|
milan..milan..milannn dah tak sabar nieee |
|
|
|
|
|
|
|
cepat sambung milan...kang aku |
|
|
|
|
|
|
|
milan cpatlah,lmbatlah kau ni. |
|
|
|
|
|
|
|
haaa marilah kita berkoir utk milannn |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 39
"Sayang, petang ni kita pergi ke rumah Mama terus dari office ye. Pukul 5 abang datang jemput. Kita bermalam kat sana la sebab esok pun dah cuti" pesan Amirul pada isterinya sewaktu menghantarnya ke office.
Dengan berat hati, Mila mengangguk. Memang semalam Mama sudah berpesan mahukan mereka datang singgah ke sana. Katanya sudah lama tak jumpa. Yelah, hati orang tua kenalah jaga. Baru saja dia mahu keluar dari perut kereta, Amirul menarik tangannya.
"Tak nak salam abang dulu ke?"
'Perlu ke?' hampir saja kata2 itu terlepas dari bibirnya. Mujur dia sempat menahan mulut celuparnya. Dengan malas, dicapainya tangan Amirul dan mencium sekilas. Nak tak nak saja dicium tangan suaminya.
"Lepaslah. Saya nak masuk office pulak ni. Nanti lambat pulak" ujar Mila sambil cuba melepaskan tangannya dari pegangan Amirul. Geram betul! Dahlah tadi paksa orang naik kereta dia, konon nak hantar la tu. Pastu paksa orang salam2 dengan dia pulak. Sekarang, tak nak lepas pulak tangan orang. Mengada2 la dia ni.
"Kiss me first" Amirul menyungging senyum nakal.
Bulat mata Mila memandangnya. Dia ni...!!
"Tak nak" bentak Mila. Dibiarkan Amirul memegang tangannya. Peganglah sampai ke petang pun. Tak masuk kerja pun takpe. Ada ke suruh orang cium2 dia kat sini. Dibuatnya nampak dek bebudak office, tak ke naya. Dahlah diaorang tak tahu aku ni dah kahwin. Terus kena cop perempuan murah karang.
"Kenapa? Takut orang nampak ekk" Amirul tak sudah2 mahu mengusik. Dielus2 tangan Mila dengan mesra. Meremang bulu roma Mila dibuatnya.
"Ye la. Saya tahu la awak ni tak malu, tapi saya ni ha yang malu"
"Tak kira. Nak kiss gak" Amirul sudah mula merengek. Mila menjeling geram. Apa punya teruk perangai orang tua ni!
"OK, OK! Pejam mata" Mila mengalah. Bukannya dia tak tahu keras kepala Amirul. Dibuatnya betul2 dia tak nak lepas sampai ke petang...
Dengan patuh, Amirul memejamkan mata dan menyuakan mukanya. Senyum di bibirnya tidak pupus membuat Mila bertambah geram. Puas hati agaknya bila Mila menurut kehendak hatinya.
Mila merapatkan bibirnya pada pipi Amirul dan 'CUPP'. Untuk seketika Amirul lupa pada tangan Mila yang digenggamnya dari tadi, mengusap pipinya dengan tidak puas hati. Sepantas kilat Mila membuka pintu kereta dan melangkah keluar.
"Mila, that was not a kiss" Mila hanya menjelirkan lidahnya dan terus menutup pintu kereta. Hatinya puas dapat mengenakan Amirul. Itulah, mengada2 sangat. Ingat ini negara orang putih ke nak cium2 depan orang ramai. Walaupun hubungannya menghalalkan, tak bermakna mereka boleh tunjukkan benda2 intim macam tu pada orang luar.
"Yang kau sengih sampai ke telinga pagi2 buta ni kenapa?" tegur Hani yang menyaingi langkahnya. Mila sedikit tersentak mendengar suara Hani. Aiseh, dia nampak ke aku tadi? Tapi, kalau dia nampak, takkan la dia nak tanya kenapa pulak kan?
