|
Edited by Ipo at 21-2-2015 09:00 PM
BAB 28
SUASANA senyap. Hanya kedengaran bunyi burung berkicau di atas pokok rambutan di halaman rumah. Bersahut-sahutan dengan bunyi cicak di atas siling rumah di ruang tamu itu. Masing-masing diam tidak bersuara. Berita Conan dan Arisha ditangkap khalwat di resort itu sudah tersebar di dada akhbar. Anak Dato' Tengku Saif ditangkap basah!
Conan tunduk. Dia juga tidak tahu apa yang harus dilakukan. Untuk terima Nayla sebagai isteri yang sah tidak mungkin baginya. Elok-elok dia tersadai di Terengganu dan ikut hati ingin tinggal sebulan dua, kini terpaksa pula berdepan dengan ayah dan Puan Sharifah Qasidah. Segala rancangannya sudah hancur. Dan yang lebih terseksa jiwa adalah Aylanins. Gadis itu begitu tabah menghadapi tekanan perasaan bila dihina ayah, sabar menghadapi karenah ayah dan sekarang ini pula terpaksa terima kes tangkap khalwatnya dengan Arisha.
Arisha pula tidak berkutik di sebelah neneknya. Dia tunduk dari tadi. Apa yang berlaku di resort dulu langsung tidak disedarinya. Seingatnya malam itu, dia menemankan Amir minum di kafe dan selepas itu dia seperti khayal dan pening. Namun dia masih boleh merasa dan nampak walaupun mata berpinar, Amir memapahnya menuju ke bilik dan ketika itu dia melihat dalam keadaan samar-samar, Amir bertekak dan bertumbuk dengan Conan. Dia sendiri tidak ada daya untuk meleraikan keadaan kerana rasanya ketika itu dia seperti berada dalam keadaan khayal. Fikiran melayang entah ke mana.
"Nan..beritahu ayah, macam mana boleh jadi macam ni?" Tengku Saif mulakan bicara. Dari tadi semua diam.
"Ayah..kami diperangkap. Nan hanya nak selamatkan Nayla dari Amir..itu saja." Conan sudah buntu untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
"Habis? Kenapa mereka tangkap kamu dan Nayla dalam bilik sedang berpelukan atas katil??" Tengking Tengku Saif. Itu yang diberitahu oleh pihak berkuasa selepas kejadian malam itu. Mereka menghubunginya memaklumkan kejadian itu.
Arisha sudah merona merah mukanya. Kata-kata Dato' tadi sungguh membuatnya merasa malu. Jika benar itu yang dilihat oleh pihak berkuasa, tidak tahulah dia hendak letak muka di mana. Malu! Sungguh malu! Pelik juga bagaimana dia boleh peluk Conan? Dia tidak pernah kenal lelaki itu sehinggalah pada malam kejadian itu.
"Masa tu saya tolong Nayla sebab dia dah pening. Saya baringkan dia atas katil dan..." Conan terhenti kata-kata. Malas dia hendak sambung kata-kata. Tiada gamak untuknya menceritakan yang dia dipeluk sakan oleh Nayla. Dia jeling sebentar Nayla di sebelah Puan Sharifah Qasidah. Gadis itu tunduk. Masa tu, Nayla yang masih dalam keadaan khayal terus saja peluknya dan menariknya rapat ke tubuhnya. Belum sempat dia meleraikan pelukan Nayla, pintu bilik itu sudah dibuka. Terjongol empat lelaki berkopiah bersama seorang lagi lelaki lain di muka pintu dengan wajah terkejut. Malah masa itu, dia lagi terkejut melihat semua itu.
"Kalau dah tak tahan sangat, cakap saja dengan ayah! Kita boleh cepatkan majlis nikah! Ini tidak! Hilang entah ke mana! Entah-entah kamu berdua ni dah rancang kat resort tu kan?? Saja nak calit arang ke muka ayah kan???" Berapi Tengku Saif marahkan Conan.
"Ayah!! Saya bukan macam tu!!" Conan meninggikan suara.
"Sudah! Sekarang ni kamu berdua kena nikah cepat! Ayah dah malu dengan berita tangkap khalwat kamu tu! Kamu harus bertanggungjawab! Pandai buat, pandailah kamu tanggung akibatnya!"
"Ya..Nay..Nan, elok kamu dinikahkan cepat. Nenek tak nak nanti, jadi fitnah lagi." Puan Sharifah Qasidah yang dari tadi hanya diam mula bersuara. Bersetuju dengan cadangan Dato' Tengku Saif.
