CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: harizs

[Tempatan] Wardina tegur Ustaz Don sbb selalu sebar kisah tak sahih utk tarik pdgr

[Copy link]
Post time 18-4-2014 08:14 PM | Show all posts
b) KISAH TELAGA BARAHUT

Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.

Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.
Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?

Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.

Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.

Untuk membenarkan cerita ini, disebutkan di dalam sebuah hadis. Nabi SAW bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْـجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” [16]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 08:14 PM | Show all posts
SUMBER KISAH INI
Saya akan menyebut isu ini secara poin untuk memudahkan kefahaman.

1. Kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi dan memuatkannya dalam buku Lu’lu’ lil Mukminin (Permata Buat Orang Beriman), kitab himpunan hadis jilid pertama yang saya susun.

2. Saya begitu yakin kepada al-Imam al-Zahabi yang banyak mengkaryakan sirah Rasulullah dan sejarah Islam melalui beberapa bukunya seperti Tarikh al-Islami dan juga Siyar ‘a’lam al-Nubala’. Saya telah menyebut biografi Syeikhul Muhaddithin Imam al-Zahabi secara ringkas di dalam buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' untuk sama-sama difahami oleh pembaca yang mana beliau merupakan Tuan Guru dan ulama yang amat terkenal dalam bidang hadis, sejarah, dan lain-lain berdasarkan pujian tokoh-tokoh ulama silam, seperti Ibn Kathir dan lain-lain.

3. Kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati serorang lelaki di kalangan yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahuo di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Dimanakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Dibawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.

4. Ulama Islam bermazhab Syafie yang terkenal Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair.

ULASAN SAYA
Mungkin ada sebahagian asatizah yang menggunakan hujah berdasar kepada pengtahqiq kitab al-Kabair iaitu Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi, antara lain berpendapat: "Dimulakan kisah ini dengan kenyatan pengarang (Imam al-Zahabi) dengan perkataan Hukiya (حكي) yang memberi maksud dihikayatkan. Di dalam bahasa istilah ulama Sighah Mabni lil Majhul merupakan Sighah Tamrid (sakit dan dhaif) yakni tidak kuat dan dia termasuk daripada riwayat yang batil yang tidak wajib disebutnya sekalipun dalam bab Mau’izah (nasihat) kerana ia menafikan aqidah sahih dan akal yang sejahtera."

• Saya secara peribadi boleh menerima kisah yang dinukilkan oleh Imam al-Zahabi kerana ia bukanlah hadis tetapi penceritaan yang diterima daripada yang terdahulu.

• Disebut dengan perkataan hukiya (حكي) yang memberi maksud 'dihikayatkan' menunjukkan betapa Imam al-Zahabi begitu mencermati dalam menyampaikan maklumat supaya statusnya bukanlah menjadi hujah qat’i tetapi lebih kepada mau’izah (peringatan) semata-mata. Justeru, tidak ada masalah untuk mengambil kisah ini sebagai peringatan dengan syarat tidak menjadikannya sebagai dalil.

• Cukuplah dengan penukilan daripada ramai ulama, seperti Imam Ibn Hajar al-Haitami dan pujian para ulama terhadap kitab al-Kabair, membuatkan kita thiqah dengan Imam al-Zahabi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:15 PM | Show all posts
a hadis:

• Abdullah bin Amr R.Anhuma menyebut:
إن أَرْوَاح الْمـُؤمنِينَ تجمع بالْـجَابِيَة وأرواح الْكفَّار تجمع ببئر برهوت
Maksudnya: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dihimpunkan di Jabiyah dan semua ruh orang kafir dihimpunkan di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya (7/283), al-Haithami dalam Mawarid al-Zam’an (1/187), al-Dailami dalam al-Firdaus (1/418) dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam kitab al-Ruh hlm (146)

• Daripada Ali berkata:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِبِئْرِ زَمْزَم، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارِ بِبِئْرِ بَرَهُوْتِ
Maksudnya: “Semua ruh orang yang beriman dihimpun di telaga zam zam dan semua ruh orang kafir dihimpun di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam al-Ruh hlm (146)

