan. Ko beli la yg lebih murah or lebih sedap pada tekak ko
Produk melayu patut lebih murah. Depa nak kita tulung, depa kena tulung kita dulu lar. Kita pengguna golongan majoriti depa peniaga minoriti jah. Ini jual rega ngalahkan yahudi  |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 30-11-2020 04:28 PM
Butterscotch kalau mkn mcm tu saja pun boleh habis sebungkus sambil2 buat kerja
Masuk lm toaster sedap gila mkn panas2 |
|
|
|
|
|
|
|
reasonable lagi semua barang naik harga pun naik sekupang je.
|
|
|
|
|
|
|
|
abcdotcom replied at 30-11-2020 03:16 PM
Ayam Mahal jangan makan ayam - Menteri BN
Tambah sikit....kangkung mahal...tanam kangkung sendiri......skrg roti mahal...uli roti sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pakai kwsp tak terasa sangat.nak pakai duit gaji sayang sangat duit nak beli.awak makan hari hari baik buat sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
depresio replied at 1-12-2020 05:17 AM
Masuk lm toaster sedap gila mkn panas2
uitt sedapnya
|
|
|
|
|
|
|
|
abcdotcom replied at 30-11-2020 03:49 PM
Ok pi minum sampai mampus ....
Hahaa terbaik!! |
|
|
|
|
|
|
|
angin tkde ribut tkde tiba tiba tiba naik harga |
|
|
|
|
|
|
|
Selaku pembeli tegar roti gardenia yg pelbagai jenis dah perasa tpaksa la iols mengeluh kohkoh..rehat dulu la mkn ruti cmnih..selalu borong mau puluh2 ringgek gak sbb yg roti coklat petak ad kismis tu pergh mkn2 skali tgk dah hbs..mmg kegemaran seisi keluarga hakhak.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan mentah seperti sayur, serbuk koko, susu dan pembungkusan.
"Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi," katanya sambil menambah keputusan untuk meningkatkan harga produk adalah pilihan terakhir.
GBKL pada masa sama berkata tiada peningkatan harga bagi produk lain keluaran syarikat itu
mengoptimumkan producktivi dan kecekapan operasi...helo..itu lu cakap sama hang punya BOD lah...bukang samo pembeli...
|
|
|
|
|
|
|
|
urmm..yummehhh..thanks kaka..btw benda ni ade kena mengena ngan benang roti ni ye momod..mohon jgan claim kami ot lak..ehehehhe
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa sekarang naikkan harga?
2 December 2020
TENTUNYA bagi sebahagian masyarakat, sesuatu kenaikan harga barangan keperluan itu tidak memberi kesan yang ketara kepada mereka. Namun ada yang berasa sebaliknya,
mereka merasakan sesuatu yang meresahkan apabila ia terjadi, walaupun kenaikannya hanya beberapa sen sahaja.
Tidak dinafikan situasi itu dialami oleh mereka yang mempunyai pendapatan rendah atau boleh jadi kepada seseorang yang menjadikan sesuatu barangan itu keperluan yang sentiasa diguna pakai atau diperlukan setiap hari.
Pelbagai faktor dan sudut perlu dilihat ketika keadaan ini berlaku, apalagi ketika negara dan dunia sedang berhadapan dengan pandemik yang sangat menguji sekalian rakyatnya.
Sedarkah mereka?
Daripada satu sudut kita wajar berbangga ada produk yang dihasilkan atau dimiliki oleh golongan bumiputera, namun adakalanya, menjadi sangat terbatas untuk kita miliki sesuatu
barangan itu kerana harganya yang lebih mahal daripada produk jenama lain.
Realitinya, masyarakat mempunyai pilihan untuk membeli kerana kuasa membeli ada di tangan mereka. Untuk mendapatkan produk khususnya makanan yang dikeluarkan oleh syarikat orang Melayu dan Islam tentulah menjadi tujuan utama bagi seorang Muslim kerana mereka mengutamakan pengeluaran produk yang halal lagi bersih.
Namun, harga juga memainkan peranan utama bagi sesetengah pembeli sebagaimana negara dikejutkan dengan satu kenyataan daripada Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) kelmarin yang menyatakan beberapa keluaran produknya akan naik harga berkuat kuasa hari ini, 1 Disember 2020.
Di pelbagai medium sosial, maka ramailah yang bersuara berikutan ‘kejutan’ yang berlaku itu. Tetapi apakan daya, keputusan itu telah dibuat syarikat tersebut dengan menyatakan
perubahan harga itu terpaksa dilakukan kerana peningkatan harga bahan-bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan dan lain-lain.
