CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
Post time 25-11-2010 03:18 PM | Show all posts
kebakaran tu mesti khianat punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2010 10:28 PM | Show all posts
memang pun khianat...si karina punya pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 02:46 PM | Show all posts
salam..fazs..xde n3 ke..xpe..isnin kita jumpa lak..harap2 da byk nti..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 11:35 AM | Show all posts
mesti ada sesapa dengki...
kalu x...x kan leh bakar sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 11:38 AM | Show all posts
lamanya nak tunggu monday...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 10:10 AM | Show all posts
salam semua.... Lisa kembali..

************************************************************************
Ibu dan mama telah pulang bersama atas urusan di rumah. Tinggal Lisa dan Shah di bilik wad itu.

“kesian u kena bawa semua keja ke sini. Kalau u nak buat kat office tak ape. Lisa tak kisah” Shah memandang tepat ke wajah mendung Lisa. Kata2 nya seperti ada yang tersimpan dan terpendam.

“u kan my wife, sayang i.” Shah duduk di birai katil. Tangannya menyentuh jemari Lisa. Jemari itu di bawa ke bibirnya. Di kucup syahdu. Kasih nya pada Lisa melebihi segalanya.

Lisa terpaku dengan perlakuan suaminya, hilang rasa sakit yang di tanggung. Lama sunyi menyelubungi mereka. Hanya perlakuan demi perlakuan yang terjadi. Mujur la bilik ini private, kalau tak tayangan free je lah satu Kuantan.

Ketukan pintu memeranjatkan mereka berdua. Sebentar kemudian datang seorang doktor masuk dan 2 orang polis berpakaian lengkap uniform. Shah terus memberi ruang kepada doktor untuk memeriksa Lisa sementara Shah berbual dengan Inspektor polis itu.

Saat balutan Lisa ingin di buka, Shah menanti di sisi. Tangan Lisa meraih jemari Shah. Buat bekalan semangat, nyilunya dia saat ubat di sapu. Tempat jahitan itu tidak di balut semula,ia di biarkan sahaja begitu. Sesekali, rasa nyilu mendatang Lisa mengenggam jemari Shah.

“it’s ok, tahan sikit” Shah memujuk.

“Sekejap yer Puan. Puan kenal siapa ni?” Doktor mententeram kan Lisa sambil memeriksa nya. Lisa hanya mengangguk, terlalu nyilu hingga mengunci otot bibir nya.

“isteri saya macam mana?” pantas Shah bertanya sebaik doktor itu siap memeriksa Lisa.

“semua ok, bleeding tak ada kan. Ingatannya pun ok” ulas doktor itu. Lisa hanya memerhati si suaminya. Resah Shah kalah kan Kira tak dapat mainan.

“so bila boleh pulang” Lisa mencelah.

“depends puan, paling cepat esok. Rehat la dulu” sempat doktor mengusik.

“thanks doc” shah bersyukur Lisa mampu di selamatkan.

“it’s ok, my job kan En Shah.” Doktor berlalu keluar.

“Sayang ini Inspektor Ibrahim dan ini Lans Koperal Alias,ingin mengambil kenyataan dan bertanya beberapa soalan” mata Lisa di cari, kedua2 anggota polis itu menghampiri katil Lisa.

“Sayang, u ok?” Shah memeluk bahu Lisa. Lisa hanya mengangguk tanda setuju.

“puan ingat apa yang berlaku semalam?” Lans Koperal itu mula sesi temuduga. Buku nota di buka. Coretan bermula.

“ingat” Shah memperkemaskan pelukan nya apabila Lisa mula menarik tangan nya seakan mohon pelukan yang lebih kemas.

“semasa di butik, puan buat apa selepas pukul 5 petang”

“sekitar pukul 5, staff saya balik, tinggal saya seorang. Saya mengemas pejabat saya. Saya telefon rumah saya sekejap bagitau saya dan suami lambat. Lepas tu saya tertidor atas sofa dalam bilik”

“puan tak ada dengar apa2?”

“dengar apa?” agak naif soalan Lisa.

“detuman atau apa2 sahaja yang tak pernah puan dengar?”

“tak ada pula”

“bila saya terjaga, bilik saya di penuhi asap, saya cuba keluar tapi saya terjatuh, kepala saya terhantuk ke meja. Lepas tu saya tak sedar dah”

“puan ada musuh?” wajah Shah di pandang, musuh?

“saya tak bermusuh dengan sesiapa” ujar Lisa telus. Shah mengurut lembut lengan Lisa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2010 10:11 AM | Show all posts
Kedua2 anggota polis itu bercakap sesama sendiri. Ada yang di conteng lagi di nota kecilnya itu. Lisa menyandarkan kepalanya di dada Shah. Nyaman nya, sesekali bibir Shah menyinggah di mana2 yang di mahu di tubuh Lisa. Adakalanya di muka, kadang2 bahu pun menjadi mangsa.

Lisa tidak tahu apa perasan Shah, cuma yang pasti ia amat menyenangkan dan Lisa memerlukan nya. Lisa tidak pernah menolak, mula2 malu jugak tapi lama kelamaan sudah menjadi sebati dengan hidup nya seharian. Aman rasa ciuman dari suami yang dicintai dalam diam.

