CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 21-2-2015 09:10 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-2-2015 01:40 AM
Conan sila jadi hero selamatkan 'tunang' mu itu

conan sibuk gentel kepok lekor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2015 09:20 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-2-2015 10:20 AM

AYLANINS bergegas keluar dari chalet. Selepas menerima panggilan dari Nayla tadi, dia harus jenguk Arisha. Pastikan gadis itu selamat di dalam bilik. Laju kakinya diatur menuju ke bilik Arisha. Pintu diketuk berkali-kali sambil melaung memanggil nama Arisha. Tiada jawapan. Sekali lagi Aylanins melaung dan mengetuk pintu bilik Arisha. Masih tiada jawapan apa-apa.

"Haih..mana pulak dia pergi malam-malam ni.." Aylanins lihat jarum jam di pergelangan tangannya. Hampir 9.30 malam.

Dia terus saja ke lobi resort, mencari Arisha di situ pula. Berlari pula dia ke halaman resort dan segenap ruang di kawasan resort itu, juga tiada kelibat Arisha.  "Mana dia pergi? Takkan meeting lagi?"

Telefon bimbit Aylanins mula berdering. Panggilan dari Conan dijawab seketika sebelum talian diputuskan. Conan dalam perjalanan ke resort. Entah apa yang Conan nak beritahunya sampai sanggup memandu dari bandar Kuala Terengganu ke Merang. Di talian tadi, tidak pula Conan hendak beritahu. Aylanins meneruskan mencari Arisha. Puas dia mencari merata tempat. Sekali lagi Aylanins menuju ke bilik Arisha. Mana tahu gadis itu sudah lena tidur. Pintu diketuk lagi. Dia melangkah lemah ke lobi resort semula. Duduk di set sofa sambil berfikir di mana lagi dia harus cari Arisha. Dia tercegat bangun dan mendekati kaunter penyambut tetamu. Nombor bilik Arisha dihubungi.

"Maaf cik..tak ada jawapan." Jawab penyambut tetamu itu sambil meletakkan gagang telefon.

Aylanins meraup muka. Dia sudah buntu. Arisha tiada dalam bilik. Apa yang perlu dia jawab pada Nayla nanti. Lemah Aylanins melangkah ke chaletnya semula.  



AMIR senyum. Arisha sudah meneguk minuman tadi sampai habis. Roti yang diambil tadi pun sudah habis dimakan. Dia masih diam di situ memerhati Arisha yang sudah mula merasa pening.

"Nay..awak tak sihat ke?" Amir berpura-pura bertanya.

"Err..entahlah..macam pening..pusing.." Arisha menekan-nekan dahinya. Terasa berat dan pandangan matanya seperti berpinar-pinar. Amir yang duduk di depannya dilihat sudah menjadi dua Amir di situ. Dia genyeh mata. Rasa seperti khayal.

Amir senyum lagi. "Hmm..kalau macam tu, mari saya tolong awak hantar ke bilik.."

Arisha dipeluk dan dipapah menuju ke bilik.

"Amir!!"

Amir berpaling. Membuntang dia melihat Conan sudah tercegat di situ.

"Ka..kau? Kau buat apa kat sini?" Amir pandang Conan yang sudah merah mukanya.

"Kau tu buat apa kat sini? Peluk Nayla di depan bilik Nayla?" Conan pula tanya, soalan Amir tidak dijawab. Dia merasakan Amir ada niat tidak baik pada Nayla. Gadis itu seperti dalam keadaan khayal. Tadi sebaik saja dia sampai di resort itu, dia terus saja menuju ke arah bilik penginapan,  ingin berjumpa Aylanins tetapi lain pula yang dia nampak. Amir sedang memeluk erat Nayla!

"Itu bukan urusan kau! Nayla kekasih aku!" Amir mengetap bibir. Semakin erat dia memeluk Nayla yang sudah tidak stabil kedudukannya.

Conan menghampiri Amir. "Nayla tu tunang aku!! Jadi itu urusan aku!"

Amir ketawa berdekah. "Oh ya? Aku ingat kau bantah pertunangan ni sebab tu kau menghilangkan diri kan?"

Conan terdiam. Apa yang dikatakan oleh Amir tadi memang benar namun tidak tega dia melihat Nayla menjadi mangsa Amir. Lagak Amir seperti ingin melakukan sesuatu yang tidak baik pada Nayla. Dia cuba meleraikan Nayla dari pelukan Amir tetapi ditepis kuat oleh Amir.

