CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arisham

::::Cat Shows in Malaysia:::: (updated)

[Copy link]
Post time 11-3-2012 01:57 AM | Show all posts
ni yg lain, ni dekat south city plaza 31/3  pakcu nya bulan 4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2012 01:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 02:09 PM | Show all posts
Mesti Pegi..

31th March 2012: South City Plaza Malaysian Domestic Pets & Feline Fun Show @ South City Plaza, Seri Kembangan, (3 Rings: MAL, SIN, AUS), organized by APCC, Fabulouse Pets Hous and Tru-Luv Rabbitry

7th April 2012: Malaysia HHP Cat Show @ Sunway Giza Mall, Damansara (3 Rings), organized by Pakchu Cat Club & Majlis Bandaraya Petaling Jaya  
   
15th - 17th  June 2012: The 5th Malaysia International Pets & Aquatics Exhibition, Pet world Malaysia 2012 @ Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur organized by Fairs & Events Management

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 07:14 AM | Show all posts
Mesti Pegi..

31th March 2012: South City Plaza Malaysian Domestic Pets & Feline Fun Show @ South  ...
haniz98 Post at 19/3/2012 14:09



   saya akan join yg 31th March nie, nak jumpa jom la ke sana..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 10:07 AM | Show all posts
saya akan join yg 31th March nie, nak jumpa jom la ke sana..
Leybra Post at 20-3-2012 07:14



    sedang berfikir2 nk pi ke tak nk..adui..kakai shiro ada togel laa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:17 AM | Show all posts
Reply 524# haniz98


yg sunway giza tuh ai pegi... bg sapot kat kawan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2012 12:17 PM | Show all posts
jom jom jom (nada jom heboh) jom chat show

### JANGAN LUPA ###
31th March 2012: South City Plaza Malaysian Domestic Pets & Feline Fun Show @ South City Plaza, Seri Kembangan, (3 Rings: MAL, SIN, AUS), organized by APCC, Fabulouse Pets Hous and Tru-Luv Rabbitry
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 12:59 PM | Show all posts
jom jom jom (nada jom heboh) jom chat show

### JANGAN LUPA ###
31th March 2012: South City Plaza ...
haniz98 Post at 29-3-2012 12:17


besok ke??? aiyoo... akak ada appt kat glanegles pulokkk
potong stim btol..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2012 09:43 AM | Show all posts
hahaha...last2 rina bawak shiro even ada togel kt kaki...ring 1 dpt no 10, ring 2 dpt no 3, ring 3 dpt no 6..oklah...

rina xblh berenggang dgn shiro langsung....org kata anak manja(adakah kucing2 rina semuanya dh jadi spoil brat??harap2 mieko n nomel tak jadi macam bubuye n shiro)

next cat show nk try bawak nomel n mieko pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 10:41 AM | Show all posts
alaahai.. ruginyer tak dapat jumpa shiro.. saya datang.. tapi sangat lewat.. sesampai jer kat sana.. orang semua dah bungkuss.. sedih sangat..

punca nyer.. tak abis abis house cleaning dan jadi pengadil kat rumah.. abby ngan miki tak boleh bersemuka..asyik nak perang ajer... walaupun pinggang sakit.. tapi hati nak gak pegi..naik bas awam dari kl..... tunggu dah lamaa.. pas tu jalan jem.. merata ceruk bas tu masukk..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 10:44 AM | Show all posts
Reply 530# anizarina


cepat update blog.. nak tengok gambar..  
huhu.. masih terasa lagi sedih.. sampai tapi tak dapat tengok show.. dan kutip sample makanan kucing
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 11:09 AM | Show all posts
Reply  anizarina


cepat update blog.. nak tengok gambar..  
huhu.. masih terasa lagi sedih.. s ...
haniz98 Post at 2-4-2012 10:44



    kali ni iiams tak buka booth macam ritu...ritu ada iiams, best...
lunch jap g baru leh update

hehe....mmg abes awal..rina kol blum kol 4 dh cabut..SHiro dh mula mengamuk...bukak je carrier, tak payah di suruh, dia masuk sendiri...mmg nk balik sgt2 dh tuh......

sampai umah..mmg dh agak dh..sepanjang mlm xlepas rina...ikut je mana rina pi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 01:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 07:13 PM | Show all posts
  

Rina.. muka shiro cuak giler.. kalau kucing saya Abby tu.. dah terbang dalam shopping mall tu.. pegi dengan dia.. mau nyer..saya balik sorang berteman kan air mata...  Apa-apa pun TAHNIAH untuk Shiro.. dengarnya.. minggu depan ada kat Giant Damansara.. (info dari Cat Lover jugak : Adha Ramli - tak silap nama la..jumpa kat situ..petang tu)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 07:34 PM | Show all posts
macam mana la abby ni nak merasa masuk pertandingan.. bila dengar suara orang datang atau loud speaker hp pun dah muka  cuak cam nii.. tapi dengan miki garang ya amat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 10:45 AM | Show all posts
Rina.. muka shiro cuak giler.. kalau kucing saya Abby tu.. dah terbang dalam shopping mall tu. ...
haniz98 Post at 2-4-2012 19:13



hahah..tuh laa..terbeliak mata dia masa ni...mujur ada org sempat snap..mmg rina xsenang duduk risaukan shiro...dia ni pemalu + penakut + semua ada....masa last ring tuh mmg dh mengamuk dh dia..judge ckp dia nie grumpy ...

