CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: safriehalim

Imam ditikam kerana baca Al-Quran guna pembesar suara

[Copy link]
Post time 13-5-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Qwerty007 at 13-5-2019 09:50 AM

Cerita drpd kwn terdekat imam, katanya imam tu mengaji xpakai pembesar suara pun. Mat pit pi tidur dlm masjid. iols pun xtau nak percaya cerita yg mana satu. Tapi kalau betul ngaji pakai mic, pada iols xpatutlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2019 10:16 AM | Show all posts

Lelaki Tikam Imam! Bengang Tak Boleh Tidur Dengar Bacaan Al-Quran

Seorang lelaki bertindak menikam seorang imam gara-gara  mendengar bacaan al-Quran di Masjid Kampung Apal, Jerteh.


Lelaki tersebut yang juga seorang penganggur mendakwa tidurnya terganggu mendengar mangsa membaca al-Quran diruang solat masjid.


Harian Metro melaporkan, mangsa berusia 37 tahun itu cedera akibat tikaman dan menerima tujuh jahitan di kiri dada.





Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu menyaksikan suspek menikam dada mangsa menggunakan objek tajam sebelum bertindak melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata,


“Siasatan awal mendapati mangsa adalah imam di sebuah surau di Kertih, Chukai dan pulang ke daerah ini kerana menguruskan jenazah ayahnya yang meninggal dunia kelmarin.


“Susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Jerteh, suspek berusia 23 tahun ditahan tidak lama kemudian dan kita turut merampas pisau yang digunakan untuk menyerang mangsa."




Hasil siasatan mendapati mangsa menikam menggunakan sebilah pisau gara-gara tak berpuas hati dengan mangsa yang membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.


Jarak rumah suspek dengan masjid adalaj kira-kira 100 meter.


Sumber menyatakan suspek positif methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes mencederakan orang dan penyalahgunaan dadah.


“Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya." -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 10:32 AM | Show all posts
org lain baca habis bekli2 tanpa didengar bilik sebelah..ini org baca smpi org jadi gila
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 10:40 AM | Show all posts
munchkin replied at 12-5-2019 10:04 PM
Azan tu nak kuat kuat maksimum pun tak pe. Benda wajib nak seru org sembahyang.

Ada seketika are ...

betul..time ceramah tu, dahla on speaker, terjerit2 lagi...haih...
kalau solat awal waktu time2 surau pun sedang berjemaah, silap2, ke laut bacaan kau. tak khusyuk tau..


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 10:47 AM | Show all posts
munchkin replied at 12-5-2019 10:04 PM
Azan tu nak kuat kuat maksimum pun tak pe. Benda wajib nak seru org sembahyang.

Ada seketika are ...

kalau iols balik rumah in law, surau bg ceramah pun pasang kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 10:51 AM | Show all posts
nightwinkle replied at 12-5-2019 02:47 PM
kalau iols balik rumah in law, surau bg ceramah pun pasang kuat.

Mostly ceramah neh lar, yang. Ai tak paham nape deme nak bagi ceramah ker kuliah pun kena pakai pembesar suara? Dalam dewan semayang yang jemaah pendengar tue pekak ker? Kalau azan tue ai paham kot, yang tue benda wajib memang ada keperluan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye lah kan.. kadang kita ni nk buat baik pon kena pikir juga pasal org sekeliling.. menggangu ke tidak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.406791 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list