Keempat: Sebahagian ulama berpendapat, bahawa ruh orang yang beriman dalam syurga dan ruh orang kafir dalam neraka. Mereka berhujah dengan hadis Ummu Mubassyir Binti al-Bara R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ نَسَمَةَ المُؤمنِ تَسَرَحُ في الجنَّةِ حَيثُ شاءَتْ، ونَسمةُ الكافِرِ في سِجِّينٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya jiwa orang yang beriman bebas pergi mari dalam syurga mengikut kehendaknya, sedangkan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.”
Riwayat Ibn Majah (1449), al-Tabarani dalam al-Kabir (19/65), al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (2/329) dan al-Baihaqi (153) dengan sanad yang hasan

Kelima: Sebahagian ulama berpendapat bahawa ruh orang yang beriman berada di sebelah kanan nabi Adam dan ruh orang yang kafir berada di sebelah kirinya, mereka berhujahkan hadis Isra’ Mi’raj.

Muhammad Bin Nasir al-Marwazi berkata: “Sesungguhnya Ishaq bin Rahawaih berkata: “Di atas dasar inilah telah ijma’ ahli ilmu.”
Ibn Hazm berkata: “Inilah pendapat semua ahli ilmu.” Lihat al-Fasl fi al-Milali wa Ahwa' al-Nihali oleh Ibn Hazm (4/590).

Keenam: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dan kafir berada dalam kubur kecuali ruh para syuhada’, mereka dimasukkan ke dalam syurga.” Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn Hazm daripada kebanyakan ahli hadis.

Ketujuh: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya ruh orang yang beriman berada dalam Illiyyin dan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.” Inilah yang ditarjihkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar yang disebut oleh Imam al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (325).

Berdasarkan kepada tujuh pendapat di atas, imam al-Qurtubi lebih cenderung kepada pendapat bahawa ruh orang yang mati syahid dalam syurga dan bukan ruh orang lain. Pendapat seperti ini juga telah dipilih oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:17 PM | Show all posts
moribb posted on 18-4-2014 07:44 PM
kalau tak pasti benda itu betul ataupun tidak, adalah lebih baik tak payah pakai buat modal ceramah

ustaz Don ni akhlak dia bagus, boleh dijadikan contoh. kanak2 & kaum remaja pun sukakan dia. ada paras rupa. ada pakej selebiriti. cumanya isi kandungan ceramah kena authentic ... sbb zaman ni orang akan check. kanak2 & golongan remaja mungkin tak check. tapi parents mrk check.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:17 PM | Show all posts
PENUTUP
Saya tidaklah mahu polemik ini lebih kepada perselisihan pendapat dan mengikut emosi tanpa bertunjangkan ilmu dan juga kefahaman yang sebenar. Justeru kami menerbitkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' sebagai mengulas secara langsung apa yang dikatakan oleh al-Fadhil Ustaz Don berdasarkan hujahan dan rujukan kitab.

Buku ini bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi hanyalah ingin memberi penjelasan dan pencerahan dengan lebih terperinci. Penulis berterima kasih kepada Sahib al-Fadhilah Ustaz Don yang juga telah berkerjasama dalam memberi penjelasan berkaitan isu ini mengikut cara dan kefahaman masing-masing.

Bagi mendapat penjelasan lanjut, boleh mendapatkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' terbitan Pustaka Cahaya Kasturi di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 pada 24 April - 4 Mei ini. Boleh bertemu saya dan sahabat2 PCK di booth G05-G06. Wallahua'lam.

___________________

NOTA KAKI

[1] Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir (11167) dan al-Ausat (3912, 8219), dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtar (2/114/67). Al-Haithami berkata dalam Majma’ al-Zawaid (3/289): “Rijalnya thiqah”. Dan dihasankan oleh al-Albani dalam Sahihnya (1056) dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (1161) dan Sahih al-Jami’ (3322). Dan berkata Ibn Hajar. Rawi-rawinya adalah perawi yang thiqah dan pada sebahagian mereka dipertikaikan, akan tetapi dikuatkan dengan mutaba’at (sokongan dan dokongan daripada riwayat yang lain)

[2] Riwayat al-Nasaie (11924), Ibn Hibban dalam sahihnya (3294) dan al-Albani dalam Ta’liq al-Targhib menyatakan sahih dan Syeikh Syu’aib al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih mengikut syarat Syaikhan (Bukhari Muslim).

