CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wunan88

Pemandu Grab Dibunuh

[Copy link]
Post time 24-6-2018 09:45 PM | Show all posts
EncikRhoma replied at 24-6-2018 05:51 PM
Driver hantar mesej kepada kawan/family bgtau siapa penumpang dia bila dia ambik penumpang tu bole ...

takat boleh jadi bukan fakta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 09:46 PM | Show all posts
otai_g replied at 24-6-2018 05:25 PM
Negara lain awang hitam da kena banned msk. Malaysia ni je sapa2 leh msk. Siap blh buat kampung nigg ...

contoh negara lain???
ke takat main sembur jah????
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau sapa pon.pembunuhnya
Harap dpt.ditangkap
Org itam.ke putih kee..kelabu ke..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. kejamnya manusia..

semoga pembunuhnya dapat ditangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 24-6-2018 05:25 PM
Negara lain awang hitam da kena banned msk. Malaysia ni je sapa2 leh msk. Siap blh buat kampung nigg ...

Malaysia Boleh....diperlakukan sesuka hati oleh pendatang/warga asing.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 24-6-2018 05:25 PM
Negara lain awang hitam da kena banned msk. Malaysia ni je sapa2 leh msk. Siap blh buat kampung nigg ...

Negara Mana tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2018 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 24-6-2018 02:43 AM
harap operasi julai nti bersihkan sekali negro... bukan bangla je...semua pendatang
chef wan jgn me ...

Jangan htr pulang negro nanti acik2 gundu ibupertiwi kesurupan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Iyo la tu awang hitam. Ntah2 lokal yang melunaskan dendam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tadi naik Grab. Driver kata budak2 sekolah suka menipu location. Budak2 book point A tambang contohnya RM11 tapi tempat dia nk tuju point B tambang RM19. Sakit hati juga dengar tadi. Patutnya pakcik tu drop dia kt point A je. Kesian pulak dpt rating teruk. Pakcik driver tu kata Bangla pun kuat menipu. Grab kena buat sesuatu nk selesaikan masalah mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 12:53 AM | Show all posts
Tumpang simpati dkt arwah....moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman....salam takziah buat keluarga arwah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..rugi sorg belia malaysia
Harap si pembunuh dpt ditangkap
Kalau xde kesan rompak maybe pembunuh tak puashati sbb xnak byr tambang..harap kenatian beliau dpt pembelaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah, moga pelaku dapat ditangkap & dikenakan hukuman secepatnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2018 07:53 AM | Show all posts

[UPDATE] Kenapa dia diperlakukan begitu...?

“APABILA melihat kereta miliknya berada di kawasan gelap, saya tidak sangka akan menemuinya di dalam kenderaan itu, apatah lagi dalam keadaan demikian.”

Begitu luah ahli keluarga pemandu Grab yang ditemui maut dengan kesan jerutan di leher dipercayai dibunuh di tempat letak kereta di Taman Selayang Makmur, Selayang, semalam.

Mayat Aiman Nosri, 27, yang juga graduan Universiti Selangor (UNISEL) ditemui di tempat duduk belakang Perodua Myvi dengan kepalanya ke bawah mengenai lantai kenderaan itu, manakala kakinya di atas pada 8.20 malam.

Ahli keluarga mangsa berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, Aiman dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan pada 5 petang, 21 Jun lalu untuk bekerja.

Katanya, Aiman tidak pulang ke rumah selepas lebih 24 jam keluar bekerja menyebabkan mereka bimbang dan mula menghubungi kenalan serta rakan rapatnya.

“Kebiasaannya dia akan balik ke rumah selepas keluar bekerja atau tidur di rumah rakannya di Kuala Lumpur. Namun, dia tetap akan pulang ke rumah dan tidak pernah menetap bersama rakannya hingga berhari-hari.

“Apabila dia tidak balik ke rumah pada Jumaat lalu, kami pelik dan mula mencarinya dengan bertanya kepada rakannya, tetapi mereka memaklumkan tidak tahu lokasi Aiman berada sebelum laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mereka mendapat maklumat mengenai penemuan kereta Aiman sebelum bergegas ke lokasi terbabit.

“Sebaik melihat keretanya diletakkan di kawasan gelap, saya meminta bantuan pihak polis untuk memeriksanya.

“Saya terkejut apabila melihat mayatnya ditemui di tempat duduk belakang dalam keadaan terlangkup,” katanya yang memaklumkan Aiman tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum dilaporkan hilang.

Menurutnya, Aiman yang juga anak ketiga daripada empat beradik bekerja sebagai pemandu Grab sepenuh masa sejak dua tahun lalu.

