Dulu akupun tak suka minum air kosong. Tapi atas kesedaran penjagaan kesihatan, kupaksa2 telan. Skrg alhamdulillah...
Pernah kena mcm @Lemon_juice ...sakit mcm nak beranak bila nak kencing tapi tak boleh keluar. Pi hospital doc kata jangkitan kuman. Makan ubat sangat lambat berkesan. Setelah ku google, rupanya cranberries juice digunakan utk merawat jangkitan kuman pd salur kencing ni (urinary tract infection)
Aku cari cranberries juice kat guardian, ada brand 21st century. Di botolnya ada cara minum. Cepat jugak kesannya. Alhamdulillah...mmg kena byk minum air kosong.