|
[Tempatan]
RM2.6 billion dalam akaun Najib adalah dari penderma, bukan dari 1MDB kata SPRM
[Copy link]
|
|
duit penderma bole..duit songlap pun bole
|
|
|
|
|
|
|
|
i prefer loyalist than smart people katanyaaaa...mmg meet the criteria org jawa cakap
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila si dungu berkata-kata...
|
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 replied at 4-8-2015 03:33 PM
Rashiman ni LOYAL orangnya
kalau smart dia tak sokong pun atau dah lama kena buang dari ...
Ayat ni kena guna pd semua Macai najib...tepat dan padat |
|
|
|
|
|
|
|
bila membaca penulisan kamu membuatkan sy tepuk dahi...nilai yg didermakan adl 2.6 billion dan nilai yg agak luar biasa tingginya ini akan menimbulkan tanda tny kpd rkyt.adakah penderma itu ada kepentingan tersendiri??2.6 billion hokeh!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni ramai lah orantg terima rasuah ..transfer terus ke akaun peribadi.........stated sebagai PENDERMA.
lol... pencetus idea dr gomen dan kroni kroni.
Buat solutions tak fikir long term.. hehe camni lah nak sokong melayu perintah.......solve issue short term shj tak fikir impact future. |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan ini perlu dijawab...
Siapakah penderma?
Jika Penderma mahu dirahsiakan identitinya...tak bolehlah diberitahu kepada umum...hanya beritahu dari hamba Allah Negara Arab
Ke mana dibelanjakan?
Bergantung kepada tujuan sumbangan..
Apakah tujuan sumbangan?
Jika tujuan sumbangan dari penderma, terserah kepada penerima...maka bolehlah dibelanjakan apa saja, sama ada untuk peribadi, untuk parti, untuk rakyat dll.
Adakah ia melibatkan sebarang perjanjian?
Kena beritahu perjanjian jika ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau sektor gomen/swasta lain bleh ker wang derma masuk akaun peribadi ketua?
penderma ni pon..patut nyer derma ler berbiliyun2 tu kat fakir miskin atau hal2 keperluan asas lain..baru rakyat tak tertanya2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada kes kakitangan awam kena jail sbb kontraktor "derma" rawatan gigi kat dia. Tapi masa tu di panggil rasuah |
|
|
|
|
|
|
|
Jika penderma nak menderma utk parti, penderma akan minta no.acc parti...
itu menunjukkan, penderma nak beri sumbangan kepada individu...jadi terserah kepada penerima nak gunakan untuk apa....
dan hak penerima untuk tidak memberitahu sesiapa...
|
|
|
|
|
|
|
|
yeker penderma ke rasuah tap dikatakan derma
|
|
|
|
|
|
|
|
lol..baguslah idea ni ..lepas ni sure ramai PENDERMA di malaysia..yang guna idea ni..jgn pulak SPRM tangkap pulak sebab cth terbaiknyer dah ada...dibolehkan penderman ke akaun peribadi, kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 replied at 4-8-2015 03:33 PM
Rashiman ni LOYAL orangnya
kalau smart dia tak sokong pun atau dah lama kena buang dari ...
Isskk jgn ckp cmtu....klau xde macai2 mcm diorg jibbon dh lma bungkus |
|
|
|
|
|
|
|
dibayar gaji..ujan panas..raya semua kerja..sure gaji ribu ribu ni .
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarkastik???.....
Jangan persoal keikhlasan penderma
3:39PM - 4 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307318
Kepada semua teman yang pernah menghina dan memperlekeh integriti perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah lebih baik kalian semua menginsafi perbuatan kalian dan bertaubatlah jika perlu.
Saya sendiri berasa amat takut dengan dosa akibat pelbagai hamburan dan tohmahan selama ini terhadap Najib dan keluarganya.
Kalau boleh ingin saja saya hadir melawat Seri Perdana dan merafak kemaafan dengan setulus ikhlas serta memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau. Ingin saja saya bersalam dan mencium tangan Datin Seri Rosmah Mansor jika ini dibenarkan.
Pengakuan saya ini sama sekali tidak bermaksud membodek hanya kerana beliau seorang jutawan, mohon jangan sesekali tindakan saya ini disalah erti.
Saya benar-benar ikhlas. Janganlah ditambah dosa kering saudara sekalian. Cukuplah jika yang sedia ada itu mengheret kalian ke neraka.
