|
Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)
[Copy link]
|
|
Hanim tersenyum riang. Perutnya diusap sayang. Kerja-kerja yang bertimbun juga sudah hampir separuh dia siapkan. Mulut pula tak habis-habis mengunyah asam jeruk.
“Hai cik Kak, makan je dari tadi. Hairan Kak Mala tengok Hanim. Tak kenyang-kenyang lagi ke?” tegur Normala salah seorang eksekutif di syarikat itu.
“Biasalah kak Mala. Pembawaan budak. Mengandung kali ni Hanim rasa lain sikit. Asyik nak melawa dan nak makan jer,” adu Hanim. Wajah pula berseri-seri.
“Hanim mengandung? Tahniah. Anak siapa?” soal Normala. Bukan nak menyibuk. Desas desus selama ini buat dia keliru juga. Malah sudah berkali-kali Hanim beritahu dia sudah berkahwin namun hingga saat ini dia tidak pernah melihat suami Hanim. Sedikit sebanyak hatinya curiga juga.
“La... anak suami Hanim la. Kan Hanim dah habaq Nim dah kahwin dan ada seorang anak. Semua macam tak percaya jer...” jawab hanim bersahaja. Sengaja dia kuatkan suara. Biar mulut-mulut tempayan yang suka bergosip di office tu sedar siapa dia.
“Maafkan kak Mala. Bukan apa banyak sangat gosip-gosip panas pasal Hanim sekarang. Kak Mala rasa malam anual dinner syarikat nanti Hanim bawalah suami dan anak Hanim. Kenalkan apa semua. Barulah dia orang puas hati,” cadang Normala. Hanim terdiam. Memikirkan kata-kata Normala itu. Betul juga.
“ok jugak tu. Nanti Nim ajak husband Nim datang. Boleh kenalkan pada semua. Harap-harap tak adalah lagi gosip bukan-bukan pasal Nim. Eh... akak nak tengok gambar buah hati Nim tak?” hanim bersuara riang. Entah mengapa ramah pula mulut dia hari ni.
“kalau Nim nak tunjuk, akak tengok jer...” balas Normala. Hanim pantas memklik satu folder di skrin komputer. Beberapa saat kemudian, terpampang wajah Amar tersenyum riang.
“Comelnya anak Hanim. Muka tak macam Hanim. Ikut papa dia ke?” soal Normala. Hanim pantas mengangguk.
“comelkan? Harap-harap yang ni baby girl pulak,”Hanim tersenyum manis. Terbayang wajah Amar diruang mata. Rindunya.
“Insyaallah,” jawab Normala.
........................................................................................................................................
“Hanum tak buat bang... semua tu fitnah. Percayalah” hanum menangis. Merayu pada sang suami.
“Habis, kau nak kata semua saksi tu sengaja nak fitnah kau? Nak kata Imam Hassan dan orang-orang kampung ni nak aniaya kau?” pekik Tengku Mansur. Geram bila dikhianati isteri sendiri.
“Dengar sini Hanum, mulai hari ini aku ceraikan kau talak tiga. Jangan hampiri keluarga aku lagi dan paling penting jangan kau sentuh anak aku. Kau tak layak,”
“Abang...” Hanum terkedu. Sampai hati abang.
“Kak... tolong Hanum kak. Hanum tak salah. Abang... Hanum nak anak Hanum...” Hanum merayu pada Tengku Zahara yang tenang mendukung Tengku Lukman.
“jangan sentuh anak aku dengan tangan kotor kau...” Tengku mansur terus menarik tubuh Hanum menjauh. Tubuh itu di tolak di luar pagar. Terduduk Hanum.
“abang... Hanum nak anak Hanum... abang tolong Hanum... Hanum tak salah. Semua ni fitnah. Hanum tak kenal pun lelaki ni... tolong Hanum bang...Lukman.. anak mak... Lukman...” tangis Hanim.
Tengku Mansur terus melangkah. Pintu pagar di tutup. Rayuan Hanum tidak dihiraukan. Tengku Zahara yang melihat hanya tersenyum sinis. Langsung tiada rasa bersalah. Tengku Lukman yang menangis, dipeluk erat. Pipi comel itu di cium kasih. Kini semuanya kembali menjadi miliknya.
