yer mmg nay rasa akan melibatkan nay n anak2 nay
tp anak2 semua perempuan kan
bhg 2/3 lah kan sebab tak ada anak lelaki
ni tuk rujukan kita bersama
Saudara baru hanya mewarisi dan diwarisi dalam kalangan saudara-maranya yang bersamaan akidah dengannya, iaitu agama Islam. Dalam hal ini, kaedah pembahagian harta pusaka adalah sama iaitu “waris yang terdekat akan menghijab yang jauh”. Waris yang terdekat ini hendaklah yang beragama Islam dan jumhur fuqaha berpandangan, waris yang bukan Islam tidak berhak untuk menghijab waris Islam yang lain kerana mereka tidak dianggap sebagai waris yang sah di sisi hukum syarak. Apabila seseorang waris yang bukan beragama Islam dihalang daripada mewarisi harta pusaka “saudara baru”, maka dia juga terhalang daripada berfungsi sebagai penghijab. Justeru, sekalipun dalam kaedah umum hukum pusaka menyatakan bahawa waris yang jauh tidak akan mewarisi apabila wujudnya waris yang dekat, namun kaedah ini tidak diterimapakai pada waris yang bukan beragama Islam. Dalam pelaksanaan pembahagian harta pusaka yang melibatkan “saudara baru”, undang-undang di Malaysia tidak memperuntukkannya secara khusus dalam statut pentadbiran Islam, tetapi secara umumnya ia adalah berdasarkan hukum syarak. Oleh itu, harta pusaka seorang “saudara baru” yang meninggal dunia hanya akan diwarisi oleh warisnya yang beragama Islam sebagaimana telah dibincangkan sebelum ini, dan sekiranya tiada waris, maka baitulmal akan mengambil keseluruhan harta tersebut. Fakta ini pernah diputuskan dalam kes Re Emily binti Abdullah @ Yeo Leng Neo (1996), di mana harta peninggalannya telah dibahagi sebagai harta sepencarian (1/2) dan juga diambil sebagai harta pusaka oleh suami (1/4) dan bakinya diserahkan kepada baitulmal (1/4) kerana tiada waris beragama Islam yang lain. Begitu juga dalam kes Re Zarina binti Abdullah @ Ooi Po Tsuan (2002), harta pusakanya telah diwarisi oleh suami, anak perempuan dan baitulmal kerana tiada waris Islam yang lain. Sementara dalam kes Re Zaiton binti Abdullah (1989), kesemua harta pusaka si mati diserahkan kepada baitulmal apabila ketiadaan waris hubungan darah yang beragama Islam. Dalam semua kes ini, waris yang bukan beragama Islam tidak berhak untuk mewarisi.
|