CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123
Return to list New
Author: hussaini4675

TH Tutup 4 Hotel, Bagaimana Pula Nasib Pekerja?

[Copy link]
Post time 20-2-2020 07:33 PM | Show all posts
Ina8895 replied at 19-2-2020 07:45 AM
Cai hancing sila baca surat ni baik2. Kalau tak reti baca pegi masuk tadika balik.

teruknya bahasa ko nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh, janganlah tutop KK tuwwww. Akak suka tido sana, takda hantu!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 11:06 PM | Show all posts

Jika aset TH tidak bernilai, kenapa ada syarikat lain berminat?
By

20 February 2020


KUALA LUMPUR- Kerajaan perlu terbuka di dalam menguruskan isu-isu berhubung aset Lembaga Tabung Haji (TH) kerana ia merupakan aset umat Islam.

Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd. Shahrulariffin Ab Manan berkata, jika kerajaan tersilap langkah, ianya akan membawa kerugian besar umat Islam dan mungkin menyebabkan pendeposit mengeluarkan simpanan masing-masing secara besar-besaran (bank run).

“Silap langkah yang diambil oleh kerajaan akan mengakibatkan kerugian besar kepada umat Islam Malaysia. Kesannya kerajaan dilihat tidak kompeten menguruskan kepentingan umat Islam Malaysia.

“Ibarat menang sorak kampung tergadai.

“Pendeposit TH yang berjumlah 9.4 juta juga akan gusar mengenai pendekatan TH sekarang ini yang nampak seolah-olah tidak menguntungkan umat Islam. Saya percaya pendeposit TH sedang tunggu dan lihat.Tidak mustahil akan berlaku bank run,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Shahrulariffin, sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) seharusnya ditubuhkan bagi menyiasat isu-isu yang membabitkan penjualan aset TH.

Ini kerana terlalu banyak persoalan yang masih belum terjawab dan ini membimbangkan umat Islam dan pendeposit khususnya.

Katanya lagi TH seharusnya mengeluarkan laporan lengkap dan membuat kenyataan rasmi bersama fakta-fakta mengapa hotel tersebut terpaksa ditutup.

“Jika aset-aset ini hendak dilupuskan, siapakah yang akan membeli aset ini. Kerajaan kena telus tentang perkara ini. Jika aset-aset ini tidak strategik, sudah tentu tiada syarikat yang berminat untuk memilikinya.

“Yang peliknya mudahnya mencari pembeli kepada aset ini dalam kadar segera,” katanya lagi.

Ujarnya, antara isu yang membabitkan aset TH yang sedang hangat diperkatakan ketika ini adalah penutupan operasi empat hotel milik badan tersebut serta penjualan tanah ladang kelapa sawit kepada Tamaco Plantation Sdn. Bhd. yang masih belum dijelaskan sehingga kini.

Menurut Mohd. Shahrulariffin, Datuk Seri Mujahid Yusoff selaku Menteri yang bertanggung jawab terhadap TH perlu menjawab kesemua isu yang dibangkitkan masyarakat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 07:40 AM | Show all posts
siapa suruh pangkah PH..terimalah seadanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.694023 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list