"Kau tak ada hak ke atas Nayla! Nayla cintakan aku dan Nayla bertunang dengan kau pun sebab terpaksa ikut kehendak nenek dia. Aku nak kau putus tunang dengan Nayla!" Amir semakin geram. Tidak sangka selama ini Conan yang menjadi tunang Nayla dan Nayla tidak pernah setuju dengan pertunangan itu.

"Hak apa? Kau suami dia??" Conan semakin menyinga. Sekali lagi Conan ingin meleraikan Nayla yang masih dalam keadaan khayal dan tidak sedar itu dari pelukan Amir.

Sebiji penumbuk singgah di muka Conan. Conan semakin berang. Dia membalas tumbukan Amir tadi bertubi-tubi sehingga terjelepuk Amir di atas lantai. Arisha yang sudah terhoyong hayang itu lantas dipeluk, bimbang jatuh sama seperti Amir.

"Err..." Arisha masih mamai. Dia seolah berada dalam dunia khayalan. Conan dipeluk erat dan pantas saja pipi Conan dicium.

Terkejut Conan bila terasa bibir Arisha melekat di pipinya. Dia cepat-cepat jarakkan mukanya dari Arisha yang ternyata sedang khayal dan bernafsu. Dia tahu tentu Arisha sudah diberi ubat khayal sehingga Arisha bertindak begitu tadi. Dia papah Arisha masuk ke dalam bilik.


AYLANINS kaku di satu sudut. Apa yang berlaku di depannya sungguh dia tidak boleh diterima. Patutlah Conan beria datang dari jauh ke resort itu. Bermakna panggilan telefon dari Conan tadi hanyalah satu alasan untuk dia tidak disyaki. Tanpa sedar air matanya mengalir deras ke pipi. Drama sebabak tadi sudah cukup untuk membuatkannya melupakan cinta Conan. Lupakan impiannya selama ini. Memang layaklah Conan bergandingan dengan gadis itu, tidak kisahlah Nayla atau pun Arisha. Lemah Aylanins mengatur langkah ke chaletnya semula. Tadi, dia terfikir untuk menjenguk Arisha di bilik itu semula. Mana tahu Arisha pergi bersiar seorang diri tetapi lain pula yang dilihat tadi. Aylanins melangkah semakin laju menuju ke chalet dengan berlinangan air mata.


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Wehhhh.. ubat khayal boley bikin naik nafsu ka mampos aku mcm neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2015 10:17 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-2-2015 09:30 AM
Wehhhh.. ubat khayal boley bikin naik nafsu ka  mampos aku mcm neh

ya..ubat ni buatkan orang tu mula tu khayal, pastu ada feeling bila bersentuhan (sensitif kepada sentuhan)..also can be called 'love drug'
itu yang aku tahu dari pembacaan aku...paling ketara pil ectasy la..
memang dasyat penangan ubat ni kalau diambil berlebihan, sampai boleh jadi mereng..

sedikit info dari aku...

oleh itu..jauhilah DADAH
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 10:33 AM | Show all posts
Sebab itulah bapak aku selalu pesan, kalau minum kat mana-mana, jangan biar minuman terdedah atas meja,
lebih-lebih lagi kalau minum dengan stranger. Memang ko tak dengar nasihat orang tua nih Arisha






Mujaparrrrrrrrrr *sambil lari nanges-nanges *
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2015 10:34 AM | Show all posts
MUKA disembam ke bantal. Aylanins menangis teresak-esak. Tidak pernah seumur hidupnya menangis teruk begitu. Jiwa kentalnya yang selama ini dipupuk dalam hati sudah mula rapuh. Apa yang berlaku tadilah yang membuatkan hati dan perasaannya merasa punah. Aylanins menangis sepuasnya. Biar dia tumpahkan air mata itu semahunya. Puas menangis, Aylanins menapak perlahan ke almari pakaian. Semua pakaiannya dimasukkan ke dalam beg. Esok, pagi lagi dia akan mendaftar keluar dari situ. Semua barangnya dikemaskan dalam beg dan dia masuk ke bilik air untuk berwudhuk. Rasanya lagi tenang jiwanya. Usai berwudhuk, Aylanins menapak semula ke katil. Selimut ditarik dan dia cuba melelapkan mata. Mahu lupakan apa yang dilihat tadi. Biar pergi bersama mimpi. Belum sempat matanya dipejam, bunyi suara riuh rendah di luar begitu jelas di telinganya.

"Apa pulak yang bising tu?" Aylanins tolak selimut dan melangkah ke pintu.

