hahhaha kan.... aku pun tgk video ni semlm.. masa dia melompat tu, nampak sangat gaya lelaki.. lepas tu masa dia kat atas bonet depan Mazda tu, nampak mcm ada benda berayun
tapi di akui bentuk badan cantik, tak cam akak ni, spare tayar. bila kena tangkap baru perasaan abis tempoh blablabla...senang citer duk jer lar dlm opis tu ek, tunggu coincident tertangkap pastu baru anta pulang pati2. senang kirija.
Author|Post time 14-3-2019 08:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
[UPDATE] Mak nyah bogel mungkin tertekan
Nurul Hidayah Bahaudin dan Sharul Nazri Zulkifli Chow
LAPORAN portal Harian Metro hari ini.
TINDAKAN mak nyah yang berjalan di pembahagi jalan dalam keadaan berbogel berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, semalam, dipercayai kerana tertekan.
Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mak nyah warga Filipina berusia 29 tahun berkenaan dikatakan berlari dan berjalan di lokasi terbabit tanpa seurat benang.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, punca sebenar mak nyah berkenaan bertindak demikian masih dalam siasatan.
“Buat masa ini, punca sebenar dia berbogel belum diketahui. Namun, kami tidak menolak kemungkinan dia dalam keadaan tertekan.
“Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Mazlan berkata, semakan dokumen perjalanan diri mendapati suspek terbabit kerap datang ke negara ini.
“Suspek kini direman selama 14 hari mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” katanya.
Kejadian itu tular selepas dua video berdurasi 16 dan 44 saat dimuat naik di media sosial sejak petang semalam.
Dalam video yang dirakam oleh orang awam itu, mak nyah berkenaan dilihat berjalan dan berlari di pembahagi jalan di lokasi terbabit.
Malah, dia turut dilihat menari sambil memegang kemaluan dan cuba melintas jalan di lokasi berkenaan selain memanjat sebuah kereta di lokasi berkenaan.
Gelagat mak nyah berkenaan menyebabkan ada di antara pengguna jalan raya membunyikan hon kenderaan mereka.
Post time 14-3-2019 10:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kit bintang ni banyak orng kurang siuman 2days ago baru pi tengah crossroad sungeiwang ada nyonya pekik kuat gila nak tembak shoot dia ckp kekeke kelakar wei