"Bersemuka tak berani pulak, perempuan plastik."
Rentetan Ifa Raziah mengamuk di media sosial mengenai individu yang memburuk-burukkan produknya, dengan tidak semena-mena, rakan artis dangdut juga, Sheeda menyerang Ifa di parkir kereta.
Kejadian tersebut dirakam oleh anak Sheeda, Bienda. Nampaknya Ifa melarikan diri tetapi terpaksa bersemuka juga dengan Sheeda.
Wah! Kali ini Sheeda betul-betul marah.
Lagilah bengang bila Ifa hanya berani mencanang keburukan dirinya di media sosial tetapi takut pula bila berdepan-depan.
"Sekarang biar semua org tahu kau penakut!!!Penipu!!!!Ini jawapannya."
Foto : IG Sheeda
Ramai yang bersetuju dengan Sheeda. Ya! Ifa ini banyak hal rupanya dengan artis.
Tapi, memang tak manislah bila dua artis senior ini bergaduh kemudiannya disebarkan pula.
Paling best, ada juga netizen yang menjadi batu api. Amboi, seronok nampak?
Foto : IG Ifa dan Sheeda
Apa pun, diharapkan kes ini akan selesai dengan baik. Malu pula dengan artis BBNU jika ia meleret-leret. - CARI
|