"Tunggu! Maaf..saya yang bersalah dalam hal ni. Saya yang tak pandai jaga diri. Malam tu..saya rasa Amir yang perdayakan saya menyebabkan saya jadi khayal. Dia ni yang datang nak selamatkan saya..dia tak bersalah.." Arisha tuding ke arah Conan.
"Of courselah dia datang nak selamatkan Nay! Nay kan tunang dia!" Puan Sharifah Qasidah pula mencelah. Lengan Arisha dicubit. Mengaduh seketika Arisha bila dicubit begitu.
Conan tunduk. Sungguh dia sudah buntu.
"Apa pun, kamu berdua sudah bertunang. Ayah dah buat keputusan, minggu depan,majlis nikah akan diadakan." Tengku Saif yang berdiri dari tadi mula melabuhkan punggung di sebelah Conan.
Serentak Conan dan Arisha mendongak ke arah Tengku Saif. Pucat muka masing-masing.
"Ayah! Saya tak.."
"Sudah! Muktamad! Elok-elok nak nikah sebulan lagi, kamu berdua yang buat onar! Minggu depan nikah!" Pintas Tengku Saif, memotong cakap Conan.
"Tapi uncle.." Arisha juga sudah buntu.
"Tak ada tapi-tapi. Nay dan Nan akan disatukan minggu depan." Celah Puan Sharifah Qasidah, mengiakan kata Tengku Saif tadi.
"Maaf! Saya tak nak!!" Arisha pandang tajam ke arah Conan. Dia tahu itu memang salahnya tapi hatinya sudah diberi pada Nicki.
Conan masih tunduk. Memang dia tahu Nayla juga membantah pertunangan itu dulu. Dia tidak terkejut dengan jawapan Nayla tadi. Kalau dah dua-dua tidak setuju, untuk apa diteruskan pernikahan itu lagi.
"Degil betul budak ni!" Sekali lagi Puan Sharifah Qasidah mencubit lengan Arisha.
"Saya bukan Nayla!!" Cepat itu juga Arisha bernada tinggi. Dia sudah tidak boleh berahsia lagi bila dipaksa begitu.
"Apa? Jangan nak mengarut Nay! Dulu lagi nenek tengok Nay cuba nak jadi orang lain! Merepek tak habis-habis!" Membebel Puan Sharifah Qasidah pada Arisha.
"Betul nek..saya bukan Nayla. Saya kembar Nayla. Nama betul saya Arisha Mawar! Nek..percayalah.." Arisha merayu dengan esakan merintih, mengharap pengertian dari nenek.
Conan bulat mata melihat gadis itu sudah menangis merayu, berlutut depan Puan Sharifah Qasidah. Jadi..ini bermakna selama ini dia bertunang dengan Arisha?? Buah hati Nicki??? Oh tidak!!
"Apa Nay merepek ni sayang?" Puan Sharifah Qasidah mula kendurkan suara. Dia mula memujuk dengan cara diplomasi. Dia kenal siapa Nayla yang walaupun keras kepala tetapi kalau kena gaya pujuknya, gadis itu akan mengalah.
"Nenek..saya bukan Nayla Cempaka. Saya Arisha Mawar.." Arisha menyeka air mata yang semakin laju menitis. Dia sudah tidak tahu lagi apa perkataan yang boleh membuatkan neneknya terima dan percaya.
"Puan Qasidah..betul ke Nayla tu ada kembar??" Tengku Saif pula tercengang mendengar rintihan Arisha tadi.
Puan Sharifah Qasidah diam. Dia tidak mahu buka semula kisah dulu. Tambah lagi kisah menantu yang tidak pernah diterima dalam keluarganya dulu. Memang dia tahu anak perempuannya melahirkan anak kembar perempuan. Seorang daripadanya dijaga iaitu Nayla Cempaka. Wajah Arisha dipalingkan ke arahnya dan dia cuba mencari perbezaan di wajah gadis itu. Kedua tapak tangannya melekat pada kedua pipi Arisha. Wajah itu diamati seketika. Memang tiada tahi lalat di bibir atas sebelah kiri sedangkan Nayla memang mempunyai tahi lalat itu. Dia terdiam.
"Jadi..kamu ni...adik Nayla??" Puan Sharifah Qasidah menelan liur. Luas matanya memandang Arisha yang sudah mengangguk lemah, mengiakan kata-katanya tadi.