"Takde pape la..." dalih Mila, cuba memulihkan warna wajahnya saat itu.
"Eleh, mesti ada apa2 ni. Nampak ceria jer. Berseri je muka kau. Hmm... Dani ajak kau kahwin ke?"
"Ish, hang gila kaa. Aku kan..." kata2 Mila mati di situ bila telefonnya berbunyi. SMS! Mila membuka kotak message. Nama Amirul tertera di skrin telefon bimbitnya.
'Main tipu ye. Malam karang, siaplah baby. Abang akan balas'
Wah, berdendam nampak. Mila tersengih lagi. Hani masih lagi kehairanan. |
|
|
|
|
|
|
|
sikit sgt la casper...lebey2 skit |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 40
Amirul mencapai jemari Mila dan menggenggamnya erat. Hatinya berbunga riang bila Mila langsung tidak melarang. Macam mana nak dilarang jika ibu bapa mertuanya sudah menunggu mereka di halaman rumah. Takkan nak buat hal kat sini.
Lega Pn Meriam melihat kemesraan mereka. En Zulfakar juga tersenyum senang. Hajat mereka untuk menimang cucu nampaknya akan tercapai dalam masa terdekat ini, InsyaAllah...
Setelah bersalaman dengan mereka, Pn Meriam membawa Mila ke dapur untuk menyediakan makan malam. En Zulfakar pula beriringan masuk ke dalam rumah bersama Amirul. Mereka rancak berbual mengenai hal perniagaan.
"Alia mana, Mama?" Mila bertanya. Sejak tadi dia tak nampak kelibat Alia di mana2. Rasanya gadis itu belum lagi mula bekerja. Pn Meriam yg sedang mengacau gulai berpaling memandang Mila.
"Alia pergi rumah Kak Amira kamu. Katanya nak rehatkan fikiran sebelum mula kerja minggu depan" jelas Pn Meriam. Mila mengangguk. Betul juga, bila dah kerja nanti takde masa nak rehat.
"Mila, bila lagi Mama nak dapat cucu dari kamu?" Soalan Pn Meriam benar2 mengejutkan Mila. Hampir saja pisau yang digunakan untuk memotong buah limau menghiris jarinya. Nasib baik sempat elak!
"Err...err..." Aduh, apa nak dijawab ni...
"Tengah usaha la ni, Mama" Entah bila masa Amirul masuk ke dapur pun dia tak sedar. Tahu2 je tangan Amirul sudah melingkar ke pinggangnya. Tubuh mereka terlalu rapat. Tak malu betul la lelaki ni. Nasiblah dapat laki terlebih miang. Dahla miang, tak malu pula tu, kutuk Mila dalam hati.
Pn Meriam tersengih2 melihat mereka berdua. Dia memanjatkan syukur yang tak terhingga kerana perubahan anaknya. Malah dia sentiasa berdoa Mila akan menerima Amirul kembali. Doanya sudah dijawab.
"Tepi la, orang nak buat kerja ni"
"Eleh, takat potong limau tu takde la keje mana pun. Bukannya tengah goreng ikan ke apa" usik Amirul. Eh, loyar buruk plak dia ni. Bagi siku kang!
Amirul mengeratkan pelukannya. Rasa macam tak nak lepas langsung. Hatinya sedang sarat menanggung kasih yang menggunung. Langsung dia tak peduli pada Mamanya yang terpacak kat situ. Dagunya diletakkan ke bahu Mila. Sesekali bibirnya mencium bahu Mila.
"Keluar la, temankan Papa" Mila mencuba lagi. Kalau tak berjaya juga, dia terpaksa lakukan sesuatu.
"Taknak. Unless sayang bagi abang one big kiss. Tapi tak mau la main tipu macam pagi tadi" Amirul berbisik ke telinga Mila. Dia dah berkira2 nak memijak kaki Amirul sekuat hatinya bila ibu mertuanya menyelamatkan tindakannya.
