|
Hadiah buat Presiden Kafa
SKUAD Red Warriors memberi suntikan semangat kepada Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang digantung 2 tahun 6 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM apabila menewaskan kelab dari Malang, Indonesia, Arema 3-0 pada perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Mohammad IV, semalam.
Penyerang Lubnan, Mohammed Ghaddar mencuri tumpuan apabila mencipta hatrik untuk membolehkan Kelantan mencatat kemenangan pertama dalam saingan kelab-kelab Asia itu. Sementara itu, Terengganu mencerahkan harapan untuk mara peringkat seterusnya apabila mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan F, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Annuar akur hukuman FAM
'HAYAT’ Tan Sri Annuar Musa bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berakhir dengan nota pilu apabila Lembaga Tatatertib badan induk itu menggantungnya dua setengah tahun daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak, berkuat kuasa, semalam. Keputusan itu bermakna Annuar yang dipilih selaku Timbalan Presiden FAM pada Pemilihan Kongres FAM ke-47 pada 31 Julai 2010 gugur secara automatik daripada jawatan berkenaan dan beliau juga perlu melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KFA) yang disandangnya.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga tidak dibenarkan mengemukakan rayuan atas alasan hukuman dikenakan adalah minimum dan perlu berjalan secara berasingan kerana ia adalah dua kesalahan berbeza.
Bagi kesalahan pertama kerana mengkritik secara terbuka skuad kebangsaan di media, Annuar dikenakan hukuman gantung dua tahun, dan enam bulan bagi kesalahan kedua kerana melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada mesyuarat Exco pada 4 Februari 2012.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak selepas bersidang selama tujuh jam – paling lama setakat ini – dengan hampir semua lapan anggota Lembaga Tatatertib sebulat suara memutuskan Annuar bersalah atas dua tuduhan dikenakan terhadapnya.
“Selain hukuman gantung dua setengah tahun, hukuman lain bagi kesalahan itu adalah pesalah juga boleh dikenakan denda, tetapi atas budi bicara, kita tidak mengenakan denda terhadap Tan Sri Annuar,” katanya.
Taufik juga menegaskan perbicaraan dijalankan adalah adil dan saksama dengan Timbalan Presiden itu diberi peluang mengemukakan pembelaan termasuk dibenarkan membawa lima saksi sepanjang perbicaraan berlangsung.
“Perlu diingat ini bukan kali pertama Tan Sri Annuar dihadapkan ke Lembaga Tatatertib, tetapi beliau pernah dibebaskan atas kesalahan sama sebelum ini,” katanya yang memberitahu jawatankuasa itu tidak sempat memberitahu hukuman dijatuhkan kepada Annuar kerana beliau perlu bergegas pulang ke Kota Bharu untuk menyaksikan Kelantan menentang Arema FC dalam saingan Kumpulan H Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), malam tadi.
Taufik juga menegaskan hukuman dikenakan ke atas Annuar itu tidak seberat seperti yang dijatuhkan ke atas bekas Naib Presiden FAM, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang pernah digantung dua kali – empat dan tiga tahun – kerana kritikan tanpa fakta yang tepat dan menyentuh dasar FAM pada 2001.
“Saya ingin mengingatkan Artikel 88 hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung yang boleh mengeluarkan kenyataan dan pegawai lain tidak dibenarkan berbuat demikian melainkan mendapat kebenaran.
“Jadi, jika ada yang tidak berpuas hati mereka boleh mengemukakan usul dengan meminda artikel itu pada kongres FAM untuk memindanya tetapi hingga hari ini tidak ada seorang pun yang mengemukakan usul berkenaan,” kata Taufik. |
|
|
|
|
|
|
|
‘Saya sudah tunai tanggungjawab yang patut saya lakukan’
KETIKA melangkah keluar dari perkarangan Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas selesai prosiding pendengaran kesnya, semalam, Timbalan FAM, Tan Sri Annuar Musa tidak menunjukkan sebarang reaksi kecewa kerana belum mengetahui hukuman dikenakan terhadapnya. Namun daripada ucapan singkatnya ketika bertemu penyokong Kelantan yang berkumpul di luar Wisma FAM, beliau seperti akur menerima apa juga hukuman selain menyedari kelibatnya tidak akan dapat dilihat lagi di bangunan badan induk itu.
“Saya terharu dengan sokongan ini dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana dapat mengikut semua peraturan yang sudah ditetapkan. Mengenai keputusan, biarlah Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib yang tentukan dan umum.
