CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
Post time 29-9-2010 09:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 29-9-2010 09:39

Saya ambil artikel di bawah dari internet. Saya tidak merumuskan hukum, cuma nak bincangkan di sini. Siapa yang tak setuju boleh bawa dalil untuk menolak hujjah di bawah.

Seputar Persoalan Jampi

Adakah dalil untuk perkara berikut:

Air yg dibaca ayat al-Quran, kemudian di jirus keliling rumah untuk perlindungan?


Jawapan :

Thabit di dalam hadith-hadith yang sahih Nabi saw menjampi ahli keluarga baginda. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :

كان إذا مرض أحد من أهل بيته، نفث عليه بالمعوذات

Maksudnya : "Adalah (Nabi saw) apabila seseorang ahli keluarga baginda sakit, baginda hembuskan padanya dengan ayat-ayat pelindung."

Di dalam sahih Muslim juga, daripada 'Auf bin Malik al-Asyja'i (عوف بن مالك الأشجعي )  katanya :

كنا نرقي في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله، كيف ترى في ذلك؟ فقال: "اعرضوا عليّ رقاكم، لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك

Maksudnya : "Kami dahulu berjampi ketika Jahiliyah, maka kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana engkau lihat perkara itu ? Sabda Baginda : Tunjukkan kepadaku jampi kamu semua, tidak mengapa dengan jampi yang tidak ada padanya unsur syirik."

Dari Abi Sa'id bahawasanya Jibril pernah datang kepada Nabi saw lalu berkata : "Wahai Muhammad, kamu berasa sakit ?, jawab baginda : Ya. lalu Jibril membaca :

بسم الله أرقيك، من كل شيء يؤذيك من شر كل نفس أو عين حاسدٍ الله يشفيك، بسم الله أرقيك

(Bismillaahi arqiik, min kulli syai-in yu'ziik, min syarri kulli nafsin aw 'ainin haasid, Allaahu yasyfiik, bismillaahi arqiik) Maksudnya : "Dengan nama Allah aku menjampiMu, dari setiap sesuatu yang menyakitkan Mu, dari setiap jiwa atau ain (pendangan) dengki, Allah, dialah yang menyembuhkan Mu, dengan nama Allah aku menjampi Mu."

Ini adalah sebahagian daripada dalil-dalil harusnya berjampi dengan cara menghembus, menyentuh atau sesuatu yang dapat menyampaikan kesan perjampian kepada orang yang dijampi atau tempat yang dijampi dalam apa-apa cara yang sesuai. Maka membaca beberapa ayat al-Quran pada air kemudian merenjiskannya ke sekeliling rumah adalah sebahagian usaha untuk menyampaikan kesan perjampian ditempat yang ada gangguan. Ia dibenarkan di dalam agama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2010 10:38 AM | Show all posts
Saya ambil artikel di bawah dari internet. Saya tidak merumuskan hukum, cuma nak bincangkan di sini. ...
mnm77 Post at 29-9-2010 09:36



    Pernah masa belajar dulu ada sebuah hadis yang menyebut Rasulullah membaca ayatul Qudsi, tiga qul hembus di tapak tangan dan sapu ke seluruh badan. Bintang tak dapat cari hadis tu.... boleh bantu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:40 AM | Show all posts
mnm77 cayalah!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:40 AM | Show all posts
mnm77 cayalah!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:41 AM | Show all posts
mnm77 cayalah!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 10:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 29-9-2010 11:05
Saya ambil artikel di bawah dari internet. Saya tidak merumuskan hukum, cuma nak bincangkan di sini. ...
mnm77 Post at 29-9-2010 09:36


Macam mana hadis-hadis yang menerangkan berkaitan penyakit fizikal dan sihir boleh pulak di guna sebagai dalil untuk "perlindungan menghalau jin syaitan keliling rumah "?   

Apa kena mengena penyakit fizikal dan sihir dengan jin syaitan keliling bangunan, rumah , pokok tu semua ?   

