CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 19-2-2015 10:14 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 19-2-2015 10:00 AM
Mungkin Conan tak akan dijumpai sebab dia telah berubah menjadi kanak2 lepas kena cucuk ngan virus a ...

aku suka watak Conan kecik ni..

kalau betul conan dah jadi kecik..mahunya dia beradik kakak dengan Aylanins nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2015 10:26 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-2-2015 08:01 AM

BAB 23



HANI membelek fail yang mengandungi maklumat Fendi, mangsa terbaru mawar hitam. Dia meneliti setiap maklumat yang tercatat di situ. Banyak kali Hani meraup muka. Kesal kerana tidak sempat memberi amaran pada lelaki itu dan apa yang lebih memeningkan kepalanya, siapa mawar hitam? Apa permainan yang cuba mawar hitam lakukan sebenarnya? Mawar hitam seperti tahu kisah silamnya. Memang jelas mangsa semuanya lelaki yang pernah dibencinya satu ketika dulu. Sekarang ini pula Amir cuba menuding jari kepadanya. Dia tidak salahkan Amir dalam hal ini. Sudah terang dan jelas yang kesemua mangsa itu ada kaitan dengan kisah sepuluh tahun dulu.

"Hani, awak dah siasat kes Fendi?"

Hani tersedar dari lamunan, Tuan Muaz sudah tercegat berdiri di depannya. Dia segera bingkas bangun dan memberi tabik hormat. "Sudah Tuan!"

"Hmm..apa perkembangan terbaru?"

"Masih belum ada petunjuk siapa mawar hitam tu tuan!" Hani masih berdiri.

"Hmm.." Tuan Muaz mengusap dagu, berfikir apa yang sebenarnya berlaku. Dia kemudian mengangkat muka. "Saya ada hal penting nak bincang dengan awak Hani.."

Wajah Tuan Muaz dilihat sudah serius. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran bosnya itu. Tuan Muaz sudah mula melabuhkan punggung di kerusi dan berdepan dengan Hani. Hani pula mula duduk setelah Tuan Muaz sudah selesa duduk di situ.

"Kes mawar hitam ni..semalam saya hadiri mesyuarat di cawangan Bukit Aman, nama awak naik. Awak faham maksud saya kan?" Tuan Muaz mulakan mukadimah.

Hani tunduk. Apa yang dibimbangi selama ini sudah hampir menjadi kenyataan. Dia faham kata-kata Tuan Muaz tadi. Namanya disebut-sebut dalam kes mawar hitam itu dan itu bermakna dia bakal dituduh suspek utama.

"Ya saya faham tuan. Saya akan berusaha mencari siapa mawar hitam yang sebenar. Saya akan pertahankan diri saya yang saya tidak bersalah dan bukan suspek utama." Hani bersuara tegas.

"Bagus! Jangan putus asa. Saya pasti, mawar hitam akan jatuh juga. Sekarang ni awak kena siasat siapa mangsa terakhir tu. Di mana dia tinggal dan kerja di mana. Saya tahu, semua mangsa yang dibunuh sebelum ini adalah satu sekolah dengan awak kan?" Tuan Muaz memandang tepat ke anak mata Hani.

Hani mengangguk. Dia tidak terkejut dengan kata-kata Tuan Muaz tadi kerana dia tahu lelaki yang sudah berkhidmat lebih 25 tahun itu begitu mahir dalam selok belok penyiasatan dan tidak mustahil juga Tuan Muaz sudah tahu kesnya sepuluh tahun dulu. Segala fail kes semuanya dalam otak lelaki itu. Dia hanya memantau saja. Jika perlu, lelaki itu akan turun padang sekali menyiasat kes tertentu yang dirasakan sukar diselesaikan.

"Hmm..hati-hati Hani. Saya tahu bukan awak mawar hitam tu dan saya tak nak dengar arahan dari pihak atasan nanti untuk menahan awak sebagai suspek utama kes ni. Awak faham maksud saya?" Tanya Tuan Muaz lagi.

"Saya faham tuan!" Sekali lagi Hani menjawab tegas walau dalam hati penuh rasa gelisah.

Tuan Muaz mula minta diri dan Hani menghantar sehingga ke pintu biliknya. Sempat Tuan Muaz berpesan sekali lagi kepada Hani supaya berhati-hati dengan permainan pembunuh sebenar. Hani menapak semula ke mejanya. Fail itu dibelek lagi sehingga ke waktu tengahari. Dia perlu meronda dan menyiasat di mana Malik tinggal. Mawar hitam tentu sedang mencari Malik sekarang ini, bakal mangsa terakhir. Jadi sebelum mawar hitam membunuh lelaki itu, dia harus bertindak cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 19-2-2015 10:14 AM
aku suka watak Conan kecik ni..

kalau betul conan dah jadi kecik..mahunya dia beradik kaka ...

Beradik kakak xper lagi.. jangan perangai mcm sin chan udah ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 10:36 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 19-2-2015 10:33 AM
Beradik kakak xper lagi.. jangan perangai mcm sin chan udah ler

yang ni takleh blah...gatal sin chan tuh..

sama ngan atuk Goku dalam Dragon Ball tu...gatal merenyam nengok pompuan seksi..sampai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 10:41 AM | Show all posts
adeh...hari ni taman perumahan aku sunyi sepi..sume balik kg..

aku dengan senang hati layan Cari ni..kalau dapat habiskan citer ni..tak dak lagi huru hara otak..

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 11:21 AM | Show all posts
Ipo replied at 19-2-2015 02:41 AM
adeh...hari ni taman perumahan aku sunyi sepi..sume balik kg..

aku dengan senang hati layan Car ...

