|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: YOU ARE WHAT YOU ARE
[Copy link]
|
|
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Perbuatan Dosa
عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ
Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup, mempercayai setiap khabar yang tidak tentu sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta (boros)". (HR Bukhari No: 2231) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Rasulullah melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut:
1. Mendurhakai ibu
2. Menanam anak perempuan hidup-hidup
3. Mempercayai kepada khabar yang tidak pasti sumbernya (sama ada melalui lisan juga media sosial seperti TikTok, FB, Twiter, Whatsapp, Telegram, Akhbar, TV dan lain-lain) lalu di sebarkan (forward). Awaslah daripada menjadi penyebar berita palsu.
4. Banyak bertanya yang bertujuan untuk menguji atau mengadu domba
5. Boros terhadap harta (tidak berjimat).
Marilah kita menjadi Muslim yang baik dengan taat kepada kedua ibu dan bapa, mengasihi anak-anak dengan diberikan didikan dan asuhan, memastikan setiap berita yang sampai pada kita diselidiki terlebih dahulu kesahihannya sebelum mempercayai dan disebarkan, kurangkan bertanya yang bukan ikhlas untuk mendapatkan maklumat dan berjimat dalam membelanjakan harta.
06hb Rabiul Awal 1446H
10hb September 2024
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 9-9-2024 07:38 PM
Kalau free pergi la
Nanti citer sini k
Skrg mebi best, sy pergi masa awal buka dulu
Iols pi masa skolah rendah.. 90s
Masa tu musim luruh.. bkn umah salji |
|
|
|
|
|
|
|
kt rumah lama hang ada tulis
ada org suka mengStresskan diri sendiri
pasaipa jd lagu tu eh
|
|
|
|
|
|
|
|
Perasan atau tidak, kita lebih mudah ingat barang yang kita lupa ketika melaksanakan solat? Sedangkan diluar solat kita tidak ingat tentang perkara itu? Sehingga menyebabkan kita terlupa berapa rakaat yang telah kita tunaikan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fenomena "ingat barang" dalam solat ini pada hakikatnya telah disebutkan dalam hadis Nabi. Rasulullah membayangkan kepada kita bahawa syaitan sering mengganggu seseorang dalam solatnya sehingga mengingatkan kepadanya perkara yang dia terlupa diluar solat. Sabda Rasulullah:
إِذَا قُضِيَ التَّثْوِيبُ أَقْبَلَ حَتَّى يَخْطُرَ بَيْنَ الْمَرْءِ وَنَفْسِهِ يَقُولُ لَهُ اذْكُرْ كَذَا وَاذْكُرْ كَذَا لِمَا لَمْ يَكُنْ يَذْكُرُ مِنْ قَبْلُ حَتَّى يَظَلَّ الرَّجُلُ مَا يَدْرِي كَمْ صَلَّى
“Sehinggalah iqamah itu telah selesai, maka syaitan akan kembali (mengganggu) hingga mengingatkan seseorang dalam dirinya. Syaitan berbisik: "Ingat demikian, ingat demikian" untuk sesuatu yang tidak dia ingat sebelumnya hingga seorang lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia telah solat.” (Sahih Muslim)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Atas dasar itu kita sering dinasihatkan agar memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan sebelum solat. Seorang sahabat Nabi bernama Usman bin Abi al-As pernah mengadu kepada Rasulullah dia sering tidak khusyuk dan diganggu. Maka Rasulullah berpesan:
ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ
“(Yang memngganggu kamu) itu ialah gangguan syaitan yang dinamakan Khanzab. Oleh itu apabila kamu rasa diganggunya, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya” (Sahih Muslim)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Oleh itu andai kita sering terganggu dalam solat, mohonlah perlindungan dari Allah. Ucapkan isti’azah (bacaan A’uzubillahi Minasy Syaitan) dan berdoalah agar Allah membantu kita khusyuk dalam solat.
Semoga Allah membimbing kita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Barangkali dengan sebab itu Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa salah satu ciri-ciri orang yang berjaya adalah mereka yang khusyuk solatnya. Firman Allah:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman. iaitu mereka yang mendirikan solat dalam keadaan khusyuk.” (al-Mukminun:1-2) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Al-Imam al-Ghazali memberikan pandangannnya mengapa terjadi sebegini. Kata al-Imam al-Ghazali:
ويقول الإمام الغزالي ر حمه الله : إن الرجل ليسجد السجدة يظن أنه تقرب بها إلى الله سبحانه وتعالى , ووالله لو وزع ذنب هذه السجدة على أهل بلدته لهلكوا ، سئل كيف ذلك ؟؟؟ فقال : يسجد برأسه بين يدي مولاه , وهو منشغل باللهو والمعاصي والشهوات وحب الدنيا
“Kata al-Imam al-Ghazali: Seorang lelaki sujud kepada Allah dengan menyangka sujudnya itu akan membawa dia lebih dekat dengan Allah sedangkan sekiranya diagihkan dosa lelaki yang bersujud itu kepada setiap ahli sebuah negeri, akan hancur negeri itu. Al-Ghazali ditanya: Mengapa terjadi sedemikian? Jawab beliau: Kerana dia sujud dihadapan Tuhannya sedangkan jiwanya sibuk dengan nafsu, maksiat, syahwat dan kecintaan kepada dunia.” |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
al-Imam Malik pernah menukilkan kisah lelaki daripada Ansar yang menjual kebunnnya kerana kebunnya telah menyebabkan dia lupa berapa rakaat yang telah dilaksanakan dalam solatnya. Kata lelaki tersebut:
لقد أصابَتني في مالي هذا فتنةٌ
“Sesungguhnya harta aku ini telah menjadi fitnah (ujian yang melekakan diri dari solat). (al-Imam Malik, Muwatta’)
Semoga Allah membimbing kita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam al-Quran Allah mengaitkan urusan solat dengan nafsu. Allah menyifatkan kaum yang lalai dalam urusan solat itu, mereka akan mengikuti nafsu mereka. Firman Allah:
فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ
"Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat." (Surah Maryam: 59)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perhatikan ayat ini bagaimana Allah mengaitkan orang yang sering mengikuti hawa nafsu itu adalah apabila dia tidak menjaga urusan solatnya. Oleh itu jaga urusan solat, solat memberi kekuatan untuk melawan nafsu.
3. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh Dr. al-Tantawi menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan tidak menjaga urusan solat ialah samada meninggalkan solat atau tidak menunaikan solat dengan kualiti yang sempurna. Kata beliau:
بأن تركوها ، أو لم يؤدوها على وجهها المشروع
"Iaitu samada mereka meninggalkan solat, atau tidak melaksanakannya dengan kehendak yang telah ditetapkan oleh syarak (seperti menunaikannya dalam keadaan yang tidak sempurna kualitinya). (Tafsir al-Wasit) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
al-Imam Ibn Kathir pula mempersembahkan kata-kata Masruq, (seorang ahli tafsir terkemuka di kalangan tabi'in yang) yang berkata:
لا يحافظ أحد على الصلوات الخمس ، فيكتب من الغافلين
"Mereka yang tidak menjaga solat lima waktu akan tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai." (Tafsir Ibn Kathir)
5. Macam mana sibuk pun urusan kita, jagalah urusan solat kita. Jaga hak Allah, mudah-mudahan Allah mempermudah urusan kita.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|