[3] Hadis ini disebut oleh al-Qazwaini dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi

[4] Disebut oleh al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (232) dan diriwayatkan daripada Ali RA semisal dengannya dengan lafaz yang banyak, dan diriwayatkan oleh Abd Razzaq dalam al-Musannif (9118), al-Azraqi dalam Akhbar Mekah (40/2), Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq (1/468) dan selainnya. Dan lihat dalam Ahwal al-Kubur oleh Ibn Rajab hlm (118) daripada banyak riwayat. Dan dikeluarkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikhnya (2/344-345) daripada jalur Ibn Abi Dunya secara mauquf kepada Sa’id Bin Musayyib.

[5] Lihat Tafsir al-Qurtubi hlm 190

[6] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[7] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[8] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[9] Lihat Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadis 1/357, dan dinukilkan juga oleh Yakut al-Hamawi dalam Mu’jam al-Buldan 2/321. Lihat juga dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi hlm (64)

[10] Lihat Ibn Qayyim dalam al-Ruh hlm 277. Ibn Rajab dalam al-Ahwal hlm 118, al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur 236-237 dan al-Qazwaini dalam Aja’ib al-Buldan daripadanya dinukilkan oleh al-‘Aidrusi sebagaimana disebut dalam al-Nur al-Safir hlm 64.

[11] Ini dikeluarkan oleh Ibn Mandah sebagaimana dihikayatkan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh hlm 277dan al-Suyuti hlm 237.

[12] lihat al-Zahabi dalam al-Siyar 20/456.

[13] Lihat kitab Ta’bir al-Ru’ya oleh Ibn Qutaibah.

[14] Lihat Gharib al-Hadis 1/357.

[15] Hadis ini hampir sama diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan sanad yang hasan.

[16] Riwayat Muslim (2556) dan Abu Daud (45)
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:26 PM | Show all posts
Santeira posted on 18-4-2014 07:59 PM
dah la, tak payah nak perasan. semua g ko cakap tu dah aku terangkan dalam post2 aku sebelum ni. y ...

hai ...mmg ko nih jenis kaki pusing....bila masanyer pulak aku kena bagi hujah...kan ke ko yg kata wardina tu penipu, aku tanya ko mana hujah yg ko kata wardina tu penipu. itu je cik kak....bukan susah pon. Bila aku mentioned pasal ko nak telan wardina..itu kan perumpamaan terhadap kebecnian ko tahap dewa kat wardina tu....cam budak kecik la ko nih...tu pun susah nak paham ke

ye lah si wardina tu kaki spin...ko pun sama la jugak.. 2 x 5

persoalan dia skg ko dah tenguk ke bideo ustad don tu. Bukak balik ceramah dia pasal bani tamim dan kisah perigi tu....pas tu baru ko analyze balik si wardina tu tuduh ke ape ke... bideo tak tgk kecoh jer memanjang..

ko suka ostad don or tak suke ke takde kene mengena dgn isu nih...ade pahem ka  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2014 08:36 PM | Show all posts
engkusewel posted on 18-4-2014 06:46 PM
wardina jawab ade macam aku ker...

suku sakat wardina ade mcm aku jugak ker..

yelah tiba2 nevvbie entah dari mana tiba2 mencelah, MN saper lah nie

tapi ayat ko mcm dia lah, buat2 teraniaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:42 PM | Show all posts
engkusewel posted on 18-4-2014 08:26 PM
hai ...mmg ko nih jenis kaki pusing....bila masanyer pulak aku kena bagi hujah...kan ke ko yg kata ...

boleh kau jgn jd sengal? kan aku dah kata tadi. wardina kata dia sekadar bertanya, sbb dahaga ilmu, tapi dia tak tanya pun. tak ada satu pun pertanyaaan dlm statement dia, yg ada tuduhan. kalau ada pertanyaan, kau tunjuk pada aku mana soalan dia.

dia menipu sbb dia tak tanya pun. faham? dia spin seolah2 dia tak salah hanya bertanya sedangkan apa yg dia buat ialah menuduh.

