|
Kalo berkesempatan nak pegi ziarah saga baru ni esok.. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman millenium ni pun ade lagi yg nak turunkan kaca tingkap pakai pusing....ahaksz... |
|
|
|
|
|
|
|
Habis..............Bini aku suruh trade-in LMST aku dgn Saga baru nih...........!!!!!!!!!
Tidak.......!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Haha nasib lh ko. Syg bini x? Ngeh2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tombol gear dier ni panjang sangat, rasa macam tombol gear lori pikap la pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Tombol? Aku tgk ok je. Seswai lh tu.kalau awek dok sblh, susah lh skit nk g seberang tmpt pemandu haha |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shahx at 18-1-2008 07:50 PM
nama dikekalkan saga... nape tak bg name baru...
normally nama keta tak berubah pun utk model upgrade..coba kay check manufaturer lain ada ubah nama ke tiap kali upgrade model sama? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ashna at 19-1-2008 12:57 AM
normally nama keta tak berubah pun utk model upgrade..coba kay check manufaturer lain ada ubah nama ke tiap kali upgrade model sama?
jepun pakai nama civic dari dulu takpe... keta proton je tak leh |
|
|
|
|
|
|
|
proton saga model BARU
PM lancar model baru Proton Saga
Oleh JOHARDY IBRAHIM
[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]LEBIH MENAWAN... AbdullahAhmad Badawi di sisi kereta Proton Saga generasi baru yang dilancarkanoleh beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Model berkapasiti 1.3 liter yang dijual pada harga RM30,000 ini memulakan fasa baru sejarah Proton Saga.
Sejauh manakah penjenamaan semula Proton Saga
dengan cita rasa kontemporari ini mampu menawan
semula kepercayaan orang ramai? |
|
|
|
|
|
|
|
Revolusi segmen B ProtonSelepas 23 tahun, Proton mengambil keputusan untukmenggantikan model Saga sedia ada. Apakah perbezaan automatif generasikedua Saga ini?
PROTON turut mengeksport Proton Saga ke pasaran United Kingdom.
Generasi pertama
PROTON SAGA
PROTON Saga buat julung-julung kalinya dilancarkan oleh bekasPerdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1985. Model inisebenarnya dibangunkan menerusi kerjasama syarikat pengeluar keretatempatan, Proton dengan Mitsubishi Motors dari Jepun.
Ia dibina di atas platform model Mitsubishi Lancer Fiore yang muladihasilkan pada tahun 1983. Tergolong dalam segmen B, Proton Sagamendapat sambutan amat menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia.
Nama Saga yang sebenarnya dipilih daripada satu peraduan untukmenamakan kereta pertama negara itu. Selain menjadi kereta buatannasional pertama yang melintasi Jambatan Pulau Pinang ketikapembukaannya pada 14 September 1985, Proton Saga juga telah diserahkankepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya penglibatan Malaysiadalam industri automotif.
Dilengkapi dengan enjin SOHC 4 silinder keluaran Mitsubishi, iaditawarkan dalam dua varian iaitu enjin bersesaran 13. liter dan 1.5liter. Pembeli juga berpeluang untuk memilih transmisi manual limakelajuan atau automatik tiga kelajuan yang dikenali sebagai Mitsubi#ri-Matic (bermula tahun 1990).
Pada peringkat awalnya, Proton Saga ditawarkan sebagai sebuah sedan empat pintu, sebelum ia diluaskan kepada varian hatchback yang diperkenalkan pada tahun 1988 sebagai Proton Knight, sebelum nama itu ditukar kepada Saga Aeroback.
Pada tahun 1989, Proton Saga mula menembusi pasaran United Kingdomyang kemudiannya menjadi pasaran eksport terbesar buat Proton. Setahunselepas itu, enjin Proton Saga ditukar kepada enjin Orion 12 injapditingkatkan kuasanya sehingga 67 kW.
Bagi pasaran domestik, Saga menerima proses penambahbaikan denganmodel Megavalve. Ia menerima modifikasi baru termasuklah gril radiator,sementara tali pinggang belakang dan lampu brek ketiga dijadikanperalatan standard.
PROTON SAGA ISWARA
MODEL ini menerima proses facelift pada tahun 1992 dan diberinama Proton Saga Iswara. Perubahan ketara yang dapat dilihat ialahlampu hadapan lebih nipis, bumper plastik, hendal pintu, gugusan lampubelakang baru dan plat nombor belakang diletakkan pada bumpernya.
Model ini banyak dijadikan sebagai teksi dan ada antaranya yangmenggunakan bahan api NGV. Turut dieksport ke Singapura dan UK(dikenali sebagai Proton MPi), ia dilengkapi dengan sistem suntikanbahan api pelbagai titik (Multi Point fuel injection).
Untuk meningkatkan jualan dan bersaing dengan model keluaranPerodua, Proton memperkenalkan Saga Iswara Sport yang berasaskan kepadamodel Aeroback sebagai model edisi khas. Ia menerima bodykit baru,lampu utama dan lampu seakan model Altezza. Hanya didatangkan dengantransmisi manual dan enjin 1.3 liter.
SAGA (tahun 2003 hingga 2007)
Model ini sekali lagi mengalami proses facelift dan Protonmenamakannya semula dengan nama Saga pada tahun 2003. Saga diberi papanpemuka yang baru, panel pintu dan panel instrumen yang dilengkapidengan paparan digital pada odometer, takat bahan api dan suhunya.
Bahagian fizikal luarnya diubah dengan penggunaan lampu hadapan danbelakang yang baru. Proton membuat talaan semula terhadap enjin 1.3liter dan memasang sistem ekzos baru. Hasilnya, kuasa enjin dapatditingkatkan kepada 62 kW dan hanya ditawarkan dalam varian manual limakelajuan.
Sempena sambutan kemerdekaan ke-50, Proton melancarkan promosidengan mengumumkan harga Proton Saga pada ini sebagai tanda terimakasih terhadap sokongan rakyat terhadap Proton Saga selama ini. Iamenerima perubahan kosmetik yang minimum.
Tindakan ini telah menjadikan Proton Saga sebagai model kedua palinglaris selepas Perodua Myvi dan merupakan model saloon paling lakudengan jualan melebihi 15,000 unit.
Generasi kedua
PROTON SAGA
DENGAN nama kod Proton BLM (Base Line Model) atau Proton SagaReplacement Model, pengeluar kereta tempatan ini mengambil keputusanuntuk menggantikan model Saga sedia ada.
Proton Saga terbaru ini merupakan model yang dibangunkan sepenuhnyaoleh Proton selepas model Waja, Gen2, Savvy dan Satria Neo. Dibinaberasaskan platform model Savvy, Proton yakin Saga mampu mendapatperkongsian pasaran yang besar untuk segmen B.
Dikuasakan dengan enjin Campro bersesaran 1.3 liter dilengkapi dengan sistem Intake Air Fuel Module (IAFM), model ini memperlihatkan kualiti binaan lebih baik dan reka bentuk yang menarik.
PROTON Saga edisi pertama dilancarkan pada 9 Julai 1985.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku baru plan nak gi tgk siang sket nanti kat showroom proton... |
|
|
|
|
|
|
|
Waja + Gen-2 = New generation SAGA |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by komag at 19-1-2008 07:34 AM
Waja + Gen-2 = New generation SAGA
salah tu
Savvy+Neo+gen2=New saga
sebab byk common parts digunakan
steering neo, dsahboard meter panel savvy |
|
|
|
|
|
|
| |
|