Habiskanla.baru tak huru hara.minda kosong.nanti.blh pk hal lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-2-2015 12:08 PM | Show all posts
Esmiria replied at 19-2-2015 11:21 AM
Habiskanla.baru tak huru hara.minda kosong.nanti.blh pk hal lain.

cantik avvy Es yang ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:59 PM | Show all posts
Ipo replied at 19-2-2015 04:08 AM
cantik avvy Es yang ni

ada masa.ipo jengukla thread cerpen sy tu. Sy perasan,thread cerpen byk view setiap kli.update. Ok. sambung yer cter ipo. tkmo ot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2015 01:10 PM | Show all posts
Esmiria replied at 19-2-2015 12:59 PM
ada masa.ipo jengukla thread cerpen sy tu. Sy perasan,thread cerpen byk view setiap kli.update. Ok ...

ipo baca cerpen Es tapi sr je..nanti ipo tepek komen k?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 01:10 PM | Show all posts
DI BANGLO MEWAH milik Sharifah Qasidah, mundar mandir orang tua itu di ruang tamu. Tengku Saif yang turut sama berada di situ juga sudah buntu. Berita kehilangan Conan sudahpun  diketahui. Arisha yang juga turut sama berada di situ hanya tunduk membisu. Pada fikirannya jika benar Conan hilang, Nicki juga mungkin mengalami keadaan yang sama. Sudah jenuh dia mengubungi Nicki dan Conan, sampai ke sudah tidak berjawab. Sudahnya, dia biarkan saja perkara itu dengan harapan Nicki akan menghubunginya semula.

"Macam mana ni Dato'?" Sharifah Qasidah melihat Tengku Saif yang sudah meraup muka.

"Kita kena lapor pada polis. Tadi, saya pergi rumah sewa dia. Teman serumah dia ada. Anak saya yang tak ada.." Tengku Saif sekali lagi meraup muka.

Pantas Arisha mengangkat muka. Ingin saja dia bertanya siapa teman serumah yang dimaksudkan oleh Tengku Saif tadi tetapi mindanya menghalang semua itu. Bimbang tiba-tiba orang tua itu akan bertanya lebih lanjut. Apa yang dia nak jawab nanti?

"Tapi macam mana boleh hilang?" Arisha beranikan diri bertanya, mencelah perbualan nenek dan bakal bapa mertua Nayla.

"Nicki beritahu uncle. Malam semalam, dia dan Conan dikejar makhluk ganas. Gila! Wujud ke makhluk ganas? Entah-entah monyet liar yang terlepas dari belukar tepi rumah dia orang tu! Yalah..dah hujan lebat, ribut dan kilat, monyet disangka gorila!" Tengku Saif geleng.

Arisha diam. Dia pernah dengar tentang makhluk ganas itu yang merobek badan mangsa dengan rakus. Terbaru, kes seorang saintis terkenal dari makmal ABC yang sudah ditangkap dan disyaki sebagai dalang dalam kes pembunuhan kejam itu. Dia pandang Tengku Saif dengan riak pelik. Takkan orang tua ni tak tahu kes yang sudah heboh serata tu?? Atau orang tua tu buat-buat tak tahu?

"Sebulan lagi majlis nikah. Conan perlu dicari sampai jumpa. Nayla..sabar ya.." Sharifah Qasidah merapati cucunya dan memeluk tubuh Arisha. Tentu gadis itu risau tunangnya sudah hilang entah ke mana.

Arisha tiada reaksi apa-apa. Baginya, itu bukan masalahnya pun. Apa yang memenuhi ruang fikirannya sekarang ini adalah keadaan Nicki. Dari cerita Dato' tadi, sudah jelas yang Nicki tidak sihat dan memerlukan penjagaan. Dia pula tersadai di banglo mewah ini sebagai Nayla.

"Nenek..saya minta diri dulu." Arisha sudah tiada mood untuk mendengar semua itu. Dalam hatinya hanya ada Nicki. Dia bingkas bangun dan ingin melangkah ke bilik tetapi terasa lengannya dipegang. Dia berpaling.

"Nayla..kamu ni kenapa? Kan tunang kamu hilang! Budak ni!" Sharifah Qasidah menghalang Arisha beredar dari situ.

"Biarlah dia..siapa yang tak sedih kalau tunang hilang. Nayla berehatlah. Nanti kalau ada berita pasal Conan, uncle akan beritahu." Tengku Saif pula cuba pertahankan Arisha.

Arisha diam seketika. Ah! Terasa hidupnya sudah kucar kacir!! Apakah dia perlu berterus terang siapa dirinya yang sebenar? Nenek, sejak hari pertama dia di banglo mewah itu, tidak pernah nak percaya kata-katanya.  Buang masa saja dia beria menidakkan yang dia itu adalah Nayla Cempaka. Memang wajahnya seiras sangat dengan Nayla. Kalau nenek perasan perbezaan dia dan Nayla, hanyalah pada tahi lalat, mungkin dia akan dilepaskan dari kurungan sangkar emas itu dan hidup riang dan gembira bersama anak yatim yang lain di rumah Limpahan Kasih. Minggu depan pula dia perlu ke Terengganu atas urusan kerja dan terpaksa pula pergi bersama Amir dan dua lagi pegawai yang lain. Terpaksa juga dia buat baik dengan Amir, semata-mata ingin belajar selok belok perniagaan dan juga cara untuk kendali klien nanti. Apa yang pelik, Amir seperti ceria saja bila bersamanya dan kemesraan lelaki itu ketara sangat. Apakah dulu Nayla dan Amir ada apa-apa hubungan istimewa??

"Nay. Nayla Cempaka!"

Arisha tersedar dari keadaan mengelamunnya tadi. "Ya nek?"

"Haih budak ni! Sempat mengelamun! Pergi siap cepat! Kita ke balai polis sekarang." Sharifah Qasidah geleng.

"Err..balai? Nak buat apa nek?" Arisha garu kepala.

"Laa...tanya lagi. Sudah! Pergi siap cepat. Jangan lama sangat. Dato' pun ikut sekali ni." Sharifah Qasidah tolak lembut tubuh Arisha ke arah bilik.

Arisha membebel seorang diri di dalam bilik. Baju kurung yang dipakai ditukar kepada blaus dan seluar jeans. Dia kemudian kembali semula ke ruang tamu. Mereka bertiga mula menaiki kereta milik Tengku Saif menuju ke balai polis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 01:35 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-2-2015 01:37 PM

AYLANINS tergamam sebaik terpandang Tengku Saif yang menapak masuk ke balai bersama dua orang perempuan. Dia cepat-cepat mengemas fail di atas meja di tepi kaunter itu dan ingin segera beredar dari situ. Dia tahu, tentu ayah Conan datang untuk membuat laporan kehilangan Conan. Belum sempat dia melangkah pergi, Tengku Saif sudah menegurnya. Terpaksa dia melayan.