Arisha mula menceritakan apa yang sebenarnya sudah berlaku sejak hari dia diculik dan dia yang menggantikan Nayla masa majlis pertunangan itu dulu. Sejak itu dia terpaksa berlakon sebagai Nayla di rumah mahupun di pejabat sehinggalah dia diarahkan untuk ke Terengganu menguruskan projek kerjasama di resort itu bersama Amir.
"Hmm..uncle tak kisah. Kamu ni Nayla ke Arisha ke. Apa yang uncle nak, kamu berdua tetap kena nikah." Tengku Saif tetap dengan pendiriannya.
"Tunggu!!"
Empat kepala menoleh ke arah pintu rumah yang terbuka luas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 21-2-2015 04:50 PM
Nayla melangkah masuk ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung sebelah Arisha. Dia melihat seorang demi seorang wajah yang ada di situ. Wajah yang melihatnya dengan riak terkejut. Masing-masing diam tidak berkelip memandang ke arahnya.
"Saya Nayla Cempaka. Saya yang rancang semua ni sebab saya tak nak dipaksa nikah." Kali ini mata Nayla menghala ke arah Conan sebelum dialih kepada Arisha, nenek dan ayah Conan.
"Nay..jadi kau yang perangkap Arisha?" Conan mula bersuara. Tidak berkelip dia melihat Nayla yang selamba di situ, seolah tiada apa yang berlaku.
"Ya..aku tak nak dipaksa nikah dan aku tak tahu dengan siapa aku ditunangkan sebenarnya sehinggalah aku dapat tahu dari Aylanins. Conan..aku minta maaf, aku tak dapat terima kau sebagai tunang aku. Aylanins yang lebih berhak dapat cinta kau." Nayla pandang Conan yang masih tidak berkelip memandang ke arahnya.
"Nay! Apa semua ni?" Puan Sharifah Qasidah pula cubit lengan Nayla, cucu yang dijaga selama ini.
"Nek..apa yang Arisha cerita tu semuanya benar. Nay yang culik dia malam tu dan pagi tu, bukan Nay yang bertunang tapi Arisha. Nay sengaja tukar kad pengenalan dengan Arisha." Nayla pula ceritakan perkara sebenar.
Puan Sharifah Qasidah menekup muka dan menundukkan wajah. Dia juga sudah buntu dengan kejadian semua itu. Semua ini gara-gara sikap Nayla yang keras kepala. Sampai semuanya menjadi huru hara.
"Kamu tahu tak, Arisha ditangkap basah dengan Tengku Adnan di resort tu??" Puan Sharifah Qasidah tarik bahu Nayla sehingga mengadap Nayla ke arah neneknya.
"Apa??" Nayla pula tercengang. Sungguh dia tidak tahu tentang itu. Jadi..apa yang dirisaukan dulu memang benar-benar terjadi! Amir memang tidak berputus asa langsung sehingga sanggup merancang semua itu.
"Arisha dan Tengku Adnan kena bernikah juga. Titik! " Tengku Saif tidak hiraukan kata-kata Nayla. Baginya, Nayla atau Arisha, keduanya tidak berbeza. Mereka berdua tetap cucu Sharifah Qasidah.
Arisha tunduk. Ternyata ayah Conan tegas dengan keputusannya. Nayla cuba menghalang tetapi itu keputusan muktamad Tengku Saif. Tengku Saif mula bangun dan mengajak Conan pulang ke rumah mereka. Dia sempat berpesan pada Sharifah Qasidah, minggu depan majlis akad nikah akan tetap diadakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bapak conan ni dah kenapa kemaruk sgt nak bermenantu cucu nenek seripah tu??? Soh die aje la kawin ngan nenek seripah tu : |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 21-2-2015 05:40 PM
kan ayah conan dan nek seripah tu nakkan keturunan 'nama'..
haruslah dia pertahankan semua tu..
...
Dah jadi cinta saiko
Abih la conan kena kurung dlm sangkar emas.. unless die buat magic lagi. Lari gi lombok ke |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 21-2-2015 07:07 PM
AYLANINS memeluk bantal dengan esakan tangis. Dia sedar kini, Conan bukan lagi jodohnya. Apa yang didengar dari Nayla tadi, sudah sah yang Conan akan dinikahkan dengan Arisha. Itu keputusan muktamad ayah Conan sendiri. Dalam perbualan telefon tadi, begitu beria Nayla meminta maaf padanya. Sepatutnya petang nanti, Nayla ingin berjumpa dengannya tetapi ditolak dengan baik. Tak sanggup mendengar semua itu lagi. Dia menekup muka di kepala lutut. Tersedu-sedu dia menangis.