“Saya sudah tunaikan apa tanggungjawab yang patut saya lakukan dan pada rakan media, saya minta maaf kerana tidak dapat memberi sebarang kenyataan berkaitan FAM sebelum mendapat kebenaran bertulis,” katanya semalam.
Sebelum itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu yang ditemani isterinya hadir kira-kira jam 3 petang disambut lebih 300 penyokong setia The Red Warriors.
Sebaik selesai prosiding Annuar segera turun dan disambut sorakan gembira ketika muncul di depan penyokongnya sebelum bergegas ke lapangan terbang untuk segera pulang ke Kota Bharu.
Sebelum beredar beliau sempat meluangkan masa kira-kira lima minit mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua peminat bola sepak yang hadir memberi sokongan kepadanya tanpa menyedari hukuman dikenakan. |
|
|
|
|
|
|
|
cilakak punya FAM,kalu nok gantong jawatan dlm FAM xpo la,ni jawatan presiden kafa pun kena lucut jugok,meme teruk la....mete2 la kelate tengoh sedak,pahang lingkup wat gitu plok,hu2... |
|
|
|
|
|
|
|
AFC CUP 2012
10 April 2012 15:00
AREMA INDONESIA (IDN)-KELANTAN (MAS)
Gajayana Stadium |
|
|
|
|
|
|
|
Bola Shebbie : Murahnya jawatan tinggi dalam FAM
[email protected]
WOW ! Begitulah reaksi saya apabila membaca laporan akhbar Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun kerana meluahkan pendapat mengenai pasukan kebangsaan. Sekali lagi kontroversi tercetus membabitkan arena sukan bola sepak negara kita.
Kontroversi timbul apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempertahankan atau melindungi salah seorang ahli Majlis Tertinggi mereka sendiri. Tiada perlindungan untuk Timbalan Presiden. Tiada perlindungan bagi Pengerusi MSL Sdn Bhd. Tiada perlindungan buat Timbalan Presiden Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan serta Pengerusi Pembangunan bola sepak wanita.
Apa yang berlaku bukan membabitkan persoalan apa yang diperkatakan tapi betapa murahnya jawatan itu dalam pentadbiran bola sepak di negara kita.
Presiden Fifa, Sepp Blatter mendabik dada dengan laungan ‘ Football Family ’ tapi di Malaysia, seorang ahli Majlis Tertinggi dianak tiri. Jelas tiada semangat kekeluargaan dalam FAM. Sukan bola sepak sebenarnya membabitkan emosi, ekspresi dan pendapat.
Kritikan penting untuk mencapai tahap serta taraf yang lebih tinggi. Kritikan juga penting sebagai batu loncatan ke arah kejayaan. Pendapat pula menunjukkan minda yang aktif. Ada pendapat baik dan ada pula pendapat buruk tapi apa yang lebih teruk tiada pendapat langsung. Sekiranya keputusan seri dengan Filipina dianggap keputusan baik, maka kasihan bagi mereka yang berpendapat sebegitu. Kita sudah menunjukkan satu peningkatan dalam bola sepak antarabangsa tapi itu hanya satu permulaan dan kasihan juga kepada mereka yang berpendapat prestasi tinggi boleh dicapai dengan sekadar memetik suis.
Selepas menjuarai Piala AFF pada 2010, adakah kita menunjukkan prestasi sebagai juara ? Adakah wujud kesinambungan di kalangan pemilihan skuad ? Salah satu permintaan seorang jurulatih bola sepak adalah ‘ menepati jangkaan ’ (manage expectations) dan ini yang menjadi masalah. Penonton serta peminat mengharapkan kemajuan, tidak kira betapa kecil. Penonton dan peminat boleh terima sekiranya pasukan melalui perubahan tapi apabila prestasi sebuah pasukan turun naik maka pendapat akan disuarakan.
Kembali kepada penggantungan Tan Sri Annuar Musa, kini timbul persoalan adakah kejayaan Kelantan di bawah naungan beliau mengganggu pemikiran mereka yang berada dalam FAM ? Adakah Tan Sri Annuar Musa dianggap ‘ lebih besar daripada bola sepak ’ (bigger than football) di negara kita ? Seterusnya, kini wujud kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di MSL Sdn Bhd berikutan ketiadaan Stuart Ramalingam tapi perlu ingat, hanya mereka yang tidak mempunyai pendapat saja dibenarkan memohon.
Tanpa Tan Sri Annuar Musa, ada kekosongan sebagai Pengerusi MSL tapi jawatan ini juga memerlukan mereka yang tidak ada pendapat, untuk memohon.
- Harian Metro -
|
|
|
|
|
|
|
|
NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah dilantik memangku jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa, semalam, menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang digantung dua setengah tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak.
