|
|
Nih gak..
Lebih 1,000 peminat serbu bintang Man United
BERNAMA - Mei 27, 2025 @ 7:48pm
Reaksi pemain Machester United bersama penyokong tegar Manchester United ketika pemain bertemu bersama peminat di Pusat Beli-belah TRX.Foto: NSTP
KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 peminat Manchester United memeriahkan sesi temu mesra bersama bintang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di sebuah pusat beli belah terkemuka di sini hari ini.
Sesi temu mesra itu antaranya membabitkan ketua pasukan Bruno Fernandes bersama-sama Manuel Ugarte, Amad Diallo, Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo.
Suasana juga gamat apabila peminat melaungkan 'chant' terkenal Manchester United yang sering kedengaran di gelanggang keramat kelab itu, Old Trafford seperti 'Glory Glory Man United', 'Bruno Bruno Bruno' dan 'Viva Garnacho'.
Kehadiran skuad The Red Devils di sini sempena aksi pascamusim pasukan itu menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 8.45 malam esok.
Biarpun menutup saingan saingan EPL musim 2024/2025 di tangga ke-15, ia sama sekali tidak melunturkan semangat peminat tegar pasukan ternama itu yang hadir memberikan sorakan, bergambar kenangan serta mendapatkan tandatangan daripada pemain kesayangan mereka.
Reaksi pemain Machester United bersama penyokong tegar Manchester United ketika pemain bertemu bersama peminat di Pusat Beli-belah TRX.Foto: NSTP
Skuad kendalian Ruben Amorim itu menyenaraikan 32 pemain bagi aksi persahabatan berkenaan sebelum menentang pasukan kebangsaan Hong Kong di Stadium Hong Kong, Jumaat ini.
Kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia ialah pada siri jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di SNBJ.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -bintang-man-united
|
|