Mukanya diangkat bila terasa bahunya disentuh lembut. Ibu sudah berada di sebelahnya. "Ayla..kenapa ni?"
"Mak..." Lantas tubuh tua itu dipeluk erat dengan esakan tangisan di bahu ibunya.
"Ni tentu pasal lelaki kan? Sudahlah..kan dulu Ayla cakap tak nak sedih. Ayla terima saja pilihan mak.." Aylanins dipujuk lembut.
Aylanins leraikan pelukannya dan mengesat air mata. Dia cuba mencari kekuatan dalam hati. Memang jika terlalu mengikut kata hati, badan yang merana nanti. Seboleh mungkin dia melemparkan senyuman untuk ibu tersayang. Teringat barang yang dibeli dari Pasar Payang. Aylanins segera menapak ke arah almari pakaiannya dan mengambil beg besar. Beg itu dibuka dan kain batik sarung bersama tudung dihulur kepada ibunya.
"Apa ni? Susah je Ayla beli semua ni. Mak tak kisah pun kalau Ayla tak beli untuk mak.."
"Mak..Ayla hanya ada mak sekarang ni. Susah senang, suka duka kita bersama harungi. Gembira mak..gembira Ayla. Bahagia mak..bahagia Ayla." Aylanins mula merasa tenang bila berbual dengan ibu yang melahirkannya.
"Yalah. Ayla satu-satunya anak mak dunia akhirat." Tubuh Aylanins dipeluk erat. Dahi anak gadisnya dikucup lembut.
Ayalnins merasa tenang bila dipeluk ibu. Terasa segala kekusutan yang dirasai sudah mula terbang dibawa angin.
"Ayla..mak ada berita gembira untuk Ayla. Ingat tak pasal maklong yang cari calon tu?"
Aylanins mengangguk lemah tanpa riak.
"Esok, mereka nak datang merisik. Maklong pun ada sekali nanti. Esok, kita masak sama-sama. Pukul sebelas pagi, rombongan tu sampai. Dah..kesat air mata tu."
Aylanins tunduk. Dia tidak mampu lagi membantah. Itu juga kehendaknya dulu bila dia dapat tahu Conan sudah bertunang. Ibunya dilihat sudah berlalu pergi dari biliknya. Dia baring semula. Melayan perasaan sendiri. Dia harus terima ketentuan Allah. Telefon bimbitnya berdering. Aylanins melihat nama yang terpapar di skrin. Conan yang menghubunginya.
"Awak nak apa lagi?" Panggilan itu dijawab juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa kelas nak lari ke lombok?
baik lari ke dubai ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
aylanins replied at 21-2-2015 06:24 PM
Nampaknya, mawar hitam aka makhluk ganas aka wolverine itu berhenti mengganas seketika untuk memberi ...
Aku rasa anak maklong tu malik |
|
|
|
|
|
|
|
kannn...hilang dah scene misteri tu..
makhluk dah mati la..
mawar hitam masih misteri..
..jeng..jeng..siapa agaknya jodoh Ayla??
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 21-2-2015 07:11 PM
kannn...hilang dah scene misteri tu..
makhluk dah mati la..
mawar hitam masih misteri..
Nicki ngan ayla...
conan ngan arisha... |
|
|
|
|
|
|
|
Aylanins hanya mendengar apa yang dibicarakan oleh Conan di hujung talian. Dia kemudian matikan talian. Penjelasan Conan tentang kejadian malam itu sukar untuknya terima. Tadi, Conan beritahu yang dia memandu sendiri ke resort itu membawa keropok lekor untuk dikirim pada mak dan juga Nicki dan Ipo serta sedikit buah tangan untuknya. Tak sangka pula dia terserempak dengan Amir sedang memeluk Arisha menuju ke bilik dalam keadaan mencurigakan.
"Alasan! Aku sendiri nampak dia tak marah pun pada Arisha yang cium pipi dia. Entah-entah dia suka agaknya bila dapat cium dan peluk macam tu.." Aylanins mengesat air mata lagi. Masih terbayang segar di ruang matanya kejadian itu.