Sihir dan penyakit fizikal TAK INVOLVE LANGSUNG JIN SYAITAN masuk dalam badan manusia atau dalam bangunan , rumah etc  , sebaliknya ia hanya ada kaitan dengan KESIHATAN TUBUH BADAN MANUSIA !  

Kalau kau kata involve jin syaitan masuk badan maka takkan lah ketika Nabi sakit dan ada juga sekali ketika Nabi di sihir maka jin syaitan masuk dalam seluruh tubuh badan Nabi ketika tu ?? Tentulah TIDAK kan !  

Perkara ni banyak forumer dalam thread ni dah tekankan berulang kali jin syaitan tak ada kena mengena dengan penyakit fizikal dan sihir tapi nampaknya blur jugak ye tak paham - paham .
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-9-2010 11:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 29-9-2010 11:09

Saya dah kata thread ni untuk bincangkan bab kesesatan menghalau jinsyaitan dari bangunan , rumah, pokok etc aje , dan tak di bincangkan di thread ni penyakit fizikal dan sihir kerana tak ada kaitan langsung dengan thread ni ok so mnm 77 kalau kau nak bincangkan bab penyakit fizikal dan sihir elok buka thread sendiri aje lah ye untuk membincangkan bab tu aje .
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 11:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 29-9-2010 11:20
Sihir dan penyakit fizikal TAK INVOLVE LANGSUNG JIN SYAITAN masuk dalam badan manusia atau dalam bangunan , rumah etc  , sebaliknya ia hanya ada kaitan dengan KESIHATAN TUBUH BADAN MANUSIA !  

Kalau kau kata involve jin syaitan masuk badan maka takkan lah ketika Nabi sakit dan ada juga sekali ketika Nabi di sihir maka jin syaitan masuk dalam seluruh tubuh badan Nabi ketika tu ?? Tentulah TIDAK kan !  
blastoff Post at 29-9-2010 10:58


Betulkah Sihir dan SEMUA penyakit fizikal TAK MUNGKIN melibatkan Jin Syaitan? Anda PASTI?

Kalau Syaitan tak masuk pun, dia masih boleh buat kacau. Yang jadi kerasukan dan histeria tu yang dah masuk.

Saya dah kata thread ni untuk bincangkan bab kesesatan menghalau jinsyaitan dari bangunan , rumah, pokok etc aje , dan tak di bincangkan di thread ni penyakit fizikal dan sihir kerana tak ada kaitan langsung dengan thread ni ok so mnm 77 kalau kau nak bincangkan bab penyakit fizikal dan sihir elok buka thread sendiri aje lah ye untuk membincangkan bab tu aje .


Air yg dibaca ayat al-Quran, kemudian di jirus keliling rumah untuk perlindungan tu bukankah termasuk dalam menghindar/kurangkan gangguan secara fizikal dari Jin/Syaitan?

Syaitan boleh buat gangguan ghaib (was-wasa), juga boleh buat gangguan fizikal (dengan izin Allah). Yang jadi masalah bila ada gangguan fizikal. Tapi kalau dah percaya Jin/Syaitan tak boleh buat gangguan fizikal so saya faham kenapa saya patut keluar dari thread ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2010 11:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 29-9-2010 12:00
Perbuatan yang syirik saja kan. Kalau nenek moyang kita Islam, takkan takleh ikut nenek moyang kot?
mnm77 Post at 29-9-2010 09:31


Kalau nenek moyang Islam, maka nenek moyang tu kena ikut Quran Sunnah baru nenekmoyang tu layak bergelar orang-orang yang beriman .

Hanya amalan yang di tunjuki Allah dalam Quran Sunnah saja boleh di gelarkan sebagai amalan Islam sebab Islam ni agama Allah dan bukan agama nenek moyang , oleh itu hanya Allah yang berhak menentukan amalan mana Islam dan amalan mana tidak, nenek moyang tak berhak untuk tentukannya so ikut nenek moyang buat apa ?  

Perbuatan yang syirik saja kan? Syirik tu bergantung kepada i'tikad, kan?
mnm77 Post at 29-9-2010 09:31


Kau tengok perintah Allah dalam 4 maksud ayat Quran bawah ni , Allah menetapkan kafir manusia yang tidak membuat keputusan mengenai sesatu perkara menurut apa yang Allah turunkan . Membuat keputusan involve perbuatan ! Perbuatan memutuskan/membuat keputusan ! Itu perbuatan atau action !