"Ya Dato'?" Aylanins mengukir senyuman hambar.

Tengku Saif melihat Aylanins atas bawah. Gadis itu kemas dengan uniform polis. "Saya nak buat laporan polis pasal kehilangan anak saya."

Aylanins senyum saja. Memang benar apa yang ditekanya tadi. Matanya beralih pada kedua perempuan di belakang ayah Conan. Matanya tertancap pada gadis sebelah perempuan tua itu.  Dia keliru sebentar. Gadis itu seperti  tidak kenal padanya. "Dato' ikut sini.."

Aylanins menunjukkan tempat untuk membuat laporan polis. Seorang pegawai polis sudah sedia berada di situ, bertugas mengambil keterangan pengadu. Dia kemudian melangkah ke biliknya tapi sempat ditahan oleh Tengku Saif. Sekali lagi Aylanins terhenti langkahnya.

"Ya Dato'?"

"Hmm..awak kerja di sini? Bagus. Saya nak awak handle kes saya ni. Cari anak saya sampai dapat." Tengku Saif berkata sinis.

Aylanins diam. Sungguh bongkak orang tua itu menutur kata. Apa dia ingat dia boleh mengarahkan sesiapa saja?? "Nanti saya arahkan pegawai saya handle kes ni."

"No! Awak yang akan handle kes ni." Tegas suara Tengku Saif.

Aylanins cuba bersabar dengan sikap ayah Conan yang ternyata begitu mendesak. Apa niat lelaki itu mendesaknya sampai begitu sekali? Ingin menyeksa jiwanya?? "Dato..jangan bimbang, kes Dato' ni saya akan suruh pegawai saya handle dengan baik sampai jumpa anak kesayangan Dato tu dan yang pasti, dia akan ditemui sebelum majlis nikah nanti." Kali ini Aylanins melihat pula ke arah Nayla dan perempuan tua itu yang pada firasatnya mungkin nenek Nayla yang juga pentingkan darjat dan harta.

"Bagus! Oh ya,kenalkan ini tunang Tengku Adnan, Nayla Cempaka." Sengaja Tengku Saif kenalkan bakal menantunya kepada Aylanins.

Aylanins bersalam seketika dan dari lirikan mata gadis itu dia percaya, itu bukan Nayla! Gadis itu seperti tiada reaksi apa-apa sedangkan sebelum ini begitu beria Nayla meluahkan apa yang dirasa. Apakah Nayla dilahirkan kembar? Diamati seraut wajah gadis itu yang seiras sungguh dengan Nayla, kini dia baru perasan yang gadis itu tidak ada tahi lalat di atas bibir kiri. Jadi ini bermakna gadis itu adalah Arisha, gadis yang disebut Nicki dulu.

Terpaksa Aylanins mengambil keterangan dari Tengku Saif tentang kehilangan Conan. Usai membuat laporan, mereka bertiga mula meninggalkan kawasan balai. Aylanins hanya pandang dengan hati sebak. Tidak perlu dia bermimpi di siang hari. Tadi, begitu bangga ayah Conan perkenalkan gadis itu sebagai bakal menantunya.

"Ayla.."

Aylanins menoleh. Terkejut melihat Muzafar tercegat di situ. Dia cepat-cepat menyapu air mata yang sudah hampir jatuh ke pipi. Bibirnya mula mengukir senyum. Mereka berdua juga turut sama beredar dari situ dan bersama menikmati juadah petang di sebuah gerai tidak jauh dari balai polis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 03:20 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-2-2015 03:25 PM

MUZAFAR hanya memerhati Aylanins yang sudah sugul ketika ini. Dia tahu, kedatangan ketiga insan tadi yang membuatkan gadis itu berubah riak. Sepiring keropok lekor panas dihulur kepada Aylanins.

"Makan...takkan tengok je dah kenyang?" Muzafar senyum. Pinggan tadi disua lagi.

"Muz..aku tak ada selera.." Aylanins meneguk perlahan sirap limau yang di dalam gelas.

"Ayla..sampai bila kau nak macam ni? Kau kan polis. Takkan perkara macam ni pun kau nak merajuk bagai?" Muzafar cuba memujuk hati Aylanins yang sudah patah seribu.

Aylanins tajam melihat Muzafar yang senang berkata-kata. Memang mudah mengucap kata, tetapi payah menanggungnya. "Bagaimana kau rasa ditolak Hani dulu, macam tulah aku rasa sekarang ni. Aku lagi payah kerana melibatkan orang tua." Aylanins mengetap bibir. Sirap limau dihirup lagi.

"Maafkan aku...aku tak bermaksud nak lukakan hati kau dengan kata-kata aku tadi. Aku cuma tak sanggup tengok kau sedih, makan hati macam ni. Aku nampak dan dengar apa yang berlaku di balai tadi." Muzafar masih menatap wajah sugul Aylanins yang jelas ketara di matanya.

"Oh..jadi kau dah tahu semuanya?" Aylanins senyum sinis.

"Ya...pada pendapat aku, aku rasa kau cari sajalah orang lain. Restu orang tua penting Ayla. Macam aku, aku dapat restu orang tua tapi empunya badan pula yang berbelah bagi terima aku." Muzafar pula melepaskan perasaaannya.

"Entah la Muz..aku macam dah tak rasa nak teruskan hubungan aku dengan dia. Dia pun hilang entah ke mana. Malah tadi, ayah dia cuba ugut aku." Sirap limau diteguk sampai habis.

"Aku faham..hmm..susah sangat, kau nikah dengan aku sajalah!" Muzafar sengih.


Aylanins terdiam. Dia lihat riak Muzafar, tiada tanda-tanda serius dalam kata-katanya tadi. "Alah..kau sahabat aku. Kau pun anggap aku macam sahabat saja kan? Lagipun, mak aku dah cari calon untuk aku."

"Calon? Siapa?" Muzafar ambil seketul keropok lekor lalu disuap ke mulut.

"Dia baru balik dari London. Dulu kerja di sana dua tahun. Sekarang ni dia dah kerja di Malaysia. Itu yang mak aku beritahu. Maklong aku actually yang beria nak jodohkan aku dengan mamat tu." Aylanins berkata tanpa nada perasaan.