Anggota polis kembali menghampiri pasangan romantik itu, mengulas serba sedikit tentang pemahaman mereka dari sudut pandangan Lisa tentang kejadian itu. Mereka ingin pastikan, maklumat yang diperolehi adalah tepat.

“apa punca kebakarannya En?” Shah bertanya lanjut.

“kami masih menyiasat En Shah, apa yang pasti api merebak bermula dari butik Pn Lisa. Hasil siasatan pihak bomba, ada letupan kecil berlaku di ruang legar.”

“letupan?”Lisa terkejut, sesungguh nya tiada apa yang di dengar macam mana pula meletup.

“letupan apa ya En” shah memandang Inspektor Ibrahim.

“kami masih menyiasat En Shah. Mengikut laporan bomba terdapat kesan2 akibat petrol.”  Shah mengangguk.

“dari semasa ke semasa kami akan hubungi pihak En Shah untuk maklumat lanjut.” Kata pihak polis itu sambil mohon beredar.

Jam sudah melepasi Asar, kami berjemaah di sudut yang disediakan. Masa terus berlalu, semakin ramai tetamu yang datang. Intan datang bersama Amy namun beredar selepas ibu dan mama datang bersama si comel.

“mama ok?”

“sakit la honey” Lisa mengaja memanja kan suaranya. Kira pantas melihat dahi Lisa.

Terus muka nya bermemek ngeri. Telus ketawa semua yang ada melihat telatah Kira.
Kira asyik di sofa dengan buahan yang di bawa oleh Intan. Mak Yah dan ibu duduk di kerusi di sisi kanan Lisa, manakala Shah duduk di sisi kirinya sambil menggenggam erat jemari Lisa. Topik mereka semua berkisarkan kebakaran itu.

“dear..apa sebenarnya doktor cakap berlaku kat Lisa? Ingat Lisa dah mati je”

“ish! Cakap bukan2..” ibu menepuk lembut bahu Lisa.

“u lemas, asap tebal dah hampir memenuhi seluruh paru2 u. sebab tu u tak stabil then jatuh. Jatuh pula terkena bucu meja kot, sebab tadi u kata u jatuh atas meja kan?” Lisa mengangguk.

“dahi I ni kena meja la?” Shah mengangguk. Mak Yah dan Ibu tekun mendengar.

“banyak darah yang keluar, itulah agak lama juga u dekat emergency.” Shah masih fobia dengan situasi semalam.

“syukur la selamat Lisa.” Mak Yah yang senyap sejak tadi mula bersuara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 10:12 AM | Show all posts
“butik kenapa pula?”

“tak tahu la sayang. Tadi polis tu cakap, pintu kaca depan ada kesan kena baling dengan benda keras. Diaorang masih mencari barang tu. Siasatan awal, ini mungkin kebakaran yang di sengajakan.”

Lisa mengeluh, siapa lah musuh nya ini? Lily ke? Camelia? Karina? Atau ada orang yang tak suka pada nya? sakit nya jiwa dengan manusia begini.

“siapa la punya keje ni? Karina tak?” cepat Mak Yah membuat ulasan.

“Lisa pun fikir macam tu” cepat Lisa menyokong.

“tak baik mama, Lisa kita tuduh orang tunggu la siasatan nanti.” Tutur Shah. Niat Shah hanya satu, tidak mahu antara ahli keluarga nya menuduh orang tanpa bukti. Tapi hati Lisa membengkak, nampak sangat Shah membela jandanya.

“ye la tu..” balas Lisa.

“sayang” agak keras tone Shah memanggil Lisa, seolah ada teguran di sebaliknya. Kedua2 ibu hanya mengunci mulut, cukup sekadar menjadi pemerhati.

“what?” sakit nya hati bila suami menyokong jandanya. Sengaja aku berpura2 seolah tidak faham maksud nya. Shah menggeleng, jemari nya ku tolak. Secepat itu di raih kembali.

“Don’t act like that..” suara Shah mengendur. Cemburu isterinya terhadap jandanya telah kembali. Jika tidak ada ibu dan mama pasti si isteri telah di gomol menunjukkan betapa sayang nya dia pada nya. Shah tergelak jahat di hati.

Seminggu berlalu, Lisa hanya berehat di rumah selepas menghabiskan masa 2 hari di hospital. Respon dari Inspektor Ibrahim amat baik, kerap juga dia memaklumkan info kebakaran butik. Kebakaran yang disebabkan bom buatan sendiri, di tambah dengan linangan petrol meranapkan butiknya. Atas kecekapan pihak bomba, ruang pejabat sempat diselamatkan. Anggaran kasar Lisa kerugian lebih 50K, nasib baik butik itu telah di insurankan. Tidak banyak mampu juga dia membangunkan semula.

Keasyikan nya di taman di buai dengan satu ciuman di ubun2 nya. Menghidu sahaja haruman polo itu, sudah tahu gerangan nya.

“sayang buat apa ni? Menung jauh?” Shah duduk di sebelah Lisa. Mata si isteri yang berwarna hazel di tenung lembut.

