CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 31-10-2014 11:35 AM | Show all posts
tengok tajuk pelik..
try baca, mmg menarik..
smbg lg..x sbr nk tau seterusnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 11:00 PM | Show all posts
wah Arania sudah jatuh chenta ngan Qi...

nanti Arania pulak tercampak ke dunia Qi..macam citer The Rooftop Prince tu..
jadi jakun tak hingat..pelik melihat periuk nasi elektrik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 04:12 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 31-10-2014 11:08 AM
tutup balik pintu.. pastu bukak balik nampak tyrex tgh main kejor2 ngan dinosor lain {:1 ...

cmf_conan
makin jauh plak merepek ni.,. lwk la korg ni...

Nicki_Meow
teruskan sambungan cerita ni... kang, btol2 jd citer doreamon plak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 04:42 PM | Show all posts
mai6 posted on 31-10-2014 11:35 AM
tengok tajuk pelik..
try baca, mmg menarik..
smbg lg..x sbr nk tau seterusnya..

Thanks for reading Mai

Sorry kalau lambat update. Otak tepu nak sambung cerita ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 04:46 PM | Show all posts
Ipo posted on 31-10-2014 11:00 PM
wah Arania sudah jatuh chenta ngan Qi...

nanti Arania pulak tercampak ke dunia Qi..macam citer  ...

Cerita Putera Atas Bumbung tu cerita hapa? Drama korea ke?

Berharap betul Arania dengan Qi ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 04:56 PM | Show all posts
BAB 19

Alpha Technology

Wajah Puan Azlina yang serius dan jarang tersenyum itu dijeling sekali-sekala. Fikirannya sering melayang semenjak dua ini namun pada ketika ini, seboleh mungkin, Qusyairi memaksa pusat tumpuannya ditujukan kepada Puan pengurus projek itu. Sebentar tadi, dia telah membuat penerangan penuh tentang sistem program sekuriti untuk Tresna Bank. Kini, menanti komen dari Puan Azlina.

“Are you sure, you can implement this?” Suara Puan Azlina kedengaran seperti petir walaupun ianya diucapkan dengan nada sederhana. Qusyairi menelan air liur dan kemudian mengangguk tiga kali sebagai jawapan.

“Bagi saya sebab kenapa awak rasa, sistem ni menepati kehendak Tresna Bank? Awak tak rasa ke sistem ni…very complicated?” Puan Azlina menembak soalan kedua. Qusyairi menelan air liur lagi. Nafas dihela panjang. Dia memang tidak gemar apabila terpaksa melalui situasi soal-jawab seperti ini.

“It’s complicated tapi not very complicated macam yang Puan rasa. Once we got the system implemented, semuanya boleh dikawal dengan mudah. Lagipun, sistem yang serupa macam ni belum lagi diguna-pakai pada mana-mana bank di Malaysia.” Qusyairi menghentikan kata-kata. Mahu melihat reaksi Puan Azlina.

“Teruskan…” Suruh Puan Azlina. Qusyairi menarik nafas panjang lalu meneruskan bicara. Bagai ada satu semangat baru mengalir dalam dirinya. Dia bersengkang mata mahu menyiapkan sistem ini. Makan dan minumnya pun adakalanya tak menentu. Waktu tidurnya apatah lagi. Jadi, Qusyairi tidak mahu usahanya menjadi sia-sia. Tidak boleh berputih mata. Tekadnya, Puan Azlina perlu diyakinkan. Kalau itu pun tak mampu dibuat, bagaimana mahu meyakinkan Tresna Bank?   

“Tresna Bank is looking for the most advance security system. I’m positively sure that this system will meet their requirement.” Qusyairi mengakhiri kata-katanya.

Puan Azlina merenung Qusyairi yang sudah mendiamkan diri. Lama, sehingga Qusyairi mula merasa tidak selesa. Seolah-olah dia telah melakukan satu kesilapan besar yang dia tidak tahu apa.

“Saya ada tersalah cakap ke, Puan Azlina?” Perlahan, Qusyairi menuturkan ayat itu.

“Tak.”

“Err…jadi? Ada komen lain?” Qusyairi bertanya lagi. Puan Azlina tidak menjawab. Badannya ditegakkan. Keseriusan Puan Azlina membuatkan Qusyairi terasa berdebar-debar.

“Bagus.” Hampir seminit barulah Puan Azlina menjawab. Qusyairi mengangkat muka.

“Errr..itu aje?” Qusyairi seperti tidak percaya. Rasa lega memanjat hati namun tetap merasa tidak percaya. Semudah itu saja komen Puan Azlina?

“Ada yang perlu diperbaiki tapi, kita tunggu apa pendapat Sales Group. Any changes, you can do it one shot."