mmg next week ada ..asalnya pakcu nk buat kt giza..last2 tukar buat kt giant....rina nk pi xkene balik kg..so xjadi laa.....klo sapa2 nk join..penyertaan rm30..tarikh tutup 5hb ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2012 09:31 AM | Show all posts
hahah..tuh laa..terbeliak mata dia masa ni...mujur ada org sempat snap..mmg rina xsenang dudu ...
anizarina Post at 3/4/2012 10:45


selalunya kucing2 yang masuk cat show ni exposed sejak kitten lagi.
dorang dah biasa dengan environment cat show tu bila dah besar sebab tu kebanyakannya rilek jer.
kucing2 domestik ni kita selalu masukkan bila dah dewasa.
maklumlah masa rescue tu dorang kena biasakan persekitaran dengan manusia dulu...
sebab tu bila masuk cat show, dorang tak berapa suka
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 01:37 PM | Show all posts
selalunya kucing2 yang masuk cat show ni exposed sejak kitten lagi.
dorang dah biasa dengan env ...
boocik04 Post at 4-4-2012 09:31



    tuh laa...kene lak yg kt rumah rina ni...4-4 mmg jrg jumpe org luar..ada try bawak derang jln2 taman...jenuh bercakar2 dgn derang..takut kan.. tuh laa..shiro nie mmg kene sll bwk2 cat show..pas ni nk try nomel n mieko pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 03:04 PM | Show all posts
  Next cat show.. kalau Sunway Putra Mall ni..rasanya.. nama lama The Mall, Jalan Putra, KL.. dekat pwtc.. lagi saya suka..
harap event ni jadi... pasti saya akan sampai awal.. tak akan terlewat lagiiiiiii...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 06:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by haniz98 at 12-4-2012 18:16

--------------------------------------------------------------------------------



PERTAMA kali melihat seekor kucing memakai tengkolok dan berbaju lengkap dengan seluar, penulis dapat merasai betapa tidak selesanya si comel itu kerana tidak dapat bergerak bebas seperti kucing-kucing lain.

Namun, ternyata kucing yang bernama Putra Asmara itu tenang dan diam sahaja malah kelihatan begitu manja dengan pemiliknya, Mohd. Adha P. Rameli, 30.

Malah, ketika sesi fotografi dijalankan, Putra Asmara tidak banyak meragam. Cuma sesekali ia akan berlari turun dari sofa untuk mengejar tuannya. Barangkali ia berasa tidak selesa dengan kehadiran penulis dan jurugambar yang tidak dikenalinya.

Menurut Mohd. Adha, baju yang disarung oleh Putra Asmara ketika itu dibuat menggunakan bendera Malaysia. Bendera itu dibeli kemudian dihantar kepada tukang jahit untuk dijadikan sepasang persalinan bertemakan Hang Tuah.

"Saya memang suka reka sendiri baju yang akan dipakai kucing-kucing saya dan tidak pernah membeli baju-baju kucing yang dijual di kedai haiwan peliharaan.

"Kebanyakan baju-baju itu pula mempunyai tema seperti pahlawan, perkahwinan diraja, merdeka raya, pinky lady, blue riding hood dan baby's day out," katanya ketika ditemui di Air Keroh, Melaka baru-baru ini.

Mohd. Adha yang memiliki sebanyak 14 ekor kucing memberitahu, dia menyediakan sebuah almari khas untuk menyimpan koleksi baju dan aksesori untuk dipakai kucing-kucing peliharaannya.



INILAH Putra Asmara, kucing kesayangan Mohd. Adha yang menyarung persalinan bak Laksamana Hang Tuah.

--------------------------------------------------------------------------------



"Saya rasa seronok dapat menggayakan kucing kesayangan dengan mereka pelbagai baju kucing, bermula dengan rekaan yang ringkas seperti kemeja T sehinggalah gaun yang glamor dan dilengkapi perincian.

"Kadang-kadang, bila saya tengok baju-baju manusia yang cantik, saya akan tiru untuk dijadikan baju kucing," ujarnya.

Lebih menyeronokkan, hobi itu turut dikongsi oleh ramai kenalannya sama ada di pejabat mahupun kenalan dari kelab-kelab kucing yang disertainya.

"Dengan bantuan rakan-rakan, kami mengubah suai baju bayi menjadi baju kucing dan ditambah dengan perincian supaya nampak lebih menarik dan comel.

"Kebanyakan rekaan adalah yang ringkas dan selesa dipakai. Gaun hanya dipakai sekiranya saya menyertai pertandingan kucing beragam," katanya yang aktif menyertai pertandingan sedemikian sejak dua tahun lalu.

Menceritakan pengalaman itu, Mohd. Adha memberitahu, dia mula membela kucing sejak dua tahun lalu di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor.