"Siapa nama dia?" Tanya Muzafar lagi, berminat nak tahu gerangan jejaka yang bertuah itu.

"Entah..aku malas nak ambil tahu." Aylanins jongket bahu.

"Hmm..ni yang parah ni. Kau jangan buat macam tu Ayla. Karang buatnya mamat tu hidung penyet ke, kulit hitam ke, kaki tempang ke...macam mana?" Muzafar sengih lagi.

"Ada pulak ke situ. Aku dah tak kisah la Muz." Aylanins mencebik. Seketul keropok lekor dikunyah perlahan.

Muzafar gelak. Namun jauh di sudut hati, dia berharap agar Aylanins bahagia walau dengan sesiapa pun lelaki itu. Jika dia putus tunang dengan Hani, mahu saja dia ambil Aylanins sebagai pengganti. Bukan dia tidak ada perasaan pada gadis itu tetapi hati dan rasa yang ada dalam hati, lebih kepada Hani berbanding Aylanins.

"Hmm..let say..aku putus tunang dengan Hani, sudi ke kau jadi pengganti Hani?" Usik Muzafar, cuba menduga hati Aylanins.

"Kau merepek apa ni?Elok-elok ada tunang, minta putus pulak. Mengarutlah kau ni." Aylanins mula ketawa.

Muzafar turut sama ketawa namun dia dapat merasakan gadis itu ada menaruh hati padanya dulu. Dia diam. Aylanins tiba-tiba menitiskan air mata. Tergamam seketika. "Ayla..kenapa ni?"

"Maaf..aku..aku..." Aylanins tunduk.

"Sudahlah..kita bincang lain kali pasal ni. Aku tak nak  lukakan hati kau lagi. Oh ya, jadi ke kau nak ke Terengganu?" Muzafar teringat yang Aylanins pernah beritahunya pasal percutian itu dulu.

"Jadi..hari sabtu ni aku pergi. Kenapa?Kau nak ikut ke?" Aylanins mula mengukir senyum.

"Boleh juga, dah lama aku tak bercuti ni. Tapi yalah..orang tu mana nak ajak." Muzafar buat muka merajuk.

"Weh! Kau tu lelaki! Tak pasal karang kena tangkap basah!" Aylanins sengih.

Muzafar turut senyum. "Hmm..Ayla..sebenarnya aku datang ni ada hal penting. Pasal Hani.."

"Kenapa dengan Hani?"

Keadaan kembali serius. Muzafar menarik nafas panjang dan dihembus perlahan. Dia tunduk seketika sebelum mengangkat muka memandang Aylanins yang merenung tepat ke anak matanya.

"Hani...dia disiasat pihak atasan. Aku dapat tahu dari Inspektor  Razak. Aku risau la Ayla. Kes mawar hitam tu masih belum selesai dan aku dapat rasa, Hani akan dituduh nanti. Lelaki terakhir yang masih hidup, Malik, dia adalah mangsa seterusnya. Aku dah cuba beri amaran pada Hani tapi dia tetap nak siasat kes itu. Tadi, dia beritahu aku yang dia nak temankan Linda ke Terengganu, Linda ada praktikal di hospital di Kuala Terengganu." Jelas Muzafar, dia tahu dia tidak sepatutnya menyusahkan Aylanins dalam hal ini.

"Aku tak faham..kenapa kau risau sangat? Biarlah Hani temankan Linda tu ke sana." Aylanins mula berkerut kening.

"Aku dah siasat. Malik, lelaki terakhir yang mungkin jadi mangsa mawar hitam tu..adalah pemilik resort peranginan di sana. Aku tak sedap hati. Kau...bercuti di resort mana?"

" Sutera Beach resort..kenapa?"

Muzafar terdiam. Dia meraup muka. "Err...aku ingat nak ikut kau bercuti kat situ. Boleh?"

"Eh..kau ni kenapa? Dari kau ikut aku, baik kau ikut Hani ke Kuala Terengganu. Kau kan tunang dia!" Aylanins ambil lagi seketul keropok lekor goreng dan dikunyah.

"Hmm..tak apalah. Aku acah je.." Muzafar senyum kelat. Dia akan ke sana juga nanti. Risau dengan Hani dan Linda.

Mereka berdua menghabiskan keropok lekor goreng dan menapak semula ke balai polis. Muzafar pula minta diri untuk pulang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 04:30 PM | Show all posts
aikkk... conan ni dah kena kidnap ngan puteri mayang sari ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 05:09 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 19-2-2015 04:30 PM
aikkk... conan ni dah kena kidnap ngan puteri mayang sari ke?

tu yang masalah tu..aku pun tak reti dah nak sambung citer huru hara aku ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 05:54 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-2-2015 08:01 AM

BAB 24



AYLANINS mengambil angin di pesisir pantai sambil menikmati suasana damai laut yang tenang itu. Sekali sekala ombak menghempas gigi pantai, membawa pasir ke tebing yang landai. Puas berjalan, Aylanins duduk sambil memandang jauh ke tengah laut yang nampak kebiruan.  Tiga berlalu dan tiga hari itulah dia selalu diganggu Tengku Saif dengan panggilan telefon bertanyakan hal Conan. Rimas dibuatnya. Ternyata orang tua itu tidak pernah serik mengganggu hidupnya. Tidak cukupkah dia menjauhkan diri dari Conan dan Conan sudahpun selamat bertunang??

Buih ombak yang menghempas membasahi kaki dan skirt labuh yang dipakainya. Aylanins masih membuang pandang ke arah laut. Sayup dia melihat kapal-kapal yang kelihatan begitu kecil di tengah laut. Mungkin kapal nelayan yang mencari rezeki di situ. Mungkin itu punca rezeki utama penduduk Terengganu yang terkenal dengan keropok lekor losong. Sampai nama itu turut diberikan pada keropok di luar Terengganu. Teringat masa di sekolah menengah dulu, dia pernah belajar di MRSM dari tingkatan empat dan lima di Batu Rakit, bersebelahan dengan Maktab Perguruan di situ. Setiap petang, dia tidak akan ketinggalan untuk membeli keropok lekor goreng dan pisang goreng yang dicicah dengan sos cili.

Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas. Sudah hampir enam petang. Aylanins bangun dan menyapu pasir yang melekat di skirt. Dia kemudian berjalan perlahan di sepanjang gigi pantai menghala ke chalet semula. Hilang segala rasa gundah yang ada dalam hati saat melihat keindahan ciptaan Allah. Tidak sia-sia dia bercuti ke situ. Dua hari berada di situ sudah cukup membuatnya merasa damai dan tenang. Tiada hiruk pikuk kenderaan seperti di bandar KL. Ahad nanti, dia akan pulang semula ke KL. Kaki diatur perlahan.


DARI bawah pokok Rhu, Muzafar memerhati tingkah Aylanins yang kelihatan melayan perasaan seorang diri di situ. Sengaja dia tidak munculkan diri depan gadis itu kerana dia sudah berjanji tidak akan ke resort itu. Sungguh hatinya sudah terpaut pada kesabaran gadis itu menghadapi tekanan dari ayah Conan. Sungguh hatinya sudah terdetik rasa sayang untuk gadis itu. Sejak bila? Entahlah..dia sendiri tidak pernah sedar akan hal itu. Apa yang sudah terjadi antaranya dengan Hani yang membuatnya merasa kecewa dan patah hati. Separuh jiwanya terasa sudah pergi dibawa Hani dan separuh lagi seperti ingin menapak dalam hati Aylanins. Namun tidak semudah itu. Benar kata Aylanins, kata mudah diucapkan tapi hati sukar menanggungnya. Dia menarik nafas perlahan sebelum menghelanya sebelum kaki mengatur langkah ke arah kereta. Dia sengaja tinggal di bandar Kuala Terengganu, tidak mahu Aylanins menuduhnya mengekorinya nanti. Sutra Beach Resort pun tidak sampai setengah jam memandu dari bandar Kuala Terengganu.

Mungkin bila keadaan reda sedikit, dia akan berpindah ke resort itu untuk bermalam semalam dua. Keretanya dipandu menuju ke bandar Kuala Terengganu semula. Dia perlu jenguk Linda di hospital. Kasihan juga pada Hani yang begitu sayangkan dan bimbangkan keselamatan Linda. Sanggup Hani mengambil cuti semata-mata untuk menemani Linda selama seminggu di situ walapun Linda mempunyai praktikal hampir sebulan di bandar itu. Esok, dia akan ke sini lagi bertemu dengan Malik. Sebelum datang ke sini, dia sudah maklumkan pada Malik tentang perjumpaan itu. Lagipula, sudah lama dia ingin bertemu kawan satu sekolahnya dulu. Maliklah satu-satunya kawan yang paling rapat dengannya berbanding yang lain. Kini Malik sudah berjaya dalam hidup hasil usahanya sendiri. Malik bukanlah dari keluarga yang kaya raya. Usaha keras Malik selama inilah yang menjadikan lelaki itu berjaya sehingga memiliki resort sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2015 07:21 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-2-2015 10:29 PM

JAM dua petang, usai menunaikan solat zuhur, Muzafar mula menaiki kereta menuju ke Sutra Beach Resort semula. Jam tiga petang nanti, dia akan berjumpa Malik di situ. Kereta dipandu agak laju menuju ke Merang. Tiba di resort, Muzafar berhati-hati melangkah ke lobi resort. Bimbang juga dia akan terserempak dengan Aylanins nanti. Apa yang dia perlu jawab jika gadis itu ternampaknya di resort itu?
"Saya nak jumpa Encik Malik." Muzafar menapak ke kaunter penyambut tetamu.

Sepuluh minit menunggu, akhirnya dia dibenarkan ke satu chalet yang terletak betul-betul berhadapan dengan kolam renang dan juga mengadap pemandangan laut yang cantik. Cukup menarik pemandangan di situ. Patutlah resort itu agak terkenal juga walapun baru saja dibangunkan di pantai Merang itu.

"Muz!!" Tubuh Muzafar dipeluk erat sebaik Muzafar membuka pintu. Malik yang sedang asyik menatap skrin komputer terus saja meluru ke arahnya.

"Malik..kau apa khabar?" Muzafar merasa sebak seketika. Rasanya sudah agak lama dia tidak bersua dengan sahabat sekolahnya dulu.

"Baik alhamdulillah! Kau?" Malik terus saja memaut bahu Muzafar dan mengajaknya duduk di set sofa di luar chalet. Sudah tersedia hidangan di atas meja di tepi kolam renang.

"Aku baik. Hmm..wah, tak sangka kau sekarang dah berjaya macam ni. Kau dah jadi orang Terengganu la macam ni." Puji Muzafar sambil mata meliar melihat sekeliling.

"Tak adalah..kebetulan ayah aku beli tanah ni. Tanah pusaka ayah aku berapa ekar je. Aku yang beli dari orang kampung dan aku usahakan jadi resort." Jelas Malik merendah diri.

"Baguslah kau ada wawasan macam ni. Bukan sekadar angan mat jenin." Muzafar sengih.

"Kau kerja apa sekarang?" Giliran Malik pula bertanya.

"Aku kuli je. Makan gaji.." Muzafar senyum hambar.

"Dah lama kita tak jumpa kan. Rasanya dah lebih lapan tahun. Kali terakhir masa kita di sekolah dulu. Yang lain apa khabar? kau masih contact lagi ke?" Teruja Malik bertanyakan kawan satu sekolah yang lain.

Muzafar senyap. Dia pandang Malik dan cuba mencari riak lelaki itu. Takkan Malik tidak dengar apa-apa berita tentang kawan mereka yang sudah pun arwah? Dia menghela nafas sebelum pertanyaan Malik dijawab.

"Malik..betul kau tak tahu pasal dia orang?" Muzafar pandang Malik yang masih keliru.

"Tahu apa? Look bro! Aku kat sini ok. Apa yang berlaku kat KL tu, aku tak tahu. Tambah pulak, aku sibuk menguruskan resort aku ni. Bayangkan, baca paper dan tengok tv pun aku tak sempat. Yalah..selain dari tu, aku sibuk juga cari ilmu akhirat. Aku sedar..aku sudah terlalu banyak buat dosa. Aku nak usaha aku ni diberkati Allah." Malik melihat sekitar resort yang diusahakannya.

