Post Last Edit by pinklollipop at 4-4-2011 22:19
 
Bersambung kisah ku di PLKN... Pada mulanya, aku rasa berat hati nak pergi tapi setelah dipaksa oleh family... Aku melangkah jua. Best jugak pergi PLKN nih....Banyak aktiviti lasak! Waaa!~~~ Jumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan baru. Best!
Jom tengok gambar-gambar aku masa dekat PLKN....


Kisah ku di zaman sekolah berakhir dengan kenangan terindah selama 3 bulan aku menyertai PLKN.

Pada bulan Julai, aku dapat tawaran sambung belajar ijazah sarjana muda. Mula-mula aku kena buat A-Level (pra-universiti) selama 2 tahun setengah sebelum aku layak untuk buat ijazah sarjana muda. Kemudian, aku sambung belajar dalam bidang BA (Hons) Business Management Studies selama 4 tahun.
Kini, aku masih lagi belajar... 2 tahun lagi baru aku graduate.




Kisah percintaan ku bermula apabila aku tersangkut dengan kawan sekuliah kak long semasa dia belajar dia UIAM dalam bidang seni bina. Kak long la yang memperkenalkan Raja Fareez Shah bin Raja Ahmad Shah kepada ku ketika Fareez memulangkan buku nota yang dia pinjam dari kak long. Masa tu, aku teman kak long ke UIAM ...katanya dia tertinggal barang di kampus kerana siang tu dia ada group discussion berkenaan dengan projek akhir tahunnya itu. Tanpa ku duga, aku bertembu dengan Fareez. Serius, aku tak tahu sama ada kak long yang merencanakan semua ini atau semuanya ketentuan Illahi? 

Sejak itu, Fareez dan aku saling berjumpa. Kini, hubungan kami dah mencecah 6 bulan...setelah 1 tahun 6 bulan kami berkenalan. Fareez seeorang yang baik, memahami ku dan family ku. Ummi dan walid amat merestui hubungan kami.
Mereka pernah menyakat kami....
" Ummi dan walid dah bau 'aroma' nasi minyak nih tapi menu hari kan Mi Bandung."
Kak long menyampuk...
" 'Aroma' nasi minyak tu kak long terhidu ada dekat kak ngah dengan Fareez la..."
Ummi dan walid tiba-tiba mencelah...
" Patut la semakin kuat baunya...rupa-rupanya bau tu ada dekat sebelah kita je "   
Gelak tawa kami satu family bergema semasa makan tengah hari pada hari Sabtu 19 Mac yang lalu di Dangau Semarak Nurkasih.
Adakah aku akan melangkah bendul iaitu dengan berkahwin dengan Fareez terlebih dahulu? Ataupun kak long yang akan berkahwin dengan Adam Zain dahulu? Semua itu akan terjawab dalam dangau tahun depan....Itupun kalau Cik Director kita nak sambung kisah percintaan antara Nur Lolliyana dengan Raja Fareez Shah. 


|