CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: milanhawkin

Kusimpul Mati

 Close [Copy link]
Post time 18-4-2007 08:12 AM | Show all posts
tq milan..aku ni pepagi buta on pc nak baca sambungan..kalo ler boss aku tahu..naya aja kena terminate..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2007 08:29 AM | Show all posts
tq milan....jgn lupa sambung lagi yek...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 08:45 AM | Show all posts

Reply #551 milanhawkin's post

smpi off.. katak terus on pc ..... seronok nya sbb ade sambongan....

mekasih milan .... .
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 09:14 AM | Show all posts
  eemm... diaorang dah ehem2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 09:20 AM | Show all posts
ades...terkenan plak sorg ni ...
uuuuwwwwaaaa........
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 09:44 AM | Show all posts
:pompom::pompom:
Go Go ... AGOGO
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2007 10:08 AM | Show all posts
milan... mila...
cepatlerr sambung....
abiskan cepat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 10:20 AM | Show all posts
best! best!
thanks milan....
nk lg.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2007 12:20 PM | Show all posts
milan...cepat sikit ar abiskan citer nie..x sabo rasanyer nk tau penghujung citer nih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 02:41 PM | Show all posts
milan samb le lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 03:59 PM | Show all posts
waa bestnye citer neh. eee tak sabo nak tunggu sambungan. lalalalala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2007 04:26 PM | Show all posts
Bab 42

Tepat jam 5.00 petang, telefon bimbit Mila berbunyi. 1 sms diterima.

Abg kat bwh. Turun sekarang.

Mila melepaskan keluhan. Bimbang Amirul naik darah jika dia lambat turun, sepantas mungkin dia mengemaskan meja. Dicapai beg tangannya dan meluru keluar dari biliknya. Terkocoh2 dia menyandang beg sambil berlari keluar.

"Eh, apsal kelam kabut sangat ni?" Hani menyoal kehairanan.

"Sorry, aku kena balik dulu. See you tomorrow" Mila melambaikan tangannya sebelum segera melangkah turun. Hani menggelengkan kepalanya. Agaknya gadis itu mesti dalam ketakutan. Yelah, caught red-handed oleh suami sendiri. Dia sendiri begitu terkejut bila Mila mengakui dia sudah bersuami. Makin terkejut bila mengetahui sudah 2 tahun lebih Mila bergelar isteri. Hmm... nampaknya Dani akan kempunanlah.

Sampai saja ke bawah, Amirul sudah menanti di sebelah keretanya. Degup jantungnya sudah mencapai 150km/j. Wajah itu terlalu serius dan tegang. Mila melajukan langkahnya.

"Maaf lambat" Riak wajahnya jelas menunjukkan dia amat kesal. Amirul hanya mendiamkan diri. Tiada senyuman menggoda yang sentiasa menghiasi bibirnya. Tiada ucapan yang bisa membuatkan wajah Mila kemerahan. Merajuk? Marah? Jealous?

Amirul terus membuka pintu dan meloloskan dirinya ke dalam kereta. Mila juga berbuat yang sama. Di dalam kereta, hanya DJ radio yang berbicara. Mila membuang pandang ke luar sana. Dia tak tahu bagaimana mahu memujuk suaminya. Memujuk? Kenapa pula dia harus memujuk Amirul? Rasanya dia tak perlu meminta maaf. Dia tak bersalah apa2. Dani bukan sesiapa padanya, hanya teman biasa. Kenapa dia harus merasa sensitif pada perasaan Amirul sedangkan lelaki itu tak pernah menghormati perasaannya. Ah, biarkan luncai terjun dengan labu2nya.

"Kenapa Dani boleh ada kat office Mila awal2 pagi macam tu?" akhirnya emas di dalam mulut lelaki itu dikeluarkan juga.

"He抯 there to see me" jawab Mila, masih tidak mengalihkan perhatiannya daripada kereta2 yang meluncur laju di sebelah sana. Badannya bergerak ke belakang secara tiba2. Rupanya Amirul sudah menekan brek kereta dan berhenti di tepi jalan. Mila mengeluh.

"And could you please tell me why was he there to see you?" suara Amirul semakin keras, walaupun nadanya masih pada oktaf normal.

"Apa pulak salahnya? Sebelum awak balik ke sini pun, tiap2 hari dia datang kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2007 04:41 PM | Show all posts
Bab 43

Sebulan! Sebulan untuk memikirkan kembali sama ada sudah bulat fikirannya untuk meneruskan rancangannya sebagai wanita tanpa apa2 ikatan. Semakin difikirkan, semakin sakit kepalanya. Hatinya semakin berbelah bagi. Dia semakin keliru tentang perasaannya sendiri.

Sejak sampai ke rumah petang tadi, Amirul kembali memandu keretanya keluar. Malah sejak keputusan itu dibuat, Amirul tidak bercakap walau sepatah pun. Mereka diam membisu hinggalah sampai ke perkarangan rumah. Entah ke manalah tempat yang ditujunya itu. Peluang yang ada digunakan untuk menelefon Halina. Hanya Halinalah tempat dia mengadu sekarang ini.

