Shazliey posted on 8-9-2013 05:42 PM
Begini Ceritanya...
Kisahnya antara tahun 1999 - 2001 Aku still x ingat sama ada time tu aku lp ...
SAMBUNGAN...
Aku masih tepinga2 memikirkan riak wajah kawan2 aku bertiga, Cheq pun sama sebab dalam lif dia berdiri disebelah aku so dia tak perasan sangat apa yang Along, Apit dan Jai nampak. Epy pula masih kelihatan cemas tak tentu hala... setibanya kami berenam di rumah Epy kami disajikan oleh satu gambaran yang cukup pelik... “Korang kemana tadi, lama betul korang naik, ke skodeng awek2 area sini?” sapa kawan Epy... Pelik, kawan Epy sepatutnya belum sampai dari tapau makanan tadi... Ini diorang yang sampai dulu, berapa minit je kot kami naik lif... Still kami berpandangan sesama sendiri tanpa berkata apa2...
Dek kerana lapar yang teramat sangat so kami decide terus makan je tanpa banyak soal... Along, Apit, Jai hilang selera makan dan masih kaku terdiam... Epy pun begitu juga... Aku tak peduli perut kena isi cerita kemudian...
Selesai makan macam biasa bakar rokok layan blues... kami bersimpuh gaya bebas memulakan bicara...
Aku: “Along, Apit, Jai, hangpa pasai pa? Tadi kata lapaq gila, ni tak mau makan pulak.”
Dengan terbelalak matanya Along menjawab...
Along: ”Hang tak nampak ka Lee? Aku nampak clear kot”...
Seraya Apit dan Jai mengangguk megiyakan apa yang dilihat...
Epy mencelah pabila aku nak buka mulut... “Dah! Jangan dok cerita lagi... kami pun tak bising2 psai benda nih”...
Along: “Awatnya?”
Aku: “Hang ni Epy potong stim lah... biaq lah si bangkai ni cerita, apa masalahnya”...
Jai: “Aku nampak real punya... dia meniarap depan lif dengan rambut mengerebang merangkak mai dekat lif... takkan hang tak nampak lee?”
Aku terfikir sejenak... Owh, kain yang kusangkakan guni tadi rasanya... patutlah dalam lif takde angin tapi dia punya bergerak macam ada ribut kat luar tu... aku diamkan... dan apa yang mereka nampak sememangnya untuk tatapan mereka... bagi aku kalau dengan aku yang nampak skali bukan lif tu aje aku tekan laju2 untuk tutup pintu... malah aku tarik je pintu tu supaya tutup cepat...
Aku memulakan bicara kembali...
Aku: “Epy... hang kata tadi hangpa tak mau bising2 pasai benda ni maknanya hangpa semua taulah pasai benda ni ya?”
Epy: “Err... Aku nak cakap pun payahlah... hangpa takpalah mai sat ja... aku ni nak menghadap lama kot”
Along: “kira betoilah apa yang kami nampak tadi?”
Epy: “Urm... Aku dengaq cerita ja... sebab tu aku elak dari naik lif tu... ada banyak dah cerita yang aku dengaq... sampai yang pengsan dalam lif tu pun ada... yang meracau macam kena sampuk pun ramai...”
Along: “kira kami bernasib baik lah ni... dia tayang diri saja kan...”
Cheq: “Hoi hang ni cakap... aku yang tak nampak apa2 pun dah meremang bulu roma...”
Epy: “Ntah hang ni along... Kalau hangpa nak tau bukan stakat tu saja yang jadi kat sini...
(Epy memulakan cerita... sambil kami kusyuk mendengar cerita...)
Bang!!! Bukbukbukbukbuk!!! Bunyi macam tong gas jatuh dan bergolek DI DEPAN RUMAH!!!... Kami berpandangan... dah memang lazimnya tak pernah hayat ada org menghantar gas tengah malam buta... Ah... Sudah... Apa nak jadi pulak lepas ni...
Member Epy dengan muka pucat menunjukkan isyarat agar tidak meneruskan cerita ceriti yang disampaikan Epy... dalam senyap + cuak masing2 cuit Epy... “kita tidoqlah Epy...” sapa Along...
Aku: “kita tidoq ramai2 dalam bilik ja...”
Epy: “Hang hengat bilik kami ni apa? Besaq macam singgahsana?...”