Muzafar terdiam. Nampaknya Malik tidak tahu apa-apa pasal kawan sekolah mereka yang lain. Wajah Malik ditatap agak lama. Ada lekuk hitam di dahi lelaki itu. "Malik..kau betul tak tahu?"

"Muz..aku tak faham. Apa sebenarnya ni? Kau macam serius semacam saja." Jawab Malik, kata-kata Muzafar seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Kau masih ingat Joe, Rizal, Ben dan Fendi?"

"Ingat..kenapa dengan dia orang?" Malik berkerut dahi seribu.

"Mereka dah mati..mati dibunuh. Kau masih ingat Hani?" Muzafar tanya pula hal Hani.

"Hani?" Malik menelan liur. Mukanya sudah pucat. Serentak itu juga dia meraup muka. "Aku berdosa Muz..aku berdosa.."

"Itu yang aku nak beritahu kau.Sekarang ni kau yang terakhir Malik." Muzafar menarik nafas berat.

"Maksud kau??" Malik semakin pucat. Bulat matanya memandang Muzafar.

"Kalau kau masih ingat kejadian sepuluh tahun dulu dalam kebun getah di kampung Sena, kau akan tahu maksud aku.." Balas Muzafar. Biar Malik berfikir sendiri apa sebenarnya yang terjadi.

"Ja...jadi..maknanya..Hani..dia..dia.." Malik tidak dapat menghabiskan kata-katanya.

"Ya..dia cari korang semua tapi bukan dia yang bunuh. Mawar hitam yang bunuh." Jelas Muzafar, Malik dilihat kebingungan. Muzafar mula ceritakan apa yang sudah berlaku selama ini.

"Astaghfirullahal azim.." Banyak kali Malik beristighfar.

Muzafar diam. Malik sudah banyak berubah. Memang jauh beza dari dulu.

"Kau tahu..aku tak tenang hidup lepas kejadian tu. Tiap-tiap malam aku mengigau dan selalu bermimpi. Tubuh aku dibakar dan disula. Aku insaf Muz. Aku tunaikan umrah dan aku bertaubat di sana. Depan kaabah aku menangis semahunya. Balik dari Mekah, aku nak jumpa Hani tapi aku tak tahu nak cari kat mana. Sampailah ayah aku meninggal dan aku usahakan resort ni. Muz..kalau kau jumpa Hani, please aku nak sangat jumpa dia dan aku nak minta maaf. Kalau boleh, aku nak nikah dengan dia kalau dia masih belum kahwin." Malik pandang sayu wajah Muzafar, mengharap pengertian dari Muzafar.

Muzafar sekali lagi menarik nafas berat. Dia meraup muka. "Malik..aku sebenarnya tunang Hani...tapi.."

Malik terkejut. "Kau...kau tunang Hani? Ma..macam mana kau..ah.." Malik istighfar lagi untuk ke sekian kali.

"Tapi..Hani dah putuskan pertunangan tu..." Sambung Muzafar dengan riak sugul.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2015 07:39 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-2-2015 09:32 AM

"Putus?" Baru tadi dia mendengar Muzafar bertunang dan kali ini putus pula? Malik masih melekat matanya pada Muzafar yang sudah tunduk dan sugul.

"Ya..dia yang nak minta putus. Entahlah Malik..aku ni macam dah terhegeh-hegeh kat dia. Hidung tak mancung pipi pulak tersorong-sorong. Aku sedar..aku pun ada buat salah kat dia tapi kesalahan aku tak macam korang yang.." Kata-kata Muzafar terhenti, mukanya diangkat seketika. Wajah Malik sudah berubah rona.

"Mungkin Hani masih menyimpan dendam dan benci. Lepas kejadian tu, sumpah, hidup aku huru hara. Tidak tenang. Dulu, aku cuba nak jumpa Hani tapi dia mengelak sampailah aku masuk univerisiti. Benarlah, sekali terpalit dengan dosa,akan merasa bahananya. Aku bersyukur kerana Allah masih sayang aku, aku bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan aku cuba jaga perangai. Aku jauhkan diri dari dosa tu. Muz..kalau kau tak marah aku, aku nak ambil Hani jadi isteri aku. Rasa berdosa aku masih ada untuknya. Aku dah terima balasan dari Allah. Aku ditimpa kemalangan dan aku koma sebulan. Masa koma tulah aku diheret dalam satu kawah api dan aku disula dengan besi panas hidup-hidup. Kau bayangkan, aku nak jerit tak keluar suara.." Malik menitiskan air mata.

"Kau koma?" Muzafar pula terkejut.

"Ya..Allah dah tunjukkan aku keadaan dalam neraka..I guess...masyaAllah..sungguh ngeri dan menakutkan. Muz..please tolong aku temukan aku dengan Hani. Kalau dia menolak hasrat aku pun, at least aku dah minta maaf berdepan dengan dia.." Malik sekali lagi merayu pada Muzafar.

Muzafar diam. Dia hirup jus fruit punch sehingga separuh. Nafas ditarik lagi dan dihembus perlahan. Kebetulan Linda dan Hani ada di negeri pantai timur ini. Kalau dia mengajak Hani ke sini, apa alasan yang akan dia beri nanti? Bercuti? Kan dia sendiri menginap di hotel dekat dengan bandar Kuala Terengganu? Lagi pula, Linda sudah mulakan praktikal sebagai doktor pelatih di hospital. Linda sendiri yang memilih hospital itu.

"Aku akan cuba Malik tapi aku tak janji sebab aku rasa..dia tak akan maafkan kau.." Muzafar pandang Malik yang sudah mula menundukkan wajah. Memang ada tanda kesal yang penuh dalam di wajah lelaki itu.

"Hmm..dah masuk waktu Asar. Kita solat dulu. Oh ya, kau bermalam di sini sajalah. Aku akan beri penginapan free untuk kau." Malik mula senyum. Dia bingkas bangun.