perlu aku guna bahasa inggeris baru kau faham? sepatutnya tak perlu kau tanya sbb aku dah cakap tadi. fikir guna otak, bukan jari ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 08:46 PM | Show all posts
well....dah ada penjelasan tu kan? sumber

so harapnya konteks ceramah tu jelas ?

okay kita tunggu reaksi al Hijrah...

tak payah lah gaduh soal sapa sokong sapa dan kita tengok pada kandungan dan konteks ceramah, mesej tu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 08:49 PM | Show all posts
engkusewel posted on 18-4-2014 08:26 PM
hai ...mmg ko nih jenis kaki pusing....bila masanyer pulak aku kena bagi hujah...kan ke ko yg kata ...

if you didn't understand that, here's explanation in english. she made ACCUSATIONS about don, not questions. She didn't ask don anything, rather she accused him of being a mystic fanatic, that he wasn't following al-quran and sunnah, and she asked TV alhijrah to check the content of his preaches, because wardina heard that he used unverified points (without describing when she heard these points, what were these points and how they were unverified).

but now she is playing victim, trying to say that she only wanted the truth by asking. she LIED. do you understand? ACCUSATION and QUESTION are completely different things. If she asked don something, what the hell was the question?
Last edited by Santeira on 18-4-2014 08:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:10 PM | Show all posts
Santeira posted on 18-4-2014 08:42 PM
boleh kau jgn jd sengal? kan aku dah kata tadi. wardina kata dia sekadar bertanya, sbb dahaga ilmu ...

amboiii sedap je ko sengal kan aku yer.....ko nih mmg champion of spinners la...bukan ke ko mmg rase sengal bila wardina menghentam instead of bertanya.. dan ko pun hangin satu badan bila wardina nak twist kununya dia bertanya....itu pun ko kecoh tahap gaban...takde isu lain ke ko nak jadikan isu...ko masuk unibersiti tak? malu org kampung jer grduate kalo cam nih nyer tahap pemikiran... pasal tuduhan tu..ko pun 2x5 jugak..tuduh si wardina tuduh dengan ko sendiri pon tak reti nak buat homework check balik video ostad don tu betul2....main hantam jer yg mana boleh....

ko ni banyak persepi and spculate yg bukan2 sbb mind set ko terhadap wardina tuh dah tak betul...macam lah ko nih tak buat salah laku pon....hingat2 sikit ler kalau nak 'bash' org....dgn hujah bukan character assasination....nnt org ckp ko takde hujah ko melenting.

aku nak pesan kat ko la yer...bila tulis guna akal jgn guna perasaan....buruk la cik kak oii..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:15 PM | Show all posts
engkusewel posted on 18-4-2014 09:10 PM
amboiii sedap je ko sengal kan aku yer.....ko nih mmg champion of spinners la...bukan ke ko mmg ra ...

kan dah jelas tahap sengal ko tu? bila dia menipu, maka dia takda kredibiliti. kenapa kena percaya kata2 penipu? ko nak konar baring 360 darjah sampai tertonggeng pun tak guna. sekarang dah jelas nampak yg ko tu bodoh sebenarnya. backing wardina, mcm la aku kata pasal ko.

adakah ko emo meroyan sbb ko ni lagi satu MN si wardina @hotel @ituini tu? walaupun takda hujah, dan hanya reply sekadar menunjukkan kebodohan/kesewelan diri, jadilah kan sbb janji reply dah menang katanya.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:21 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 18-4-2014 08:36 PM
yelah tiba2 nevvbie entah dari mana tiba2 mencelah, MN saper lah nie

tapi ayat ko mcm dia lah, ...

hehe...takde ape pun...takde kene mengena dgn wardina pun....dlm banyak2 post yg protest, aku bukan heran mana pun nak protest apa yg wardina kata tuh....cumanya aku pantang tgk org yg rasa macam bagus la sangat dok panggil org dengan mcm2 panggilan...pikirla org tu mcm kita jugak ada anak, suami...ada keluarga...kalau benci sekali pon tak yah lah nak gelar org mcm2....nnt aku lahar dgn gelaran yg merapu2 kang lain jadi pulak...pas tu lak, nak argue pun argue secara berhemah lah...ini dok ikut perasaan tak pasal2....penat tau aku nak membalas...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:23 PM | Show all posts
tobby posted on 18-4-2014 07:19 PM
tu yang hairan macamana bahasa Arab boleh jadi  Taa = Tanah  &  Mim = Melayu.

ape nak hairan??