“Dia (Aiman) seorang yang baik dan melayan orang lain dengan baik, malah sanggup mengambil penumpang di serata tempat.

“Melihat apa yang berlaku kepadanya, saya meminta pihak Grab supaya memandang berat isu keselamatan bukan saja kepada penumpang, malah pemandu kerana kedua-dua pihak mempunyai risiko terhadap sebarang bahaya.

“Apa yang paling penting adalah lokasi penghantaran penumpang membabitkan kawasan 'hitam' atau berbahaya perlu disenarai hitam sebagai lokasi penghantaran yang hanya boleh dibuat melalui sistem.

“Apa yang terjadi kepada Aiman adalah pengajaran kepada semua pihak terutama Grab supaya memandang serius mengenai tahap keselamatan pemandu supaya perkara sebegini tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Grab Malaysia Sean Goh memaklumkan Aiman adalah seorang pemandu Grab yang memiliki prestasi terbaik berdasarkan maklum balas penumpang yang pernah menggunakan khidmatnya.

“Bagi pihak Grab, kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga (Aiman) atas kehilangannya. Dia seorang pemandu yang baik dan khidmatnya amat dihargai oleh penumpang dan akan memberikan sokongan kepada ahli keluarga mereka.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat peribadi di media sosial yang boleh mengundang pelbagai spekulasi berhubung kejadian berkenaan untuk menghormati privasi ahli keluarga selain tidak menganggu siasatan polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Keselamatan pemandu sama penting dengan penumpang dan keselamatan mereka adalah sesuatu yang dipandang serius oleh pihak kami.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta tampil menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2018 07:54 AM | Show all posts

'Aiman ibarat nyawa ibu'




“Dia ibarat ‘nyawa’ ibu. Dia peneman setia ke mana saja ibu pergi.”

Kesedihan itu diluahkan Fatihah Nosri, 31, kakak sulung pemandu Grab, Aiman, 27 yang ditemui mati dengan kesan melecet pada leher di kawasan letak kenderaan di Taman Selayang Baru, Selangor, malam tadi.

Fatihah berkata, Aiman keluar dari rumah di Taman Kasturi Heights, Nilai sekitar tengah hari Khamis lalu dan memberitahu ibu mereka, Norizawati Dani, 52, mahu menghantar pelanggan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Puncak Alam, Selangor.

“Adik (Aiman) tidak pulang ke rumah malam itu, tapi itu biasa kerana dia kerap begitu.

“Jika tidak pulang, adik akan tidur di rumah kawan atau dalam kereta kerana kepenatan. Paling lewat Aiman akan pulang esoknya dan menghubungi ibu bagi memaklumkan mana dia berada,” katanya ketika ditemui di Masjid Dato Klana Petra, Nilai, hari ini.

Fatihah berkata, ibu dan bapa tirinya, Johari Abu Bakar, 52, bimbang apabila Aiman tidak pulang sehingga petang kelmarin.

Katanya, Aiman juga tidak menghantar mesej menerusi WhatsApp atau menghubungi keluarga hingga menyebabkan mereka tertanya-tanya.

“Bapa tiri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pagi semalam kerana bimbangkan keselamatan adik,” katanya.

Fatihah berkata, polis menghubungi ibunya kira-kira jam 7 malam semalam dan memaklumkan adiknya ditemui mati dalam kereta serta dipercayai dibunuh berikutan ada kesan melecet di leher.

Katanya, Aiman adalah lepasan diploma Universiti Selangor (Unisel) dan membawa Grab secara sepenuh masa sejak setahun lalu.

“Aiman bersungguh-sungguh mahu mencari pendapatan bagi membantu keluarga dan mengubah nasib dirinya.

“Dia juga melakukan kerja sambilan membabitkan multimedia, laman web dan pengaturcaraan,” katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2018 07:56 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 07:57 AM | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2018 08:41 AM | Show all posts
takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat ibunya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 09:12 AM | Show all posts
aku baru je start bw grab. dh 2 malam buat.

dari pukul 10 mlm smpi 1 pagi. nmpk gaya nya kena tukar waktu tugasan grab lah. siang hari weekend shj.

my review:

1-faktor keselamatan tu mmg sgt2 aku risaukan.
2-grab ambik 25% tu agak tinggi lah. kalau kete jenis tinggi fuel consumption, mmg tak berbaloi.
3-customer tutup pintu hantam kuat2.
4-ada penumpang yg baik dan ada yg acah2 mcm boss.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 09:27 AM | Show all posts
demn, dah la dekat ngan umah ak.

group grab kat fbook dah decide nak offline. harap2 jgn hangat2 jer. Hehehe

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.209327 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list