CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauzz

Bincang tentang album terbaru Siti Nurhaliza - Transkripsi

 Close [Copy link]
Post time 3-5-2006 12:49 PM | Show all posts
SETAKAT INI.....sudah 20 FORUMNER YG RANK....

TARIKH untuk RANK akan ditutup PADA 9 MAY 2005
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2006 01:41 PM | Show all posts
lepas 9 may tu buat ranking baru ek?dah start suke lagu yg tak berapa suke dululah
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 01:59 PM | Show all posts
a'ah aku pun nak kasi naik hati berbisik..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 02:19 PM | Show all posts
colby...senarai kedudukan lagu siti pilihan aku dah berubah...rupanya lagu yg selama ini aku reject, IMPIANKAN NYATA kini dah melekat dahhh kat aku...mmg best lagu nie...sedap gak laaa ranking lagu ni dah aku naiikkan sikit....

colby..biarlah setiap orang wat berapa banyak pilihan....kerana setiap hari pasti berubah2..heheeheh
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 3-5-2006 02:19 PM
colby...senarai kedudukan lagu siti pilihan aku dah berubah...rupanya lagu yg selama ini aku reject, IMPIANKAN NYATA kini dah melekat dahhh kat aku...mmg best lagu nie...sedap gak laaa ranking lagu ...



9 MAY nie kira tamatlah untuk PHASE 1...

Nanti PHASE 2 ...kita buat lain plak....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 02:49 PM | Show all posts
dah tamat ke rank ni???????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2006 05:21 PM | Show all posts
Originally posted by maira6178 at 3-5-2006 02:49 PM
dah tamat ke rank ni???????

belum lagilah maira...phase 1 sampai 9 hb nie..cepatlah kalo lom ranking lagie..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 05:52 PM | Show all posts
1. Biarlah Rahsia
2. Bisakah
3. Siti Situ Sana Sini
4. Hati Berbisik
5. Bila Harus Memilih
6. Cuba Untuk Mengerti
7. Destinasi Cinta
8. Rupanya Kita Serupa
9. Intrig Cinta
10. Pastikan
11. Hidup Penuh Bicara
12. Tanpa Dendam di Hati
13. Impiankan Nyata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2006 06:11 PM | Show all posts
AKU HUTANG KORANG GAMBAR CT MASA KAT KLCC CONVENTION CENTRE HARI TUE KAN......nanti aku tepek...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 06:20 PM | Show all posts
baguz colby berpegang pada janji..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 06:22 PM | Show all posts
INI ADALAH ANTARA GAMBAR GAMBAR YG AKU DAH CAPTURE....












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 06:27 PM | Show all posts
comelnya CT...terima kasih Colby...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 06:37 PM | Show all posts
Ada satu video....dalam SATU MINIT ( CT NYANYI BIARLAH RAHSIA -tapi tak habis rakam la...takut habis bateri)....

Aku rakam guna kamera CANON aku tue jerk....and takleh zoom....so agak jauh....tapi sound okay la...jelas...


MASALAHNYA, aku rakam MENEGAK.....bila transfer kat PC....jadi MELINTANG la....
tak tau la camner nak rotatekannn....
nak tgk kena meneleng la....


http://d.turboupload.com/d/568568/MVI_1081.AVI.html
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 07:12 PM | Show all posts
Transkripsi vokal terbaik Siti


LAIN benar, Siti dulu dengan Siti sekarang. Bukan hanya muka saja, bentuk fizikal badannya juga turut menampakkan perubahan yang ketara.

Perubahan ketara ini cukup jelas kelihatan menerusi kulit album barunya ini, hingga ada yang bertanya saya, apa sudah jadi dengan penyanyi kesayangan mereka itu. Mengapa sejak akhir-akhir ini badannya semakin naik dan mengembang?

Tidak tahulah apa yang perlu saya katakan kepada mereka kerana saya hanya mengulas isi album, bukannya yang berkaitan dengan isi tubuh Siti.

Terus kepada album ini. Ada yang menyifatkan album ini tidak cukup mantap atau tidak cukup hebat jika dibanding dengan album terdahulu Siti, Prasasti Seni.

Pendapat saya bagaimanapun agak sedikit berbeza. Kedua-dua album ini kelebihannya yang tersendiri.