Ajakan Conan untuk berjumpanya esok ditolak mentah-mentah. Ajakan Nayla juga ditolak. Dia mahu bersendiri buat masa ini. Lagi pun, esok rombongan merisik datang ke rumahnya. Pagi lagi, lepas subuh esok dia akan ke pasar bersama mak untuk membeli bahan untuk masak nanti. Bantal dipeluk semula. Esakannya tadi sudah mula reda.
Aylanins menapak ke meja. Fail siasatannya dibuka. Komputer riba juga dibuka. Maklumat mawar hitam dibaca lagi. Rasa kasihan pada Malik mula menebak di hati. Dia perasan, lelaki itu seperti merenungnya pada malam dia berbual di lobi resort. Wajah jernih terpamer di seraut wajah putih Malik. Apa yang dilihat pada seraut wajah itu, seolah dia tidak percaya pada kisah silam yang dilalui Malik. Itu yang Muzafar beritahunya dulu walaupun masih samar cerita dari Muzafar tentang masa silam Hani dan kelima lelaki itu. Saat dia memikirkan hal Malik, benaknya terlintas pula hal Conan yang ditangkap khalwat dengan Arisha dalam bilik itu. Otak jahatnya mula menerjah minda. Apakah Conan juga seperti lelaki-lelaki itu yang mengambil kesempatan pada gadis yang lemah? Apakah malam kejadian itu, Conan sudah terlanjur dengan Arisha??
"Nan..sampai hati kau buat aku macam ni.." Aylanins mengesat lagi air mata untuk ke sekian kali.
Sekali lagi telefon bimbitnya berdering. Malas dia hendak menjawab. Tentu panggilan itu dari Conan. Dia biarkan saja deringan itu melalak sendiri. Matanya masih tertumpu pada maklumat tentang mawar hitam. Nampaknya bersungguh Amir menyiasat siapa mawar hitam. Semua kedai bunga dia pergi semata-mata untuk melihat sendiri siapa yang membeli bunga mawar hitam. Amir bersungguh mencari siapa mawar hitam dan berusaha mencari bukti yang boleh menuding Hani sebagai mawar hitam.
"Tapi..menurut Muz, Hani pun tak tahu siapa mawar hitam, dia pun masih menyiasat hal ni.." Aylanins berkerut kening.
Dia menoleh semula ke arah telefon bimbitnya yang berdering lagi. Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon. Panggilan itu dijawab. Suara yang tidak pernah dikenalinya memberi salam. Aylanins tergamam bila lelaki itu perkenalkan diri sebagai Malik. Dia berbual seketika sebelum talian putus.
"Dia nak jumpa aku?" Aylanins sandar di kerusi. Matanya masih melihat pada skrin telefon bimbitnya. Berdebar pula bila Malik, pemilik resort itu ingin berjumpa dengannya tiba-tiba. "Dia ada kat KL ke?"
Aylanins termangu seketika. Dia kemudian menyambung menatap maklumat kes mawar hitam yang sempat disiasat dulu bersama Muzafar. Sejam meneliti maklumat itu, dia kemudian menutup komputer riba dan mula menutup lampu, cuba melelapkan mata.
JAM tiga pagi, Aylanins tersedar dari tidur. Teks mesej masuk ke kotak pesanan ringkas. Dia raba-raba telefon bimbitnya dan mula membaca mesej yang diterima dengan mata masih berpisat.
'Ayla..saya sayang awak sangat-sangat. Please..jangan buat saya macam ni. Saya hanya nak nikah dengan awak. Be my wife..'
Aylanins letak semula telefon bimbitnya di atas meja kecil. Dalam keadaan mamai, dia menyambung tidur. Mesej dari Conan tidak dihiraukan lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
adeh..mahunya tertukar bini karang..dah muka serupa kekdahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
dua tiga hari ni aku rajin plak update citer huru hara aku ni
dah tak balik kampung..ginilah jadinya
sori la ek..kalau ada sape2 yang rasa annoy ngan citer ni..
asyik2 citer mamat/minah ni je..>>merujuk kepada diri sendiri
cer baca citer elia21 tu..best..kdg2 je aku komen, jadi sr banyak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 21-2-2015 08:39 PM
adeh..mahunya tertukar bini karang..dah muka serupa kekdahnya
Kalo kembar seiras kawin ngan kembar seiras.. baru pitam sume org |
|
|
|
|
|
|
|
eh..aku ada kawan cenggitu..
