Edited by Exoskeleton at 23-10-2020 11:31 PM
Aku, PKP dan ... Bahagian 2
Untuk pengetahuan semua, aku ni bukan lah jenis yang tak biasa tidur dalam kereta,lebih dari biasa. Kadang2 tu lepas balik dari mancing dengan member2 pun kena tidur dalam kereta sebab bini merajuk.
Tapi kali ni aku tidur kat laman opah aku, jadi ianya agak luar biasa bila tengah2 malam ada yang mengetuk cermin tingkap. Kalau yang mengetuk tu polis atau orang pejabat agama, mestilah diorang dah suluh aku. Ni hanya bunyi ketuk2 cermin dengan kuku semata2.
“Huuiiiii...dah tidur ke?”, suara yang tiba2 kedengaran di kala kesunyian malam itu. Berdesup darah naik ke mukaku dan perutku pula bergelora bukan main lagi. Tu diaaa…tak cukup dengan main ketuk2 cermin tingkap, nak menegor pule. Ajer gampang punya perangei.
“Lama tak balik? Jom lah kita borak2”, sambung suara tu lagi.
Ketika ini macam2 bermain di fikiranku, antaranya ialah kesilapanku untuk tidur di dalam keretayang mana di kelilingnya cermin. Jadi nak tengok mana pun macam tak kena rasanya. Satu lagi yang menjadi kegusaranku ketika itu, cermin tingkap yang ku turunkan sikit supaya ada udara keluar masuk sewaktu aku tidur.
Lalu dengan mata yang masih tertutup aku pun bergolek2 ke tempat duduk belakang. Cermin tingkap di belakang masih tertutup rapi, aku hanya turunkan yang di depan saja.
“Heymokkkk...kemain lesak lagi tidurnya sampai bergolek ke belakang. Takkan la takut awok ghonjang dengan kuku awok kot?”, sambung suara itu lagi.
“Ajer gampang menatang ni...kalau udah paham tu gi la main jauh2...nak melabun apa malam2 gini. Eh, ngape pulak dia cakap loghat Perak”, bisik hatiku sendirian.
Gangguan dari makhluk itu berterusan sehinggalah azan subuh menjelang. Pada hemat aku lah, takde manusia yang waras yang boleh meragas aku sampai ke subuh. Non stop pulak tu.
Jadinya pagi tu aku merancang untuk cuba keluar dari situ, lalu aku pun ke bus stop. Dari minit ke minit, jam ke jam...punya lah lama aku tunggu sampai dah terlelap aku tidur kat kerusi pondok bas tu tapi tak ada 1 kenderaan pun yang lalu. Lantas aku pun berjalan ke satu2nya kedai runcit di kampung itu.
“Yeop...udah ngape kamu idak pakai topeng muka?”, tegur tauke kedai tersebut. Aku gelarkan dia Pak Mat je lah.
Aku: Bukan orang2 yang bergejala je ke yang kena pakai? Pak Mat: Hishh…kamu ni…nak tunggu udah kena baru nak pakeinye…nah aku bagi free satu. Aku: Pak Mat…ngape hulorkan g string ni kat aku? Kot ye pun nak bergurau… Pak Mat:Allah…abih pecah rahsia. Mata Pak Mat ni udah tak nampak…cer kamu tengokkan mana satu topeng muka.
Aku pun cubamenjengok…tak ada satu pun di dalam laci Pak Mat tu berupa topeng muka. Yang ada g string, daun terup, air ketum sebotol dan duit daun pisang.
Aku: Pak Mat,aku amik sepaket yang kau jual atas meja ni je lah. Pak Mat: Hah…ada ghopenye atas meja…ngape idak berkabor dari tadi. Naik jenuh pulak aku nyelongkar laci ni.
“Eh? Aku pulak disalahkan? Lain macam orang tua ni…kalau duit nampak saja pulak”, bisikku di dalam hati.
Aku: Pak Mat,apa saja la yang tinggal kat kedai Pak Mat ni. Banyak yang dah habis. Pak Mat: Ituler kamu…ngape lambat benor? Kamu tunggu je ler bila stok masuk. Tu sana nun ada beras sekilo (sambil menunjukkan ke arah pintu jamban). Jadi ler kamu ada beras…aku dulu zaman Jepun makan ubi kayu je kamu tau.
“Ajer letih aku melayan orang tua ni…udah ler rabun, boleh tahan nak nipu orang pulak tu. Lahir lepas merdeka zaman Jepun kejadahnye?”, getus hatiku.
Aku pun berjalan bertentangan dari arah yang ditunjukkan oleh Pak Mat dan mengambil beras sekilo yang memang telah siap dibungkus. Dalam masa yang sama aku ternampak Mira anak Pak Mat sedang mengira2 stok. Aku pun tak tahu apa yang dia beriya2 mengira stok sebab kat kedai tu rata2 raknya dah kosong. Tapi dari aku bertanyakan dengan Pak Mat, baik aku cuba tanyakan pada Mira ni.
“Mira, bas memang takde lalu ke hari ni?”, aku memulakan bicara.
Tiba2 saja Mira tersipu2 malu...membuatkan aku kehairanan sambil bertanya di dalam hati, “bala apakah yang akan terjadi ni?”.
Lalu dia pun menjawap pertanyaanku dengan nada suaranya yang agak gedik, “Abang Jaws ni buat malu Mira je la…mesti lah Mira single lagi, kalau berkenan pergilah bincang dengan ayah”.
Kemudiannya dia tersipu2 malu sambil ketawa2 gatal dan pergi meninggalkan aku seorang diri terkulat2 menghadap rak2 yang kosong itu.
“Neraka apakah yang baru terjadi? Dia panggil aku Abang Jaws? Jaws kah aku? Macam mana tanya pasal bas boleh jadi berkenan dengan dia pulak?”, terkesima aku di dalam hati. Lalu aku pun membawa beras ke meja Pak Mat untuk membayar bersama2 dengan hatiku yang luka.
Pak Mat: Kamu berkenan ke dengan anak aku tu? Aku boleh ejas & bagi diskaun…maklumlah dia tu sound trouble. Aku: Ah…ke situ pulak Pak Mat ni. Aku tanyakan pasal bas kat kampung ni. Lagipun aku ni dah kawin lah Pak Mat oiii… Pak Mat:Ooo…gitu ke ceritanye. Ater kalau udah kawin pun ape salahnye? Laki kan boleh pasang 4? Aku: Udah ler Pak Mat…aku lapor ni…bas ke pekan ade ke idak lalunye hari ni?! Pak Mat: Ituler budak2 sekarang asei cakap sikit nak marah…nah ikan masin buat lauk makandengan nasi. (sambil menghentakkan bungkusan plastik ke atas meja di hadapanku) Aku:Adoooiii…Pak Mat, ni kondom. Ngapelah kedai Pak Mat ade juai menatang ni? Orang kampung mana la yang nak menggunanya. Apelah nasib aku hari ni. Pak Mat: Allah…silap lagi ke? Aku: Udah2 ler Pak Mat…cepat kira berapa.
Ajer penat akukat kedai Pak Mat tu…rasanya boleh habis kering tenaga aku dengan tak cukup tidur semalamnya…tu belum masuk dengan penderaan mentalnya lagi. Nunggu Pak Mat nekan kalkulator tu pun satu benda yang brutal jugak. Topeng muka dengan beras je pun…itu pun nak mengguna kalkulator jugak.
Bersambung…
|