Perkara ini disahkan Setiausaha Agungnya, Azman Ibrahim ketika dihubungi.
“Satu mesyuarat dilakukan semalam dan kita sebulat suara memilih Afandi menerajui Kafa. Beliau memangku jawatan berkenaan sehingga proses pemilihan berlangsung semula tahun depan,” katanya yang melihat Afandi individu yang mampu meneruskan kesinambu-ngan kecemerlangan bola sepak The Red Warriors.
Dalam pada itu, Annuar menerusi laman sosial Facebook dipetik sebagai berkata: “Mereka boleh ambil semua pangkat saya, tetapi mereka tidak boleh ambil maruah saya. Mereka boleh gantung atau haramkan saya daripada bola sepak, tapi saya haram diri saya daripada berhenti aktif memajukan bola sepak Malaysia. Tindakan FAM beri semangat baru kepada saya,” jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
AFC Cup 2012:- FT: Arema FC 1 vs 3 Kelantan | Gol Kelantan: 2 jaringan MatGhaddar & 1 gol dari Zamri Ramli | Pengulas Perlawanan "Live" dari Indonesia berkata: 'Kelihatannya team Indonesia sgt trauma dgn kehebatan penjaga gol (MatChah) yg dimiliki Malaysia ' |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR – Nasib malang terus menghantui bola sepak Kelantan, apabila skuad Piala Presiden dipotong 14 mata oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah didapati menurunkan pemain yang tidak sah dalam tujuh perlawanan Liga Piala Presiden sebelum ini.
Semuanya gara-gara menurunkan penjaga gol muda, Muhammad Syazwan Yusoff yang didaftarkan untuk skuad Liga Super Kelantan, namun beraksi bersama skuad Piala Presiden mengakibatkan juara bertahan musim lalu menerima padah apabila dipotong mata oleh badan induk bola sepak kebangsaan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, semua mata yang diraih hasil empat kemenangan dan dua kali seri oleh skuad Piala Presiden Kelantan dipotong dan diberikan kepada pihak lawan.
“Setelah diperhalusi, kita mendapati pasukan Kelantan menggunakan pemain yang tidak sah dalam tujuh perlawanan tersebut.
“Selaras peraturan 55(2), hanya pemain di peringkat pertandingan bawahan sahaja dibenarkan bermain pada kejohanan lebih tinggi.
“Seseorang pemain yang didaftarkan dalam kejohanan lebih tinggi tidak dibenarkan untuk bermain pada kejohanan lebih rendah.
“Untuk itu, kami memutuskan Kelantan tewas dalam semua tujuh perlawanan dan pihak lawan diberi kemenangan dengan jaringan 3-0,” katanya dalam sidang media di Wisma FAM semalam.
Pemotongan 14 daripada 30 mata (tidak termasuk perlawanan dengan T-Team yang berlangsung petang semalam), menyaksikan Kelantan yang berada di tangga keempat keseluruhan bakal terperosot ke kedudukan pertengahan liga.
Malah peluang untuk juara bertahan itu, mara ke suku akhir tampak sukar apabila perlu memenangi kesemua baki lapan perlawanan, selain mengharapkan beberapa pasukan yang berada di tangga teratas tewas dalam perlawanan selepas ini.
Sementara itu, dalam aksi Liga Piala Presiden yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang semalam, Kelantan mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan berstatus kelab dari Terengganu, T-Team.
Meski pun ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Ketua Pasukan T-Team, Fuad Mamat pada m-26 perlawanan, namun skuad yang terkenal dengan jolokan The President Warriors bangkit untuk menyamakan kedudukan sepuluh minit kemudian menerusi rembatan Mohd Aris Zaidi.
Mohd Aris muncul wira apabila rembatan leretnya hasil hantaran lintang Mohamad Qayyum pada m-59 perlawanan menerjah jaring untuk gol kemenangan Kelantan pada perlawanan petang semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR – Nasib malang terus menghantui bola sepak Kelantan, apabila skuad Piala Presiden dipo ...
Alf_Ramsey Post at 13-4-2012 12:15 PM
semogo tumpuan utamo skuad trw untuk mene piala fa,liga super dan piala malaysia tidak ketinggalan piala afc tidok terjejas...
banyok sunggoh dugoan ni,hu2... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 572# xpdckelate
kawe harap gitu la, xdo lg pasuke negeri/kelab buleh mene 4 kejuaraan semusim, selangor habis kuat pon 3 jah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply xpdckelate
kawe harap gitu la, xdo lg pasuke negeri/kelab buleh mene 4 kejuaraan sem ...