abang adik..nikah ngan kembar juga..seiras..
tak tahulah macam mana dia orang boleh beza suami dan isteri masing2 bila balik time raya..
aku pulak yng jadi konfius bila dengar kawan aku tu citer..
pernah dia cakap abang iparnya peluk dia dari belakang masa dia tengah cuci pinggan
|
|
|
|
|
|
|
|
CONAN meraup muka. Sudah jelas Aylanins tidak melayan panggilan dan sms darinya. Boleh jadi gila macam ini. Terkebil-kebil dia melihat siling. Nicki pula masih belum tahu lagi apa yang sebenarnya sudah berlaku. Pada Nicki, Nayla yang bertunang dengannya, bukan Arisha. Mata tidak mahu lelap. Conan bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik. Sempat dia intai bilik Nicki yang terkuak sedikit pintu bilik. Nicki sudah lama lena dibuai mimpi. Sampai saat ini, dia tidak berani beritahu Nicki hal yang sebenar. Tak tahulah pula jika Arisha sudah ceritakan hal itu kepada Nicki. Masa pula semakin suntuk.
Kakinya melangkah ke ruang dapur, air dalam jag dari peti sejuk diambil dan dituang ke dalam gelas. Air kosong itu diteguk perlahan. Fikirannya masih bercelaru dan berserabut. Nampaknya keputusan ayah muktamad. By hook or by crook, dia terpaksa menikah dengan Arisha. Conan meraup muka. Terasa dia tidak ada kuasa untuk menolak lagi. Tidak mungkin dia akan lari lagi. Tiada alasan untuknya berbuat begitu. Kes khalwatnya pun masih dalam perbicaraan. Setakat bayar denda ok lagi, tapi kalau dah terpaksa bernikah...
"Apa aku nak buat ni?" Conan tunduk termengguk di meja makan. Sungguh dia buntu. Aylanins pula semakin menjauhkan diri darinya.
Conan menapak ke ruang tamu. Sambil melayan perasaan, dia tertidur di situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 21-2-2015 08:54 PM
eh..aku ada kawan cenggitu..
abang adik..nikah ngan kembar juga..seiras..
Nnt dpt anak muka sama |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 29
AYLANINS sibuk menyediakan juadah untuk tetamu yang datang merisik nanti. Menurut emaknya, rombongan itu datang dengan dua buah kereta saja. Maklong yang mengetuai rombongan merisik. Jam sudah hampir menunjukkan ke angka sepuluh setengah. Makin lincah Aylanins mengemas mana yang patut. Juadah yang sudah siap dimasak dijenguk sekejap atas dapur.
"Mak..gulai ni cukup ke?" Aylanins lihat gulai ikan tongkol yang dimasak tadi. Pelik juga tiba-tiba pagi tadi ketika di pasar, emak menyuruhnya membeli ikan tongkol dan beras nasi dagang. Dia bukannya tahu sangat masak semua itu. Mujurlah jiran sebelah pandai masak nasi dagang. Sempat juga dia salin resepi pagi tadi sebelum ke pasar.
"Cukuplah tu! Dah! Pergi siap cepat. Sekejap lagi mereka sampai."
Aylanins mula menutup api dapur dan melangkah ke bilik. Baju kurung yang dipakainya sudah berbau bawang dan segala mak nenek bau dapur. Dia segera ke bilik menukar baju lain. Termenung pula Aylanins di depan almari. Tak tahu baju mana yang harus dipakai. Pakaiannya kebanyakannya blaus dan seluar jeans. Baju kurung pula hanya dari masa hari raya sahaja. Dia garu kepala.
"Ah..pakai jelah mana-mana pun. Aku pun bukannya nak sangat semua ni. Merisik je..bila-bila masa boleh berubah fikiran." Aylanins pujuk hati kerana jauh di dasar hatinya, nama dan wajah Conan yang melekat.
Usai menyarung baju kurung berona hijau serindit, dia termenung pula di depan cermin meja solek. Amat jarang dia mengenakan alat solek. Kerja sebagai polis sepertinya memang tidak ada masa untuk melaram apa lagi nak bersolek bagai. Dia pandang alat mekap di atas meja solek. Hanya ada bedak asas, gincu merah jambu dan celak. Dia mula mengenakan mekap ala kadar. Cukup untuk menutup pucat di wajahnya dan mata yang agak bengkak kerana seharian dia menangis semalam.