Muzafar turut bangun dan mengekori Malik ke surau. Usai solat, Muzafar minta diri. Esok pagi dia dah berjanji untuk menemani Linda dan Hani bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2015 07:58 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-2-2015 08:02 AM

BAB 25



SUASANA bising dan hingar bingar di Pasar Payang cukup menunjukkan keadaan di pasar itu yang sentiasa penuh dengan pengunjung terutama mereka yang ingin membeli barangan keperluan harian. Tambah lagi barangan basah. Penduduk tempatan yang kebanyakannya peniaganya wanita masih rancak berniaga di pasar itu. Ditambah pula pelancong yang turut sama memeriahkan pasar itu yang sudah sedia padat.

Linda, Hani dan Muzafar bersama-sama bersiar-siar melihat-lihat di sekitar pasar itu, jika ada yang berkenan di hati. Bolehlah mereka beli nanti. Dari satu gerai ke satu gerai mereka menapak. Dari bahagian barangan kering sehinggalah ke bahagian basah. Muzafar hanya senyum melihat gelagat kedua beradik itu yang teruja melihat apa yang dijual di pasar terkenal di Terengganu itu. Namun dalam hatinya masih mengharapkan Hani menerimanya semula. Mereka berhenti di sebuah gerai menjual buah-buahan dan sayur-sayuran. Hani membelek-belek buah keranji yang sudah siap dibungkus dalam plastik.

"Hani..belilah kalau teringin nak makan. Saya dah rasa buah tu. Masam sikit.." Muzafar turut membelek buah keranji di gerai itu.

"Buah apa? Keranji?" Linda pula mencelah.

"Ya..kat sini atau di pasar Siti Khadijah, memang banyak dijual buah keranji ni. Cubalah." Senyum lagi Muzafar pada Linda, terasa dia pula yang mempromosi buah yang datang dari negara Thailand itu.

"Ingatkan buah ni wujud dalam pantun je.." Linda ketawa mengekek.

"Cuba la buoh kerangji tu. Sedak! Kalu nok makang, cekoh jah!  Kat Kolumpo tu mane ade buoh ning!" Jawab pula makcik penjual itu yang sudah tersenyum dari tadi mendengar perbualan pembelinya. Buah keraji yang sudah dikupas kulitnya dihulur kepada Linda untuk dirasa.

"Masam!" Berkerut kening Linda bila lidahnya mula terasa masam buah itu.

Muzafar dan Hani hanya ketawa melihat Linda sudah berkerut seribu dahinya menahan masam buah keranji.

"Aloh..masang sangat ke? Dok la masang sangat dik. Takat makang buoh ni, masang lagi buoh pauh ringang tu!" makcik itu menuding ke arah selonggok buah mempelam kecil yang selalu dibuat jeruk.

Muzafar segera membayar dua bungkus keranji tadi dan mereka beredar ke gerai lain pula sambil melihat-lihat sekitar pasar payang itu. Muzafar pula masih mencari idea untuk memujuk Hani bertemu dengan Malik. Dia tahu, Hani akan menolak mentah-mentah nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2015 08:13 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-2-2015 09:25 AM

AYLANINS membelek kain batik sarung yang sememangnya cukup terkenal di Terengganu. Niat di hati ingin membeli sepasang dua untuk dihadiahkan pada ibu nanti. Rambang mata melihat semua sarung batik yang cantik-cantik. Ada yang mahal dan ada yang murah, bila ditanya perbezaan harga, penjual beritahu yang mahal adalah kerana coraknya dilukis tangan. Yang murah pula, corak yang ada dicetak dan dicop menggunakan sejenis alat. Dia hanya mendengar saja.

"Bagi saya dua pasang yang ni.." Aylanins tunjuk ke arah dua pasang sarung batik yang bercorak lukis kepada penjual.

"Batik pelangi tak mboh ke?" Penjual itu tunjuk pula sepasang kain yang mempunyai corak berwarni warni.

"Tak mboh?" Aylanins tercengang.

Penjual itu sengih. "Oh...tak mboh tu..maknanya tak nak. Kalu orang Kelantang kate..tok se.."

Aylanins angguk-angguk sambil ketawa. Sejak dua hari lepas lagi, dia sudah banyak belajar dialek sini. Sekurang-kurangnya dia boleh bertutur dialek orang Terengganu juga walaupun nampak janggal dan kekok. Dulu ketika belajar di MRSM di Batu Rakit, dia tidak pernah mahu belajar dialek Terengganu.

"Tak mboh la makcik. Saya tak pakai sangat batik ni.." Aylanins hulur dua keping not lima puluh kepada penjual dan bakinya diambil semula.

Aylanins meneruskan langkahnya ke gerai lain. Sekali lagi rambang matanya melihat bermacam jenis tudung dijual di situ. Semuanya banyak yang nama artis. Dia sentuh sehelai tudung yang menarik perhatiannya. Tudung itu dibelek-belek. Menitis air matanya saat melihat tudung itu. Ya..Conan pernah hadiahkannya tudung seperti itu dulu. Dia cepat-cepat menyeka air mata bila penjual tudung itu menegurnya. Tudung itu diletakkan semula. Dia capai pula tudung lain untuk hadiah ibu juga. Usai membayar, Aylanins menapak ke bahagian barang kering. Niatnya untuk membeli keropok keping dan juga serunding.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2015 09:27 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-2-2015 09:29 AM

Keropok keping dan serunding banyak dijual di situ. Rasa hendak beli kesemuanya. Serunding daging pula hanya Rm45 ringgit sahaja sekilo berbanding RM6 untuk 100 gram di Kuala Lumpur. Aylanins hanya membeli dua jenis serunding saja, ayam dan daging tempatan. Tadi, banyak pula dia merasa serunding yang dihulur penjual itu. Sempat bertanya pada penjual serunding itu di mana keropok lekor dan keropok keping yang paling sedap di pasar Payang itu. Hendak membeli di luar bandar Kuala Terengganu terasa malas pula. Kalau dulu, di sekolah lamanya dulu, memang senang nak dapat semua itu. Tambah lagi di gerai 'Keropok Lekor Sukaramai' yang terletak tidak jauh dari sekolahnya dulu.  Memang menjadi tumpuan pengunjung.