Alf_Ramsey Post at 13-4-2012 03:19 PM
paling diidam piala fa la,dua season doh nunggu ni,hu2...
piala afc tuh kalu bulih lepas peringkat suku akhir pun kiro top doh,sebab xdok lagi team malaysia hok lepah peringkat kumpulan... |
|
|
|
|
|
|
|
paling diidam piala fa la,dua season doh nunggu ni,hu2...
piala afc tuh kalu bulih l ...
xpdckelate Post at 13-4-2012 15:25
pialo fa final main di s.alam, keno pulok kalu main nge ganu, payoh tiket tu, kalu main di b.jalil, banyok skit kapasiti stadium, kalu mene kawe x g stadium beraso rugi pulok,
tok silap kawe kedah ado main sapa suku akhir pialo afc, tok ingat thn bilo, kalu kelate bulih g jauh lg pado kedah, baru kemah sep kito |
|
|
|
|
|
|
|
pialo fa final main di s.alam, keno pulok kalu main nge ganu, payoh tiket tu, kalu main di ...
Alf_Ramsey Post at 13-4-2012 03:35 PM
kedah main afc tahun 2009...tahun 2011 kelate xse main sebak xdok pemain import,hu2... |
|
|
|
|
|
|
|
afc cup tahun 2008
Seperti diramal Kedah tersingkir daripada Kejohanan Piala AFC apabila tewas 1-2 kepada kelab Bahrain, Muharraq FC pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Darulaman, semalam |
|
|
|
|
|
|
|
next game afc cup 2012
24 April 2012 18:00
NAVIBANK SAIGON (VIE)-KELANTAN (MAS) Thong Nhat Stadium |
|
|
|
|
|
|
|
afc cup tahun 2008
Seperti diramal Kedah tersingkir daripada Kejohanan Piala AFC apabila tewas 1- ...
xpdckelate Post at 13-4-2012 15:56
kalu kedah kaloh suku akhir, kito bia buleh sapa ko separuh akhir, baru buleh buat sejarah |
|
|
|
|
|
|
|
SEPERTI yang diramal, penyerang import dari Lebanon, Muhammad Ghaddar kini kembali menyarung jersi skuad Liga Super Kelantan selepas berjaya meledak lima gol dalam dua perlawanan terakhir.
Hatrik ketika aksi di Kota Bharu dan dua lagi gol direkodkan di Kota Malang, Indonesia ketika aksi menentang Arema FC dalam kempen Piala AFC berjaya memikat hati pihak pengurusan.
Selepas hampir dua bulan direhatkan ekoran bergelut dengan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan, Ghaddar membuktikan beliau adalah taruhan terbaik untuk Kelantan menghadapi baki saingan Liga Super yang akan memasuki pusingan kedua.
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, Rosmadi Ismail berkata, keputusan membawa masuk kembali Ghaddar menggantikan Onyekachi Nwoha berkuat kuasa serta-merta.
Menurutnya, selepas meneliti prestasi semasa pemain berkenaan, pihak pengurusan dan jurulatih, Bojan Hodak setuju untuk menyenaraikan Ghaddar sebagai pemain import untuk aksi Liga Malaysia.
“Keputusan tersebut dibuat selepas pihak pengurusan meneliti laporan yang disediakan oleh pihak jurulatih dan kita berpendapat Ghaddar lebih baik namun, khidmat Nwoha tetap diperlukan.
“Tidak timbul campur tangan daripada pihak pengurusan dalam keputusan ini kerana sejak dulu lagi kita menyerahkan urusan pasukan kepada pihak jurulatih untuk membuat penilaian,” katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, keputusan untuk mengekalkan Nwoha juga tertakluk kepada perbincangan antara pihak pengurusan dan pemain tersebut. Sekiranya Nwoha bersetuju untuk kekal, beliau akan beraksi pada Piala AFC.
Katanya, setakat ini Kelantan mengekalkan empat pemain importnya termasuk dua lagi, pemain pertahanan Obinna Nwaneri untuk Liga Malaysia dan Denny Antwi yang disenaraikan untuk beraksi pada Piala AFC.
“Merujuk prestasi Ghaddar dalam perlawanan lepas, kita berharap dan yakin beliau mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan.
“Semua tahu kita mempunyai jadual yang ketat, jadi kita memerlukan pemain yang mempunyai prestasi dan kualiti yang tinggi. Kita harap Ghaddar bersedia untuk itu,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Rosmadi yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, penggantungan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tidak menjejaskan proses pengurusan pasukan.
Jelasnya, pihak pengurusan menjalankan tugas seperti biasa dengan mengikut segala peraturan yang ditetapkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|