CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lipans

[Tempatan] Safawi Rasid dilamar Portimonense SC, Kelab Liga Portugal bukannya Syifa Melvin

[Copy link]
 Author| Post time 26-8-2020 03:18 PM | Show all posts
Dia berlakon cerita apa?

Drama nenek perkasa ada tak?
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 26-8-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungin syifa cpt2 nak kahwin agar pawi Tak jatuh di ribaan gegadis bemata biru. Maka lepas tu kita pn dpt la baca screenshot whatsapp di antara pawi dan dot dot
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak ke pi.. kelab pprt europe je.gaji kat jdt lg tinggi kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2020 03:46 PM | Show all posts
Kalau tmj suruh, berani dia tak jadi pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 03:46 PM | Show all posts
axl_bach replied at 26-8-2020 01:50 PM
Ntahnye, sign pun blom lagi dh nk membatak

bukan netijen malaysia lah namanya klu bukan annoying dan menjengkelkan gitu..ni lagi bila dh di glorify dgn nama tentera bawang makin la menjadik jadik2 perangai tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2020 03:48 PM | Show all posts
Bertabahlah pawi. Tentera bawang ni juga la yang beri undi gol lencong terbaik hari tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pd aku la.. Kalo nk pg pun ok kot. Jgn la asyik terperap je dlm Malaysia.. Lps tu jgn nak blk nangis2 sbb rindu kan awek.. Mcm sape dl.. Budak muda tu.. Nangis2 nak blk.. Alih2 nama pun dah x fofular.. Muda2 p je keje luar dl.. Bukan org kisah sgt gaji ko dpt bape.. Janji dpt nama dah penah main kat liga Portugal.. Kan class skt dr main kat liga Indon.. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 26-8-2020 03:44 PM
Nak ke pi.. kelab pprt europe je.gaji kat jdt lg tinggi kot

Tu mmg cabaran besar....level Pawi takat Asian wonderboy yg blom proven ni paling besar aku rasa kelab luar berani offer usd15-20k jer awal2, tpaybe akan bertambah andai dia perform....di JDT nilai tu mudah2 jer dia dpt, dgn tempat 1st 11 mmg terjamin dah
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 26-8-2020 04:12 PM | Show all posts
Kenali Portimonense SC, Kelab Portugal Yang Mahu Memikat Safawi

David Ramadhan
August 26, 2020

Portimonense SC adalah kelab yang asing bagi kebanyakkan kita sehingga kelab Portugal itu dikaitkan dengan pemain sayap pasukan negara, Safawi Rasid.

Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) negara dua musim berturut-turut sebelum ini, Safawi Rasid dilaporkan telah menarik minat kelab Primeira Liga Portugal, Portimonense Sporting Club.

Perkhabaran tersebut pada mulanya disiarkan oleh media di Portugal melalui portal ojogo, sebelum ianya disahkan sendiri oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dalam satu kenyataan lewat petang semalam.

Berikut adalah lima perkara mengenai Portimonense SC yang perlu anda tahu.

1. Kelab sukan di Portugal

Sepertimana kebanyakkan kelab bola sepak di Eropah, Portimonense SC sebenarnya merupakan sebuah kelab sukan yang berpengkalan di sebuah bandar bernama Portimao yang terletak di wilayah dikenali sebagai Algarve di selatan Portugal.

Ini bermakna Portimonense SC turut mentadbir beberapa cabang sukan yang lain seperti bola keranjang yang popular di wilayah tersebut, selain daripada kelab bola sepak profesional.

Portimonense SC mempunyai sejarah panjang di dalam sejarah sukan Portugal apabila ditubuhkan pada 14 Ogos 1914. Kelab ini juga dimiliki oleh penyokong mereka sendiri.

Stadium Perbandaran Portimao yang mempunyai kapasiti 9,544 adalah gelanggang tuan rumah buat kelab bola sepak Portimonense SC.

2. Perlawanan derbi dan ultras

Seperti kebanyakan kelab bola sepak di Eropah yang sudah lama wujud, Portimonense turut mempunyai seteru setempat.

Seteru utama Portimonense di saingan bola sepak domestik ialah S.C Farense, sebuah kelab bola sepak yang turut berada di dalam wilayah Algarve di selatan Portugal.

Selain daripada saingan sengit di dalam padang, pertemuan kedua-dua pasukan turut sering dihiasi oleh kemeriahan yang dihadiri oleh kumpulan penyokong ultras masing-masing.

Jika JDT ada Boys of Straits (B.O.S), Portimonense pula mempunyai Ultras Marafados yang sentiasa berada di belakang pasukan memberikan sokongan.

3. Paulo Sergio

Portimonense SC dilatih oleh Paulo Sérgio Bento Brito, atau lebih dikenali sebagai Paulo Sergio.

Jurulatih berusia 52 tahun ini juga merupakan seorang penyerang ketika era sebagai pemain, namun kebanyakkan aksinya adalah bersama kelab-kelab Segunda Divison (Divisyen 2 Liga Portugal).

