|
baik mimpi bersambung or mimpi yg berulang2.. hani dah penah rasa... lepas tu kat realiti sekali lagi... huhuhu
haneiy79 Post at 20-11-2009 19:19 khan.... kekadang yang kita mimpi tu ader gak yang terjadi.... kuasa tuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Mut nanti kita gi gunung ledang huhu... jangan main sorok sorok pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Mut nanti kita gi gunung ledang huhu... jangan main sorok sorok pulak
secawankopi Post at 21-11-2009 18:03 adeh.. nak g ker?.. selimut nak g daki til puncak la... hahahhah.. ader berani? |
|
|
|
|
|
|
|
wooo nak menuju puncak ne tinggi woo |
|
|
|
|
|
|
|
adeh.. nak g ker?.. selimut nak g daki til puncak la... hahahhah.. ader berani?
selimutpurple Post at 21-11-2009 18:13
waaaa.. korang plan tk ajak hani eik.... |
|
|
|
|
|
|
|
wooo nak menuju puncak ne tinggi woo
secawankopi Post at 21-11-2009 19:11 x per la... ekne jaga stamina ler.... tiba puncak baru puas ati wooo |
|
|
|
|
|
|
|
waaaa.. korang plan tk ajak hani eik....
haneiy79 Post at 21-11-2009 19:27 nak itot gak ker?... jom ler.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak itot gak ker?... jom ler....
selimutpurple Post at 21-11-2009 23:15
betul ni nak ikut.. bila??? nak2... |
|
|
|
|
|
|
|
betul ni nak ikut.. bila??? nak2...
haneiy79 Post at 21-11-2009 23:19 kita pown ngah tunggu masa sesuai.. la nie ujan je kan,,,, so tuggu je le.. heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
kita pown ngah tunggu masa sesuai.. la nie ujan je kan,,,, so tuggu je le.. heheheh
selimutpurple Post at 21-11-2009 23:22
ingatkan dah ada tarikh .. hehhee.. ujan2mmg tk sesuai... kena tunggu lepas ujan... lepas musim dia |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan dah ada tarikh .. hehhee.. ujan2mmg tk sesuai... kena tunggu lepas ujan... lepas musim dia
haneiy79 Post at 21-11-2009 23:24 yup... itu la yang sebenarnya... sok nak post cerite baru,,.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by selimutpurple at 8-12-2009 12:02
                  -PERHATIAN....-
                              
selimut dah dapat dah jawapan bagi roh nie... sila baca yer....
Hantu / roh bolehkah kembali?                            
SOALAN  
Saya ada menonton siaran televisyen mengenai rumah berhantu. Selain adanya kehadiran lembaga yang hodoh, dikatakan orang ramai sering mendengar suara-suara seperti orang menangis. Dikatakan bahawa penghuni rumah tersebut meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Persoalan saya, saya percaya kepada kehadiran makhluk jin yang suka menghuni rumah yang ditinggalkan. Tetapi, suara menangis ataupun bayangan pemilik rumah yang telah meninggal dunia itu, adakah kerana roh si mati tidak diterima bumi? Kalau tidak silap, saya pernah terbaca hadis yang mengatakan ada roh yang tidak diterima oleh bumi. Jika benar demikian, ke manakah roh ini pergi?
  
  
  