Ingin saya imbas di sini, Najib lahir dari kalangan bangsawan iaitu Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak. Beliau diberi didikan terbaik dari dalam dan luar negara.
Beliau cukup berkarisma bukan sahaja untuk memimpin tiga juta ahli Umno seluruh dunia, malah untuk menjadi nakhoda melayarkan negara ini menjadi sebuah negara maju. Saya maksudkan layar bahtera, bukan layar perak.
Malah beliau juga mempunyai jodoh yang baik di kalangan terbaik, kerana sudah tertulis orang yang soleh akan bertemu jodoh yang solehah. Rosmah wajar menjadi ikon kebangsaan sebagai Wanita Pertama yang menjadi tulang belikat buat perdana menteri kita.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengumumkan bahawa RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Najib merupakan sumbangan penderma.
Oleh itu, saya melihat segala tindak-tanduk Najib mentadbir negara ini khususnya rombakan kabinet yang dibuat minggu lalu adalah bertepatan.
Sekurang-kurangnya telah diakui dan disahkan wang tersebut selamat di akaun perdana menteri kita. Ia lebih baik berbanding tidak mengaku apa-apa atau menafikannya.
Kita maklum bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib adalah duit derma, bukan duit penyelewengan atau rasuah mana-mana pihak dan ia tiada kena-mengena dengan 1MDB seperti yang dilaporkan.
Tuduhan melampau oleh bekas TPM dan Tun Mahathir akhirnya terjawab hingga Mahathir sendiri terpaksa akui kemungkinan Muhyiddin melakukan jenayah besar hingga terpaksa diketepikan dari kabinet Najib.
Malahan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga presiden parti Islam PAS juga sudahpun menyebut bahawa Najib tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.
Ia adalah satu penilaian yang tepat oleh seorang ulama. Apakah kita ular yang biasa-biasa ini berani membangkangnya? Sokongan Hadi Awang ini harus menjadi azimat untuk kita semua memberi sokongan padu terhadap Najib Razak.
Janganlah pula kita persoalkan dari mana sumber datangnya sejumlah wang bernilai RM2.6 bilion. Siapa yang menderma yang tidak penting asalkan yang menderma itu ikhlas kerana Allah, tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima. Siapa kita untuk menilai sebuah keikhlasan?
Jumlah RM2.6 bilion itu juga amatlah kecil jika dibandingkan dengan jumlah hutang negara sebanyak RM800 bilion. Tidakkah kalian nampak jurang perbezaan yang ketara? Justeru saya fikir janganlah perihal derma RM2.6 bilion ini diperbesarkan.
Janganlah pula kita tanya ke mana wang ini dibelanjakan. Sebagai rakyat, kita boleh sahaja mempersoal penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam negara ini, contohnya skandal 1MDB.
Namun wang derma yang masuk terus ke akaun DS Najib adalah hak beliau untuk membelanjakannya dengan berhemah. Siapa tahu, ribuan rumah mangsa banjir di Kelantan yang siap sebelum raya tempoh hari mungkin sebenarnya dari wang RM2.6 bilion ini?
Tidak hairanlah mengapa parti pembangkang PAS bersikap mesra BN umpama salah sebuah parti komponen.
Ada juga pihak yang membuat tuduhan, tanpa sebarang bukti, bahawa wang RM2.6 bilion ini digunakan sebagai dana perbelanjaan pilihan raya umum ke-13.
Hanya secara kebetulan, wang ini masuk ke dalam akaun tersebut dua bulan menjelang pilihan raya umum.
Tetapi ini tidak boleh dijadikan sandaran kepada dakwaan bahawa ia digunakan untuk kempen pilihan raya. Lagipun, wang ini masuk ke akaun peribadi, bukan akaun parti. Jadi janganlah dipertikaikan kemenangan BN dalam pilihan raya lalu.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memberi nasihat kepada semua rakyat Malaysia supaya bertenang dan tidak gopoh dalam membuat penilaian.
Janganlah kita memilih demonstrasi jalanan hanya kerana wang derma RM2.6 bilion ini. Negara kita ada undang-undang, malah ada peguam negara baru yang jauh lebih matang.