Apa yang Allah turunkan ? Amalan nenek moyang ? Amalah agama lain ? Tidak sesekali ! Sebaliknya yang Allah turunkan adalah Quran Sunnah !  

So orang yang berpendapat bahwa ada "kebenaran " pada cara amalan nenek moyang atau amalan agama lain walaupun dah jelas amalan tersebut tidak pernah diturunkan Allah dalam Quran Sunnah maka Allah sendiri menegaskan bahwa orang itu kafir statusnya !  


Quran 5:44 Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

Quran 5:48 "Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,"


Quran 5:49 dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.

Quran 2:213 Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

Setuju. So guna garam ni termasuk ke dalam Hukum Am yang mana? Hukum Am ikut nenek moyang?mnm77 Post at 29-9-2010 09:31


Ada terdapat dalam Quran Sunnah mengenai penggunaan garam , lada , kemenyan, kayu salib, air jampi , holy water etc  untuk halau hantu ? Jelas tak ada maka itu bermakna Allah tak turunkannya , ia datangnya dari kepercayaan khurafat orang dulu kala, orang agama lain etc tapi tidak dari Allah .

So kau nak buat keputusan bahwa walau pun Allah tak turun kan suruhan penggunaan mende tu untuk halau jinsyaitan sebaliknya dah jelas larangan am menurut nenek moyang wujud dalam Quran , tapi kalau kau still nak berkeras menegaskan jugak tak pa dan di bolehkan untuk guna mende tu untuk halau jin syaitan , maka kau jelas sekali dah tak takut terbatalnya iman kau lah . Bukan saya kata , tapi Allah sendiri yang menyatakannya  ( Quran 5:44) . Kekafiran bermakna terhapus segala amalan baik yang lepas , ZERO dan kalau mati tak bertaubat alamatnya neraja jahannam selama-lama menanti !
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 11:52 AM | Show all posts
pgunaan kemenyan pun dulu2 ada ustaz2 yg mpertahankan dgn urat nadi mrk. tapi hari ini bila mrk makin faham mrk telah meninggalkannya.  alhamdulillah. pelan2 kita bagi penerangan. bukan senang nak buang adat2 lama yg dah melekat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 12:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 29-9-2010 12:10
pgunaan kemenyan pun dulu2 ada ustaz2 yg mpertahankan dgn urat nadi mrk. tapi hari ini bila mrk maki ...
tobby Post at 29-9-2010 11:52


depa simpulkan Islam menurut anganan depa sendiri : kalau tak dak larangan maka selagi iktikad ok di bolehkan  !

Padahal dah jelas dalam Al Quran yang Allah sendiri menegaskan kekafiran akan menimpa pada manusia yang berpendapat ada cara lain yang benar selain dari apa yang Allah turunkan dalam Quran Sunnah  ! Bukannya tak ada larangan , tapi mereka yang tak faham mesej Islam yang sebenar lalu menganggap tiada larangan kenkonon .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 12:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 29-9-2010 12:43

Nabi sendiri mencela manusia yang melanggar larangan Allah , tapi ada pulak orang "Islam" yang menyokong malah mempertahankan amalan karut marut nenek moyang yang jelas di larang oleh Allah untuk di lakukan !


Sahih Bukhari (terjemahan bahasa malaysia)

nombor 2153 halaman 188 :

Dari Aisha r.a. isteri Nabi s.a.w katanya : " Apabila Rasulullah s.a.w di beri pilihan dua urusan atau pekerjaan , beliau memilih yang termudah , selama yang termudah itu tidak mengandungi dosa . Jika pekerjaan itu mengandungi dosa , maka beliau menjauhkan diri daripadanya sejauh-jauhnya . Dan beliau tidak pernah mencela seseorang , melainkan apabila orang itu melanggar larangan Allah 'Azza waJalla ."
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 01:25 PM | Show all posts
Reply 534# ussopp


   
tadi kata alam ghaib tu alam jin.

