CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 10-11-2014 02:40 PM | Show all posts
@mawibotak    @adzyla   Dah hapdet sikit. Sorrylah kalau lambat. Cerita ke laut, maka idea pun tenggelam timbul...  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2014 02:41 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 10-11-2014 01:47 PM
tronnnnn..... miss u

Motipp Tron overshadow Qi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 02:42 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 10-11-2014 12:57 PM
nasib die tak campak ko dlm bilik air time arania tgh mandi buih

Arania mandi bawak pedang. Mampus kena cantas nanti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 02:44 PM | Show all posts
Esmiria posted on 10-11-2014 11:16 AM
hebatnya menaip.

Thanks. Huhuhu

Takde hebat mana pun, Es. Banyak lagi yg kena diperbaiki....

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 02:50 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 02:42 PM
Arania mandi bawak pedang. Mampus kena cantas nanti....

naklagi best.. tau2 smp amariya tgh sedap2 duduk atas singgahsana raja
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:16 PM | Show all posts
macam dua-dua arania dgn syakilla ada hati kat qi...
siapakah yg menjadi pilihan qi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-11-2014 03:16 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 10-11-2014 02:50 PM
naklagi best.. tau2 smp amariya tgh sedap2 duduk atas singgahsana raja

Mau kena pancung terus dengan Raja Amsyar...





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 03:21 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 10-11-2014 03:16 PM
macam dua-dua arania dgn syakilla ada hati kat qi...
siapakah yg menjadi pilihan qi?

Jeng jeng jeng...

rasa-rasa?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 03:21 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 02:41 PM
Motipp Tron overshadow Qi?

tron hanya tersengih sambil menggesel-geselkan kepala ke dada syakilla
qi ada???
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:31 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 03:16 PM
Mau kena pancung terus dengan Raja Amsyar...

dahhhhh.. link tu sedap2 campak Qi kat mana saja die suka
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:46 PM | Show all posts
Nickiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hang dah ada cerita baruuuuuuuu.
Tahniahhhhhhhhhhhhhh

*padahal cheq yang ketinggalan zaman *


notakaki:

Cheq baru baca sikit tengok tajuk dah macam ala ala novel RAM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 03:55 PM | Show all posts
freddianza posted on 10-11-2014 03:46 PM
Nickiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hang dah ada cerita baruuuuuuuu.
Tahniahhhhhhhhhhhhhh {:1_152: ...

Freeeeeeeedddddd. Muah muah muah. *saja nak gedik-gedik.*

Pekabo? Tenggelam timbul skang ek?

Amaran awal: Cerita ni ke laut. Tajuk aje gempak. Jauh panggang dari api nak setara dengan cerita RAM. Last edited by Nicki_Meow on 10-11-2014 03:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 02:35 PM
La…budak ni pun ada…

Matanya Qusyairi tertancap pada Megatron yang kini berada dalam pelukan S ...

Qi lagi tertarik pada Syaqilla ... Solve the puzzle...

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel... Hikhik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 01:26 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 10-11-2014 06:44 PM
Qi lagi tertarik pada Syaqilla ... Solve the puzzle...

10 markah untuk Nay



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 01:26 AM | Show all posts
pen_biru posted on 10-11-2014 08:18 PM
Comel... Hikhik..

Siapa? Tron ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2014 01:29 AM | Show all posts
Bab 21

Di kamar bersebelahan dengan kamar milik Puteri Arania, Qusyairi menunggu dalam resah. Dia sudah siap mengenakan pakaian yang diberi oleh Syakilla seawal 15 minit yang lalu. Tidak sangka pula, pakaian itu benar-benar sesuai dengan saiz badannya.

Pakaian berwarna seperti biru gelap itu cukup selesa. Sama seperti baju milik Dariz yang pernah dipakainya dulu cuma kali ini, kainnya jauh lebih tebal dan lembut. Jika baju Dariz dulu, tiada apa-apa corak menghiasi baju. Yang diberikan oleh Syakilla pula, terdapat butang  pada bahagian hadapan dan sedikit corak di bahagian lengan. Seluar juga berwarna sama.

Sesekali, Qusyairi menebarkan pandangan ke serata kamar itu. Di waktu malam begini, kamar itu diterangi dengan cahaya dari pelita-pelita yang tergantung di sekitar kamar. Menakjubkan kerana walaupun hanya pelita, cahaya itu cukup terang bagaikan lampu eletrik di dunia nyata.

Katil dalam kamar itu menjadi tempat duduknya. Semua perabot dalam kamar ini diperbuat dari kayu. Tidak pula Qusyairi tahu dari kayu jenis apa. Kamar ini agak sarat dengan pelbagai ukiran yang menghiasi dinding. Langsir baldu turut menghiasi tingkap dan pintu.

Cermin yang terdapat di hujung bilik cuba dihindari. Sedikit sebanyak, timbul rasa seram sehingga mahu melihat bayang di cermin itu pun, Qusyairi berfikir empat, lima kali. Tidak mahu terlihat yang bukan-bukan sekiranya memandang cermin itu. Benar, dapat kembali ke Amariya membuatkan dia teruja namun teka-teki dunia mimpi ini masih belum terjawab. Masih banyak persoalan yang berlegar-legar dalam minda.

Manalah tahu. Entah-entah, dia sebenarnya tercampak ke alam jin…

Qusyairi menghela nafas lalu dilepaskan perlahan. Duduk bersendirian begini membuatkan pelbagai perkara berlegar di fikiran. Megatron pula sudah hilang entah ke mana. Kucing itu jauh lebih teruja berada di Amariya. Tambahan pula, Syakilla dan Arania bagai terlalu memanjakan Megatron tanpa sebab. Lebih mengada-ngada jadinya lagak si kucing itu.