"Oh...okay." Qusyairi angguk. Melihat pada reaksi Puan Azlina, Qusyairi menjangkakan dia akan disuruh untuk membuat beberapa perubahan pada sistem yang direka tapi nampaknya tidak.   

"Meeting dengan Sales Group for evaluation is next week. Hari…” Puan Azlina menjeling calendar di atas meja. “Khamis, pukul sembilan pagi.”

Qusyairi mengangguk lagi. Begitulah selalunya cara Puan Azlina. Tegas dan semua perkara yang hendak di sampaikan semuanya tepat pada sasaran. Tiada berkias-kias.

“Qusyairi…ingat. Awak yang kena bentangkan proposal ni nanti. So, be prepared. Saya tak nak awak tergagap-gagap depan Sales Group. Kalau depan dia orang pun awak tak boleh present, macam mana awak nak present depan klien?” Puan Azlina memberi ingatan dan nasihat secara ringkas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2014 05:09 PM | Show all posts
Qusyairi mengukir senyum nipis di bibir. Sungguh dia tak tahu apa hendak dibalas pada Puan Azlina. Hendak berkata sudah bersedia, macam tak berapa yakin. Hendak jawab masih belum bersedia, bimbang akan disembur oleh Puan Azlina pula. Jadinya, senyum saja yang dia mampu.

“Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dululah puan.” Qusyairi meminta diri. Puan Azlina mengangguk.

“Thanks.” Qusyairi mengangkat punggung. Komputer ribanya yang terletak atas meja Puan Azlina diangkut sekali lantas berpaling untuk keluar.

“Qusyairi.”

Baru saja mahu mencapai tombol pintu, namanya dipanggil. Qusyairi berpaling semula mengadap tuan empunya suara.

“Ya…puan?”   

“Betullah apa yang orang cakap pasal awak sekarang ni…” Ada  bias senyuman di bibir Puan Azlina.

“Cakap pasal saya? Pasal apa puan?”

“Awak dah banyak berubah.”

“Berubah?” Dan wajah Qusyairi turut berubah dalam masa yang sama. “Berubah macam mana tu?”

“Tolong tutup pintu bila awak keluar.” Soalan Qusyairi tidak dijawab. Arahan lain pula yang Puan Azlina beri.

“Okay.” Balas Qusyairi pendek lalu mengeluh sedikit dalam diam. Walaupun kata-kata Puan Azlina menyebabkan dia berteka-teki namun untuk bersoal-jawab lebih banyak, Qusyairi tahu, itu tak mungkin berlaku. Arahan terakhir Puan Azlina mempunyai maksud tersirat  - Sila keluar Sekarang. Dan Qusyairi dapat menangkap maksud tersirat itu dengan mudah. Melainkan mahu disembur dengan kata-kata kurang enak, perkara yang lebih perlu dilakukan sekarang adalah menghilangkan diri secepat mungkin.

“Saya keluar dulu.” Qusyairi terus berlalu.




“Hei Qi.”

Keluar saja dari bilik Pengurus Projek, dia disapa. Qusyairi memandang ke hadapan.

“Hai Abby.” Qusyairi senyum lebar.

“Senang hati nampak?” Rabiatul menghampiri dengan lirikan senyuman.

“Senang hati sebab nampak awak.”  

Kata-kata Qusyairi membuatkan kening Rabiatul terangkat lalu terlepas tawa kecil. “Senang hati sebab nampak saya? Okay, this is new. Are you really Qusyairi, ataupun rupa macam Qusyairi tapi sebenarnya orang lain?”

“Err...aaaa. Sorry. Maksud saya…awak nampak sweet hari ni, pakai baju kurung...” Qusyairi tersenyum kelat. Dia pun tak tahu, macam mana ayat sebegitu boleh meluncur keluar dari mulutnya. Yang sebenarnya, Rabiatul yang benar-benar mirip Teja itu telah membawa ingatannya kepada Amariya. Dan secara tiba-tiba, wajah itu muncul depan mata.

“Oh..thanks.” Rabiatul tersenyum berseri.

“Err…hhmm. Saya pergi dululah.” Qusyairi mula terasa gugup. Lebih baik dia beredar dahulu sebelum lebih banyak ayat yang entah apa-apa keluar dari mulutnya. Dia beredar dengan kadar segera.

Rabiatul tersenyum lagi dengan kepala tergeleng.

***
Last edited by Nicki_Meow on 3-11-2014 05:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 05:10 PM | Show all posts
mizuki20 posted on 3-11-2014 04:12 PM
cmf_conan
makin jauh plak merepek ni.,. lwk la korg ni...

