CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

All About Wedding Sam Cendawan #konK & Syatilla Melvin?

  [Copy link]
Post time 13-1-2016 03:16 PM | Show all posts
Selepas berhempas pulas sebelum ini, kononnya menafikan hubungan cinta bersama pelakon Syatilla Melvin, akhirnya pada Sidang Media ‘Majlis Minum Petang Bersama Shaheizy Sam’ Sam telah memberitahu akan mengadakan majlis perkahwinannya pada 8 Februari ini.
Apa yang menariknya Sam menjelaskan kenapa dia memilih Syatilla sebagai bakal isterinya kerana insan yang bergelar Syatilla seorang yang penyabar dengan melayani kerenahnya membuatkan Sam jatuh hati pada sikap wanita itu.
“Sam tak pernah jumpa orang penyabar macam dia (Syatilla). Dia layan kerenah Sam, Sam pula sangat ‘Diva’ tapi dia boleh tahan dengan Sam. Dia tak hipokrit paling ketara sekali ialah hatinya,” kata Shaheizy Sam yang ditemui di Hotel Sunway Putra petang kelmarin.
Berkawan dan bercinta dengan Shaheizy Sam memerlukan seseorang itu untuk menahan diri dari segi mental dan emosi kerana Shaheizy Sam akan dikaitkan dengan mana-mana sahaja artis wanita kerana sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai ‘playboy’. Oleh itu, Sam telah memberitahu Syatilla supaya tidak terasa dengan apa jua artikel yang dikeluarkan mengenai dirinya kelak.
“Dari awal Sam akan cakap dia akan dengar macam-macam kenyataan tentang diri saya, kalau boleh tahan okaylah. Sam bagi tahu awal-awal jangan terasa kerana benda-benda seperti itu tak boleh lari lagi,” jelasnya.
Nalurinya untuk berkahwin datang tanpa dirancang apabila ketika itu bersama-sama bercuti dengan ibunya di Pulau Pinang dan seterusnya pergi ke rumah Syatilla untuk merisik. Bagaimanapun Sam memberitahu kesemuanya diuruskan oleh ibunya dan dia hanya mengikut asalkan ibunya bahagia.
“Mommy uruskan semuanya, sama juga dengan majlis perkahwinan nanti, janji Mommy gembira apa yang dilakukannya,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai popularitinya selepas berkahwin, Sam tetap optimis kerana percaya pada rezeki yang Tuhan telah tetapkan.
“Sam percaya rezeki Allah, bila kita berkahwin akan bertambah lagi rezeki kerana kita membuat perkara yang baik. Saya tak takut kerana bagi saya dia takkan jejas populariti. Tidak ada masalah, saya takkan halang, cuma galakkan dia untuk tidak berlakon. Tapi kalau dia teringin nak buat tidak ada masalah buat saya,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Buat pengetahuan semua, majlis resepsi sebelah keluarga Shaheizy Sam akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Manakala majlis resepsi buat peminat Shaheizy Sam akan diadakan pada 20 Februari.
Para peminat yang ingin meraikan perkahwinan Shaheizy Sam pada 20 Februari nanti hanya perlu memuat turun dan bermain permainan ‘Sam’s Ice-Cream’ di Google Play manakala melalui Apple Store hanya boleh didapati pada bulan Februari nanti. Maklumat lanjut akan dihantar melalui permainan ini. (rtky/h)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
maybe sam tilla jenis on off relationship..sbb sam pn ada ngaku kapel dgn putri najwa..then faz pn ada kate penah kapel dgn sam..

tapi..tilla still sabo aje..haha..kalo aku..idok la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 03:23 PM | Show all posts
Teru2Bozu replied at 13-1-2016 01:03 PM
kepala takuk tu ha.. ko ni dah kawen blom??

Dahh..tu yg pikir camtu..so betui laa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 03:38 PM | Show all posts
tapi tengok tilla ngan Samdawan ni macam tak berapa masuk. ke mata sis je yg rabun?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 03:51 PM | Show all posts
phewww ingat kan cendawan apa lerrr... gugel pya gugel... astagaaa.... kimk ke pmpn tu??
oh my..mcm tak percaya!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 03:57 PM | Show all posts
tunaluna replied at 13-1-2016 09:25 AM
so maksudnya time sam kapel kejap dgn fake sampai siap ada video bj (yg kononnya feat fake n sam)tu  ...

haha..i penat marathon thread ni tau.. tiba2 nampak ayat u.
kakakakaka,,segalanya pendek ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2016 04:16 PM | Show all posts
tak ada sapa lagi ke yang buat pencerahan pasal pompuan yang salah masuk bilik PC tu?? iols lagi interested nak tau psl kesilapan tu. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:17 PM | Show all posts
dah ada kad kawen kan?

kesian ahkak kimK

kemain lagi makan cendawan..hujung2 kena tinggal

bebi i love u
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 04:18 PM | Show all posts
Kenapa iols rasa pompuan yg salah masuk PC tu just a gimik.. Kekonon surprise........ X rasa pun awek tu tersalah masuk. Sbb dr awal ada org BG direction suruh jln kt ner, duduk kt ner... X jd la gimik tu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2016 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
coco replied at 13-1-2016 03:16 PM
Selepas berhempas pulas sebelum ini, kononnya menafikan hubungan cinta bersama pelakon Syatilla Melv ...

Amboi lepas cendawan , terus tukar ke 'ice cream' ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:22 PM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 13-1-2016 12:08 PM
Euwwww. Iols suka dengan Sam dulu but lately mcm byk benauuuu yang lain mcm pasai dia.

Tau lak k ...

uols ni budak polipd ke?
eh tetiba..hahah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:23 PM | Show all posts
maxim replied at 13-1-2016 11:50 AM
http://abgduan.tumblr.com/post/109559537710/mcm-fazura-jerrrr

aku lagi tertarik ngn avvy dan siggy ko meksim
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:24 PM | Show all posts
coco replied at 13-1-2016 03:16 PM
Selepas berhempas pulas sebelum ini, kononnya menafikan hubungan cinta bersama pelakon Syatilla Melv ...

nasib baik bukan sam's mushroom
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:33 PM | Show all posts
JulietTheOrange replied at 13-1-2016 04:29 PM
Wanita Tersilap Masuk Bilik PC Shaheizy Sam

babe..siannya dia..
siapa dia tu?
ke mmg saja je deme bergimmick bgai?
adeh....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:39 PM | Show all posts
beatgirlX replied at 13-1-2016 04:33 PM
babe..siannya dia..
siapa dia tu?
ke mmg saja je deme bergimmick bgai?

iols speku gimmick je
mase die masuk pon kekonon sam ngn mummy x pandang pon
kalu ikot normal, mase org masuk, mesti lah sume mata tertumpu kat die kan
tp nape sam n mummy tak pandang pon mase die berjalan masuk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
coco replied at 13-1-2016 03:16 PM
Selepas berhempas pulas sebelum ini, kononnya menafikan hubungan cinta bersama pelakon Syatilla Melv ...

Ais krim malaysia ker??

Ayo Sam.. Ais krim pula..teringat video blue tu. kena ambil wuduk ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kaksom replied at 13-1-2016 03:51 PM
phewww ingat kan cendawan apa lerrr... gugel pya gugel... astagaaa.... kimk ke pmpn tu??
oh my..mc ...

Kaksom pun tengok jugak ker??

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:49 PM | Show all posts
wow..25 Mil...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 04:51 PM | Show all posts
Feeling internasional sangat,
umum kawen nak panggil wartawan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.132112 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list