Tangani persepsi masyarakat sebaiknya
Tidak kedengaran pula bahan-bahan mentah tersebut naik harga. Apa yang kita ketahui sebagaimana dilaporkan media pada 23 November baru-baru ini, harga bawang India yang dijual naik mendadak sehingga tiga kali ganda berbanding harga biasa, sekali gus membebankan peniaga dan pengguna.
Sebelum in, harga bagi seguni seberat tujuh kilogram (kg) bawang India dijual RM18 di kedai, namun disebabkan kekurangan bekalan bekalan, kini ia dijual sehingga RM48.
Keadaan itu jelas menimbulkan keluhan bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga peniaga kerana kenaikannya berlaku secara mendadak. Harga yang melambung tinggi itu yata membebankan para pengguna iaitu rakyat, tambahan pula ia berlaku pada musim pandemik Covid-19 yang melanda negara hingga membuatkan ada yang kehilangan pekerjaan.
Bagaimana dengan harga bahan-bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan dan lain-lain sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak syarikat GBKL tersebut?
Perkara-perkara seperti ini perlu didedahkan agar ia tidak menjadi persoalan kepada rakyat.
Di samping itu, benarkah harga roti daripada syarikat tersebut sudah lama tiada kenaikan harga?
Bukankah baru sahaja kenaikan harga itu berlaku iaitu pada tahun 2018? Tentunya masih baru, dan tidaklah terlalu lama.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini pihaknya menyerap kos kenaikan itu, namun kini ia tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula
harga produk-produk Gardenia terpilih sebagaimana yang dilaporkan Berita Harian. Bagaimana keadaan itu berlaku?
Tempiasnya tetap ada
Sewajarnya perkara ini tidak terjadi sewaktu rakyat mengalami situasi sebegini. Barangkali, jika ia berlaku pada waktu yang bukan pandemik, keresahan rakyat tidaklah tampak ketara
sangat.
Namun ia telah ‘meletup’ dan menjadi bualan ramai berikutan ‘makanan keperluan’ mereka itu naik harga hingga memungkinkan mereka tidak dapat membelinya seperti selalu sebelum ini.
Bayangkan, setiap pagi, sebuah keluarga yang memiliki tujuh orang ahli, yang sentiasa menjamah sarapan dengan roti berjenama ini. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan kerajaan, pendapatan keluarga ini terjejas, tidak seperti sebelum berlakunya.
Dapat pula makluman bahawa roti yang selalu menjadi hidangan pagi naik harganya, tentunya menjadi keresahan kepada ketua keluarga ini. Bagaimana pula dengan situasi jika bilangan ahli keluarga lebih daripada itu?
Sebagaimana dilaporkan FMT pada 31 Oktober 2018, Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Kuala Lumpur,
Koh Chin Huat kenaikan harga itu ditentukan selepas kenaikan kos bekalan bercukai dalam beberapa bulan kebelakangan ini seperti coklat, lemak sayuran dan pembungkusan.
Kita lihat sahaja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan pada Mac lalu, majoriti produk keluaran syarikat ini ‘licin’ di mana-mana. Berikutan itu, syarikat tersebut ‘memujuk’ rakyat dengan memastikan roti keluarannya cukup bagi memenuhi keperluan pengguna.
Ia sedikit sebanyak ‘mengubat’ hati rakyat yang merasakan keperluan mereka diambil peduli. Akan tetapi, khabar yang dikeluarkan pihak tersebut semalam kembali mendatangkan keresahan kepada penggemar produk ini.
Tentunya keluaran produk ini menjadi pilihan rakyat Malaysia, hingga apabila tiada produk tersebut di kedai-kedai mahupun pasar raya sepertimana selalunya, ia akan menimbulkan
kekecohan. Adakah hal ini diperhatikan syarikat terbabit?
Rasionalnya, jika ia dinaikkan pada situasi yang lain, tentu ia tidak menjadi bebanan yang ketara kepada mereka yang memerlukan. Namun pihak syarikat tersebut perlulah
mengambil peduli kegelisahan yang dirasai rakyat ketika ini.
Pihak yang berkaitan diharapkan dapat campur tangan terhadap perkara ini kerana ia membebankan pengguna terutamanya mereka yang menjadikan barangan tersebut sebagai keperluan harian.
Boleh jadi sebahagian kita bukan di tempat mereka yang merasai terjejasnya pendapatan hidup, namun simpatilah dengan situasi yang dialami mereka. Fikirkanlah.
Atriza Umar
Jabatan Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|