|
Lufya Omar Bengang Suami Tak Hadir Mahkamah, Dah 4 Bulan Digantung Tak Bertali
[Copy link]
|
|
ape susah sangat nak g mahkamah.. kalau ko dah xnak.. lafazkan aje la..xyah main tarik tali.. ko dah aniaya isteri ko sendiri.. dah cerai ko xpening bini ko pun xpening..move on... cr pengganti lagi baik...anak jg sesama... kan lebih harmoni... sekolah tinggi smpai jd doc... tu pun bingai lagi ke.. bab kawin ko laju je.. bab cerai sibuk nak aniaya org... |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya laki dia ni
kalo da taknak, benci benor lepas jela
kan selangor ada cerai express 6 jam setel kalo dua2 nak bercerai.
amik masa dua hari kalo dokumen tak lengkap atau salah sorang tak hadir (pengalaman teman member )
|
|
|
|
|
|
|
|
Pondannya nk gi court pun takut..patutlah pakai baju ketat posing tonggek pastu upload di socmed? Sebab tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
asmara_me: sian la laki dia, datang mahkamah dah satu hal, confirm reporter berkerumun, dia pun ada maruah. hal dalam kain patut tak payah nak bising. seluruh ke ...
Ada akal ke.. Lelaki tugas utk apa..kawin heboh2..berpisah senyap2..ada otak pikar lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Best jadi laki muslim kat msia ni...takdtg court,kalau dtg tak bagi nafkah pun tak kena tindakan apa2..kawin lain esok reka alasan takmampu plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepaskan ajelah wife tu klu dah x blh berdamai
Klu asyik x dtg aje lufya sila minta mahkamah keluarkan perintah utk hadir, x dtg juga minta waran tangkap
Dulu nampak gak laki lufya ni comel ensem now rs euwwww sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Semua nak tunggu laki. Laki buat lah laki tu laki ni. Laki pergi lah sana pergi ceraikan dia. Masalah apa laki ni tak nak pergi sana takdelah aku tahu. Tapi aku marah kalau pompuan ni tunjuk lemah. Lagi2 bila mmg ada hak. Lagaz taklik cerai tu hak isteri.
Pompuan2 ni semua tido ka masa nikah? Lafaz taklik cerai tak dengar ke? Ditinggalkan 4 bulan berturut tanpa nafkah zahir batin atau menyakiti badan isteri bayar rm10 jatuh lah cerai taklik.
Eh mcm heh sangatlah. Itulah hak isteri. Taklik cerai hak isteri. Ni confirm Masing2 masa kawin tido. Tolonglah perempuan jangan tunjuk lemah. Pulangkan saya secara baik. Aiyoooo
Taklik tu lepas kawin pun boleh ubah. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk perempuan2 di luar sana. Ni hak isteri. Masa kawin jangan tido.
LAFAZ TAKLIK SELEPAS AKAD NIKAH BAGI SETIAP NEGERI DI MALAYSIA
Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.
Seringkali kontrak (lafaz taklik) ini tidak langsung difahami kerana pada masa tersebut perasaan gembira kerana baru berkahwin. Dan selepas akad nikah sebenarnya jiwa masih kosong dan dengan terketar-ketar serta darah gemuruh lantas membaca tanpa memikirkan apa yang dibaca. Tidak ramai suami kembali membaca dan memahami takliq selepas kahwin dan surat nikah disimpan dalam fail tanpa dirujuk semula
Lafaz talak taklik yang disyaratkan selepas perkahwinan suami isteri berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Beberapa contoh seperti berikut:
Terengganu
==========
“Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak.”
Kelantan
========
“Bahawa adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama masa yang tersebut pada hal ia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya tidak mengambil tahu mengenainya selama 4 bulan atau lebih atau (nama isteri) kemudian ia mengadu kepada mana-mana kadi/hakim Syarak jika disabitkan oleh kadi/hakim Syarak ini akan aduannya maka gugurlah talak saya dan dan tiap-tiap kali saya rujuk akan isteri saya tersebut tanpa redanya maka gugurlah pula satu talak lagi.”
Kedah
========
Lafaz talak taklik yang baru di Kedah berbunyi:
“Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :
(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;
(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:
(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluq.”
Perak
======
“1) Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak bagiku akan isteriku (nama isteri) tiga bulan atau lebih lamanya dan mengadu ia kepada mana-mana kadi syarie dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka tertalak isteriku itu dengan satu talak.
2) Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana kadi syariah dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.
3) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”
Selangor
=========
“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”
Johor
=======
“Manakala saya tinggalkan isteri saya.....(nama isteri).....selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”
Namun ada negeri tidak mempraktiskan takliq, seperti negeri Perlis di mana pandangan muftinya menjelaskan tidak perlu kepada takliq disebabkan selepas perkahwinan sepatutnya didoakan dengan kebahagian dan bukannya perceraian.
Kebanyakan negeri memasukkan syarat jika suami meninggalkan isteri selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri selama tempoh itu, pada hal isteri masih taat kepada suami.