Paulo Sergio hanya dilantik selaku Ketua Jurulatih Portimonense SC pada Februari tahun ini, dan pada ketika kelab tersebut bergelut di kedudukan kedua terakhir liga.

Walaupun berjaya meningkatkan prestasi pasukan, Paulo Sergio sebenarnya gagal mengekalkan Portimonense SC untuk kekal beraksi di Primiera Liga untuk musim akan datang.

4. Portimonense SC bernasib baik

Secara merit, Portimonense SC sepatutnya disingkirkan ke Segunda Liga selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-17 daripada 18 pasukan bertanding pada musim lalu.

Namun demikian, kelab tersebut dikekalkan divisyen oleh penganjur setelah Vitoria de Setubal dan RD Alves dikenakan hukuman akibat gagal melengkapkan dokumen pendaftaran kewangan dan perundangan khusus untuk pertandingan musim 2020/21.

Benar. Sama saja di saingan Liga Malaysia, kelab-kelab di Eropah juga ada yang culas dengan perkara berkenaan pendaftaran, dokumentasi dan perlesenan.

Vitoria sebelum itu memastikan diri kekal di Primiera Liga setelah mengakhiri musim dengan kelebihan satu mata ke atas Portimonense.

5. Pemain Asia ke-4

Safawi Rasid bukanlah pemain dari Asia pertama yang akan menyertai kelab Portugal itu pada musim ini.

Dan Safawi juga berkemungkinan akan menemui wajah yang beliau pernah hadapi ketika bersama JDT di saingan AFC Champions League (AFC) pada musim lalu.

    Umum
    Bola Sepak
    Liga Inggeris
    Liga Malaysia
    Asia
    Raket
    Badminton
    Tenis
    Permotoran
    Formula 1
    MotoGP

Facebook
Twitter
Instagram

Selain daripada Safawi, Portimonense turut telah mengikat dua pemain Jepun pada tahun lalu, iaitu pemain kebangsaan Jepun dan bekas bek kiri Kashima Antlers, Koki Anzai.

Anzai beraksi dalam kedua-dua perlawanan menentang JDT, iaitu ketika Kashima menang ke atas wakil negara 2-1 di Stadium Kashima, dan ketika JDT mengejutkan bekas juara Asia itu di Larkin selepas itu.

Beraksi sebagai bek kiri, Anzai jelas tahu akan kemampuan Safawi yang beraksi di sebelah kanan sayap JDT. Seorang lagi pemain dari Jepun yang beraksi bersama Portimonense ialah penjaga gol, Shuici Gonda.

Seorang lagi pemain Jepun, Shoya Nakajima turut pernah menyarung jersi Portimonense namun kini beraksi bersama Porto.

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 26-8-2020 04:03 PM
Tu mmg cabaran besar....level Pawi takat Asian wonderboy yg blom proven ni paling besar aku rasa k ...

Wlaupun kelab eropa level pprt jah.tp ada baiknya dia pi..portugal tu x calang2 yah,hometown si ronaldo..good stepping stone for him to go higher dlm kelab2 ternama eropah.mna tau heshe mampu mempprtkan jdt pulak suatu hari nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 26-8-2020 02:12 PM
Matlan Marjan, Hassan Sani lagi hebat...

Hassan Sani aku x penah tgk depan mata tp Matlan Marjan mmg superb....tp bleh ke compare sbb Matlan main forward tp Pawi byk main winger walaupun bleh main forward
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 26-8-2020 04:14 PM
Wlaupun kelab eropa level pprt jah.tp ada baiknya dia pi..portugal tu x calang2 yah,hometown si ro ...

Kalau Pawi aku konfiden dia mmg akan pergi kalau JDT lepas sbb dia ni jenis nk kan cabaran....

Kalau Matyat aku mmg x caya
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Fokus je la pawim..muda sgt lg..make malaysia proud. Cari lain lah...awek ramai nanti...cari yg mak ayah suka gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik. ..pergilah pawi. ...jgn lepaskan peluang
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 26-8-2020 10:12 AM
adik ipar shaheizi sam. adik si shatilla melvin

Jujurnya hang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 26-8-2020 11:43 AM
Takde maknanya footballer takleh kosentret training sbb tingat kat awek di desa
Pompuan tetek  ...

Berderet cikki portugal serah diri
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 26-8-2020 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 26-8-2020 10:18 AM
Portimonense SC berada di tangga ke-17 liga musim ini. Musim dah tamat.

Sepatutnya musim depan te ...

Lepas ni sporting plak lamar sapawi ganti bruno.. (bermimpi)
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 06:08 PM | Show all posts
Masih muda ada peluang tambah pengalaman di liga berbeza harus sahut cabaran
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Kot2 ada rezeki lepas ni pawi mendunia lagi dan lagi boleh la syifa melvin ni join WAGS pulak. Kahkahkah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2020 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 26-8-2020 05:07 PM
Kalau Pawi aku konfiden dia mmg akan pergi kalau JDT lepas sbb dia ni jenis nk kan cabaran....

...

Matyat tu sapo.haku x ambik pusing sgt psl bola ni.kaki bangku katekan haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046949 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list