“pasal butik” Lisa mengeluh kecil.

“kita pergi bercuti nak?” Lisa agak terkejut. Di saat begini, bercuti yang di utarakan.

“dear….banyak benda kena fikir lagi pasal kebakaran tu”

“bercuti untuk Lisa berehat, sambil tu kita boleh fikir pasal re-open butik Lisa. Kita buka kat tempat lain nak? Nearest with my office ok?” Lisa tersengih. Macam2 hal la En Hubby ni.

“kenapa mesti dekat dengan office u?” Lisa mengusik.

“nanti setiap masa terluang I boleh spend time with u, I boleh lari2 je. Tak payah la tunggu lunch baru boleh jumpa” terang Shah bersama sengih malu apabila idea jahat nya dapat Lisa hidu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2010 10:13 AM | Show all posts
lamanya nak tunggu monday...
bb_75 Post at 27-11-2010 11:38



    it's coming...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 10:15 AM | Show all posts
mesti ada sesapa dengki...
kalu x...x kan leh bakar sendiri...
shahrinas Post at 27-11-2010 11:35



    kena tunggu... sabar yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 10:17 AM | Show all posts
salam..fazs..xde n3 ke..xpe..isnin kita jumpa lak..harap2 da byk nti..hehe
naza81 Post at 26-11-2010 14:46



    dah ada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 10:18 AM | Show all posts
memang pun khianat...si karina punya pasal...
bb_75 Post at 25-11-2010 22:28



    tak baik tuduh karina...ish3.. kesian dia..  tak tahu lagi la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 10:56 AM | Show all posts
siapalah musuh lisa ye:@
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 11:10 AM | Show all posts
comel tullah pasangan nie...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 01:12 PM | Show all posts
salam fazss...

best citer nie...lama tak jeguk umah kekawan...
citer fazss baru akak rempy pagi tadi...
in tray akak jeling jeling pandang pandang je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 02:37 PM | Show all posts
siapalah musuh lisa ye
uda08_za Post at 29-11-2010 10:56



    sabar yer..inspektor Ibrahim tengah siasat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2010 02:37 PM | Show all posts
comel tullah pasangan nie...
shahrinas Post at 29-11-2010 11:10



    comel2 kan.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 02:38 PM | Show all posts
salam fazss...

best citer nie...lama tak jeguk umah kekawan...
citer fazss baru akak rempy pagi  ...
cerry_ice Post at 29-11-2010 13:12



    thanks, hehehe

jangan lupa jenguk lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 08:34 PM | Show all posts
best...sambung la n3 banyak2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2010 03:17 PM | Show all posts
Tempat percutian yang di tuju, Cameron highlands. Indah, nyaman dan selesa. Tiada ungkapan kata yang mampu menggambarkan hatinya kini buat suami tercinta. Hanya perbuatan yang mampu di tunjuk, luahan hati yang mekar. 3 hari di sana ibarat musim bulan madu mereka. Terlupa seketika tentang kejadian malang yang menimpa.

Malam terakhir adalah malam yang terpenting buat mereka. Selepas makan malam, mereka terus ke bilik. Menghabiskan masa berdua berpelukan di serambi bilik sambil berbual isu2 yang terlintas.

“Dear, sapa suspek yang Insp Ibrahim tangkap tu?”

“itu, I tak ingat sangat detail tapi dia budak upahan. Orang tu upah dia untuk baling bom tu ke butik. Semua butik dah dapat memang sah dia. Cuma diaorang masih mencari pengupahnya.”

“agak2 sapa la agak nya?” Lisa tidak teringin untuk menyuarakan pendapatnya,takut kebahagiaan yang dirasai sekarang akan tergugat, cukup la sekadar bertanya pendapat Shah.

“serius i tak nak u fikir sayang, biar bukti2 yang bercakap. Tahu kenapa?” Lisa menggeleng, renungan mereka bertemu.

“I tak mahu nanti kita jatuh fitnah, berdosa. Biar la polis yang jalankan tanggungjawab mereka. Sapa pun orang tu, dia pastikan terima akibatnya. Lambat atau cepat je sayang.” Lisa juga bersetuju dengan pandangan itu.

“dear, I’m sorry..” Lisa rasa bersalah. Ternyata niat suaminya telah di salah ertikan.

“for what?”

“I fikir bukan2 tentang u waktu kat hospital hari tu”

“maksud u?i tak faham”

“I ingat u sengaja sebelahkan Karina bila I syak dia” Lisa tertunduk bersalah, Shah tersenyum bahagia. Cemburu tanda sayang.

“sayang..i only love u, u kena ingat selalu. Every seconds ok..” kata Shah bersungguh.

“why u love me? Sebab I wife u?” terlancang soalan dari hati terluah.

“kenapa cakap macam tu?”

“perkahwinan kita atas urusan ibu2 kita. I faham” Lereh ungkapan itu.

“no, u tak faham. Listen here..” dagu Lisa di raih supaya renungan mereka terus bertemu.

“1st I really fall in love with u since 1st time u met. Remember? At the beach.” Buat kali pertama ia di luahkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.075106 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list