Aylanins menyelak langsir bila kedengaran deruman enjin kereta mula memasuki halaman rumahnya. Dua buah kereta sudah mula menjalar masuk. Satu kereta BMW hitam dan satu lagi kereta Honda Accord kelabu. Dia mula berdebar. Langsir ditutup sebaik bila menyedari tetamunya sudah menapak keluar dari perut kereta. Dia masih diam di dalam bilik. Rasanya tidak perlu dia keluar dan turut sama mendengar perbincangan itu. Merisik je pun. Dari dalam bilik dia mendengar ibu menjawab salam dan tetamu dijemput masuk.
Agak lama juga perbincangan mereka di ruang tamu. Aylanins masih dalam bilik. Dia semakin berdebar bila pintu biliknya diketuk. Dia menyuruh masuk. Sebaik pintu dikuak, Aylanins melemparkan senyuman. Maklong sudah tersenyum di muka pintu bersama emak dan seorang lagi perempuan tua yang agak sebaya dengan emak.
"Ni ke anak gadisnya? Cantik.." Seorang perempuan tua mula mendekati Aylanins dan duduk di sebelah Aylanins di birai katil.
"Ayla..kenalkan, ni Puan Hartini, maksu kepada bakal suami Ayla nanti." maklong kenalkan kepada Aylanins lalu disambut dengan ciuman di tangan oleh Aylanins.
"Ayla..Puan Hartini nak sarung cincin tu.."
Aylanins mendongak ke arah ibunya yang menyuruhnya menghulur jari kepada Puan Hartini. Sebentuk cincin bertakhta permata disarung kemas ke jari manis Aylanins sebagai cincin tanda. Mereka semua kemudian bersama menikmati juadah yang disediakan oelh Aylanins dan ibunya. Aylanins pula sesekali cuba mencari kelibat jejaka yang merisiknya di ruang tamu itu. Tiada seorang pun yang muda, semuanya tua-tua belaka. Dia kecewa. Nak juga kenal siapa gerangan lelaki itu. Nasi disuap perlahan ke mulut.
"Hmm...sedap nasi dagang ni. Gulai ikan ni pun sedap. Macam masakan orang Terengganu dah ni. Ayla ke yang masak?" Tanya Puan Hartini. Menambah dia tadi.
"Ya makcik..saya tak pandai masak tapi sempat la belajar tadi. Alah..tak sama dengan orang Terengganu masak.." Aylanins tunduk. Merona merah mukanya saat dipuji sebakul tadi. Dia mula berfikir...apakah rombongan meminang itu dari Terengganu??
"Kalau sedap macam ni, nasi ni dikukus, betul tak?" Teka maklong pula.
Aylanins hanya mengangguk saja. Itu yang diajar oleh jirannya. Dia juga pernah tanya penduduk Terengganu semasa bercuti seminggu dulu.
Mereka begitu berselera menjamah juadah dan akhir sekali dijamu pula dengan puding mangga bling resepi Aylanins sendiri. Habis licin dimakan. Hampir dua jam berada di situ, tetamu mula minta diri. Sempat maklong beritahu pada emak Aylanins yang majlis tunang akan diadakan tiga bulan dari sekarang. Satu sampul dihulur kepada Aylanins.
"Apa ni maklong?"
"Gambar bakal suami kamu la.." Maklong turut minta diri.
Aylanins tidak teruja sedikit pun melihat gambar dalam sampul itu. Dia kembali ke ruang dapur dan mengemas mana yang patut. Usai mengemas, dia berehat di dalam bilik. Sampul tadi tidak disentuh langsung. Bimbang dia tidak akan mampu menerima lelaki itu dalam hidupnya jika melihat sekarang. Biarlah dia terima tanpa melihat paras rupa. Pilihan maklong tentu yang baik akhlak dan rupa parasnya. Kalau tidak, tak akan emak begitu beria setuju dulu.
Dia terus menunaikan solat zuhur yang sudah lama masuk waktu. Sebentar lagi dia akan berjumpa dengan Malik di sebuah lobi hotel. Itu tempat yang dijanjikan oleh Malik. Mungkin Malik ingin bertanyakan hal Hani. Aylanins segera capai kunci kereta dan melaung kepada ibunya yang dia akan keluar sekejap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Choi laa.. sama je dedua.. xnak tgk muka tunang kunun.. bila tau sapa tunang.. sendiri tercekik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|