Mungkin kerana di Amariya tiada kucing. Sebab itu Arania dan Syakilla memberi perhatian kepada haiwan itu. Sepanjang dia berada di Amariya, tidak pernah lagi dia melihat kucing walau seekor melainkan Megatron.

Ah, tak logik langsung! Qusyairi menggeleng. Dia juga tidak melihat haiwan lain seperti harimau, singa atau beruang lagi di Amariya. Adakah itu menandakan bahawa haiwan-haiwan itu tidak wujud di sini?

Gila. Kepala tergeleng lagi. Masih belum ada penjelasan logik yang boleh menerangkan segala situasi yang berlaku.

Qusyairi menghembus nafas kasar. Semakin gelisah mencongak masa. Rasanya, sudah agak lama dia bersendirian di sini. Untuk keluar dari kamar ini, dia tidak berani. Awal-awal tadi, Syakilla sudah memberi amaran untuk tidak keluar dari kamar ini sesuka hati. Jika terserempak dengan pengawal, buruk padahnya.

Akhirnya Qusyairi bangun, menuju ke jendela. Dari jauh, dia dapat melihat satu kawasan yang diterangi cahaya terang-benderang. Terdapat ramai pula yang keluar masuk ke kawasan itu. Ada yang kelihatannya membawa makanan. Ada yang mengusung perkakas kerusi dan meja. Sibuk kelihatannya. Mungkinkah mereka semua sedang membuat persiapan untuk majlis makan malam itu nanti? Qusyairi terlalu asyik memerhati dan berfikir.

“Asyik sungguh kau memerhatikan mereka.”

Qusyairi tersentak lantas berpaling. Terpegun. Terpersona buat kesekian kali. Malah, kali ini lebih lagi.

Gadis itu jauh lebih anggun dari biasa. Jika selalunya, gadis itu berpakaian ringkas seadanya tetapi ketika ini, gadis itu telah berubah sama sekali. Personanya jelas terserlah. Apa yang kelihatan pada mata Qusyairi, gadis itu mengenakan gaun labuh berhias warna perak. Rambut ikal mayangnya ditocang separuh dan dihiasi dengan bunga-bungaan kecil berwarna putih. Tidak pula Qusyairi ketahui jika gadis itu ada mengenakan apa-apa solekan.

“Bagai bidadari…” Qusyairi berbisik. Last edited by Nicki_Meow on 11-11-2014 08:53 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Qi dh terpikat ... Nice entry Nicki... Saya suka... Keep it up...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 08:29 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-11-2014 06:54 AM
Qi dh terpikat ... Nice entry Nicki... Saya suka... Keep it up...

Thanks Zam...

Nah, ai belanja kopi....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 08:39 AM | Show all posts
“Apa yang kau sebutkan tadi?” Kening Syakilla berkerut seketika. Kata-kata Qusyairi kurang jelas pada pendengarannya.

“Tak…tak ada apa-apa.” Jawab Qusyairi. Nafasnya ditarik panjang.

“Maaf. Aku masuk tanpa kebenaran. Sudah berkali-kali aku mengetuk pintu kamar ini tapi, tiada sahutan.” Syakilla berkata lagi. Qusyairi diam.

“Aku ada bawakan sepasang capal untukmu. Aku harap, ianya sesuai.” Syakilla menghulurkan bungkusan yang di bawa kepada Qusyairi. Perlahan-lahan, Qusyairi menyambut bungkusan itu.

“Bukalah.” Suruh Syakilla. Qusyairi menurut. Bungkusan itu dibuka. Sepasang capal berwarna hitam kini berada dalam gengamannya.

“Aku cuba, ya?” Qusyairi meminta kebenaran. Syakilla senyum dan mengangguk. Capal itu Qusyairi sarungkan pada kaki.

“Pandai kau cari ukuran yang sesuai untuk aku.” Ujar Qusyairi.

“Aku hanya mengagak sahaja. Mujur sesuai.” Syakilla membalas.

“Pada pendapatmu, bagaimana aku kelihatan sekarang ini? Masih seperti orang gila?” Qusyairi menembak soalan lantas membuatkan Syakilla terus tertawa. Bahunya terhingut-hinggut dengan tangan kanan menutup mulut.

“Tidak.” Jawab Syakilla setelah tawanya reda.

“Betul?”

Syakilla mengangguk. Qusyairi tersenyum.

“Tapi…” Syakilla menghentikan kata-kata.

“Kenapa?”

“Baju itu…sepatutnya…”

“Baju ni? Kenapa?”

“Baju itu…”

Kening Qusyairi terangkat, wajahnya beriak tanda tanya. Syakilla kelihatan teragak-agak sedikit pada mulanya tetapi kemudian, dia terus menghampiri Qusyairi. Terlalu hampir, membuatkan Qusyairi tergamam sekali lagi.

“Izinkan aku…” Syakilla berkata lalu membetulkan butang baju Qusyairi di bahagian atas.  Qusyairi hanya mampu menatap wajah itu tanpa bersuara. Nafasnya juga seolah terhenti. Setelah selesai, Syakilla pantas mengundurkan diri tiga tapak ke belakang.

“Sekarang, kau kelihatan benar-benar seperti pemuda bangsawan dari Amariya.” Tutur Syakilla, tersenyum manis lagi.

“Terima kasih.” Ucap Qusyairi. Gadis dihadapannya itu direnung saja.

Mereka berjeda. Lama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.213815 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list