|
Digantung Serta-Merta, Lesen Pengendali Bas Ekspres Jatuh Gaung- SPAD
[Copy link]
|
|
Ahad, 25 Disember 2016 @ 4:52 PM Isteri pemandu bas alami gangguan emosi serius
Oleh Mohamed Farid Noh dan Badrul Kamal Zakaria
MUAR: Isteri pemandu bas yang maut dalam nahas bas ekspres di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) awal pagi semalam, mengalami trauma dan gangguan emosi serius berikutan kematian suami serta anak bongsunya.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat, berkata wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Miaseh Kemart, 20-an, mengalami kemurungan dan masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.
Katanya, pihak hospital sedang sedaya upaya memberi rawatan terbaik termasuk rawatan kaunseling kepada wanita berkenaan.
"Miaseh mengalami kecederaan parah termasuk patah kaki kiri juga masih lemah dan tidak mampu bertutur dengan jelas berikutan gangguan emosinya.
"Beliau juga enggan berinteraksi mahu pun menerima pelawat, mungkin berikutan trauma akibat kehilangan suami dan anak bongsunya sekelip mata.
"Dokumen pengenalan diri Miaseh juga tidak ditemui pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bagaimanapun kita akan beri rawatan terbaik kepadanya supaya pulih seperti sedia kala," katanya pada sidang media di HPSF selepas meninjau keadaan mangsa nahas yang masih dirawat. Yang turut hadir, Pengarah HPSF, Dr Selahudden Abdul Aziz.
Dalam nahas jam 3.45 pagi semalam, suami Miaseh yang juga pemandu bas ekspres malang itu, Zakeer Zubir, 32, dan anak bongsunya, Nur Natasha Zahara,1, adalah antara 14 orang yang terkorban dalam kejadian nahas berhampiran Kampung Jayor, Pagoh, Johor. Ayub juga berkata, selain Miaseh, seramai empat penumpang bas yang cedera masih dirawat di HPSF.
"Empat penumpang lain yang masih dirawat ialah R Nagadevan, 32, (Malaysia), Kesavan, 26, (Malaysia), R Govindra, 50, (India) dan Zaw Oo, 20, (Myanmar).
"Walaupun mereka mengalami kecederaan parah namun keadaan semuanya stabil," katanya. Katanya, lima penumpang warga Singapura yang cedera juga sudah dipindahkan ke hospital di Singapura semalam manakala bakinya juga sudah dibenarkan pulang.
|
|
|
|
|
|
|
|
GEORGE TOWN: Jenazah pemandu bas ekspres yang terlibat dalam nahas di Pagoh, Zakeer Zubir, 32 tahun, dan bayi perempuannya, Nur Natasha Zahara, 1 tahun, yang terkorban selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Hashim Yahaya pagi ini (25 Dis).
Ibu Zakeer, Rashidah Abdul Rahim, 60 tahun, kelihatan tenang ketika kedua-dua jenazah itu tiba di kawasan Masjid Hashim Yahya, bersebelahan tanah perkuburan tersebut kira-kira pukul 4.50 pagi tetapi hampir pengsan ketika diadakan bacaan Yasin dan tahlil.
"Anakku...kamu pergi terlalu cepat. Ibu akan merinduimu," katanya sayu
sambil air mata tergenang di matanya.
Isteri Allahyarham, Miyarseh, seorang warga Indonesia, yang turut berada
dalam bas sama, terselamat dan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Fatimah kerana cedera parah.
Allahyarham Zakeer, anak kedua daripada tiga beradik, mempunyai dua anak perempuan Nur Natasha dan Nur Cahaya Zulaikha, 4 tahun.
Menurut Cik Rashidah, anaknya itu bercadang mengadakan kenduri doa selamat yang besar pada hujung tahun ini dan mahu menjemput ramai tetamu.
Bagaimanapun, ternyata kenduri yang dirancangkan itu termasuk mengadakan sambutan hari jadi anak pertamanya, bertukar menjadi majlis pengebumian.
"Kali terakhir saya menemuinya adalah tiga hari lepas dan dia berkata akan
pulang ke rumah. Dia juga meminta saya untuk menjaga anak-anaknya selain memaklumkan mahu berhenti kerja kerana tugas itu cukup meletihkan.
"Saya tidak percaya itu adalah pertemuan terakhir kami," katanya.
Jenazah Zakeer dan Nur Natasha dikebumikan selepas solat subuh dengan
dihadiri kira-kira 50 anggota keluarga dan saudara mara.
- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
lorr... simulator konfem la perfect score jer.... lagipon takkan nak suruh driver tuh simulate sampai 8 jam mcm perjalanan betol tuh...
yg terbaiknya... pegawai spad nih kena menyamar jadi penumpang esp. trip malam... lepas tuh jgn terus saman... kumpul finding dulu.. lepas tuh tgk company mana banyak driver2 dia bermasalah... ban trus jer company nih... ini menunjukkan mentality company tuh sendiri bermasalah....
|
|
|
|
|
|
|
|
phonon replied at 26-12-2016 03:55 PM
lorr... simulator konfem la perfect score jer.... lagipon takkan nak suruh driver tuh simulate sam ...
nama pun simulator. Boleh simulate berbagai environment and various types driving kat situ. Nak simulate hujan lebat ker, kabus tebal ker , tayar pecah ker , emergency brake and etc etc. Bukan setakat driving biasa biasa dari kl ke jb jer.,, |
|
|
|
|
|
|
|
dia kehilangan suami trauma..
orang lain yang kehilangan suami,isteri tunang anak. macam mana,
semuanya atas kecuaian suami dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi simulator takleh nak check driver mengantuk atau tak... sebelom test, konfem la driver nih tidor cukup2...
lagi satu, dalam simulator konfem la driver nih berhemah jer sbb sedar dimonitor....
kita tak boleh nak samakan simulator kapal terbang dgn bas... sbb senario dan tujuan dia dia berbeza... simulator kapal terbang tuh bertujuan utk menyediakan pilot menghadapi sebarang kemungkinan yg jarang berlaku (atau latihan sebelum pandu kapal terbang sebenar)... bukan nak check pilot will follow instruction/law or not...
|
|
|
|
|
|
|
|
phonon replied at 26-12-2016 04:20 PM
tapi simulator takleh nak check driver mengantuk atau tak... sebelom test, konfem la driver nih ti ...
Ada, simulator khas untuk driver bus dan kenderaan berat. Sekurang kurangnya dapat tahu tahap skill pemandu tu dalam menghadapi detik kecemasan. Dari situ boleh tau sikap sebenar pemandu itu, jenis menggelabah ker, he is tergamam ker... Kat Malaysia tak ada lagi tapi soon akan ada, I know somebody yang sedang nego dengan spad untuk buat benda ni.
Kat negara lain, nak dapat lesen kereta pun kena buat training a few hours dalam simulator tau.
Memang la kalau ngantuk, sakit perut nak berak tu bawak bus jer, space shuttle ker tak boleh la nak simulate and assess.
Accidents due to human errors do happen so sebagai langkah untuk mencegah, kena training and checking. Pilot kena buat sebab bawak banyak nyawa orang, so do bus driver kan... |
|
|
|
|
|
|
|
khenn.....nak cash kan drebar tu tk sampai hati pulak....ujung2 kakak pasrah jer dekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 25-12-2016 12:11 PM
Pagi Penang kl. Ptg kl JB. Tgh malam JB kl.
Sial punya syarikat. Mana minimum break utk driver? S ...
kompeni tamak sedunia .ujung ujung lesen digantung.harap melingkup terus sebelum ramai lagi yg terbunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Biar jelah eksiden2 gini...dah memang identiti Malaysia pun khennn... |
|
|
|
|
|
|
|
mmm dah ketahui orang tu ada waran tangkap sampai 5... tak di tangkap apsal.. kalau tangkap awal2.... tentu tak jadi sbb mungkin dia tak bawak bas lagi.. atau serik dan lebih berhati hati.... apa pun.. aku rasa SPAD dan JPJ yang salah... sbb penguatkuasaan tak buat...
|
|
|
|
|
|
|
|
mmm dah ketahui orang tu ada waran tangkap sampai 5... tak di tangkap apsal.. kalau tangkap awal2.... tentu tak jadi sbb mungkin dia tak bawak bas lagi.. atau serik dan lebih berhati hati.... apa pun.. aku rasa SPAD dan JPJ yang salah... sbb penguatkuasaan tak buat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Alfatihah. Sedeh pulak aku baca. |
|
|
|
|
|
|
|
puncanya driver mengantuk. solusi : 2nd driver.
tapi katanya tiada 2nd driver.
syarikat tiada travel plan kah ? penang - JB, JB - KL continously... dah macam pilot air asia..
|
|
|
|
|
|
|
|
drver ni ade waran tgkp ke?cmne tau ade wran tangkp?sbb xsilap aritu dengar kt tv3 bgtau REKOD PEMANDU BERSIH...
|
|
|
|
|
|
|
|
gantung teloq la
semalam kat highway masih nampak alisan lagi
penguatkuasa tido la |
|
|
|
|
|
|
|
kejap je nie...macam pisang goreng laa...masa panas laa ramai dok berebut....hihkhihkhikk |
|
|
|
|
|
|
|
aku punn..prnj call spad nk report..
pastu sibuk nk IC no tel bla2 seua..mls aku bg..takutt plak jdnye if pemandu lori tu tau..kne lenyek sat g ngn lori..kehkeh
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|