|
mrsLucky posted on 22-11-2012 06:34 PM
Ala... korang mention cete cik_es.. cete cik-es.. bagi lah link i nak baca..please...
I ada m ...
Ha'ah....dah berkoyan forumers sebut pasal cik Es.... teringin nak tahu apa yang di tipunya....
Puan Manja, I pun ada kenal orang yang berkelakuan seperti laki Ummi...Hampir sama! Cuma bezanya, yang menipu tu pompuan melayu dan yang kena tipu lelaki-lelaki mat salleh.....
|
|
|
|
|
|
|
|
menunggu dengan sabar, tiap hari lepas isyak, cek smada dh ada smbungan ke belum,
tp esok kat pejabat, bru perasan dh ada sambungan, huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
manjaredd posted on 20-11-2012 10:34 PM
Diam tak diam dah hampirseminggu berpuasa.. kami sekeluarga akan pulang ke kampung untuk berp ...
'dont shout at my ummi' tiba-tiba Sya pula yang bersuara. this is ummi's house please go..kata Sya lagi..
'daddy who is this? '
'dont call me daddy u idiot!! you are custard!'
'i dont like u ..go..' Sya menolak-nolak perempuan tadi..
TT, could you please explain the meaning of the red colored sentence.. apa maksud custard dalam cerita ni? bukankah custard tu sejenis manisan... |
|
|
|
|
|
|
|
Errrkkk takde cite pagi ni???? |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi...
sehari sebelum raya suami ummi keluar tidak pulang-pulang, ketika itu kami sudah pun pulang ke kampung. adik ummi ambil cuti awal supaya boleh berada dirumah. menurut ummi barang keperluannya semua ada di rumah. dia tidak kisah nampaknya mungkin lebih lega. alhamdulilah..sepanjang di kampung tidak pula kami dengar apa-apa yang tidak baik dari kuala lumpur.
suami ummi pulang pada pagi hari raya yang ketiga dengan keadaan tidak terurus. sebaik tiba dirumah dia terus ke bilik tidur dan tidak keluar sehingga malam. bila bangun dia bersihkan diri dan makan, bersiap-siap dan keluar dengan eva????
hmm.. kenapalah perempuan tu tak sedar lagi.. kami pulang ke kuala lumpur pada hari raya yang ke lima dan terus ke rumah ummi untuk beraya sambil hantar bekalan dari bonda di kampung. suaminya masih belum pulang sejak keluar dengan eva tempohari.
ketika di kampung saya dan suami sudah sepakat, kalau wang ummi belum cukup untuk perbaharu visa suaminya kami akan bantu dan bayarkan wang denda lebih tempoh dia tinggal disini supaya ummi dan Sya boleh hidup aman. hal itu kami beritahu kepada ummi. mulanya dia menolak kerana dah banyak susahkan kami, pada kami pula hari ini hari dia.. dua hari lagi baru pejabat kerajaan akan buka, jadi sepanjang dua hari kami hanya berhari raya dirumah saudara mara dan di rumah sahaja. ummi bawa ayahnya pulang ke kampung dan pulan pada hari yang sama. dalam masa itu juga johan hubungi saya, katanya suami eva hubungi dia dan beritahu yang eva tidak balik rumah sudah beberapa hari. dia tahu eva masih berhubungan dengan suami ummi. kad kredit eva digunakan untuk membayar hotel ketika hari raya, kerana kad kreditnya cecah limit tak lama selepas bayar bulanan. bila dipaksa eve masih tidak beritahu apa-apa, sebaliknya berbohong membeli belah untuk keperluan hari raya. bila dia hubungi bank dia diberitahu yang kadnya digunakan untuk membayar hotel pada sebelum hingga hari raya. bila dihubungi pihak hotel mereka beritahu yang bilik atas kad yang mereka charge itu diduduki oleh 'mat salleh'. tahulah suami eva ke mana wang yang diberi digunakan.. kesian pula pada dia, kemewahan dan kesenangan yang diberi pada isteri tidak dihargai. kuasa tuhan, ada hikmahnya..
