|
[Tempatan]
Bekas pemain bola negara tidur di kaki lima tunggu rawatan jantung
[Copy link]
|
|
kakyungpilah85 replied at 4-12-2018 02:04 PM
pengajaran jugak ni utk player yg tgh aktif skrg..belajarla menyimpan untuk masa tua or sakit ke...p ...
Ye betul tuu.. player ni so far nmpknya boros.. beli kete mahal.. awek mesti retis.. tak naknyaa awek kg.. bila dah tua tersadai.. ucapan ni khas utk diri sendiri agar tidak alpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi replied at 4-12-2018 12:04 PM
kita2 ni pon sama
cuba2 la cari pape bisnes sementara ada kudrat ni
cuba simpan sikit2 utk modal
Aku tgok kau jarang online....
Tapi sekali kau munculkn diri, memang bernas...... |
|
|
|
|
|
|
|
NGO mmg ramai area ni. Insyallah, makan tu lepas. Cumanya takkan berenti kalau takda company yg nak ambik pekerja tu. Keje2 hypermarket semuanya ambik bangla n foreigners so jumlah gelandangan yg tak ada peluang bekerja tu akan sentiasa bertambah lepas lokal kena buang or vss.
Pasar malam pun dah nampak makin bertambah foreigners ni berniaga. lesen sapa tu?
Kita pandang mudah isu foreigners, kalu tak menyokong xenophobic katanya tp sedar tak sedar, golongan b40 ni mmg akan bermasalah kena compete dgn foreigners utk keje2 yg sebelum ni lokal boleh buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah saling bantu membantu ..{:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
Heola dulu serah diri kes rasuah. Igtkan kena gantung setahun dua. Seksli kena seumur hidup. Kesian jgk la.. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry to say, penyakit yg dicari sendiri, gaji dah lumayan tapi msh nak amik rasuah. Tp sekurang2nya rakan2 masih nak menolong, biar jadi pengajaran pemain2 lain diluar sana, simpan tuk masa tua jgn berenjoy jer |
|
|
|
|
|
|
|
FAM cuba hubungi bekas pemain bola negara tidur di kaki lima
Nasib bekas pemain bola sepak negara Salahuddin Che Ros yang dilaporkan media terpaksa tidur di kaki lima setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan menyentuh hati masyarakat.
Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dilaporkan cuba menghubungi Salahuddin untuk mengetahui keadaannya dengan lebih lanjut.
Bagaimanapun, menurut Setiausaha agung FAM Stuart Ramalingam, panggilan telefon mereka tidak berjawab.
"Kami dapat tahu mengenai situasinya melalui laporan media dan kami mahu menolongnya.
"Kami berjaya dapat nombor telefonnya, tapi setiap kali kami cuba hubungi, dia tak jawab," katanya dipetik Star Online.
Justeru, tambah Stuart, pihaknya akan cuba berjumpa sendiri dengan Salahuddin bagi membantu bekas pemain pertahanan itu.
Sebelum ini, media melaporkan nasib anak kelahiran Pulau Pinang itu yang terpaksa tidur di kaki lima setiap kali datang ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu kota untuk membuat rawatan.
Selama lapan bulan berulang-alik dari kampungnya ke IJN, Salahuddin berbuat demikian kerana wang simpanannya yang semakin berkurang dan tidak mampu menyewa hotel.
Dalam perkembangan sama, Star Online turut melaporkan bahawa PFAM akan menganjurkan pertandingan amal bola sepak untuk Salahuddin di Eco Ardence Setia Alam esok.
Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya dipetik sebagai berkata bahawa beliau berharap perlawanan itu akan membuka mata orang ramai mengenai isu-isu yang dihadapi oleh bekas atlet negara.
Jelas Ketua Pengawai Eksekutif PFAM Izham Ismail pula, terdapat kes-kes lain di luar sana yang hampir sama dengan Salahuddin. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk apa rasuah dah buat kat manusia.kat dunia je dah kena cash.itu pun ada macai politik kata asalkan tak kebulur... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 heols ada bapak baru? |
|
|
|
|
|
|
|
pinkpunk replied at 4-12-2018 11:25 AM
apsal tak gi tidor kt rumah gelandangan depan GH tu.. bukn jauh pun dr IJN, adoii
Jalan pahang eh? Dia ckp dia penah situ dulu tp barang dia kena curik... Agaknya mai ijn ada appt bukab kena warded kot.
Huhuhu.. Tu bahagian dia kt dunia.. Kita tatau lgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols kenal player ni sebab dulu zaman sekolah i memang fanatik piala msia
Kesiannya weiii.... moga nasib beliau lebih terbela |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun beranggapan sportsman ni ultra fit risiko penyakit jantung hampir zero.
nampak gaya aku kena tune balik otak macam ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketiga-tiga anak saya tidak tahu saya hidup begini, saya tidak mahu mereka tahu kesusahan saya, takut mereka susah hati pula, jelasnya sebak
now dah masuk paper pecah lah rahsia dia.
or wartawan buat liputan tanpa minta izin.... boleh ka?..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi ahli parlimen senang, dtg keje tido dlm parlimen, cukup 5 tahun dapat pencen walaupon kena buang lepas tu. Tak yah susah payah. Tipu sana sikit, buat persepsi sikit, buat phitnah sikit, dapat dh jd calon. Biar kronisme, korup, fitnah..untung2 org pilih semula jadi PM lepas sucikan diri. Ujung2 dapat pencen berserta kekayaan rasuah.
Main bola nak kena klua keringat..susah. kena buang sbb rasuah, teruz dilupakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Zakat takde ke nak tlg org musafir, ada masjid pon tak kasi tumpang tido. Malu je kat org kapir
Buat la mcm shelter omputih tu, check in check out.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa sampai seminggu dua tunggu appointment. Datangla hari ni kalau esok appointment. Lagipun kalau IJN, ada ruang menunggu. Tido jer kat situ..
|
|
|
|
|
|
|
|
situ kan transit je, jgnler bwk barang byk2 especially barang berharga.. everyday kena move.. bukannya bermaharajalela kt situ..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|