Taa/Tho tu bleh jadi Tiin or Turob yg membawa maksud tanah gak, Mim tu dah sah2 ler Melayu kan pangkal hurufnya MIM,heheheheheh

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:25 PM | Show all posts
moribb posted on 18-4-2014 07:44 PM
kalau tak pasti benda itu betul ataupun tidak, adalah lebih baik tak payah pakai buat modal ceramah

sbb yg pelik2 nih laa yg bleh wat modal memenarikkan lagi gaya penceramahan


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
4agze posted on 18-4-2014 08:17 PM
PENUTUP
Saya tidaklah mahu polemik ini lebih kepada perselisihan pendapat dan mengikut emosi tanpa  ...

Wahhhh...tq share...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 09:28 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 18-4-2014 08:29 AM
oo....baharul mazi......

Ya.......Baharul Mazi! Rujukan ulamak ulamak credible......
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:29 PM | Show all posts
Santeira posted on 18-4-2014 09:15 PM
kan dah jelas tahap sengal ko tu? bila dia menipu, maka dia takda kredibiliti. kenapa kena percaya ...

ooo ye ke....abih yg ko seranah org sana sini tu kira ada kredibility la dan apa pon statement ko tu harus org pakai gitu? perasaan la tuh... ngaji skolah mana ko nih? Ade ke aku konar baring, ko tu yg lagi tadi do pikir camner nak lari dr masalah ko sendiri...aku ikut jer.. ade ke aku kata aku backing dia sesangat....aku cuma tak suka cara ko kupas issu nih jer, bukan pon ko nak hujah point2 yg wardina highlight tu...ko sibuk dispute pasal wajarkah wardina tu hentam ostad don, menipu kah...? apa punya level of comment la ko nih ...smart lah sangat...btw tafsiran english ko tu pon tak betul ikut sedap rasa hati ko...paham tak..

tu lah bila ade org bash ko balik ko kata keturunan wardina lah...mmg ko tak nampak salah ko, salah org jer ko nampak....dlm banyak2 forumer kat sini..ko nih lah yg mmg ada mental disorder yg teruk kat wardina tuh...tak paham la aku

kalau setakat nak menang pasal reply...ape kebenda lah tahap pemikiran yg ko ade nih...patut la bila org citer pasal ilmu ko citer pasal bende lain...tu la asik bergossip je memanjang...



Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:34 PM | Show all posts
engkusewel posted on 18-4-2014 09:29 PM
ooo ye ke....abih yg ko seranah org sana sini tu kira ada kredibility la dan apa pon statement ko  ...

kalau tafsiran english aku ta betul ko tunjuk la apa yg tak betul? sekarang ni, tak payah la tuduh orang itu ini.  ko suruh tgk intipati kata2 dia, apa intipati kata2 dia?

intipati kata2 dia ialah 1) don taksub mistik 2) don tak guna quran dan sunnah 3) al-hijrah kena check ceramah don sbb wardina kata dia dengar ceramah tak sahih (tapi dia tak sebut apa yg tak sahih tu, dan kenapa tak sahih?)

dan bila dia dihentam, dia menipu kata dia cuma bertanya.

so ko tak payah la komplen cara aku kupas isu sbb problemnya ialah, otak ko tak boleh nak digest apa yg aku kata.dah berlaku so kalau tak boleh, instead of meroyan/tunjuk sengal ko diam je. lepas tu ko boleh logout dan jgn masuk2 porem lagi forever. tak perlu lagi rasa malu sbb dah tujuk sengal kat forum as beginner.

nanti ko boleh buat akaun baru nobody will know / remember kesengalan yg dah ko tunjukkan menggunakan akaun sewel, hokkay?
Last edited by Santeira on 18-4-2014 09:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 09:35 PM | Show all posts
doploh muke surat................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.850481 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list