Menurutnya, sebahagian kucing tersebut diberi oleh rakan-rakan manakala sebahagian lagi dibiakkan sendiri.

"Saya juga memberi nama-nama menarik kepada mereka seperti Seri Nur Qaseh, Putra Arjuna dan Nina Richie.

Baju dicakar

"Saya memakaikan kucing-kucing itu baju secara suka-suka sahaja dan bukan untuk masa yang lama. Kucing akan meragam kalau dipakaikan baju, lebih-lebih lagi jika fabrik tidak selesa. Ia mungkin mencakarnya," katanya yang memperuntukkan modal kira-kira RM50 hingga RM70 untuk sehelai baju kucing.

Tambah Mohd. Adha, kucing-kucing peliharaannya adalah daripada spesies American Curl dan kucing tempatan.

"Kucing-kucing ini juga memberi tuah kepada saya kerana sudah beberapa kali membawa kemenangan dalam pertandingan kucing yang dianjurkan oleh kelab-kelab seperti Kelab Kucing Malaysia (KKM), Kelab Happy Household Pet Cat (HHP) dan Kelab Pencinta Kucing (CLC).



UMI KHAIRANI memilih kucing yang manja untuk dipakaikan baju.

--------------------------------------------------------------------------------



Sementara itu, pemilik Pet's Kingdom Care & Product di Pandan Indah, Kuala Lumpur, Wan Umi Khairani Wan Mohd. Fadillah, 34 memberitahu, dia turut mempunyai koleksi baju kucing malah ada di antaranya dibuat dengan kos mencecah RM300 sepasang.

"Hobi menghias kucing ini adalah hobi yang menyeronokkan dan mampu memeriahkan acara terutamanya ketika menyertai pertandingan. Kita dapat lihat kucing-kucing yang bertanding memakai pelbagai tema baju hasil kreativiti pemiliknya.

"Saya juga tidak terkecuali. Kadang-kadang perasaan teruja timbul untuk membandingkan kucing siapa lebih cantik dan bergaya," jelasnya.

Menurut Umi Khairani, biarpun seronok menghias kucing, dia tidak akan memaksa kucing untuk memakai baju. Hal tersebut perlu diberi perhatian tuan empunya kucing khususnya ketika si comel kesayangan mereka itu sedang meragam atau tidak ada mood.

Tidak seperti anjing

"Kucing sebenarnya tidak suka memakai baju, tidak seperti anjing. Jadi, kalau dia tidak mahu dipakaikan baju, jangan paksa kerana ia akan menjadi ganas dan mencakar sesiapa sahaja.

"Saya juga pernah dicakar kucing peliharaan sehingga berdarah kerana memakaikannya gaun labuh. Gaun itu juga dicakar ibarat protes kerana tidak selesa kerana tidak dapat bergerak bebas," katanya yang mempunyai sembilan ekor kucing peliharaannya sendiri.

Justeru katanya, sekiranya mahu membuat baju kucing, pilihlah fabrik yang selesa dan tidak labuh. Sebaik-baiknya, baju tersebut tidak menyekat pergerakannya.

"Sekiranya hendak pakaikan baju yang glamor dan sarat dengan hiasan untuk menyertai sesuatu pertandingan, hendaklah memilih kucing yang manja serta tidak banyak meragam.

"Saya juga pernah memasuki pertandingan tetapi terpaksa menarik diri kerana kucing saya tiba-tiba mengganas, mungkin disebabkan penat dan rimas dengan kehadiran ramai orang yang mengerumuninya," katanya yang melayani kucing-kucingnya ibarat keluarga sendiri.

Umi Khairani yang sudah memelihara kucing selama 20 tahun memberitahu, hobi menghias kucing telah dimulakannya sedekad yang lalu. Dia juga sering menyertai pertandingan kucing.


KELAB Kucing Malaysia (KKM) kerap menganjurkan pertandingan kucing di seluruh Semenanjung dan mengumpulkan ramai pemilik kucing yang mempunyai minat sama iaitu menghias kucing peliharaan mereka.

--------------------------------------------------------------------------------


"Saya pernah menyediakan baju-baju kucing dalam pelbagai tema antaranya seperti perkahwinan diraja Kate dan William dan tema Korea yang lebih santai, selesa serta comel seperti dres pendek dan topi," ujarnya.

Seperti Mohd. Adha, Umi Khairani tidak membeli baju-baju kucing berkenaan sebaliknya menempah khas mengikut ukuran badan kucing-kucing peliharaannya.

"Sama seperti membuat baju manusia, saya akan membeli kain dan perincian yang ingin saya gunakan serta memikirkan rekaan sebelum dihantar kepada tukang jahit untuk menyiapkannya.

"Sekiranya tidak mahu membazir, saya juga akan ubah suai baju-baju atau dres bayi sedia ada mengikut cita rasa saya sendiri," katanya.

Pemilik kucing-kucing yang diberikan nama antaranya William, Max, Andrew, Andree, Kate, dan Ashook itu turut bertukar-tukar idea dengan para pemilik kucing lain yang dikenalinya melalui kelab-kelab kucing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.200103 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list