Kuda terpelanting dilanggar pemandu rali
SEEKOR kuda terpelanting akibat hentaman kuat sebuah kereta
peserta Rali Argentina di General Roca Ahad lalu.
BUENOS AIRES - Seekor kuda liar melambung hampir 10 meter ke udara selepas haiwan itu bertembung dengan sebuah kereta lumba, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman video kemalangan dahsyat itu yang berlaku ketika Rali Argentina berlangsung pada Ahad lepas menunjukkan seorang pemandu, Federico Villagra merempuh kuda tersebut dengan kereta Mitsubishi Evo yang dipandunya.
Haiwan itu cedera teruk dan terpaksa dihapuskan selepas ia tiba-tiba berkeliaran di litar perlumbaan tersebut.
Dua ekor kuda lain yang turut berada di litar itu berjaya mengelak daripada dilanggar kereta Villagra.
Sebuah akhbar Argentina melaporkan di sebalik pelanggaran dahsyat itu, Villagra hanya mengalami cedera ringan dan hanya kehilangan 30 saat masa perlumbaan.
"Saya terkejut melihat kuda-kuda itu melintas. Seekor daripadanya melanggar cermin hadapan kereta saya dan terpelanting ke belakang kereta," katanya. - Agensi
ngape kereta evo ni slalu jumpa kat bandar plak?? pulis kata nak guna buat ronda lebuhraya??
tirjibic Post at 19-8-2009 11:58
urm..ebo ni isi minyak ron 95 ke??tak semput ke??
t0m Post at 4-10-2009 20:11
raya harituh aku jumpa la sedara aku yg keje sebagai pemandu kat PGA Kuantan, katanya ada tim ebo dari KL turun Kuantan pening kepala nak cari stesen minyak yg ada jual v-power......... ron97 pun semput inikan pulak ron95......... banyak stesen minyak tak jual minyak2 mahal nih sebab demand kurang
pergghh.. bestnya polis bantuan tuh...
The-Stiq Post at 19-11-2009 11:57
Kalo semua polis bantuan pakat2 mintak pakai EboX...jatuh merundum ler status EboX kat malaysia nih....cuba nko bayangkan...polis bantuan pos malaysia pakai....BSN pakai...petronas pakai...huhuhuhu...