Jawapan  
Apabila roh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)
Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-
a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)
Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith:
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, roh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat.
Wallahu'alam.
http://soaljawab.jais.gov.my/ind ... ew&id=395&Itemid=82 |
|
|
|
|
|
|
|
adeh.. x dapat nak teepk cerite baru ri nie... banyak keje ler.... k.. selimut akan post cerita baru ASAP yer... |
|
|
|
|
|
|
|
waaa... selimut.. bagusnya info tu..
harap2 lepas ni jgn laa ada yg kata pasal roh kembali lagi yer... |
|
|
|
|
|
|
|
waaa... selimut.. bagusnya info tu..
harap2 lepas ni jgn laa ada yg kata pasal roh kembali lagi yer...
haneiy79 Post at 22-11-2009 19:40 yup......nak shere ngan korang semua..... |
|
|
|
|
|
|
|
tadak cita baru ka????? |
|
|
|
|
|
|
|
tadak cita baru ka?????
atreyu05 Post at 23-11-2009 11:55 ader .. just x sempat nak karang jer... if selimut adeer masa terluang nanti selimut tepek yer |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by selimutpurple at 8-12-2009 11:57
KISAH KESEMBILAN:KESINAMBUNGAN CERITA HILANG^^^SIAPA TADI? 
Selepas ayah dan abang iparnya (pak andak) menghantar semua pelajar dan guru pembimbing ke rumah mereka, mereka berdua meneruskan perjalanan kembali ke rumah ( ayah memang duduk ngan aruah mak andak sejak berumur 2 bulan lagi coz nenek meninggal ). Dalam perjalanan balik, mereka berbual perihal peristiwa yang berlaku di gunung ledang tadi.. pak andak yang telah lama duduk di sana menceritakan peristiwa2 yang pernah didengarnya melalui mulut ke mulut tentang kejadian aneh yang berlaku di sana.. ayah hanya mendengar cerita pak andak. 
Setelah penat berbual, pak andak mengajak ayah ke satu warung yang berada di tepi jalan, setelah setengah jam  membasahkan tekak dan mengisi perut, mereka meneruskan perjalanan.
Waktu sudah semakin larut. Pak andak berasa mengantuk. Dia lihat ayah masih berada di tempat duduk di belakangnya. Dia pon meneruskan perbualan tadi untuk mengurangkan rasa mengantukknya. Sedang asyik berbual2, pak andak berasa mahu terkencing dan berhenti di tepi jalan.
Setelah dia kencing dia meneruskan pemanduan nya. Lagi 15 munit sampailah rumah. Detik hatinya. Setelah samapi di simpang masuk ke felda tenang( heheh,,, nie le kampong mak selimut) ayah menyuruh pak andak memberhentikan bas.. dia kata maahu kencing. Pak andak cakap dah dekat ngan umah dah. Tahan sekejap ler….
Ayah tetap suruh pak andak memberhentikan bas untuk kencing. Pak andak akur dengan perangai adik iparnya itu( ayah nie manja sangat ngan aruah mak andak… sampai la mak andak meninggal,, yer la, adik bungsu yang di asuh dari berusia 2 bulan,,, dah jadi macam anak sendiri).
Lamanya dia kencing,, rungut pak andak. Dah hampir 10 minit ayah pergi kencing di kawasan pokok getah. Tiba2 ayah mendapatkan pak andak. Ayah berkata ‘ andak, naper ko berenti, ada masalah ker?’ pak andak menjeling kea rah ayah ‘ kan ko g kencing tadi. Dah la lama. Batu karang kea per?’ ejek pak andak kepada ayah.
Ayah kebingungan, peluh yang menitik di dahinya di kesat.’ Mada ada andak, pas makan tadi aq terus tido kat bangku belakang tu… nie aq bangun pon coz terasa panas sangat. Aq ngat bas nie rosak.’ Ayah menerangkan si tuasi sebenar.
Pak andak tergamam. Dia melihat kawasan pokok getah tempat  ‘ayah’ pergi kencing sebentar tadi. Tanpa banyak bicara dia terus memandu basnya n balik ker umah yang hanya beberapa km sahaja.
Selepas peristiwa tu, pak andak x bagi ayah tido lagi kalau mengikut dia membawa penumpang. Kalau nak tidur gak, kene tidur kat kawasan enjen( bas dedulu ada kawasan enjen di sebelah driver.. selimut dedulu pown selalu duduk kat situ mengikut ayah menghantar budak sekolah.. huhuhu… seronoknya walaupown montot panas…)
-tamat- |
|
|
|
|
|
|
|
KISAH KESEMBILAN:KESINAMBUNGAN CERITA HILANG^^^SIAPA TADI?
Selepas ayah dan abang iparnyapak andak) menghantar semua pelajar dan guru pembimbing ke rumah mereka, mereka berdua meneruskan perjalanan ...
selimutpurple Post at 26-11-2009 20:20
selimut dah bg citer baru aaa.. sempena nak raya ke .... |
|
|
|
|
|
|
| |
|