........................................................................................................................................
“abang... maafkan Ara... Hanum maafkan kakak... maafkan Ara...” racau Tengku Ara dalam tidur.
“Mummy... mummy..” kejut Tengku Lukman. Dia baru pulang dan sebaik menghampiri bilik mummynya dia terdengar racauan wanita itu. Tengku Ara tersentak. Berpeluh seluruh tubuhnya. Matanya melolot memandang wajah Tengku Lukman yang memandangnya penuh kerisauan.
“Mummy Ok?” soal Tengku Lukman. Wajah Tengku Ara yang pucat diusap. Peluh di dahi mummynya dikesat dengan tisu. Tengku Ara hanya diam. Diam seribu bahasa.
“Mummy mimpi ngeri ke? Lama dah mummy tak mimpi macam ni. Mummy ada masalah?” soal Tengku Lukman penuh kerisauan.
“Mummy ok. Luke dari mana? Baru balik ke? Dah pukul berapa ni?” soal Tengku Ara kembali. Cuba mengalihkan perhatian Tengku Lukman. Jam di meja sisi di renung. Hampir dua pagi.
“Luke dari office. Banyak kerja sekarang ni. Dah la, mummy tidur ye. Jangan lupa doa tidur. Luke tak nak mummy Luke mimpi lagi. Nanti mummy sakit,”
“Mummy ok. Luke tu yang perlu rehat. Jangan kerja kuat sangat,”
“Luke masuk bilik dulu. Night mummy,” tengku Lukman melangkah keluar dari bilik Tengku Ara. Sebelum itu, sempat dahi wanita itu di kucup sayang. Sedar walau apapun salah wanita itu, wanita itulah yang membesarkan dia. Melimpahkan seluruh kasih sayang padanya.
........................................................................................................................................
Linda tersenyum melihat baju bayi yang baru dibelinya. Comel. Hampir kesemua barang keperluan bayi Linda sudah beli. Yang tinggal Cuma beberapa barang lagi. Perut yang sudah agak menonjol itu di usap sayang. Namun senyuman itu hanya seketika. Entah mengapa jauh di sudut hati dia mula merindui wajah itu.
“Baby rindu daddy ke?” Linda bersuara perlahan. Air mata yang ingin mengalir di tahan.
“Mummy pun rindu daddy...” bisik Linda lagi. Tangannya mencapai bingkai gambar di atas meja. Hanya gambar itu menjadi pengubat rindunya. Senyuman lelaki itu mahal sekali namun itu yang menjadi daya penarik lelaki itu. Entah sejak bila hatinya mula merindui kehadiran lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks hana... nanti smbg lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa bapa anak linda nie? masih confius lagi tg luke ke husband hanim? |
|
|
|
|
|
|
|
bgs linda dah rindu kat lukman... |
|
|
|
|
|
|
|
bgs linda dah rindu kat lukman... |
|
|
|
|
|
|
|
memintak HANIM ok je... |
|
|
|
|
|
|
|
dah dpt fhm sikit sape lukman(yg slama ini aku confuse) tp btul tidak tak tau laa..lukman abg kandung hanim yg tidak diketahui kewujudan coz hanum(mak dorang) hanya tau dia megandung lps bercerai gan suaminya.tg ara just mak tiri lukman.... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the N3..harap sambunglah lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
tq... akhirnya ada gak entry |
|
|
|
|
|
|
|
shana......where are you........ |
|
|
|
|
|
|
|
shana85 ..sambung lagi ek...hehehe..dah lama x masuk sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 494# yaya4075
ada jer... tapi busy sikit.
minggu ni hana kelam kabut sikit. tok masuk hospital coz apendiks pecah.. so rasanya x der n3 utk minggu nie. sory sangat2. |
|
|
|
|
|
|
|
ohhhh... siapa ayah baby Linda nie....???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 499# naufal2705
rasa macam tg luke je, betul tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|