Di segi pemilihan lagu, Prasasti Seni barangkali mendahului Transkripsi. Namun kalau dinilai dari sudut persembahan vokal, inilah album yang menampilkan vokal Siti paling terbaik sekali.

Saya harus mengatakan secara jujur di sini saya bukanlah peminat vokal Siti sebelum ini. Lenggoknya yang keterlaluan serta sengaja dibuat-buat itu cukup merimaskan saya.

Transkripsi bagaimanapun memperlihatkan persembahan vokalnya yang semakin matang, malah jauh lebih versatil berbanding beberapa album terdahulu.

Dengan mencuba kepelbagaian vokal yang ada ini, bermakna lenggok Siti yang merimaskan itu juga semakin berkurangan.(Terima Kasih Tuhan...!).

Tanpa lenggok itu juga, nyanyian Siti jauh lebih baik lagi.

Bukan itu saja, Siti juga sudah mula belajar bagaimana untuk menghayati lagu nyanyiannya dengan penuh emosi.

Apapun, Biarlah Rahsia ciptaan Melly Goeslow dan lirik Siti Nurhaliza ternyata menjadi lagu tarikan di dalam album ini.

Sebenarnya lagu ini hanyalah sebuah lagu balad yang biasa saja. Namun disebabkan Siti yang menyanyikannya, lagu ini bertukar menjadi sesuatu.

Destinasi Cinta (Lin Li Zhen/PSNN) adalah sebuah lagi lagu yang saya gemari. Ia sebuah lagu yang mempunyai mood pop rock 80-an yang moderate tetapi cukup catchy. Permainan gitar Jamie Wilson cukup kental.

Lagu Cat Farish, Rupanya Kita Serupa pula mempunyai mood santai yang cukup segar. Serius, vokal Siti memang menarik di dalam lagu ini. Tak macam Siti yang biasa kita dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 07:13 PM | Show all posts
Gaya Seksi Siti Nurhaliza mirip Angelina Jolie?

Mengamati album terbaru Siti Nurhaliza yang berjudul Transkripsi terserlah kematangan penyanyi nombor satu negara itu. Berlaku satu transformasi dalam album Siti Nurhaliza kali ini.

Pemilihan lagu-lagu yang dimuatkan nyata selaras dengan kematangan usia Siti yang sudah sedekad menyemarakkan bidang seni tanah air.

Berdasarkan imej dan penampilannya dalam album kali ini, nyata penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu sudah menemui transisi baru.

Gayanya jubu semakin anggun dengan tuuh disaluti koleksi pakaian daripada jenama fesyen terkenal antarabangsa .

Namun dalam penghayatan lagu dan imej itu, tiba-tiba ada pemerhati bertanya mengapakan pada setengah gambar, wajah siti kelihatan agak berbeza daripada wajahnya sebelum ini.

Lebih-lebih lagi apabila melihat sekeping gambar yang dicetak pada bahagian dalam kulit albumnya.

Pada gambar yang diambil dari sisi itu, wajah dan bibir penyanyi yang hangat digossipkan bercinta dengan Dato? K itu kelihatan berbeza daripada biasa. Ada peminat beranggapan bibir Siti dalam gambar itu mirip bibir seksi yang dimiliki wanita tercantik dunia, Angelina Jolie.

Apakah rahsia yang membuatkan Siti memiliki gaya yang sebegitu Indah?

Apakah kerana sentuhan ajaib solekan hasil kolaborasi Nurul Shukor daN Razlan Bahari yang bertanggungjawab menata rias wajah Siti untuk kulit album itu?

Atau itu memang gaya baru Siti?

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 07:15 PM | Show all posts
apang ko amik dari mane ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2006 07:16 PM | Show all posts
apang....kalau letak source dia sekali lagi baik...
nanti nampak cam ngko plak yg tulis...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 07:29 PM | Show all posts
aku amik kat kg seberang punya rumah lagi satu.
aku pun x tau.KOSMO! kot.
aku copy n paste ajek
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 08:35 PM | Show all posts
aku ada baca yg kedua.. tue kluar kat utusan..yg pertama tue tak tau lak
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by eddysheddy at 3-5-2006 08:35 PM
aku ada baca yg kedua.. tue kluar kat utusan..yg pertama tue tak tau lak


YUP.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.080579 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list