"Yelah, Mirul ni. Yang nak berkepit dengan bini tu je kenapa? Kat rumah tak cukup ker?" perli Pn Meriam pula. Rimas juga bila melihat Amirul begitu.
"Mama jeles ke? Nanti Mirul cakap kat Papa ekk" Amirul tergelak dan berlari keluar apabila Pn Meriam pura2 mahu memukulnya dengan senduk gulai.
"Ishh, budak ni..."
Sepanjang malam itu, Amirul memang tak berenggang langsung dari sisi Mila. Ke mana saja Mila pergi, di situlah dia muncul. Bahkan bila Mila menawarkan diri untuk membasuh pinggan mangkuk yang mereka guna untuk makan malam, Amirul dengan rela hatinya ikut sama membantu. Walaupun dia hanya sekadar merenung isterinya tanpa berbuat apa2. Bosan merenung, dia akan mengusik. Puas mengusik, dia akan memeluk atau mencium isterinya bila saja ada kesempatan. Sudahnya Mila mengambil masa hampir dua jam hanya utk membasuh pinggan.
"Suka sangat kacau orang" rungut Mila bila pipinya baru saja dicium oleh Amirul. Digosok2 pipinya dengan lengan bajunya. Dahla tak tolong basuh pinggan, dikacaunya pulak kita.
"Suka, suka sangat. Lebih2 lagi bila baby abang ni marah. Lagi marah, lagi comel. Yang abang suka sangat tu, suara baby tu. Manja. Marah pun manja. Semacam je abang rasa" balas Amirul, tersengih. Mila menghadiahkan sebuah jelingan tajam untuk suaminya.
"Cepat la basuh pinggan. Abang nak tidur pulak ni" Amirul merengek lagi. Rasa macam dah lama pulak kat dapur ni. Mama dan Papa agaknya dah lama tidur.
"Nak tidur, naik je la atas. Apa kaitannya pulak dengan saya?" bidas Mila, malas mahu melayan karenah Amirul yg kebudak2an.
"Abang mana boleh tidur kalau takde baby abang. Nanti abang nak peluk siapa?" Amirul sudah kembali mengelus bahu dan belakang Mila. Mila tak menjawab, sibuk mengelap pinggan yang terakhir.
"Lagipun, abang nak tunaikan hajat Mama dengan Papa ni. Diaorang nak baby girl" bisik Amirul yang kemudian mencempung tubuh isterinya. |
|
|
|
|
|
|
|
uiks..milan ko pun dah terkenan ngan warna fav isif ek... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks milan..cayanggg milan |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 41
Hari ini, sekali lagi Mila terlambat ke pejabat. Siapa lagi penghalangnya kalau bukan suaminya sendiri. Teruk betul lelaki itu. Sejak kejadian malam itu, manjanya makin menjadi2. Makin mengada2. Aku lesing baru tau! Eh, tak baik buat macam tu kat suami sendiri, Mila. Berdosa!
Dia terpaksa mengaku, hubungan mereka semenjak dua menjak ini semakin baik. Malah Amirul terlalu menyayanginya. Amirul sentiasa menunjukkan kasih sayangnya. Setiap hari juga, Amirullah yang menghantar dan menjemputnya pulang dari pejabat.
Semakin hari, dinding yang dibina sejak dulu sudah semakin lenyap. Perlahan2 dia juga semakin dapat menerima kehadiran Amirul dalam hidupnya. Tetapi jauh di sudut hati, dia tak tahu kenapa dia masih meragui kasih sayang suaminya itu. Dia masih ragu2 tentang semua ini. Dia takut untuk mempertaruhkan cintanya untuk kali kedua.
Penat dia memanjat tangga ke tingkat 3 bila lift hari itu rosak. Bila dah lambat macam ni, macam2 hal pula akan berlaku. Makin lambat lah jadinya. Masuk je ke pejabat, dia sudah ditegur oleh bosnya, Mr Teoh. Dia dah jadi burung belatuk asyik terangguk2 dan meminta maaf. Geramnya pada Amirul semakin bertambah.