Aku hanya senyum kambing jelah... so kami decide tidur diruang tamu ramai2... rumah Epy boleh tahanlah luasnya... dalam rumah tu ada satu bilik milik kawan si Epy ni... tertutup rapat... Epy ada cakap yang kawanya tu balik kampung so dia kunci bilik tu sebab banyak harta karun milik kawannya tu... jadi kami pun tak cakap banyak... malas fikir yang dalam lif lagi, cerita Epy lagi, bunyi punya kuat diluar rumah tadi lagi... Ah... Aku tidur lagi bagus...
Pada pagi keesokan hari...
Suara ramai: “Lee!!! Lee!!!”
Along “Hai aku tak tahan dah ni!!!”
Aku: “Ermm kacau lah hangpa ni nak tidoq pun susah”
Sambil aku buka mata... “Alamak... Bila aku tidoq dalam bilik??? Bilik sapa ni???...”
Aku masih separuh sedar bila aku dikejutkan aku berada dalam bilik... patut lah aku rasa selesa sangat semalam... aku ada dakam bilik tidur rupanya... tetapi bilik siapa??? Bilik dah lah kemas semacam je ni... jangan bilik perempuan sudah... Aku dalam tanda tanya pegang tombol bilik... “hai siap kunci pintu lagi ni... Bila Aku masuk...” Aku buka pintu dengan debaran... mana nak tau kot2 bilik dah macam bilik perempuan jangan2 sah aku ada dalam rumah perempuan... Aku buka pintu saja serentak Epy, Jai, Ceq, pandang aku...
Epy: “Hoi, hang buat apa dalam bilik tu... kan berkunci... hang masuk macam mana???...”
Aku: “Aku mana tau”... bulr2 aku time tu...
Along: “Ah, sudah Aku tak tahan dah... Jom kita blah ja... pi umah mak sedara kami kat Shah Alam...”
Epy: “Woi, Aku nak ikut... Tunggu Aku siap sat”...
Kami bergegas tinggalkan kawasan apartment tu tanpa banyak bicara... Semua diam tak berkata apa2...Setibanya di Shah Alam kami singgah di kedai mamak minum dan makan... Disitu Epy buka mulut...
Epy: “ Lee, hang btoi2 tak tau ka macam mana hang boleh ada dalam bilik member aku tu?...”
Aku: “ Manalah aku tau... aku sedaq2 ja dah dalam bilik tu... dah lah cantik semacam ja bilik tu aku ingat bilik perempuan dah...”
Epy: “ Memanglah cantik, awek member aku selalu datang kemas bilik tu”
Cheq: “ Hang takpalah tidoq dalam bilik, Apit dalam bilik ayaq, Aku bawah singki dapoq, sdaq2 semua dah tidoq beceramuk, hang dengan along takda... Aku kejut semua cari Along dengan hang... Kami jumpa along baik punya mengerekot kat tangga dok peluk bantal sapa ntah...”
Aku: “ Biaq btoi... Nasib baik aku tidoq dalam bilik takda orang... kalau ada orang sah2 aku dapat tengok wayang free...”
Along: “ Hang ni Lee kalau tak melawak seloroh tak boleh ka... Terang2 kita tak tau sapa yang alih kita semalam...”
Aku: “ Tapi baik jugak dia kan... letak aku kat tempat selesa... hahahaha...”
Along: “ Selesa ya!!!... aku tak kira sat lagi kita balik penang nanti hang bawak kereta...”
Kami habiskan makan minum kami dan teruskan perjalanan kami ke rumah mak saudara Along... Masing2 masih dalam keadaan blur... dan jadi tanda tanya kenapa tempat yang begitu cantik boleh ada perkara aneh yang berlaku disitu... Seteleh sekian lama aku nak ingat kembali cerita tu ketika aku baca post dalam thread ni... aku contact semua kawan2 yang lama tanya balik tentang peristiwa tu... semua masih ingat dan segar dalam memori... Cuma Epy sahaja yang tak dapat aku hubungi...
Dia dah kembali kerahmatullah 2 tahun lepas kerana terbabit dalam kemalangan di Mergong, Alor Star, Kedah... Al-Fatihah Buat Epy...
SEKIAN... Last edited by Shazliey on 20-9-2013 05:06 PM
|