Dia jenguk melalui pintu yang dikuak sedikit. Kelihatan beberapa pekerja resort seperti bercakap sesama sendiri, wajah masing-masing seperti pucat. Apa yang pelik, jelas dia melihat beberapa orang lelaki berkopiah juga turut berada di situ. Aylanins segera mengenakan tudung dan menukar pakaian. Dia melangkah ke arah kumpulan tadi. Langkahnya terhenti sebaik terpandang Conan dan Arisha sedang duduk di set sofa di lobi dengan wajah sugul. Arisha pula masih dalam keadaan mamai.

"Apa yang dah berlaku?" Aylanins bingung. Rasanya baru tadi dia melihat drama sebabak Conan, Amir dan Arisha di depan bilik Arisha.

Aylanins merapati set sofa itu. Matanya tertancap pada seorang lelaki yang pada hemahnya adalah Encik Malik, pemilik resort itu sedang berbual serius dengan beberapa orang lelaki berkopiah tadi. Conan pula masih duduk di situ sambil mencengkam rambut. Tunduk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2015 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
aylanins replied at 21-2-2015 10:33 AM
Sebab itulah bapak aku selalu pesan, kalau minum kat mana-mana, jangan biar minuman terdedah atas me ...

Ko polis tp naper tak tolong aku ngan arisha mati lah kena kawin pree ngan arisha nnt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2015 11:06 AM | Show all posts
aylanins replied at 21-2-2015 10:33 AM
Sebab itulah bapak aku selalu pesan, kalau minum kat mana-mana, jangan biar minuman terdedah atas me ...

betul tu..JANGAN sekali-kali kuar dgn stranger lelaki..
la ni...air kotak disuntik pil khayal ni..

ada peluang ler Mujapar nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2015 11:07 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-2-2015 10:45 AM
Ko polis tp naper tak tolong aku ngan arisha  mati lah kena kawin pree ngan arisha nnt..

ok per..kawin free..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 21-2-2015 11:07 AM
ok per..kawin free..

Mati aku kena flying kick ngan nicki nanti kalo kawin pree ngan ayla xper gak #modegatalON
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan.. ada ke bilik dekat ngan lobi? Xsampai 5 minit org berkupiah smp.. nmpk sgt laa amir nk kawin pree ngan 'nayla'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2015 11:31 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-2-2015 11:18 AM
Mati aku kena flying kick ngan nicki nanti  kalo kawin pree ngan ayla xper gak  #modega ...

memang ko gedik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2015 11:31 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-2-2015 11:20 AM
Soalan.. ada ke bilik dekat ngan lobi? Xsampai 5 minit org berkupiah smp.. nmpk sgt laa amir nk kawi ...

ada..kalau resort..biliknya dekat je ngan lobi
tak macam hotel..menapak sakan baru sampai ke lobi..lainlah guna lif
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:35 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-2-2015 10:45 AM
Ko polis tp naper tak tolong aku ngan arisha  mati lah kena kawin pree ngan arisha nnt..

Ko ingat aku bawak pistol 24 jam ke ko sukelah kena cium pree pree macam tu

Nah... Amek semua hadiah yang ko bagi kat aku dulu
*sambil koyak-koyak gambar, hempas frame gambar, patahkan bunga ros, gunting tudung bawal*




(fuhhhh... nasib baik Conan bagi tudung bawal je dulu, kalau tudung Paridah... aku jual kat bundle )







Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:51 AM | Show all posts
aylanins replied at 21-2-2015 11:35 AM
Ko ingat aku bawak pistol 24 jam ke ko sukelah kena cium pree pree macam tu {:mlmadgal: ...

Sampai hatiiiiiiii... kau pergi tanpa pedulikan ku lagiiiii...

aku berdoa agar engkau bahgiaaa..
izinkan aku abadikan
cintamu yang setia... oh ayla ku
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2015 12:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2015 12:18 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-2-2015 12:23 PM

"Err..maaf, apa sebenarnya ni?" Aylanins beranikan diri bertanya.

"Cik ni siapa?" salah seorang lelaki berkopiah itu pula bertanya.

"Saya kawan pada dia orang ni.." Aylanins menuding ke arah Conan dan Arisha.  Amir pula tidak ada di situ.

"Oh..mereka ni ditangkap berduaan dalam bilik dalam keadaan mencurigakan. Kami terima panggilan mengatakan ada pasangan bukan mahram berduaan di resort ni." Jelas lelaki berkopiah itu lagi.

Luas mata Aylanins saat mendengar kata-kata lelaki berkopiah itu tadi. Terus saja matanya menala ke arah Conan dan Arisha yang masih tunduk di sofa. Dia merapati keduanya yang masih tidak menyedari kehadirannya di situ.