Sampai je ke ruang pejabatnya, dia ternampak pula kelibat Dani yang sudah sedia menunggunya di kerusi. Alahai... ini lagi satu masalah.
"Hi, sayang" sapa Dani dengan senyuman menggoda di bibirnya. Mila sekadar tersenyum kelat. Teringat amaran Amirul.
"Abang tak suka Mila jumpa dengan Dani tu lagi. Mila isteri abang, jagalah maruah abang"
"Saya bukannya buat apa2 dengan dia. Kami cuma kawan. Apa salahnya saya berkawan dengan dia. Dia kan kawan awak juga"
"He WAS a friend! But not anymore" Mila seakan dapat merasai nada kesal dalam suara suaminya.
Walaupun kurang faham dengan ayat tersebut, tetapi malas mahu bertanya. Memanjangkan pergaduhan bukanlah agenda yang paling disukainya. Baginya, dia tidak menjatuhkan maruah sesiapa dengan berkawan dengan Dani. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melebihi batas persahabatan dengan lelaki itu.
"Awal awak datang? Kenapa?" soal Mila setelah langkahnya diatur ke mejanya. Dani membetulkan duduknya. Matanya merenung tepat ke anak mata gadis di hadapannya. Rindunya sudah terubat. Agak lama juga dia tak datang menjenguk Mila. Yelah, setiap kali keretanya singgah ke pejabat ini, dari jauh dia sudah melihat kelibat Amirul yang menunggu isterinya. Dia takde peluang langsung mahu dekat.
Pagi ini, memang sengaja dia datang awal ke sini. Keretanya diparkir jauh dari bangunan, rela menapak. Dia bukanlah lelaki pengecut, tetapi dia kenal Amirul. Jika Amirul sudah suka akan sesuatu itu, janganlah sesiapa cuba merampas darinya. Dalam hal ini, dia perlu gunakan cara halus. Sekarang dia perlu meyakinkan Mila. Dia benar2 berharap, usahanya selama setahun itu akan membuahkan hasil.
"Saja datang melawat buah hati, salah ker?" ujar Dani sambil mengenyit sebelah matanya. Mila mencebik, sudah biasa dilayan begitu oleh Dani.
"Pagi2 macam ni? Ada hal penting?" kening Mila terangkat.
"Mmm... takut kena sambar" selamba Dani menjawab.
Memang dah kena sambar pun, En Dani. Dah lama dah.
"Wah, Mila. Pagi2 lagi dah ada org tunggu kau. Bertuah betul. Tak sangka pakwe kau ni cemburu orangnya" Hani menyapa, menjengukkan mukanya ke dalam pejabat Mila. Dia tersengih2 memandang Dani.
Sejak hari pertama berjumpa dengan Dani yang datang bersama sejambak bunga, Hani sudah dapat mengagak Dani menyukai Mila. Malah sejak dari hari itu, Dani seringkali singgah ke pejabat mereka, sama ada mahu mengajak Mila lunch bersama atau sekadar datang untuk berbual. Bila pulang juga, wajah si Dani ini akan muncul menjemput. Cuma sejak akhir2 ini, sudah ada lelaki lain yang selalu menjemput Mila untuk pulang. Dani juga sudah semakin jarang berkunjung. Niatnya mahu mengorek rahsia, tapi bila melihat Dani turut berada di situ, dia membatakan saja hasratnya. Esok kan ada!
"Siapa tak sayang makwe, Hani. Lebih2 lagi macam Mila ni. Comel sangat. Risau juga ada org berkenan dgn dia karang" girang saja Dani berceloteh. Matanya sekali sekala meratah wajah manis di hadapannya.
"Kau dengar la cakap Dani ni, Hani. Sejak bila entah dia jadik pakwe aku" Mila menjuihkan bibirnya. Tangannya dengan cekap mengemaskan mejanya, membiarkan saja Hani menyambung perbualannya dengan Dani. Kemudian dia mengasingkan beberapa fail yg mahu digunakan untuk meeting petang nanti.
