|
Budak Lelaki Melecur Tersiram Sup Panas Ketika Makan Di Restoran Stimbot
[Copy link]
|
|
eh nama pembedahan plastik ke kalau amik kulit dari anggota lain tampal kat tempat melecur tu utk ganti kulit lama? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu kt resto johny steambot deols bw sup suam
pastu kita sendiri didih kan kt table kan
pelik plk dok bw sup panas ke meja customer
kesian nya anak tu semoga cpt sembuh syg |
|
|
|
|
|
|
|
xberani nak tengok video tu..walaupun kt fb ramai org duk share..
rasa kesian kt budak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pihak restoran patutnya sediakan coverall & safety boot utk customer |
|
|
|
|
|
|
|
kat mainlandboleh nii.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols mg ckp awal2 dkt waiter tu suruh hati2 sblm letak apa2 mkn panas. Ank2 iols mg tk letak kt spot yg mg waiter akn letak mknan. Tknk la ckp besar tp alhamdullillah so far ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Scarynyaaaa!mintak jauh wehh |
|
|
|
|
|
|
|
Pengurus restoran minta maaf
PENGURUS Restoran Sara Thai Kitchen di Balok, Kuantan bersedia berjumpa keluarga kanak-kanak yang cedera akibat terkena tumpahan tomyam di restoran itu untuk meminta maaf.
Mohd Zanafi Wahab, 39, mengakui kejadian yang ditularkan keluarga mangsa berlaku di restoran yang diselianya.
Katanya, dia tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku namun ada berjumpa dengan keluarga mangsa untuk meminta maaf dan memberikan wang merawat kecederaan anak mangsa.
“Selepas kejadian berlaku, ibu bapa kanak-kanak itu bergegas untuk membawa anak mereka untuk mendapatkan rawatan dan saya segera mengambil wang untuk berjumpa mereka dan bertanyakan hal yang terjadi.
“Saya menafikan dakwaan mengatakan saya mencampak wang kepada mereka sebaliknya saya cuba memberi wang RM200 kepada bapa mangsa secara sopan dengan cara bersalaman namun ia tidak berlaku sebelum wang yang ingin saya hulurkan terjatuh di dalam kereta mangsa” katanya.
Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa berusia lima tahun dikatakan bersama keluarganya di restoran itu sebelum kejadian berkenaan menimpa kanak-kanak malang terbabit.
Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Zack ketika dihubungi di Kuantan, hari ini, berkata, ketika kejadian dia berada di kaunter restoran dan sedang menguruskan urusan tempahan.
“Tiba-tiba saya dengar tangisan anak saya yang berlari ke arah saya. Saya lihat ada kesan tumpahan sup tom yam pada bahagian belakang badannya.
“Saya segera membersihkan kotoran itu di sinki sebelum menyedari bahagian tengkuk dan belakang badannya sudah melecur. Kemudian saya bergegas membawanya ke kereta untuk mendapatkan rawatan di klinik,”€ katanya.
Dia berkata, buat masa ini, dia sedang berbincang dengan ahli keluarga dan rakannya untuk mengambil sebarang tindakan ke atas pihak bertanggungjawab.
Sementara itu, catatan ibu kanak-kanak itu di Facebook (FB) mendakwa kejadian berpunca daripada pekerja restoran yang membawa hidangan itu untuk dihantar ke meja bersebelahan melanggar anaknya menyebabkan sup tertumpah.
Kejadian itu turut mendapat perhatian dan dikongsi pengguna FB yang yang turut memberikan pelbagai reaksi.
Difahamkan keadaan kanak-kanak perempuan itu dilaporkan stabil namun mengalami trauma akibat kejadian berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni kes lain kan?
video ni pak maknye de kt situ
patut mak pak klu pi bwa anak makan, stimbot ke sup panas ke apa, kenala alert, jauhkn jarak anak smpai selamat sket dari kecelakaan cmni..
nk tunggu pihak restauran tingkatkn ciri2 keselamatan?, kirim salam ajala
baik makan kt KFC, takde kes org tersimbah sup panas bagai
psl pekerja kfc mmg dh train utk elak bnda2 cmni.
|
|
|
|
|
|
|
|
dizzzek replied at 2-10-2017 09:52 AM
Pengurus restoran minta maaf
PENGURUS Restoran Sara Thai Kitchen di Balok, Kuantan bersedia berju ...
Lain mcm je berita ni.pelayan langgar anak bagai...bapak kat kaunter.haishh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Regardless u pakai kasut apa pun..lantai berminyak, basah + jalan laju = jatuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|