Beberapa negeri lain meletakkan syarat meninggalkan isteri dalam tempoh berkenaan dan suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri pada hal isteri masih taat kepada suami. Dua syarat ini dibezakan dengan perkataan ‘dan’ dan ‘atau’. Kedah dan Pulau Pinang mensyaratkan tempoh yang lama iaitu enam bulan.
Syarat talak taklik Terengganu berbeza dengan negeri lain di mana disyaratkan jika suami dan isteri tidak bersekedudukan selama empat bulan berterus-terusan, sama ada suami meninggalkan isteri atau isteri meninggalkan suami, sama ada dengan sukarela atau terpaksa.
Perak pula meletakkan syarat jika berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada hakim untuk mensabitkan talak taklik itu.
Kebanyakan negeri meletakkan syarat jika suami menyakiti atau mendatangkan sebarang mudarat kepada tubuh badan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada Hakim untuk mensabitkan talak taklik itu. Melaka mensyaratkan jika suami tidak mempedulikan isteri lamanya empat bulan, isteri boleh memohon cerai taklik.
Sabah meletakkan syarat tambahan jika suami menyakitkan tubuh badan atau kehormatan atau harta benda isteri, maka aduan untuk mensabitkan talak taklik boleh dibuat oleh isteri. Johor memasukkan syarat tambahan jika suami ghaib selama setahun atau lebih, isteri boleh mengadu untuk mensabitkan talak taklik berkenaan. Syarat ini tidak terdapat dalam syarat taklik di negeri lain.
Melihat dari segi jenis talak jika Mahkamah mensabitkan talak taklik juga berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor misalnya, jika syarat taklik disabitkan oleh hakim, maka isteri perlu membayar RM1 dan selepas perceraian boleh disabitkan dengan cerai khul’ (tebus talak).
Tetapi di negeri lain, jika syarat taklik disabitkan oleh Hakim, isteri tertalak dengan satu talak rajie.
* kredit page fb |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 17-10-2019 07:19 PM
Semua nak tunggu laki. Laki buat lah laki tu laki ni. Laki pergi lah sana pergi ceraikan dia. Masala ...
camne nk taklik chuols...laki x gune nie kn dh lafaz cerai luar mahkamah...nk kene gi sahkan jer kt court...jantan nie xde telor dn busok ati |
|
|
|
|
|
|
|
Wow dah 4bln... rasa mcm baru jer dia dedah hal dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
blekkep replied at 17-10-2019 08:12 PM
camne nk taklik chuols...laki x gune nie kn dh lafaz cerai luar mahkamah...nk kene gi sahkan jer k ...
Oh ya ka? Kalau cerai luar mahkamah mesti lufya ada bukti kan? Habis tu kalau sampai bebila laki tu tak nak pergi takkan tak boleh bercerai.
Adulah pada mahkamah. Sebab kalau ikutkan lufya ckp 4 bulan ditinggalkan dah cukup syarat taklik tu.
Takkan nak tunggu laki tu lagi. Berjanggut lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang laki kan, selagi tak menyusahkan bini tak sah. Nak jugak tunjuk kuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 17-10-2019 08:41 PM
Oh ya ka? Kalau cerai luar mahkamah mesti lufya ada bukti kan? Habis tu kalau sampai bebila laki t ...
Ada bukti pun still kena laki tu mengaku berniat ke tak...Ntah la chuols, kadang sistem syariah negara kite nie mmg nyusahkan kaum pompuan..sheols kene hire lawyer power kalo kes laki culas camnie... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dh xsuke, selesaikan la cpt2..nk tangguh buat ape lg? pastu ckp bg nafkah kat anak...kat isteri xbg? masih isteri bukannya bekas isteri...terasa nk membongokkan che hafiz ni...sesia blaja tinggi2..memalukan sskjp je.. |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 17-10-2019 08:41 PM
Oh ya ka? Kalau cerai luar mahkamah mesti lufya ada bukti kan? Habis tu kalau sampai bebila laki t ...
kalau cerai luar mahkamah even ada bukti skalipun suami mesti mai jugak utk sahkan.kalau jenis degil tak mau mai ni tggu 3x sebutan then hakim akan bubarkan perkahwinan.ni based on kes kakak i la.
jenuh p court 3x nanhado spesis jantan lahanat gini tak dtg.
yg peliknya takde plak court kuarkan perintah mahkamah kalau tak dtg kene msuk penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
fliphair8 replied at 17-10-2019 12:17 PM
socmed yg menjadi perantara beginilah hasilnyaaa.....
Bodoh kan. Socmed dah betul2 ambil alih tugas manusia/Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan hritu die beria ckp dh cerai melalui msg, so skrg peluang dh ade tunggu nk lafaz je, kenape x dtg? Eh kosser la korg |
|
|
|
|
|
|
|
Lufya ni dulu berkenan dgn Tunku Jalil adik si Topui.
tp Tunku Jalil tidak pernah melayan.
Lufya bodo ni patut di kasihankan tetapi dia sendiri caras boyfriend org dulu .
Ko fikir ko bahagia sgt
sebiji mcm Farah Romely perasan "best woman win" terhadap Aisyah gadis Melayu musim 2....merasa ko menjanda ,ko belum mati duda ko menikkah baru ,muda mcm ko dulu-dulu juga serta anak dara lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku macam side lufya dalam cite ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|