pada hari itu ummi sudah mula berkerja, sekolah masih cuti jadi dengan rela hati johan tinggal dirumah itu bersama Sya. Johan..johan..moga-moga terbuka hati ummi untuknya... saya tahu dia masih mengharapkan ummi. ketika di pejabat, ummi menerima panggilan dari suaminya meminta wang sebanyak rm1000. ummi tidak mahu memberi dan dia mengugut untuk menjual Sya!!! berderau darah ummi mendengar. dia terus letak telefon dan hubungi saya dengan suara menggigil dia beritahu saya tentang panggilan yang diterimanya. saya minta dia bertenang dan beritahu pula johan supaya dia berjaga-jaga. johan ambil keputusan untuk bawa Sya pulang ke rumahnya. saya tahu hal ini tidak boleh dibiarkan suami ummi sanggup buat apa sahaja.
dalam perjalanan pulang ke rumahnya johan hubungi suami eva dan cuba bertanya khabar. tanpa di minta dia memberitahu johan yang isterinya telah lama tidak pulang dan dia tahu isterinya ada bersama suami julia. dia mengambil keputusan untuk lepaskan isterinya kerana dia memilih jalan itu, kad kredit isterinya di batalkan,akaun simpanan juga di sekat. yang ada cumalah subuah kereta dan wang simpanannya sendiri. ummi tidak jadi untuk pulang bila tahu yang Sya dalam keadaan selamat. suaminya masih tidak berhenti menghubunginya tetapi dia tidak menjawab.
dalam sedang menguruskan hal suami ummi, kami dapat tahu yangsalah seorang dari kawan kami sedang menumpangkan suami ummi dirumahnya. dia mengadu kepada kawan itu yang ummi menghalaunya.kawan kami percaya bulat-bulat dan semakin buruk tanggapan kawan-kawan kepada ummi. mereka sanggup menghantarnya ke johor bahru kerana eva merancang untuk membuat dokumen palsu untuk suami ummi... ketika kami dapat tahu suami ummi sudah pun berada disana. dimana sembunyinya kami tidak tahu kerana kawan kami menghubungi saya sendiri supaya ummi tidak perlu lagi mencari-cari suaminya.
nampaknya kena tukar ke plan B.
SAYA SAMBUNG LAGI MALAM NANTI..JIKA ADA KESEMPATAN..INSYAALLAH...
NAK BERSIAP KE TEMPAT KERJA..DAH AGAK LEWAT..
|
|
|
|
|
|
|
|
Peya posted on 22-11-2012 11:32 PM
Errrkkk takde cite pagi ni????
here we go peya..
baru sambung.. got to go to work soon..
|
|
|
|
|
|
|
|
semangat pagi2 bukak thread ni tgk tt dh smbg ke belum..hihihi..
|
|
|
|
|
|
|
|
wow.. makin menarik cete nih... nanti petang i check in balik..
have a great friday uols.. |
|
|
|
|
|
|
|
kupu2siang posted on 22-11-2012 03:55 PM
adehh melekat lak aku ngan thread ni... mmg best citernya tp terpikir gak.. btl ke kisah benar? ke k ...
ala misteri pun ko gader gak kan
|
|
|
|
|
|
|
|
suka baca citer ni. teruskan TT |
|
|
|
|
|
|
|
Salam jumaat....heheheheh su pun dah terikat ngan cerita nih, x sabar nak tahu akhirnya....teruskan ye tt...yang baik jadi pengajaran, yang buruk jadi sempadan...
|
|
|
|
|
|
|
|
adabintang posted on 23-11-2012 09:12 AM
ala misteri pun ko gader gak kan
tu sblm tau kena tipu hahahahha (padahal dah dpt rasa dah masa tu)
|
|
|
|
|
|
|
|
adabintang posted on 23-11-2012 09:41 AM
aku pun tertipu dgn ceritanya..
xpe lah.. maafkan je.. dia ade masalah kut..
semoga dia ok di ...
tp kira kagum laa sbb dia ada daya imaginasi yang tinggi
|
|
|
|
|
|
|
|
zeed posted on 23-11-2012 07:00 AM
'dont shout at my ummi' tiba-tiba Sya pula yang bersuara. this is ummi's house please go..kata Sya ...
ohh my englishh?
|
|
|
|
|
|
|
|
manjaredd posted on 23-11-2012 09:28 AM
tq..tq...
saya cuma ada masa belah malam je minggu ni..
now di ofis ..tak syiok me ...
xpe.. take ur time..kem salam dgn ummi tu ye.
semoga dia happy dgn life skrg..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|