Bunyi telefon yang berdering membuatkan mereka bertiga mematikan suara. Mila sedikit kurang senang apabila Hani dan Dani memerhatikan tingkah lakunya. Mesti nak pasang telinga nih.
"Hello, Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam, baby. Baby dah sampai office?" Riak wajah Mila yang tadinya tenang bertukar gelisah. Hani dan Dani saling berpandangan. Hani mengangkat bahunya, tanda dia tidak tahu siapa yang menelefon. Namun Dani sudah dapat mengagak bila melihat pipi Mila yang semakin kemerahan. Bibirnya diketap.
"Dah" pendek jawapan Mila. Ya Allah, dia ni... suka2 hati je nak panggil aku baby. Makin dilarang, makin menjadi pulak tabiatnya yang satu itu. Diikutkan hati, mahu saja dia memutuskan talian, tapi akan mengundang gosip pula jika dia buat begitu di hadapan Hani. Dani, lain cerita. Rasanya Dani sendiri sudah sedia maklum siapa yang berada di hujung talian sana.
"Sorry sebab abang dah lambatkan baby pagi tadi. Lepas ni kalau baby kena buang kerja, baby kerja dengan abang sajalah ok" Alahai, cairnya hati aku. But nope! Tak kuasa aku nak kerja satu office dengan dia. Boleh sakit jiwa dibuatnya. Lagipun, nanti susah nak lari kalau ada apa2.
"Awak ni, boleh tak jangan panggil saya macam tu" kata2 itu diutarakan tanpa perlu menggerakkan bibirnya dengan banyak. Dia tahu mereka berdua sedang memasang telinga.
"La, sayang kan comel, kecik, manja pulak tu. Layak la dipanggil baby. Lagipun..." kata2 yang seterusnya terus membuatkan pipi Mila kembali kemerahan.
"Awak ni..." geram Mila bersuara. Terdengar gelak tawa di hujung sana. Suka la tu kenakan orang.
"OK lah sayang, I kena balik office ni. I jumpa you petang nanti ye. See you, luv!" Dani sengaja menguatkan suaranya, berharap agar Amirul dapat mendengar. Dia sedang sakit hati, dan dia mahu Amirul juga merasakan perasaan yang sama.
Mila yang terpinga2 hanya mampu menghantar Dani dengan pandangan matanya. Matanya bertembung pula dengan Hani yang sekali lagi mengangkat bahunya.
"Petang nanti tunggu abang datang. Dont you dare to take his lift!" terus saja talian dimatikan. Sekejap saja dia dah tukar personality. Tadi romantis, sekarang dah jadi macam ketua army pulak. Garang! Huhuhu...habislah aku petang nanti.
"Err.. siapa tu?" Hani bertanya setelah Mila meletakkan telefonnya. Perasaan ingin tahunya membuak2. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena bila melihat wajah Mila yang keruh. Dani juga pergi dengan wajah yang masam. Mila meraup mukanya.
"My husband" Hani terlopong. |
|
|
|
|
|
|
|
eeee senyum sorang2 pulak bila baca cerita milan niee..10Q yerr. |
|
|
|
|
|
|
|
Arghhhhh...
Adeh penat jerit.... Puas rasa dapat baca Milan!!! hi hi
nak lagi-nak lagi... :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
milan,,,,,,,,
very nice story. tak sabar nak tunggu sambungan. thank you........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #551 milanhawkin's post
bagus2..adik didikku!!!
teruskan usaha anda kay!!
Hidup biru! |
|
|
|
|
|
|
|
best sgt2 citer ni...smbg jgn x sambg..cpt2
thanks milan |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini pun sama je ngan kak isif...
hehe... ilmu jek
milan abiskan cepat......
pasnih.. bleh guna nama .... Amirul Ariffin
best... best |
|
|
|
|
|
|
|
wah..best...thanx mila sbb sambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks milan.......
three chapters in one go....
:pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
bestnye dpt hubby cam amirul tu..romantik sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|