Aylanins mengatur langkah ke gerai menjual keropok lekor. Dia senyum sendiri, kedua tangannya sudah penuh dengan bungkusan tapi masih ada hati hendak menambah membeli lagi. Ah, bukan selalu dia ke sini. Waktu beginilah dia harus ambil peluang untuk membeli belah sakan. Senyuman semakin lebar di ulas bibir Aylanins. Sampai di tempat menjual keropok lekor, Aylanins melihat sebentar. Berderet gerai yang menjual keropok lekor dan keropok keping di situ. Tinggal pilih saja lagi mana yang berkenan.

"Hmm...beli jelah kat mana-mana gerai." kaki diatur semula ke arah sebuah gerai.

Aylanins memerhati setiap bungkusan keropok keping di situ. Banyak jenama dan banyak jenis ikan yang digunakan untuk membuat keropok keping. Selalunya yang paling terkenal adalah dari jenis ikan tamban dan ikan parang. Dua bungkus keropok keping diambil dan dihulurkan kepada penjual. Selepas membayar, dia melihat pula gerai menjual keropok lekor. Uniknya, keropok lekor dibuat dan dimasak di situ juga. Senyum melihat dua tiga orang pelancong mat saleh sedang asyik melihat dan merakam video cara-cara adunan ikan itu digentel dan direbus dalam periuk besar. Terdapat juga beberapa orang lain sedang menunggu keropok lekor itu masak. Memang sedap kalau dimakan panas-panas walaupun belum digoreng. Aylanins turut merapati gerai itu dan menyelit di celah-celah pembeli  yang sedang menunggu giliran di situ.

"Erk.." Aylanins genyeh-genyeh matanya. Rasa macam dalam mimpi. Betul ke apa yang dilihat di depannya ini?? Berkali-kali dia menggenyeh mata.

Rasanya dia belum rabun lagi, umur pun baru saja mencecah 26 tahun. Lelaki yang sibuk menggentel adunan ikan dan tepung itu dilihat tanpa berkelip. Berteka-teki di benaknya sendiri. Ah! Entah-entah aku yang teringat-ingat kat Conan tu. Aylanins cuba menepis tekaannya itu. Mungkin dia hanya berdelusi saja. Lelaki yang sedang menggentel adunan ikan tadi wajahnya sebiji wajah Conan. Tak berkelip Aylanins memandang. Terasa kaku dia di situ. Lelaki muda itu langsung tidak mengangkat muka. Sibuk menyiapkan adunan itu kerana sudah semakin ramai pelanggan menunggu.

"Cik nak berapa ringgit?" tanya salah seorang penjual perempuan yang sedang membungkus keropok lekor yang sudah siap direbus.

"Err...tanya saya ke?" Aylanins beralih pada perempuan itu pula.

Perempuan itu angguk.

"Saya nak lima batang saja keropok lekor tu. Yang kecik beri saya lima ringgit." Aylanins menuding ke arah keropok lekor yang digentel  kecil-kecil. Senang untuknya makan nanti. Matanya kembali pada lelaki itu. Dia menelan liur. Matanya semakin bulat sebaik lelaki itu mengangkat muka dan ketika ini mata mereka bertembung!

Conan terkejut. Dia cepat-cepat berpaling ke arah belakang. Rasanya gadis yang dilihat tadi adalah Aylanins. Dia panik. Gadis itu tidak perlu tahu dia berada di situ dan bekerja pula menggentel keropok lekor. Ah..malunya! Tangannya segera mencapai bungkusan tepung yang digunakan untuk menguli adunan ikan lalu disapu ke seluruh muka. Habis melekat putih!

"Eh..awok ni comor tepung kat muka tu kenape?" Tanya salah seorang penjual perempuan di situ melihatkan Conan sudah menyapu mukanya dengan tepung.

"Syyh..." Conan memberi isyarat supaya tidak menyebut namanya.

Conan berpaling semula ke arah pelanggan. Adunan ikan tadi diuli dan digentel lagi. Jelas kedengaran di telinganya suara-suara ketawa melihat wajahnya yang sudah putih dan comot dengan tepung. Ah! lantaklah! Janji Aylanins tidak perasan dia berada di situ. Belum masanya untuk dia menjelaskan perkara sebenar bagaimana dia boleh tercampak ke situ dan lebih tepat lagi tercampak kat gerai menjual keropok lekor. Tak sangka, dia bertemu juga dengan Aylanins di situ. Kalau terpaksa, barulah dia akan beritahu apa yang sudah terjadi padanya selama ini. Dan dia tahu tentu ayahnya sudah membuat laporan polis tentang kehilangannya.

Aylanins semakin dekat menghampiri gerai. Wajah lelaki yang sudah comot dengan tepung cuba diamati lagi. Tidak sedar mukanya hanya tinggal beberapa inci saja lagi rapat ke muka lelaki itu. Punyalah dia ingin melihat dan pastikan lelaki itu bukan Conan.

"Ehem!!" Conan berdehem agak kuat. Dia sedar, Aylanins semakin hampir dengannya tadi.

Aylanins tersedar. Dia tegakkan badan yang sedikit membongkok ke arah lelaki itu tadi. Dia pandang kiri kanan. Semua mata memerhati ke arahnya. Dia tunduk malu. Penjual perempuan tadi menghulurkan keropok yang dipesan Aylanins. Selepas membayar dan sebelum beredar, sekali lagi Aylanins memerhati lelaki yang sedang menguli adunan ikan.

"Hmm..pelik aku. Tiba-tiba dia sapu tepung kat muka.." Aylanins sengih. Dia luku kepalanya sendiri. Mungkin itu hanya ilusinya saja. Mungkin dia yang teringat-ingat pada Conan.

Conan lega. Aylanins sudah beredar dari situ. Dia menghabiskan kerjanya di gerai itu. Apa yang berlaku tadi, tidak sepatutnya dia sembunyikan diri dari Aylanins tetapi jika dia tidak berbuat begitu, sudah tentu ayahnya akan tahu dia di mana nanti dan memaksanya bernikah. Biarlah dia berada di bumi Terengganu ini buat sementara waktu. Dia akan jumpa juga dengan Aylanins nanti. Biar segalanya jelas dan terang. Untuk dia kembali ke Kuala Lumpur dalam sebulan dua ini tidak mungkin. Biarlah kehilangannya menjadi misteri. Teringat malam hujan lebat itu, dia harap Nicki juga selamat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.094973 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list