Memang terasa macam ke laut aje cerita ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2014 05:14 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 3-11-2014 05:10 PM
Memang terasa macam ke laut aje cerita ni....

ko dah berjangkit ngan @Ipo ke nicki?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 05:15 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 30-10-2014 05:13 PM
Syakilla pun ada hati kat Qi...
Punca perang antara Amariya sebab
Syakilla mahu merebut takhta se ...

Mungkin....



Mungkin tidak....







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 05:18 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 3-11-2014 05:14 PM
ko dah berjangkit ngan @Ipo ke nicki?

Aku rasa, aku dah ke laut awal-awal lagi...

Ipo yang ikut aku dari belakang. Jadi maknanya, Ipo yang dah terjangkit dengan aku....



Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 05:24 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 8-9-2014 04:26 PM
Kalo die tak click jugak link tu apo jadi agaknya?
lagi panjang ka ayat rayuan yg kuar?
kalo kata  ...


usu ketinggalan jauh cerita ni..tp tak tahan nak gelak part komen conan ni...







Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 05:28 PM | Show all posts
bila tron nak masuk ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 01:26 PM | Show all posts
UsuFie posted on 3-11-2014 05:24 PM
usu ketinggalan jauh cerita ni..tp tak tahan nak gelak part komen conan ni...

Tak jauh mana pun Usu ketinggalan.

Kadar kelajuan menghapdet benang ni adalah sama dengan kadar kelajuan siput sedut bergerak.

Thanks sebab sudi baca walaupun entah hapa-hapa ceritanya...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 01:27 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 3-11-2014 05:28 PM
bila tron nak masuk ni?

Next chapter.......kot....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 01:29 PM | Show all posts
Waktu Tengahari.

Tiga orang rakan sepejabat dan sejawatan sedang duduk dan menikmati hidangan tengahari sambil berbual-bual. Yang rancak berbual cuma dua orang. Yang seorang lagi, lebih banyak senyum dan sesekali kelihatan seperti mengelamun sehinggakan yang lagi dua orang itu memandang pelik dalam sinis.

Kumar mengangkat kening pada Mat Noh dengan riak wajah tanda tanya. Mat Noh angkat bahu. Mereka tahu, awal tadi Qusyairi dipanggil oleh Puan Azlina. Teka mereka, pasti ada kena-mengena dengan projek Tresna Bank.

“Apa cerita tadi?” Mat Noh bertanya.

“Cerita apa?” Qusyairi menjawab dengan soalan.

“Bukan kau meeting dengan Puan Azlina tadi ke?”

“Oh. Haah. Yelah.” Qusyairi angguk dan kembali diam.

“So, apa cerita?” Mat Noh bertanya lagi.

“Minggu depan, ada meeting presentation dengan Sales Group.”

“Wow. Maknanya, Puan Azlina dah accept kau punya proposal?” Mat Noh pula yang agak teruja. Qusyairi angguk.

“Congrats, bro.” Ucap Kumar. Bahu Qusyairi ditepuk. Qusyairi senyum lagi. Dia juga sememangnya teruja dengan perkara itu. Terasa usahanya bersengkang mata menyiapkan sistem itu berbaloi. Lebih bermakna lagi, apabila tiada bangkangan dari Puan Azlina walaupun awal-awal lagi puan pengurus projek itu telah memaklumkan, ada yang perlu diperbaiki.

Sekarang ini, perlu menunggu ketibabaan hari Khamis minggu depan. Pembentangan kertas kerja perlu dilakukan dihadapan Sales Group. Harapnya, tidaklah dia tergagap-gagap. Timbul pula rasa cuak tak semena-mena.

“Jadi, inilah punca sengihan kau sampai ke telinga?” Usik Kumar.

“Taklah. Aku rasa, punca dia sengih sampai ke telinga bukan sebab proposal tu.” Ujar Mat Noh pantas. Kening Qusyairi terangkat.

“Aku rasa, punca dia sengih sampai telinga sebab dalam hati sudah ada taman.”

Mendengar kata-kata Mat Noh, Kumar tergelak. Qusyairi terkebil-kebil.

“Taman apa bendanya?” Dalam segan, Qusyairi berkata.

“Taman bunga.” Mat Noh gelak.

Qusyairi geleng. Pening dengan teka-teki ‘Taman dan Bunga’ dari Mat Noh. “Bunga apa?” Soalnya, mula jengkel.

“Sudahlah Qi. Kau tak payahlah nak purak-purak tak faham. Tu, bunga yang duduk kat hujung kedai tu. Itulah puncanya kan?” Balas Mat Noh.

“Bunga mana?” Berkerut kening Qusyairi.