"Nan..macam mana boleh jadi macam ni?" Aylanins duduk di sebelah Conan yang masih menundukkan wajah. Sugul jelas terpamer di wajah lelaki itu.

Conan mendongak. Terkejut melihat Aylanins sudah berada di sebelahnya. Tadi, mindanya bagai di'paku'. Tidak boleh berfikir satu apa pun! Lama Aylanins ditatap sebelum dia bersuara. "Ayla..saya diperangkap.."

Aylanins tunduk. Otaknya ligat berfikir, cuba mengingati semula kejadian tadi. Seingatnya, lepas kejadian tumbuk menumbuk tadi, Amir rebah ke lantai mengerang kesakitan dan Conan bawa Arisha masuk ke bilik. Itu saja yang sempat dilihat. Siapa pula yang buat dajal melaporkan perkara itu kepada pihak jabatan agama?? Secepat itu???

"Maaf..Cik Nayla..saya tak boleh buat apa-apa. Benda ni di luar kawalan saya. Saya harap cik Nayla dapat selesaikan perkara ni dengan cepat. Saya sebagai pemilik resort ni, saya tak nak nama  resort saya tercemar. Ada baiknya jika Cik Nayla dapat bernikah dengan pasangan Cik Nayla. Saya bukan nak tuduh tapi saya pun tak tahu menahu pasal ni. Tiba-tiba pekerja saya hubungi saya pasal kedatangan orang dari pihak jabatan agama minta kebenaran untuk memeriksa bilik Cik Nayla. Saya harap Cik Nayla faham maksud saya.." Malik pula mencelah. Dia juga merasa serba salah sebenarnya. Nayla adalah rakan bisnesnya dan apa yang berlaku itu adalah di luar kawalannya.

Arisha yang mamai tadi mula pandang ke arah Encik Malik. Dia gagahkan diri untuk bangun tapi terasa kepalanya semakin pening dan rebah semula di sofa. Dia tunduk.

"Maaf semua..kami terpaksa bawa pasangan ni ke balai untuk diambil keterangan." Salah seorang lelaki berkopiah itu sekali lagi mencelah.

Conan dan Arisha terpaksa mengikut mereka itu ke balai. Aylanins pula masih duduk di situ dengan perasaan bercelaru. Terdiam dia di situ. Memang sah Conan dan Arisha ditangkap berduaan dalam bilik. Dia meraup muka.

"Maaf..saya pun tak boleh buat apa pada kawan awak tu. Saya tak ada kuasa untuk menghalang mereka dari menjalankan tugas." Malik pula menghampiri Aylanins yang kelihatan terkejut. Ada titis jernih menitis di pipi gadis itu.

Aylanins mengesat air mata yang tumpah. Dia kemudian cuba bersikap biasa. "Err..ni Encik Malik kan?" Aylanins menukar topik.

"Ya saya. Cik?" Malik mengukir senyum. Dari tadi dia melihat gadis itu seperti ada sesuatu.

Aylanins diam seketika. Teringat nota kaki yang diterima. Patutkah dia beritahu Malik yang dia berada dalam keadaan bahaya? Perlukah dia menunjukkan nota kaki itu kepada Malik? Dan apa yang pasti, sebagai seorang anggota polis, dia seharusnya siasat dulu kesahihan nota kaki itu sebelum maklumkan pada Malik. Namun, jauh di sudut hati, dia merasakan Malik bakal menjadi mangsa mawar hitam seterusnya.

"Saya Aylanins. Encik Malik..saya ada hal penting nak beritahu.." Aylanins terpaksa juga beritahu. Menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang anggota polis.

"Panggil saya Malik saja..nampak formal sangat kalau berencik-encik ni.." Sekali lagi Malik mengukir senyum. Entah kenapa, pertama kali melihat gadis itu hatinya tiba-tiba berdetak.

"Oh..ok. Awak kena hati-hati." Aylanins mula serius.

"Hati-hati? Maksud awak?" Malik pula merasa pelik dengan kata-kata Aylanins.

"Kenal Joe, Rizal, Ben dan Fendi?"

Malik mula pucat mukanya. Terbeliak mendengar kata-kata Aylanins. Siapa Aylanins ni? Macam mana dia tahu nama kawan satu sekolah dengannya dulu? Dan macam mana gadis ini boleh melontarkan soalan pelik seperti itu??

"Ya..saya kenal. Kenapa dengan mereka?" Sengaja Malik bertanya walaupun dia sudah tahu kesemua mereka itu sudahpun meninggal kerana dibunuh. Itu yang Muzafar beritahunya dulu. Sekarang dia ingin mendengar apa jawapan gadis itu dan apa kaitan gadis di depannya ini dengan semua itu.