"Mila, kenapa dengan kau ni? Kenapa kau buat dia macam tu?" soal Halina. Suaranya seakan hampa dengan tindakan Mila. Mila mengeluh. Pasti dialah yang bersalah sekarang ini. Segala kelakuan Amirul dulu sudah dilupakan oleh Halina. Malah Mila pasti, sekiranya dia benar2 berpisah dengan Amirul, semua jari akan menuding padanya.

"Entahlah, Ina. Aku sendiri tak faham dengan diri aku sendiri" dengan bingung Mila menjawab. Sungguh, sejak tadi hatinya tidak tenteram.

"Aku ingatkan kau sayangkan Amirul, cintakan dia. Kenapa bila dia mahu balik pada kau, kau tolak dia pula? Takkan kau masih nak ingat cerita lama tu lagi?" ujar Halina lagi.

Kenapa Halina menganggap semua tu cerita lama, sedangkan ianya beraku hanya setahun yang lepas. Lamakah setahun tu? Dan kenapa dia pula yang disalahkan jika memilih untuk tidak bersama Amirul? Lupakah Halina tentang apa yang telah dilalui olehnya semenjak dia kenal Amirul, berkahwin dan berpisah kemudiannya?

Kata2 Halina itu bermain2 di mindanya selepas perbualan mereka tamat. Baru saja kakinya mahu melangkah ke bilik air, telefon bimbitnya pula memainkan lagu 'Where is the love'. Dia hampir berlari mendapatkan telefonnya. Sangkanya Amirul akan menelefon untuk memujuknya supaya menukar fikiran. Namun dia hampa bila melihat nama Dani yang tertera di skrin telefonnya.

"Assalamualaikum" lemah sekali suaranya. Hilang sudah semangatnya. Jiwanya seakan layu. Semuanya serba tak kena.

"Waalaikumsalam. Mila, kenapa tak tunggu saya tadi?" suara Dani di hujung sana berbaur kekecewaan. Mila buat tak peduli.

"Kan saya dah cakap saya datang jemput awak"

"Dani..." Mila bersuara, seakan memberi amaran. Ini lagi seekor kura2 dalam perahu.

"Hmm... ye saya tahu. Amirul datang ambil awak tadi"

"Kenapa awak telefon ni?" Mila bertanya. Badannya sudah dibaringkan ke katil. Katil yang dikongsi bersama Amirul sejak malam itu.

"Saya nak jumpa awak malam ni, please..." pinta Dani bersungguh2. Mila menggelengkan kepalanya. Menyedari Dani takkan dapat melihatnya, dia kembali menyusun ayat. Dia perlu menjelaskan keadaan tanpa melukakan hati lelaki yang banyak menolongnya.

"Dani, awak tahu kan keadaan saya sekarang ni. Saya masih isteri Amirul, Dani. Tak elok rasanya saya jumpa awak malam2 macam ni. Nanti orang akan salah faham" Amirul akan salah faham. Amirul... ke manalah awak lari tu. Awak nak tinggalkan saya sekali lagi ke?

"Mila, saya rasa awak tahu perasaan saya pada awak. Sejak pertama kali jumpa awak kat pantai dulu, saya dah jatuh hati pada awak. Saya langsung tak boleh lupakan awak" luah Dani.

"Maafkan saya, Dani. Saya tak boleh terima awak. Dari dulu pun, saya hanya anggap awak macam kawan saya, kawan baik. Please Dani, awak patut tahu semua ni. Amirul kan kawan awak" Mila seakan memujuk. Memujuk Dani supaya melupakannya. Melupakan semuanya.

"Kenapa awak masih nak ambil kira perasaan Amirul? Amirul yang tinggalkan awak dulu dan saya yang masih ada di sisi awak. Amirul yang lukakan hati awak, dan saya yang mengubatnya. Amirul tak pernah fikirkan perasaan awak selama ni, kenapa awak nak fikirkan tentang dia pula?" Dani sudah naik berang. Dendamnya berbuku bila dia langsung tidak dapat menyaingi Amirul untuk mendapat tempat di hati gadis yang dicintainya. Sedangkan Amirul, lelaki itu hanya memberi kesengsaraan dan kesakitan pada Mila. Kenapa lelaki itu juga yang dipilih oleh Mila? Terlalu butakah hati Mila hingga tak dapat melihat betapa luas cintanya pada gadis itu?

揇ia suami saya, Dani
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2007 05:02 PM | Show all posts
milan terlebih rajin plak hari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 04:55 PM | Show all posts
aku xpuas hati lah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 05:14 PM | Show all posts

Reply #574 milanhawkin's post

apa kata tambah lagi terlebih rajin tu...milan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2007 05:03 PM | Show all posts
:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 05:21 PM | Show all posts

Reply #576 kaypo's post

betul cakap kaypo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2007 05:27 PM | Show all posts

Reply #574 thah's post

apa plak yg ko tak puas hati ni thah...

ko tak puas hati aku post hari ni ke? ko nak aku post esok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 05:27 PM | Show all posts
tak pa lah milan, terlebih rajin lagi laaa di alu alukan..............cepat lah finish this story, tak sabar. anyway, thanks milan........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.718642 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list