ha itulah maksud sy.

bila dah tahu ilmu tabur garam, biasanya org akan berminat utk tahu lebih banyak, lagipun alam ghaib(jin) ni interesting.....

bila dah start skit, banyak la lg yg nak diteroka tu.


mike x beriman ngan benda ghaib ke?keseluruhan rukun iman tu adalah ghaib...kecuali kitab...tapi kalu kata kitab pun ghaib jadi le golongan2 org2 cam mike ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 01:31 PM | Show all posts
Reply 553# fathan


   
mike x beriman ngan benda ghaib ke?keseluruhan rukun iman tu adalah ghaib...kecuali kitab...tapi kalu kata kitab pun ghaib jadi le golongan2 org2 cam mike ni..


Aku tau fathan awat hang buh 4 ekoq smiley..tu tanda ada 4 geng wahabi dlm thread nih ya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 01:35 PM | Show all posts
Reply  fathan


   

Aku tau fathan awat hang buh 4 ekoq smiley..tu tanda ada 4 geng wahabi d ...
baghal Post at 29-9-2010 13:31



    eh!mana mike tau niii....ish!mike ni boleh baca plak akai aku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 01:54 PM | Show all posts
anggap jer garam n lada itam tuh macam ubat nyamuk...

nyamuk xsuka asap yg dikeluarkan dari ubat nyamuk, scara otomatik nyamuk jauhkan diri dari kawasan ubat nyamuk itu...ada dalam quran or sunnah? xade..

nyamuk makhluk Allah, jin pon makhluk Allah...

dari pengalaman ustaz2 nih depa dapat tau jin nih xsuka garam ngan lada itam...depa guna buat halau jin...ada dalam quran or sunnah? xade....

smuanya dengan izin Allah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2010 02:05 PM | Show all posts
FMKiller..

nt kata mereka... nyamuk itu bende fizikal.. jin bende ghaib..so tak sama.... alam ghaib ni manusia tak leh capai so logik2 akal tak boleh digunapakai..  ubat nyamuk, kereta lori, komputer, iphone takde tulis dlm quran hadis smua tp diorg kata takpe ..leh guna sbb takde kene mengena ngn bende2 ghaib..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 02:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 29-9-2010 14:25

Allah dah sebut dalam Quran mengenai manusia yang "mengaku" beriman tapi mengambil keputusan menurut cara taghut yang bertentangan dengan cara yang diredhai Allah dan RasulNya . So kita boleh lihat mereka dan perangai mereka lah .     


Quran 4:60 Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.     


Sekarang mereka bergembira mengejek itu ini, namun esok ni di akhirat mereka akan mengutuk syaitan kerana telah memperdaya mereka di dunia .  

Tapi waktu tu dah terlambat, sepatutnya kat dunia lah mereka perlu mengutuk syaitan tapi mereka memilih untuk mengikut hasutan syaitan kat dunia instead .  

Well saya menyampai kan aje, nak mengejek , nak menolak , nak mencemuh saya tak kisah kerana bukan saya yang akan menanggung akibat dari perbuatan mereka so saya berserah pada Allah ajelah ye .     


Quran 14:22 "Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: ""Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu"". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih."
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 02:30 PM | Show all posts
Betul...berserahlah kepada Allah..keje menghukum manusia ni keje ALLAH Taala bukanlah keje kita manusia yg lemah ini..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 02:46 PM | Show all posts
Sihir dan penyakit fizikal TAK INVOLVE LANGSUNG JIN SYAITAN masuk dalam badan manusia atau dalam bangunan , rumah etc  , sebaliknya ia hanya ada kaitan dengan KESIHATAN TUBUH BADAN MANUSIA
blastoff Post at 29-9-2010 10:58


Surah Al-Baqarah ayat 275

ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّ
   


Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila

المس - sejenis penyakit gila

Kerasukan macam histeria tu adalah sejenis penyakit gila disebabkan oleh Syaitan. Ini ayat Al-Quran yang menunjukkan Jin/Syaitan tu boleh mempengaruhi fizikal manusia.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053397 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list