"Mereka sudah meninggal..dibunuh. Semua mangsa tu adalah kawan satu sekolah dengan awak kan?" Aylanins mula menyiasat dari Malik. Hal tangkap khalwat Conan dan Arisha tadi cuba dibuang jauh-jauh dari mindanya.

"Awak ni siapa?" Malik mula merasa tidak senang duduk.

"Kalau awak masih ingat kejadian sepuluh tahun dulu, awak akan ingat Hani." Sambung Aylanins lagi. Dia lihat riak Malik yang sudah berubah tona.

"Maaf..awak ni siapa?" Malik mula keraskan suara.

"Saya polis." Aylanins tunjukkan kad kuasa pegawai polis kepada Malik.

Terdiam Malik saat matanya memandang kad yang ditunjukkan Aylanins tadi. "Jadi..awak datang sini semata nak menyiasat saya?"

"Dan saya terima ni di bawah pintu chalet." Aylanins tunjuk pula sekeping kertas berlipat kepada Malik.

Malik capai kertas itu dan perlahan buka lipatan. Nota pendek itu dibaca seketika. Dia menelan liur. Wajahnya pucat. Jadi, apa yang dikatakan oleh Muzafar dulu bukan main-main. "Siapa mawar hitam?"

"Masih dalam siasatan. Kesemua mangsa dibunuh dengan kejam. Ditikam bertubi dan pembunuh meninggalkan sekuntum mawar hitam di sisi mangsa." Jelas Aylanins.

Malik tunduk. Dia meraup muka. Kini dia pasti, tentu itu kerja Hani yang ingin membalas dendam atas kejadian sepuluh tahun dulu. Amaran dari Muzafar jelas tidak main-main.

"Saya harap awak berhati-hati. Ironinya, sekarang ni Hani yang siasat kes ni." Jelas Aylanins lagi.

Malik cepat-cepat mengangkat muka. Bulat matanya melihat Aylanins." Maksud awak..Hani tu..polis???"

"Ya..dia yang handle kes mawar hitam tu. Saya hanya nak mengingatkan awak saja. Hati-hati. Saya minta diri dulu." Aylanins bingkas bangun. Lega bila dia dapat luahkan semua itu kepada Malik. Walaupun dia tahu Malik pernah buat salah pada Hani dulu, namun Malik patut diberi peluang kedua untuk bertaubat dan menjadi insan baik. Jelas ada kelaianan di wajah Malik tadi. Tenang. Orang kata tanda lekuk hitam di dahi adalah orang kuat beramal ibadah. Ikhlas atau tidak, itu rahsia dia dan Allah saja yang tahu.

Malik masih termangu di situ. Tidak terluah kata-kata. Apa yang disampaikan Aylanins tadi benar-benar membuatnya merasa semakin berdosa. Sampai begitu sekali dendam Hani pada mereka. Dia meraup muka lagi. Istighfar berkali-kali.


AMIR yang berkurung dalam bilik masih mundar mandir di situ. Lain yang dirancang, lain pula yang jadi! Tadi, sebelum dia mengajak Nayla minum di kafe, dia sudah siap menghubungi pihak jabatan agama menyatakan ada pasangan bukan mahram berduaan dalam bilik Nayla  di resort itu. Niatnya, bawa Nayla yang sudah diberi ubat khayal ke bilik Nayla dan seterusnya mereka berdua ditangkap berkhalwat di dalam bilik itu tapi lain pula jadinya. Conan pula yang kena tangkap basah dengan Nayla!! Dinding ditumbuk kuat! Amir mengetap bibir. Kini dia merasa semua harapannya punah, hancur untuk memiliki Nayla. Semua itu gara-gara Conan yang tiba-tiba muncul konon nak jadi hero Malaya selamatkan heroin!

"Arrghhhhhh!!!" Amir menjerit kuat. Sekali lagi dia menumbuk dinding.

Perlahan dia menapak ke katil. Esok, pagi lagi dia akan keluar dari resort itu dan bertolak ke Kuala Lumpur. Nayla, sudah tentu gadis itu akan pulang bersama Conan nanti. Pelik juga tiba-tiba Conan muncul di resort tu,tepat pula waktunya dia bawa Nayla ke bilik! Amir mendengus lagi. Dia harus lakukan sesuatu!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Amir ni saiko laaa.. kawinkan je die dgn esmiranda tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2015 03:16 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-2-2015 12:41 PM
Amir ni saiko laaa.. kawinkan je die dgn esmiranda tuh

memandai je ko ni..
dah..conan kena nikah ngan arisha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.106191 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list