Demonstrasi jalanan hanya akan menyebabkan negara mampu menjadi huru-hara. Walaupun jutaan umat Malaysia berada di Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 29 Ogos nanti, pihak polis pastinya sudah bersedia dengan pelbagai kelengkapan termasuklah gas pemedih mata dan air gatal dari semburan meriam.
Garam yang sedikit tidak mampu merawat kepedihan mata, dan walaupun setiap yang hadir membawa payung hitam, ia mungkin tidak mampu menghadang corong canister yang terbang ke arah kalian, apatah lagi semburan air gatal.
Janganlah salahkan pihak berkuasa sekiranya kalian dipukul dengan cota, dan dipijak dengan kasut but besi. Saya tahu kalian semua sangat berani, saya tahu kalian tidak takut mati demi tanah air, tetapi sayangilah diri sendiri dan keluarga.
Jika marah sangat pun, cukuplah hambur kemarahan di media sosial, kerana mungkin itu sahaja kualiti kita.
Janganlah hadir berdemo dalam aksi Bersih 4 hujung bulan nanti hanya kerana wang derma RM2.6 bilion. Ia mungkin akan menyebabkan kehancuran ke atas negara ini, walaupun kita mampu saja bina semula dengan lebih baik.
Tetapi, lebih baik lagi, jangan ambil risiko kerana tanpa risiko tiadalah perubahan. Ada juga yang berkata "The biggest risk is not taking any risk", ini jangan dipercaya.
Kita harus berterima kasih kerana masih bernafas dengan percuma, dan dibayar elaun BR1M setiap tiga hinggan empat bulan, ini idea Najib bukan Ahmad Maslan.
Ingin juga saya bertanya di sini, berapa ramai di antara kita yang sudah berterima kasih kepada Najib yang menurunkan harga petrol sepuluh sen walaupun ketika ringgit menjunam hampiri RM4 sedolar?
Kita harus bersyukur negara ini masih lebih baik dari negara yang rakyatnya kebuluran. Negara kita ini belum ada yang kebuluran, jadi mengapa perlu kita lawan kerajaan? Malah kita juga harus berbangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri sanggup bertahan walau apa pun rintangan.
Saya bangga menjadi sebahagian rakyat Malaysia yang terus bersabar. Bersabar itu bukan bermaksud dungu, ia lebih dari itu.
--------------------------------------------------------------------------------
EDY NOOR REDUAN seorang aktivis dan penulis blog.
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe statement memperbodohkan orang melayu sendiri..sebab mungkin pd pemimpin.ahli UMNO boleh terima apa jer alsan yg pemimpin berikan.
Rasanyer kalau guna ayat ni kat negara lain..dah kacau bilau lol...ayat takyah belajar tinggi tinggi......
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas dianya terima duit tu..dia derma kat mana pulak..atau berpoya poya dan bermewah mewah dgn duit derma?
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe tegar tgh apply kerja fulltime keyboard-warrior yang di kelaurkan oleh jabatan perpaduan...naik pangkat dgn gaji .
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai nak kira duit derma masa ceramah PAS ...celah gigi jer dgn derma yang 2.6billion...fair ke nak compare lol.
|
|
|
|
|
|
|
|
pokcik..ni duit 2.6billion dan penerimanyer pulak ..pemimpin no1 negara..........mana boleh samakan dgn marehin atau politician politician minority..tak sekolah apa.
dah duduk kat temapt no1..then sepatutnya semua dijaga..........ini dah tak dijaga..dan dgn excuse yg entah apa apa tak make sense..hehe marhein juga dipersalahkan sebab bertanya? kalau rasa tak suka dipersoalkan ..oleh marhein yg duduk dlm negara yg dianyer pemimpin mo1..elukler undur seperti yang dinasihatkan lol.......... LOGIK kan ni
Di company yang ada ada pun siap adakan undang undang... "dilarang drp menerima apa apa pun dr segi duit/barangan/offers dr verdors vendors selaind r bayaran yang telahpun ditetapkan diterima oleh company itu sendiri.
tapi org no1 sendiri tidak boleh dipertikaikan apabila menerima.............berbillion billion duit (bukan sikit ni) ke akaun peribadi? lol ..tak Logic dan tak make sense langsung..statement bodoh jer bunyi..tapi nak wat camana.........marhein di suruh gek menerima dan dipaksa di perbodohkan tanpa rela lol
|
|
|
|
|
|
|
| |
|