“Ceh. Buat tak tahu pulak? Arah jam tiga. Yang pakai baju kurung biru cair tu.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2014 01:36 PM | Show all posts
Segera, Qusyairi mencari ‘bunga’ yang menjadi subjek perbualan. Pandangan ditebarkan ke arah ‘jam tiga’. Ada banyak ‘bunga’ namun Qusyairi mencari mengikut arahan Mat Noh secara spesifik. Pemakai Baju Kurung biru cair dicari.

Jumpa.

Tak semena-mena, mata bertembung. Pandangan bertaut. Senyum terukir dan saling berbalas. Rabiatul membuat lambaian kecil. Qusyairi mengangguk sekali dan kemudian melarikan pandangan. Terasa segan secara tiba-tiba. Tingkahnya hanya dipandang dengan senyum sinis dari Mat Noh dan Kumar.

“Boleh tahan gak taste kau, kan? Tinggi lampai persis model…”

“Eh, mana ada?” Suara Qusyairi mendatar, menidakkan kata Mat Noh.

“Tak ada apa-apa konon. Dah siap melambai-lambai macam tu…lagi nak cakap tak ada apa-apa. Pigidaah! Budak-budak ofis dah start bergossip, kau tau….”

“Isk. Gossip apa bendanya pulak? Tak ada apa-apa. Setakat berbual-bual tu biasalah. Kau ingat Rabiatul tu nak ke orang macam aku ni?” Qusyairi sempat merendah diri.

“Kenapa tak nak pulak? Iyalah, kalau nak dibandingkan dengan Kumar, handsome Kumar ni lagi…”

Kumar sengih dipuji walaupun dia tak tahu, Mat Noh bergurau atau benar-benar maksudkannya.

“Tapi, kau pun apa kurangnya?” Sambung Mat Noh.

“Kau ni, banyak cakaplah Mat.” Qusyairi geleng dua tiga kali. Segan sebenarnya mahu bercerita akan perihal gadis. Tidak pernah lagi dia berbicara secara terbuka tentang kaum hawa dengan mana-mana rakannya. Paling tidak pun, ada juga dia berbual santai tentang Mira dengan Amir tapi yang sekadarnya sahaja.

“Ala Qi. Kalau betul pun apa salahnya.” Mat Noh menggiat lagi. Seronok pula ‘membahankan’ Qusyairi yang selama ini, terkenal dengan sikap penyegan dan pemalu. Tapi, sekali dapat awek, persis model. Entah ayat apa yang Qusyairi pakai.

“Sudahlah Mat. Baik kita masuk ofis sekarang.” Qusyairi segera mematikan perbualan. Mat Noh bukannya boleh dilayan sangat. Entah apa-apa karutan yang keluar dari mulutnya nanti.

Mat Noh sengih saja. Qusyairi menghabiskan saki baki Milo Ais dalam gelas lalu bangun dituruti oleh Mat Noh dan Kumar. Mereka ke kaunter untuk melakukan pembayaran.

Tatkala mahu melangkah keluar dari Restoran Periuk, Qusyairi sengaja menjeling pandang sekali lagi pada Rabiatul yang masih lagi duduk berbual-bual dengan beberapa rakan sepejabat.

Iya, dia akui. Gadis itu cantik persis peragawati. Namun, untuk dia jatuh hati pada Rabiatul, tidak mungkin kerana hatinya sudah tertarik pada gadis lain. Gadis yang tinggal di dunia yang berbeza. Gadis yang hanya mampu ditemui di alam mimpi.

Gadis yang misteri…

Qusyairi menghembus nafas dengan perlahan dan menuruti langkah Mat Noh dan Kumar untuk kembali ke pejabat.

***
Last edited by Nicki_Meow on 4-11-2014 03:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 01:46 PM | Show all posts
Tiba-tiba langkah Qusyairi terhenti. Mata terbuntang melihat pemandangan indah di hadapan matanya sekarang. Mulut sudah ternganga luas.

"Arania!!"

"Siapa Arania?" tanya wanita di hadapan Qusyairi.

Eh! Pemandangan indah kini tiada lagi. Yang ada hanyalah seorang makcik cleaner yang terkebil-kebil melihat Qusyairi yang memandangnya tidak berkelip-kelip.



Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 01:56 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 4-11-2014 01:46 PM
Tiba-tiba langkah Qusyairi terhenti. Mata terbuntang melihat pemandangan indah di hadapan matanya se ...

potong betul la...



Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan posted on 4-11-2014 01:46 PM
Tiba-tiba langkah Qusyairi terhenti. Mata terbuntang melihat pemandangan indah di hadapan matanya se ...

mati2 nay ingatkan Nicki punya skrip
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058653 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list